Wednesday, April 15, 2009

Tuah badan : Elizabeth Yang Sexy Dan Disayangi.


UMNO walaupun dilihat oleh pelbagai pihak sebagai parti yang sarat dengan bermacam-macam masalah kepimpinan tetapi sejarah telah membuktikan bahawa UMNO konsisten untuk menghukum pemimpin-pemimpinnya yang bermasalah baik dari segi kes jenayah, rasuah atau isu-isu moral yang lain.

Saya tidak dapat memberi contoh yang banyak tetapi sekadar mengimbas beberapa insiden yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO walaupun mereka itu banyak berjasa kepada parti dan negara. Datuk Mokhtar Hashim bekas Menteri Kebudayaan dan Sukan telah dijatuhkan penjara seumur hidup atas kesalahan jenayah pembunuhan. Begitu juga Datuk Harun Idris, Bekas Menteri Besar Selangor yang sinonim dengan Peristiwa 13 Mei 1969 telah didapati bersalah atas tuduhan rasuah. Tan Sri Mohamad b Mohamad Taib juga bekas Menteri Besar Selangor, dilucutkan jawatan MB kerana isu wang di Australia dan juga Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dijaja kes salahlaku seksnya oleh DAP seantero dunia turut tidak terlepas daripada tindakan tatatertib.

Tidak ketinggalan DS Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakan atas kesalahan salahguna kuasa sewaktu sudah berada di jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sama ada benar atau tidak cerita konspirasi itu tidak mustahak tetapi tindakan tetap diambil jika ada kes wujudnya kesalahan tersebut.

Walaupun bentuk tindakan yang berbeza-beza di antara mereka, fokus kita menunjukkan bahawa UMNO tetap mengambil tindakan kepada pemimpin-pemimpin yang melanggar undang-undang negara atau etika parti. Kemungkinan diantara mereka yang terlepas atau dilindungi tetap ada tetapi tidak ada sesiapa yang dapat membuktikan secara sahih dan terang sehingga ianya boleh didakwa di mahkamah.

Kes yang hangat di pasaran dewasa ini berkisar dengan isu rasuah politik turut tidak terlepas pandang oleh parti. Tan Sri Isa Samad tetap dihukum gantung 3 tahun keahlian atas kesalahan rasuah politik walaupun telah memenangi jawatan Naib Presiden. Datuk Seri Ali Rostam dihalang untuk menyertai pertandingan Timbalan Presiden UMNO atas kesalahan yang sama. Khairy Jamaluddin dan Datuk Azalina tidak dipilih sebagai ahli kebinet Najib yang baru kerana mereka berdua boleh menyebabkan UMNO dilihat kurang bersih dalam usaha UMNO ingin membuktikan bahawa parti itu sungguh-sungguh untuk melakukan pembaharuan.

Terbaru, Bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman digugurkan daripada memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan ekoran telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah.

Saya agak tertarik juga dengan isu Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Elizabeth Wong menjadi mangsa kekejaman individu yang ingin menjatuhkannya.

Datuk Chua Soi Lek menjadi mangsa kepada orang yang ingin menjatuhkannya. Beliau diserang kiri dan kanan sehingga beliau dengan gentleman meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan. Sama ada ia diarahkan untuk meletakkan jawatan atau kehendak diri sendiri bukan soalnya tetapi beliau tetap menerima 'habuan' daripada kesilapan yang dilakukan. Soi Lek hilang jawatan Menteri walaupun dipilih semula oleh perwakilan MCA ke jawatan kedua parti itu.

Bagaimana agaknya jika Elizabeth Wong itu di pihak Barisan Nasional. Saya sangat pasti Eli akan diserang dari segala sudut baik daripada PKR, DAP mau pun PAS. Isu moral ini akan diperkatakan setiap saat dan saban hari sehinggalah Eli melepaskan jawatannya dan pilihanraya kecil diadakan. Malangnya Seperti diduga, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong akhirnya menerima tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN kawasan berkenaan.

Memualkan dan meloyakan seorang Exco kerajaan Negeri dipertahankan dengan apa cara sekalipun sedangkan gambar bogelnya sudah tersebar diseluruh dunia. Beruntung benar Eli yang ditatang sebagai minyak yang penuh. Salahlaku moralnya itu berjaya ditutupi dengan kerja kuatnya dan sumbangan kepada parti dan Pakatan Rakyat kononnya.

