Thursday, April 30, 2009
PR Bergolak, Tandanya Nak BUNGKUS........
Jika Pak Lah tersungkur kerana gara-gara salah nasihat oleh 'budak-budak tingkat 4', perkara yang sama juga berlaku kepada Pok Nik Aziz yang menerima nasihat yang salah oleh 'budak-budaknya di tingkat 1'. Kalau Pak Lah di tingkat 4 itu adalah menantunya sendiri tapi Pok Nik terpengaruh oleh setiausaha politiknya sendiri.(www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com)
Bezanya Pak Lah telah pun diminta melakukan peralihan kuasa kerana pengaruh tingkat 4itu sangat merbahaya kepada parti. Nasihat-nasihat 'budak-budak tingkat 4' itu telah melemahkan parti dan Barisan Nasional sehingga pilihanraya ke 12 menyaksikan keputusan paling buruk dalam sejarah kepada BN. Suka atau tidak, ahli-ahli UMNO telah mencadangkan Pak Lah harus diganti agar tidak menjadi wabak berjangkit yang merbahaya.
Bagi Nik Aziz beliau lebih bernasib baik kerana atas jawatan Musyidur am PAS, beliau kelihatan 'kebal'. Tidak ramai yang boleh menegurnya tetapi amat ramai yang menasihatinya sesuatu yang salah terutama berhubung dengan keinginan Presiden PAS untuk membentuk 'kerajaan perpaduan' yang tidak menjadi. Berjaya atau tidak 'kerajaan perpaduan' itu bukan soalnya kerana jikalau ia menjadikan kenyataan pun akan menimbulkan masalah. Kumpulan 'erdogan' di dalam PAS akan menentang habis-habisan usaha perpaduan dengan UMNO.
Kumpulan 'erdogan' yang proAnwar tentunya tidak mahu Anwar kempunan untuk menjadi PM. Ketika BN terkial-kial menambat hati rakyat semula, kumpulan ini tidak akan melepaskan peluang yang bukan datang selalu. Inilah masanya walaupun Pok Nik yang menjadi penghalang mereka akan berusaha untuk mempengaruhinya. Tugas mereka adalah menghalang kehendak Presiden PAS yang sudah mula condong ke arah bekerjasama dengan UMNO. Hadi tidak berseorangan. Hadi mendapat sokongan penuh daripada PAS Terengganu dan PAS orde lama, ulamak-ulamak , Nik Abduh dan terbaru oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Ustaz Nasrudin Hasan.
Hadi turut mendapat sokongan daripada Ketua Dewan Ulama' PAS, Mohamed Daud apabila beliau berkata, dewan itu tiada masalah menyokong usaha Kerajaan Perpaduan PAS - UMNO "demi kepentingan Islam di samping usaha melaksanakan lunas-lunas Islam." (www./umnogombakselatan.blogspot.com)
'PAS sejak tahun lalu berdepan pergeseran terbuka para pemimpin atasannya - termasuk antara Nik Aziz dan Abdul Hadi - berhubung beberapa isu penting, antaranya muzakarah dengan Umno dan kerajaan perpaduan dengan BN' kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan. Beliau turut menyokong pandangan anak Nik Aziz, Nik Abduh mengenai artikel 'Perkara Bodoh Dalam PAS' yang semakin galak dibahaskan di internet.
Nik Abduh diserang habis-habisan oleh kumpulan erdogan berkenaan isu 'Perkara Bodoh Dalam PAS'.
Jelas sekarang PAS juga terpecah dua. Iaitu "kumpulan Erdogan" yang menentang usaha muzakarah dan kerajaan perpaduan dan satu aliran lagi yang pro-Abdul Hadi, yang mendukung kedua-dua idea tersebut.
Perpecahan yang berlaku di dalam PAS ini mungkin satu bonus kepada BN. Apatah lagi jika Pakatan Rakyat bergolak. Merujuk kepada Pilihanraya kecil Penanti hujung bulan ini menyaksikan berlaku pertelingkahan calon di pihak Pakatan Rakyat. PAS Pulau Pinang membuat keputusan untuk memboikot pilihanraya kecil di Penanti. Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Aminah Abdullah juga menawarkan diri untuk menjadi calon bebas bagi menegakkan keadilan di dalam PKR. Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga akan meletakkan calon bagi kerusi tersebut.
Bekas Wakil Rakyat DUN Penanti, Fairus yang tidak didapati bersalah oleh SPRM meneruskan niat meletakkan jawatan menunjukkan ianya satu perletakkan jawatan yang disengajakan bagi meneruskan siri-siri Pilihanraya kecil yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Selain cuba mengalih pandangan rakyat kepada usaha-usaha BN menangani masalah ekonomi ianya juga bertujuan meneruskan momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. DUN Penanti adalah kawasan yang dijangka menang mudah oleh Pakatan Rakyat. Jelas PRK DUN Penanti adalah sesuatu yang dirancang.
