Sunday, August 23, 2009
Sudah Terlambat ! Yusri........
Malaysiakini 22 Ogos 2009 melaporkan, Yusri Isahak bekas rakan kongsi firma guaman calon BN, Rohaizat Othman menafikan bahawa beliau dipergunakan oleh PAS dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir."Saya muncul adalah untuk membersihkan nama saya. Ada pihak mendakwa saya memihak kepada PAS, didesak dan dipergunakan oleh PAS, saya nafi sekeras-kerasnya.
"Saya ke pentas PAS adalah atas kehendak hati saya sendiri," kata Yusri dalam ceramah PAS di di hadapan Kedai Asri di Permatang Tengah malam tadi. Beliau menggunakan pentas ceramah dalam pilihanraya kecil tersebut untuk membersihkan namanya yang didakwa bertanggungjawab berhubung isu penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.
Yusri menolak dakwaan Umno bahawa beliau adalah rakan kongsi yang menyebabkan calon BN Rohaizat Othman dibatalkan lesen guamannya oleh Majlis Peguam.Beliau menyifatkan sebagai satu pembohongan dakwaan Umno bahawa Rohaizat tidak terlibat dan tidak tahu menahu berhubung transaksi wang koperasi itu.Walaupun muncul sekadar lima minit tetapi Yusri mampu menarik kehadiran orang ramai untuk mendengar penjelasannya itu.
Berita sebelumnya 20 Ogos 2009, Malaysiakini turut melaporkan 'Yusri buat penjelasan atas pentas PAS'. Menurut laporan itu, Yusri akan menggunakan pentas ceramah pembangkang bagi membersihkan dirinya berhubung kes pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002. Yusri Isahak berkata, beliau akan menemui kepimpinan PAS dan PKR untuk menggunakan pentas ceramah mereka bagi memberi penjelasan mengenai isu tersebut serta membersihkan dirinya.
Malangnya apabila Yusri membuat sidang akhbar kali ke 2, di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi tidak adapun laporan oleh Malaysiakini. Tapi itu bukan isunya, isunya sidang akhbar kali ke 2 ni sudah terlambat dan keadaan sudah menjadi lintang pukang. Hari ini Yusri menyatakan beliau tidak ditawarkan ganjaran untuk tampil memberi kenyataan. Beliau memohon kesemua pihak bermuhasabah dan hentikan sengketa. Pulak dah!. Percayakah orang? Tentu sekali rakyat akan menyangka bahawa sudah tentu berapa puluh ribu UMNO telah bayar kepada En.Yusri untuk sidang akhbar kali ke 2 ni.
Walaupun tujuan Yusri kali ini lebih untuk mempertahankan Rohaizat,tetapi perlu diingat tindakan beliau sebelum ini telah memberi peluru dan digunakan oleh pihak PAS untuk mengadakan kempen peribadi terhadap Rohaizat. Malang sekali bagi BN, strategi pembangunan yang ingin dibawa strategi bertahan pula yang terpaksa digunakan untuk mempertahankan calon. Malang juga bagi Rohaizat umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila kes perkahwinan keduanya juga dijadikan bahan kempen.
Ramai pemerhati politik tidak menyangka bahawa isu calon yang mendominasikan kempen PRK Permatang Pasir. Sepatutnya Permatang Pasir menjadi medan 'rezeki terpijak' seperti mana PRK di tempat lain. Adakah situasi yang berlaku di Permatang Pasir dengan serangan ke atas calon BN akan memberi undi simpati kepadanya atau menjadi semakin buruk hanya akan ditentukan oleh pengundi di Permatang Pasir sendiri. Walaubagaimana pun tindakan Yusri itu bolehkah membawa kesan positif atau negatif ke atas sahabatnya itu?