Sebagai rakyat Malaysia saya inginkan sebuah kerajaan Persekutuan yang bersih dan kami juga mahukan pemimpin-pemimpin politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang di peringkat negeri atau persekutuan juga turut bersih daripada sebarang isu salah laku dan skandal. Sebelum ini Elizabeth telah pun menghantar surat perletakan jawatan Exco serta ADUN kawasan terbabit kerana malu sendiri tetapi Pakatan Rakyat tersangat sayang akan exco jelita ini bagi terus 'mewangikan' lagi Dewan Undangan Negeri Selangor.


Beruk pun ketawa !

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

16 comments:

rizuan mh said...

politik longkang anwar memang memualkan.

politik ini menggalakkan orangnya melompat, dan kini mengangkang pulak sehingga ternampak yg sulit-sulit.

demi cita-cita dan harapan syok sendiri, longkang mesti dilompat atau dikangkangi, kalau perlu.

mual sesangat.malu ada mentaliti mcm ni..lagi malu bila yg muslimah2 mahu menyokong.biar terpaksa menyelak kain semata-mata kerana mahu turut serta melompat dan mengangkang

KHAIRUL NAZRI said...

Salam,

1. Secara peribadi saya tertanya-tanya bagaimana perasaan penyokong-penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat berhubung dengan langkah terbaru MB Selangor ini. Adakah mereka menerimanya begitu sahaja atau sebaliknya.

2. Secara logiknya di dalam PR ini hampir sempurna. Ada Peliwat, ada Perasuah, ada Ulama, ada Pemburit, ada Memburit, ada Perusuh, ada sukan baring atas jalan, ada Samseng, ada Penfitnah, ada Talam, ada Mangkuk, ada yang buruk tetapi sitit-sitit yang baik.

3. Bayangkan sekiranya PR diizinkan Tuhan diberi peluang memerintah Malaysia ini. Tidakkah tingkah laku pemimpin-pemimpin ini yang moralnya secara persepsinya boleh dipertikaikan akan mempengaruhi pelbagai peringkat rakyat?

4. Kita jangan salahkan atau menuding jari kepada orang lain diatas kesalahan diri sendiri. Tetapi kita harus melihat persepsi orang lain terhadap diri kita apabila memimpin. Yang salah tetap salah. Yang bathil tetap bathil.

5. Secara peribadi saya berpendapat tindakan MB Selangor mengekalkan Eliza tidak lebih hanya merupakan untuk menjaga hati "kawan-kawan" dalam PR itu sendiri. Bagaimana pula halnya akan persepsi rakyat yang memilih mereka sebelum ini yang mengharapkan perubahan samada dari segi tindakan, moral dan keadilan?

6. Kenapa peletakan jawatan bekas Adun Bukit Selambau di Kedah, V.Arumugam diterima tetapi layanan sebaliknya diberikan kepada Eliza? Keputusan mengekalkan Wong sebagai Exco dan Adun ini jelas menunjukkan yang pentadbiran PR telah mengenepikan nilai-nilai murni di dalam masyarakat selain mempamerkan sikap yang tidak konsisten dalam membuat keputusan.

7. Walau bagaimanapun, saya ucapkan selamat bertugas kepada Eliza. Pastinya beliau tidak akan menghadapi masalah besar berhadapan dengan rakyat ketika menjalankan tugas kerana di"belakang"nya terdapat sokongan padu dari pihak-pihak samada yang berkepentingan atau sedang ketakutan atau sama-sama mempunyai dosa-dosa seumpamanya. Hentam saja la labuuu.

Enuf said...

Taminsari said...

Salam Sdr.Amir..

Akhirnya termakbulkah sudah DOA Tok Guru Nik Aziz yang mahukan Eli Ratu Bogel ini supaya jangan meletakkan jawatan...?

nak dengar pula puak PAS bertakbir!!! wallahuallam

Salam perjuangan

norzyah_zacksabri said...

sebagai sorang perempuan, sy rase malu sangat2 dgn situasi yg terjadi terhadap eli...tp malu sy tu x bermaksud sy sokong eli..mksud sy, malu sbb seorg perempuan yg belum berkahwin, sanggup bersekedudukan dgn lelaki yg bukan suaminya... dia kan seorg pemimpin...sy x fikir yg dia patut buat perangai x senonoh camtu... klu dia bukan seorg pemimpin sekalipun, dia x patot buat camtu..sbb itu telah pun melanggar adab seorang perempuan...
ape2 pun, sy berdoa sgt2 agar semua penyokong PAS terutama gadis2 di luar sana yg sgt kuat menyokong PAS dan PKR agar berfikir semula...jgn terikut2 sgt dgn ideologi baru yg kononnye nak bela rakyat..padahal, rakyat yg terok ditindas....

zedmagel said...