Isu-isu semasa di dalam PAS dan kemelut Pakatan Rakyat membuktikan pakatan ini bukanlah sekuat mana. Apakah jaminan sebelum pilihanraya ke 13 akan datang, tidak ada isu-isu lain yang boleh menggugat keutuhan Pakatan Rakyat? Muktamar PAS Jun ini sekali lagi akan memperlihatkan perpecahan yang ketara di dalam parti itu. Selain daripada pemilihan jawatan-jawatan tertinggi parti kita hendak tengok juga kumpulan Pro Hadi berentap dengan kumpulan erdogan.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kelebihan Al Juburi dan kuncu kuncunya ilah mensensasikan isu semasa. Isu isu ini akan terus ditiup dan dijaja di pentas pentas ceramah secara berterusan. Maaf kalau saya tidak bersetuju dengan pandangan anda tentang Tingkat 4, bagi saya tingkat 4 hendaklah diberi peranan yang lebih luas dan tersusun. Perang saikologi memerlukan perancangan dan perencanaan yang rapi. Bagi saya, kegagalan Pak Lah tidak boleh diperalahkan kepada Tingkat 4.
Saya mencadangkan supaya Tingkat 4 hendaklah diperkukuhkan dengan pengabungan gang 12 (Dirty Dozen) yang terdiri dari Sdr Ezam and the Gang. Pengalaman mereka meniupkan isu dan membawa isu tersebut ke telinga rakyat melalui pentas roadshow seluruh negara perlu dimulakan dari sekarang.
Gerakan memperbetulkan presepsi salah yang ditabur oleh al juburi harus ditangani oleh mereka yang tahu sepak terajang dan pola psywar al juburi.
Pastikan setiap unsur dan peluang dimanafaatkan sepenuhnya. Khairy harus diberi peluang mengasah bakatnya dan Ezam pasti tidak berkeberatan untuk menjadi Sifu yang boleh menyumbang.
Jentera untuk menyampaikan maklumat dan aspirasi kerajaan harus bergerak untuk memberi penerangan dan penjelasan dan dalam waktu yang sama menangkis serangan juak juak al juburi. Sebetulnya kita mempunyai banyak isu ttg PR untuk didedahkan kepada rakyat.
Kekuatan Dirty Dozen kalau diberi peluang dan digembelingkan pasti boleh membuahkan hasil.
Saya bukan ahli parti.. tetapi golongan yang menyokong reformasi al juburi satu masa dahulu, yang kini sudah meluat dan muak dengan wayang kulitnya.
Sebenarnya kumpulan kami menunggu-nunggu Ezam meniupkan angin peralihan dan kumpulan kami bersedia untuk bergerak di akar umbi sebagai pekerja yang tidak kelihatan seperti angin yang mencipta ombak dan gelombang.
Umno mesti bergerak segera, PR sebenarnya tidak mempunyai kekuatan yang jitu, keadilan hanya berdiri di atas retorik dan kelentong al juburi. Kalau Umno pandai mengatur startegi, PKR akan hilang tanpa debu!!
Ex Komando.
salam Cucu Tok Uban,
Saya setuju dengan pendapat saudara berkenaan persepsi buruk terhadap BN yang dijaja sepanjang masa oleh Anwar. Setakat ini usaha gigih beliau sepanjang 11 tahun ini sudah membuahkan hasil.
Namun ramai orang yang tidak sedar, orang-orang yang berada disekeliling Anwar semasa zaman remormasi semakin menjauhkan diri malah boleh dikatakan telah jauh meninggalkan Anwar. Hanya orang-orang seperti saudara dan Ezam and the gang yang boleh membantu.
Walaupun usaha Ezam diperingkat awal kurang mendapat perhatian ahli-ahli UMNO tetapi jika dilakukan secara ikhlas tanpa perlu ganjaran wang dan jawatan usaha ini akan berhasil. Buat masa ini orang akan melihat keikhlasan Ezam, bergeraklah sepanjang 2 tahun ini sebelum pilihanraya ke 13
Saya tidak mahu komen tentang Khairy. Yang penting semua orang tahu kerja masing-masing. Najib masih belum mengorak langkah. Momentumnya masih perlahan. Bukit Gantang masih gagal, Penanti akan mendatang. Saya masih tertunggu-tunggu strategi Najib-Muhyiddin.
Post a Comment