Thursday, April 2, 2009
Team Wawasan : Igauan Buruk Anwar !
Sepatutnya Anwar bersyukur kerana Abdullah telah menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.Bukankah Najib adalah anak didik Anwar semasa dalam team wawasan dulu. Ketika Anwar menjadi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993, Naib Presiden UMNO ketika itu ialah Najib, Muhyiddin dan Mohamad Taib serta ketua pemuda UMNOnya adalah Zahid Hamidi.
Sepatutnya Anwar berasa bangga kerana team yang memberi TKO kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba pada 1993 sekarang ini sedang berada di atas persada politik tertinggi negara. Malah dalam PAU yang baru lalu team wawasan yang dibentuk 16 tahun dulu sudah mengeluarkan hasil. Mujur team ini disekat pada tahun 1998 apabila Anwar dipecat daripada UMNO kerana tindak tanduknya yang bercita-cita tinggi ingin menongkah arus melawan presiden parti dalam PAU 1999.
Itulah kesilapan besar Anwar yang beliau sendiri menyesal sepanjang hidupnya. Jika beliau bersabar sedikit mungkin 2003 beliaulah yang menjadi PM. Anwar tidak dapat mengawal nafsu dan tidak sabar dalam mendaki kemuncak kerjayanya dalam politik. Ghafar Baba bolehlah diratah-ratah tetapi bukan Tun Mahathir.
Barisan kepimpinan UMNO hari ini adalah susunan atau ``grand design'' Tun Mahathir pada 2003. Sama ada ianya memang dirancang atau secara kebetulan ianya benar-benar menjadi realiti. Bezanya team wawasan bukan berketuakan team wawasan 1993. Ketua baru sekarang adalah pemimpin yang akan ``meneutralisekan' semula UMNO daripada pengaruh ketua dulu. Ketika Tun menjadi ketua bahagian Kubang Pasu, Bahagian itu mencalonkan Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Muhammad Muhd. Taib sebagai Naib Presiden. Pada hari ini Mohamad Taib menjadi korban kerana Timbalan Presiden hanya perlu memilih seorang antara dua.
Team wawasan ini juga yang mendesak perletakkan jawatan Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Pak Lah akur dengan kehendak akar umbi apabila Najib menang tanpa bertanding jawatan presiden parti. Muhyiddin kekal sebagai team wawasan alaf baru dengan menewaskan Mohamad Taib dan Ali Rustam yang dikenali sebagai penyokong Pak lah. Jika Mukriz menang, lengkaplah rancangan team wawasan ini tetapi laluan Khairy nampak sukar dan keseorangan.
Disebabkan Anwar telah terkeluar, anwar sangat bimbang dengan kekuatan team wawasan ini. Anwar faham benar dengan pengaruh akar umbi kumpulan ini. Kumpulan ini akan bisa menjatuhkan dirinya dan menguburkan partinya. Tidak hairan Anwar bersungguh-sungguh menhalang Najib menjadi PM yang ke 6.
Suara Keadilan mendakwa acara mengangkat sumpah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hari Jumaat dibatalkan.Menyedari cerita yang disebarkan tidak benar, penasihat PKR DatukSeri Anwar Ibrahim mula mengalihkan tumpuan kepada cerita lain yang berkaitan dengan perlantikan Najib dengan menyiarkan surat pakatan pembangkang kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang memohon penangguhan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Dapat difahami, isu surat tersebut akan dijadikan satu isu politik dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong ‘terpaksa’ menerima Najib walaupun pada awalnya setuju dengan surat pakatan pembangkang.(agendadaily.com)
Team Wawasan ini benar-benar menjadi igauan buruk kepada Anwar. Inilah yang dikatakan senjata makan tuan.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam tuan,
Allah telah berjanji, bahawa setiap perbuatan itu ada balasannya. Adakah Anwar mendapat "balasanNya"? Wallahualam.
Salam Bro,
TEAM WAWASAN dah lama berkubur, sekarang ni dia orang dah bawak haluan masing-masing. Team wawasan waktu semasa sahaja. Sekarang zaman rejim Datuk Najib. Kita lihat barisan kabinet beliau nanti.
salam cekodokmasin,
'Anwar harus bertaubat!'- petikan kata-kata Karpal Singh.
salam zedmagel,
Team wawasan memang benar telah lama terpenjara bersama-sama terpenjaranya Anwar di Sungai Buloh.
Namun harus diakui bahawa inilah pemimpin-pemimpin yang disusun oleh Tun Mahathir pada 2003
Betul tu Wak Amer,
Hanya Anwar shj perlu bertaubat supaya dapat masuk syurga ttp orang UMNO takyah nak bertobat sbb suci bersih atau nak biarkan mereka masuk neraka!
salam Been,
Hehehe......semua kena taubat kalau terasa banyak dosa.
rasanya bukan igauan untuk anwar, tapi igauan untuk penyandang kerusi no 1 dan 2 UMNO....
sama ada no 1 tendang orang no 2, atau no 2 tendang orang no 1 dan naik jadi no 1.
Post a Comment