Bro Amir,

Ngences pula apabila saya melihat si Elizebeth di kolam mandi tu, walaupun usia dah tua. Bro mana gambar yang lebih daring dari itu? Si tua yang kena gesel dengan Eli tu senyum je apasal? Tak sedarkah di sedang dicabul ataupun dah naik syok tak?

Bro...gambar Eli yang lain kan bro ada simpan, publishkan lah jangan sorok-sorok wat ape.

amirhamzah64 said...

salam rizuan mh,

selagi Anwar tidak jadi PM selagi itulah dia akan membuat apa saja. Bagi kes Eli, MP Kulim berkecuali. Mengapa MP Kulim berkecuali dan berbeza pendapat dengan bosnya?

amirhamzah64 said...

salam KHAIRUL NAZRI,

Jawapan bagi pihak mereka...hehehe

1. Sudah tentu menerimanya kerana kalau tak sokong bos, siapa lagi. Walaupun di dalam hati berbelah bagi.
2.Peliwat ke, Penzina ke atau apa saja tak penting. UMNO pun ada. Lagipun rakyat sekarang sedang percaya apa kita cakap.
3. Dah jadi pemerintah ceritanya dah lain.
4. Soalnya sekarang kalau kita buat salah pun, rakyat sokong kita. Kita kan parti rakyat.
5. Eli kawan kita. Dia kerja kuat untuk rakyat dan disayangi pengundi di kawasannya. Pengundi bukit Lanjan tak bantah pun. Tak ada demontrasi pun. Orang Melayu, Cina dan India sokong Eli, bahkan bagi sejambak bunga ketika memulakan tugas hari ini. Yang sibuk-sibuk orang luar aje. Kita berjaya mainkan isu ini.
6.Arumugam bukan asli PKR. Asalnya bebas. Arumugam tak hansem. Hitam. Eli sexy, putih dan menghairahkan. Buat geli-geli boleh jugak. hehehe
7. Nak kata apa, tak ada bantahan pun dari rakyat. Ucap ajelah tahniah pada PKR kerana membuatkan rakyat dah tak boleh berfikir dengan waras.

Hantam saja la labuuuuu

amirhamzah64 said...

salam Taminsari,

DOA Tok Guru Nik Aziz yang mahukan Eli Ratu Bogel ini supaya jangan meletakkan jawatan memang termakbul hari ini. Pok Nik nak pegi umrah hari ini nak sambung doa kat Mekah dan depan Kaabah pulak.

Pok Nik sembahyang hajat dan doa munajat sebagai ketua negeri tadahan bayu tetapi kecewa dengan rusuhan yang berlaku di Stdium Muhamad ke iv. 20 tahun doanya agar rakyat jadi baik tapi lebih teruk perangainya dengan negeri-negeri UMNO perintah. Doa tak diterima kerana politiknya politik permusuhan sesama Islam. Dulu kutuk orang berkawan dengan org kafir. Sekarang ni berpeluk-peluk la pulak dengan mereka tu. Bila ulamak main politik dia akan jadi 'ular dalam semak'

Salam perjuangan

amirhamzah64 said...

salam norzyah_zacksabri,

Jangan heran. Penyokong PAS dan PKR sekarang sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga mereka.

Mereka akan kata UMNO pun sama. Itulah modal mereka. Masalah sekarang rakyat mahukan kerajaan yang lebih baik untuk gantikan BN. Belum jadi pemerintah negara dah banyak kes ni apa hal pulak.

Hati-hati, PKR tu serpihan UMNO. DAP parti ambil kesempatan. PAS telah 'disundalkan' oleh Anwar. Penyokong kat bawah ni pening-pening lalat jugak la

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Biasalah bro, sesiapa pun tgok gambar macam tu boleh 'terangsang' kecuali mereka yang dah mati pucuk. hehehe....

Pok Nik kita pun rasa-rasanya macam kita bro. Lelaki la katakan. Lagi pun siapa yang nampak 'anu' dalam jubahnya. hehehe.

Kawan tak simpan gambar eli tu bro. Simpan gambar lucah ni berdosa bro. Lagi pun salah undang2negara. kahkahkah

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Pilihanraya kecil Malaysia dijadikan tempat menguji populariti dan kesinambungan sokongan. Susah payah dan penat kempen PRU12 belum hilang dah kena PRK (bukan RPK ye..) pula. Dah hampir RM2.5 juta duit rakyat habis kerana puak2 yang suka main2 dengan PRK ni. Agaknya, parti mereka ni "masyuk" banyak tak? Tu yangnak peraqbih duit tu. Mana tahu duit tu duit bonus dari "obersi"(oversea)???

amirhamzah64 said...