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam
kalau dah tikam kawan sendiri kemudian baru nak cakap sorry baik tak payah lah...
walaupun niat baik sekalipun tapi kemusnahan yang telah dilakukan amat besar sekali dan kini orang akan memburukkan UMNO pula sebab mungkin yusri dapat imbuhan dari UMNO...
lain kali kalau nak buat tu fikirlah dulu...
salah cakap nilah akibatnya...
sapa nak kawan dengan kita lepas ni..
sampai isu kahwin dua sahabat sendiri pun dah jadi mainan isu pas...
bagi calon UMNO susah2 sangat ceraikan aje isteri tu kala pak mentua cakap lebih sangat tu...
biarlah anak dia menjanda
salam
Salam Bro Amir Hamzah,
Tak tau le Jafri nak jadi apa, apa pun yang dibuat nasik dah jadi bubur. Kenyataan yang keduanya untuk mempertahankan Rohaizat, ada ke orang nak mendengar dan memandangnya. Tujuan utamanya dilihat macam nak bagi Rohaizat terkuvil kaki dan bengkak jek. Tu ke le.
Jom kita pakat ramai-ramai keluat PKR macam exco kedah YB Radhi buat dan rakan-rakan yang lain.
SLM BRO..NI LA DIA KES TELAJAK PERAHU..SBB MULUT BDN BINASA..SEBELUM NAK BUAT SESUATU BKN NAK FIKIR DLU. NAH SKRG SENDIRI TANGGUNG LA BRADERR..TO LATE MANN!! KEHKEHKEH
Salam semua!
Saya semasa artikel saya keluar didalam akhbar sinar harian yang menyatakan bahawa saya orang UMNO,ramai kawan-kawan saya bertanya berapa ratus ribu UMNO bagi pada saya dan saya lantas menjawab bukanya ribu tapi juta nak tahu juta apa iaitu juta rupiah.saya tak menyesal cuma persepsi kawan saya tidak berfikir secara rasional tentang kebebasan berpolitik.
PG BERPENDAPAT BN MENANG. MENANG BUKAN KERANA YUSRI ATAU ROHAIZAT TETAPI MEREKA MENYAMPAH TERHADAP DSAI ( SESUMPAH POLITIK TU ) DAN SAYANKAN UMNO. HARAP KOH TSU KOON HABOK PUN TAK ADA. SUARANYA PUN TAK BERBUNYI.
dalam bulan posa ni pun, aktiviti umpat mengumpat pun rancak.nampaknya parti kita PAS pun tak halang. Segan le mcm ni.tak malu ke dengan Tuhan. menyesal.........baik saya jadi mca ke mic ke. hai entah le....
salam Tungaklangit,
Dalam seminggu je dah pusing. Cakap tersembur air liur pun orang tak caya. hehehe. Jangan cerai lagi bro...janda-janda kat luar ni pun dah ramai....
Salam bro Zedmagel,
Tak tau pulak bro ni orang PKR. Dah lama ke buat keja samar menyamar ni......Exco Kedah tu pun orang bercakap juga bro. Berapa juta UMNO bayo kat dia? huhuhu.......
Salam Jeffry,
Nasib baik mamat ni jauh. Kalau dekat dah lama kawan lastik dia dengan guli. Lupa kawan....dia pun teringin nak masuk tv. Gila glamour jugak mamat ni
salam hami,
Itu lah persepsi rakyat yang sudah capai tahap gaban. Semua orang UMNO tu kaya ke? huhuhu. Bukan ke yang kaya-kaya tu orang PAS dan PKR...cuma mereka tu tak cukup kaya je.
Salam bro Arif Omar,
Kawan hormati pendapat bro tu. Kali ini bior le kawan teka PAS yang menang. Dalam hati mmg nak BN menang. Nama pun teka. Kadang-kadang betul kadang-kadang tidak. Permatang Pauh BN kalah, Penanti BN kalah mungkin juga Permatang Pasir BN kalah lagi. Koh Tsu Koon tu dah boleh masukkan dalam guni campak aje ke Laut Merah. hihihi
Kalau kawan salah, boleh le kawan belanja nasi briani gam......
salam buah kelapa turkey,
Bulan je yang puasa. Mulut tak puasa bro. Nak menang, pakai le apa senjata pun asal menang. PAS parti politik juga bro. Dia pun nak kuasa jugak. Cuma guna agama nak raih sokongan. Jangan le sampai nak masuk MCA dan MIC pulak. Parti tu pun nak kojol. huhuhu......
Post a Comment