Tuesday, April 28, 2009

Melayu Didahulukan Perlaksanaan Diutamakan.

Dari sehari kesehari DS Najib menjadi Perdana Menteri satu persatu hak-hak istimewa Melayu terhakis satu persatu. Ke mana arah Najib ingin membawa orang-orang Melayu sangat kabur walaupun 100 hari pentadbirannya semakin hampir. Melayu yang merupakan 60% daripada keseluruhan penduduk Malaysia semakin hari semakin gelisah dengan beberapa perkembangan terbaru.

Di luar kerajaan, Melayu amat risau dengan slogan 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' ciptaan Anwar Ibrahim sementara di dalam kerajaan, Melayu lebih-lebih risau dengan slogan 'One Malaysia' ciptaan Najib. Bagi saya kalau ditanya mana satu lebih bahaya kepada Melayu maka saya akan menyatakan slogan 'One Malaysia' sangat merbahaya buat masa ini. Kenapa?

Slogan 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' masih hanya satu slogan tanpa kuasa untuk merealisasikannya. Sedangkan 'One Malaysia' bukan sekadar slogan tetapi mempunyai kuasa untuk mengambil sedikit demi sedikit kepentingan Melayu semata-mata untuk berlaku adil kepada semua. Najib semakin liberal, semakin berani untuk berubah dan semakin mengelirukan.

Apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dibubarkan dan kuota saham Bumiputera dihapuskan secara sistematik adakah ini yang dimaksudkan berani berubah. Adakah dengan menghapuskan kementerian tempat berpayung peniaga-peniaga kecil Bumiputera merupakan satu agenda 'one Malaysia'?. Adakah penghapusan kementerian ini atas desakan orang-orang Cina kepada Najib sehingga Najib berasa gentar akan kehilangan sokongan daripada orang-orang Cina?.Mungkin juga ini satu syarat yang diberikan oleh orang Cina yang berbaur ugutan untuk mereka kembali menyokong BN?

Adakah Najib ingin mengembalikan 59% kekalahan MCA dan 67% kekalahan MIC dalam Pilahanraya umum lalu dengan 'membayar' kepada mereka iaitu menerima tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah dan menghiris perasaan orang-orang Melayu yang 71% menyokong UMNO dalam pilihanraya yang lepas. MCA bukan sahaja meraih keuntungan pada setiap kali Pilihanraya kecil dengan menerima peruntukan jutaan ringgit tetapi berjaya juga menambah kerusi menteri dalam kabinet baru .

Kemungkinan satu kesilapan dengan menutup MECD. Untuk menghidupkannya balik adalah mustahil kerana ianya akan menurunkan kredebaliti Najib. Tidak menjadi kesalahan untuk beliau mencipta sesuatu yang baru dimana fungsinya adalah sama dengan MECD yang dibubarkan. Buat lah sesuatu untuk menurunkan kemarahan orang-orang Melayu. Dengan kata lain, Najib perlu ganti MECD dengan yang baru supaya peniaga-peniaga kecil bumiputera akan terbela semula. Sehingga kini Najib tidak dapat memberi jawapan jelas mengapa MECD dibubarkan.

Mohd Najib boleh memperluas meritokrasi, mengamalkan liberalisasi dan globalisasi. 60% Melayu bolehkah bersaing jika Najib tidak bersedia untuk membantu dan memberi peluang kepada mereka yang rata-rata daripada golongan pertengahan dan miskin. Bolehkah Najib mencapai Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan kalau 60 peratus rakyat Malaysia tercicir dan berasa kurang yakin dengan nasib mereka sekarang dan pada masa depan?


Buat masa ini Najib kelihatan tidak adil untuk orang Melayu. Setakat ini apakah satu dasar yang memberi keuntungan kepada orang Melayu yang diutarakan oleh Najib? Sepatutnya DEB yang dicipta oleh ayahandanya 40 tahun dahulu perlu dihidupkan balik atau diberi nafas baru. Allahyarham Tun Abdul Razak perkasakan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan ini dengan melancarkan DEB pada tahun 1970. Tun Razak tidak melayan tuntutan orang Cina yang menyebabkan Perikatan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya 1969.

Najib bukan tidak sedar dengan pencapaian orang Melayu ketika ini terutama dalam kegawatan ekonomi yang datang setiap 10 tahun. Suka atau tidak Najib perlu menjaga 71% orang Melayu yang menyokong BN dengan setia. Jangan takut hendak menolong Melayu kerana memang Melayu berhak unuk mendapt keistimewaan ini yang telah termaktub dalam perlembagaan. Melayu telah dijajah lebih 400 tahun tetapi kita baru merdeka 52 tahun. Najib perlu bantu Melayu kerana Najib PM Melayu. Kenapa hendak buang tongkat dan subsidi Melayu kerana itu memang hak Melayu.

Buatlah satu dasar yang membantu Melayu dalam waktu terdekat ini. Seandainya dalam tindakan beliau itu orang Melayu, kaum-kaum Bumiputera dan Orang Asli yang berupa rakyat majoriti terus miskin dan terpinggir, matlamat Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan mustahil tercapai.

Muhyiddin kejutkan Najib!.