SALAM cekodokmasin

Tetapi kenapa baru sekarang Si Fairus tu baru letak jawatan. Kesnya kan dah lama. Rasa-rasanya ada kaitan dengan Eli yang bercuti lama. Eli pergi mana ye? Kata orang Eli pegi jumpa Soros. Sekarang PR dah ada duit. Baru Fairus leh letak jawatan dan adakan pilihanraya kecil. Kalau tidak PR dapat duit daripada mana bro.

Tak gitu bro?

zedmagel said...

Salam Saudara Amir,

KAMI BAGI PIHAK TEMAN-TEMAN BOLOGGER YANG MENJADI FOLLOWERS DAN PELAYAR DI BLOG "SEGALANYA MUNGKIN" MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA BLOG SAUDARA YANG TELAH MENJADI SUNTINGAN OLEH PIHAK MEDIA UTUSAN MALAYSIA PADA 17.04.09, MUKA SURAT 13 - RUANGAN SUARA BLOG - TULISAN SAUDARA TELAH DI SUNTING OLEH SDRA lukman@utusan.com.my DIKOLUM 3. SEMOGA TULISAN SAUDARA YANG SEBEGINI AKAN LEBIH MENDAPAT PERHATIAN BUKAN SAHAJA DARI BLOGGER ATAUPUN MEDIA, MALAH PEMIMPIN NEGARA, PEMERHATI DAN PEMIKIR POLITIK DARI DALAM DAN LUAR NEGARA.

TAHNIAH SAUDARA...!!! BAK KATA PERPATAH SEORANG PENULIS VETRAN NEGARA - "KEBENARAN HARUS DIBERITAHU, PERSETANKAN AKIBATNYA."

SALAM PERJUANAGAN DARI SAYA..

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Terima kasih bro atas pujian yang melambung-lambung tu. Biasa aje bro. Penulis surat khabar tu tersesat masuk kat blog kawan.

Walau apa pun, kemunculan media baru ini sangat beruntung bagi kita. Kalau tidak di manakah kita nak melepaskan pandangan dan buah fikiran kita.

Sejak ada blog ni, tulis lah yang terbuku di dalam hati dengan beretika dan penuh tanggung jawab. sekurang-kurang ada 10 orang membacanya sudah memadai. Itu saja yang dapat kawan sumbangkan untuk bangsa, agama dan negara.

'Bukankah mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang' nak suruh berperang, bunyi bom pun kawan dah semput. Nak bersilat kawan hanya belajar silat 'langkah seribu'.....cabut....

wasalam.

jafamuor said...

kepada rakyat malaysia,sadar lah bahawa DSAI itu sebenarnya setan bertopeng manusia.sebenarnya keinginannya utk jadi PM adalah semata-mata menutup pekungnya sebagai PELIWAT je.Tanya lah Wan Azizah,tentu dia lebih arif tentang suaminya.Mana mungkin WA tak tahu.Tak kan semua nya tak perasan semua PA nya terdiri dari jambu2.Muka semua licin2.Saya rasa WA mungkin da tak tahan perangai lakinya yang suka setor kunyit.Sebahagian besar sekutunya dalam PKR pun tahu peel nya.Tak percaya tanya lah Mat Sabu @ Hadi Awang.Cuma mereka ni jenis tumpang semangkuk.Sedarlah wahai bangsa Melayu.Tanah Melayu saja lah tempat kita,mana lagi nak gi beb.

amirhamzah64 said...

salam jafamuor,

Rakyat Malaysia selalu lupa dengan sejarah Anwar semasa dalam UMNO. Orang Muda kebanyakkannya terpengaruh setelah Anwar berada dalam penjara. Siapakah yang mengajar rasuah politik di dalam UMNO? Siapakah Melayu yang menjadi kaya 'mee segera'? Siapakah yang sebenarnya yang mengamalkan nepotisme dan kronisme semasa di dalam UMNO? Kenapakah Anwar tersangat marah kepada Tun Mahathir? Tidak lain tidak bukan kerana Tun M lah yang menghalangnya menjadi PM walaupun hanya setapak lagi.

Kes liwatnya saya serahkan kepada Mahkamah. Saiful jambu akan menceritakan segala-galanya di Mahkamah nanti, maka kita beramai-ramai nantikan satu episod yang menarik buat kali ke 2 selepas tahun 1998.

Saya sokong pendapat saudara agar Melayu baliklah ke pangkal jalan kerana terlalu banyak kali Melayu tertipu dan tertipu oleh manusia yang gila kuasa.