Friday, April 17, 2009

ISA : Senjata Ampuh Ada Ummp!


Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA- Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling. Penjajahan British keatas Malaya memperkenalkan beberapa 'Peraturan Darurat' pada tahun 1948 semasa Darurat di Malaya sebagai tindak balas kepada kebangkitan komunis. Peraturan-peraturan ini membenarkan polis menangkap sesiapa pun yang bertindak atau "seakan bertindak" dalam satu cara yang mengancam keselamatan tanpa bukti atau waran tangkapan, menahan mereka incommunicado untuk penyiasatan dan tanpa perlu dirujuk kepada perbicaraan mahkamah.

Pada tahun 1960, tiga tahun selepas Malaya merdeka, Darurat diistiharkan tamat. Tetapi Akta Keselamatan Dalam Negeri No. 8 dari 1960 kini diluluskan menggantikan undang-undang darurat yang lalu. Semasa debat di parlimen, Tunku Abdul Rahman mengatakan bahawa ISA hanya akan digunakan untuk saki baki penyokong komunis yang tinggal.(Wikipedia Bahasa Melayu)

Selain daripada Malaysia yang masih menguatkuasakan undang-undang ISA ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Singapura). Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Namun pada pada 2004 ,selepas peristiwa 11 September 2001, Bush berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam."

Secara umumnya, ISA menghalang apa-apa pengapian kepada keganasan, mencegah pengingkaran kepada undang-undang atau kepada apa-apa perintah yang sah, menyekat penyebab kepada pecah keamanan, atau mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan, menghalang intrumen yang boleh mendatangkan mudarat kepada kepentingan negara, ketenteraman awam atau keselamatan Malaysia.

Melihat kepada perkembangan yang berlaku di Thailand, Pakistan dan India ,rusuhan dan demontrasi boleh mengancam keselamatanan negara . Undang-undang apakah yang boleh digunakan oleh negara berkenaan untuk mententeramkan negara dalam masa yang singkat. Disebabkan ISA sudah ada, walaupun tujuan asalnya membendung kegiatan subversif dan komunis tetapi perangai dan tingkahlaku komunis masih diamalkan di kalangan rakyat Malaysia. Wajar benarlah ISA ini dikekalkan.


Bagi pejuang-pejuang hak asasi manusia yang melihat bahawa undang-undang ini zalim dan tidak berperikemanusiaan saya ingin bertanya adakah mereka memperjuangkan hak bagi kelompok yang kecil atau kelompok yang ramai. Adakah kerana hendak menyelamatkan beberapa kerat yang membuat onar kepentingan yang ramai dipinggirkan. Apakah hak golongan rakyat yang lebih ramai untuk menikmati hak keamanan dan keselamatan dinafikan.

Kepada mana-mana pemimpin politik baik pihak kerajaan atau pembangkang. ISA adalah senjata ampuh yang berkesan untuk membendung sesuatu kegiatan yang merbahaya yang boleh mengancam keselamatan negara. Oleh itu sesiapa sahaja yang akan memerintah Malaysia, BN atau Pakatan Rakyat, ISA ini wajar dikekalkan.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Melihat suasana geruh dan keadaan persekitaran negara jiran pada masa ini, saya fikir ISA harus dikekalkan. Cara orang Malaysia berfikir lain, US lain. Ada ISA pun macam-macam yang terjadi dalam negara, apa lagi jika ISA dah tak ada.

Dia orang tu cemburu dengan kita, sebab kita ada ISA, balik-balik fikir ISA pun idea orang Eropah juga. tapi dengar cerita, penjara Guantenamo lebih teruk dari tahanan ISA Malaysia. Dimana letaknya demokrasi US pula?

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Dalam hal ISA ni kawan spendapat dengan bro. ISA ini satu nikmat bagi orang yang suka keamanan macam kita dan neraka kepada mereka yang 'nakal'.

Kawan pun tak teringin nak jadi macam negara-negara jiran kita atau India maupun Pakistan. Nak 'ngeteh' pun tak tenteram bro.
Lagipun kita bukannya ada kena-mengena dengan ISA....hehehe...

zedmagel said...

Bro Amir,

Tapi tak risau ke blogger yang yang nakal-nakal macam saudara akan ditempatkan di sana. He he macam ada seram-seram juga le rasanya.

Tapi blogger kan ada cogankata - KEBENARAN HARUS DIBERITAHU, PERSETANKAN AKIBATNYA...Hi hi hi...!!!

amirhamzah64 said...

salam bro,

Kawan bertanggung jawab apa yang kawan tulis. Yang penting kawan tidak memfitnah dan beretika. Isikandungan pun berdasarkan pengalaman dan pembacaan. Kalau nak tangkap jugak itu tandanya kawan dah 'merbahaya'. Hehehe

Geng Samudera said...

Saya rasa hukum Allah dah cukup lengkap untuk digunapakai oleh masyarakat Islam.Para ilmuwan islam dalam pelbagai bidang harus bekerjasama menstruktur hukum-hukum Allah ini supaya tidak diliberalisasikan oleh sesiapa pun.
Mereka harus berani melakukannya demi agama dan negara Islam.

Komen skit....ayat saya nih kekadang terlalu umum.Tak ada yang salah faham....

Khairil
Anak jati Johor

Geng Samudera said...

takut ada salah faham