Ingatkan dia banyak benda sudah hilang. Usaha bapanya Tun Razak salama 40 tahun dahulu habis dalam masa sekelip sahaja.Bank Bumiputra sudah tiada,Pernas entah ke mana, UDA pun hidup segan mati tak mahu. MARA di takok yang dulu.Perbadanan-perbadanan Kerajaan Negeri (SEDC ) juga sudah macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada.

Kontraktor-kontraktor Melayu tidak berkembang. 20 tahun dulu kelas F sekarang masih lagi kelas F. Masih ditakuk lama. Orang Melayu baik dari Pegawai Kerajaan, guru, Pengulu masih pi mai pi mai tang tu jugak .Tahun 1975 orang Baling memberontak kerana harga getah jatuh.Makan satu kali sehari .Salepas 40 tahun mereka masih lagi menoreh getah.

Najib jangan terlalu mengikut kehendak Cina. Sebelum beliau menjadi PM, Melayu mengharapkan sesuatu daripada Najib dan mereka menaruh harapan tinggi berdasarkan rekod pencapaiannya semasa MB Pahang dan menteri di beberapa kementerian. Ramai berpendapat Najib akan mengikut kalau tidak bertambah baik daripada ayahandanya.
Orang Melayu mahu Najib berlaku adil kepadanya, Satu Malaysia, Melayu Didahulukan dan Perlaksanaan Diutamakan.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Nampaknya Datuk Najib menghulurkan umpan yang besar bagi meangkap ikan bilis. Umpannya sebesar sekor kerbau yang nak dipancing ikan bilis. Ada untung ke perbuatannya yang begitu kepada orang-orang Melayu? Memang le tak untung, Pada Najib Melayu ini biar tahun nasibnya tanpa subsidi.

Dah lah selama ini banya hak-hak Melayu banyak yang terhakis, sekarang ni baru dilantik PM banyak milik Melayu macam dah nak tergadai.

Terkini beliau kata perkhidmatan awam akan lebih terbuka untuk kaum bukan Melayu. Kalau macam tu le ikut merit. Tahun depan yang memenuhi kerusi Jabatan kerajaan sama macam 40 tahun dulu.

Jawatan Tukang kebun dan Pembantu Am sahaja Melayu. Jawatan lain jangan harap muka kita yang duduk. Saya teringat di masa saya kecil-kecil dulu masuk ke pejabat gamen dan bank, yang Melayu budak pejabat dan jaga sahaja, jawatan lain Melayu tak ada.

Inilah cita-cita dan dasar terbuka yang Najib nak wujudkan. supaya rakyat semua yang berbilang kaum berpuashati.

Baguslah sikap pemimpin Melayu yang macam ni, saya sokong UMNO...Kerana sangat terbuka.

zm.azami said...

Asalam Bro Amir,

Tahniah artikel yang amat menarik buat renungan kita bersama.

Nampak gayanya era 1Malaysia ni, untuk orang lain dah jadi macam peribahasa melayu; "penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap"; tapi untuk orang kita, dah jadi macam "ayam bertelur sebutir saja hingga hingar sekampung". kadang-kadang telur itu pun telur tembelang...

Izinkan saya 'copy & paste' artikel ini untuk rujukan dan bacaan bersama.

Sekian, terima kasih dan wasalam

Geng Samudera said...

Pak Amir,

Muhyidin pun susah jugak nak predict,sy ingat dulu masa beliau di kerajaan Johor (tak ingat jawatan apa dia pegang),tapi di Sungai Abong Muar(kampung saya)tuh kawasan perumahan majoriti melayu di "rumah murah" nak di jual kepada tauke Leong Hup (tauke ayam).

So....susah gak nak predict die tuhh...

Sang PAngeran

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Kita pun tak tahu apa niat sebenar Najib. Mungkin Najib merasakan sudah sampai masanya tongkat melayu itu boleh dibuang supaya melayu boleh bersaing secara terbuka dengan orang lain. Sekali lagi ianya akan menjadi satu percubaan dan sekali lagi Melayu menjadi bahan kajian.

amirhamzah64 said...

salam zm.azami,

Kalau Cina dan India yang menjadi beban kepada BN boleh menuntut bermacam-macam termasuk TPM ke 2, apa salahnya kita menyuarakan sesuatu yang memang menjadi hak kita.

Apabila kita lemah mereka akan mengugut. Tapi kali ini memang mereka dah lari ke PR, hantam saja la labu..... Nak jaga hati mereka sangat pun buat masa ni tak ada faedahnya. Melayu perlu bersatu kerana Melayu boleh kuasa parlimen jika kita bersatu.

amirhamzah64 said...

salam Geng Samudera,

Sesuatu yang kita tak pasti dan tak mendalami tidak boleh kita jadikan rujukan. Nak atau telah satu perkara yang berbeza. Adakah tanah itu milik persendirian atau milik kerajaan?

Apa yang boleh kita suarakan ialah tanah-tanah rizab Melayu yang diambil oleh kerajaan wajib diganti semula. Banyak kerajaan-kerajaan negeri yang tertangguh dalam menggantikan tanah-tanah rizab Melayu ini.