Thursday, August 20, 2009

PRK Permatang Pasir : Batang Tubuh Anwar Masih Penentu.



KEMPEN Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir telah pun bermula namun pelbagai isu telah pun dibangkitkan pihak lawan termasuk menyerang peribadi calon Barisan Nasional (BN).Sebelum penamaan calon tempohari terlalu banyak isu dan senjata yang boleh dijadikan bahan atau 'buah tangan' kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir. Isu-isu Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang mutakhir ini sudah boleh dijadikan 'modal' untuk bersembang-sembang dengan pengundi bahawa Pakatan Rakyat belum bersedia untuk menggantikan kerajaan yang ada sekarang.

Namun begitu kita jangan lupa bahawa DUN Permatang Pasir terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh. Pilihanraya ke 12 dan Pilihanraya kecil Permatang Pauh tempohari undi Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim banyak datangnya dari DUN ini selain DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Parlimen ini telah dikuasai oleh keluarga Anwar Ibrahim sejak pilihanraya 1982 -2008. Anwar telah memenangi pilihanraya ini sejak 1982 -1995 ketika mewakili BN sementara isterinya Wan Azizah telah memenangi pilihanraya 1999-2008 mewakili PKR/Pakatan Rakyat. Ini bermakna PRK Permatang Pasir masih tebal dengan sentimen sayangnya orang Permatang Pauh / Permatang Pasir kepada Anwar.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir bukan pertandingan antara BN dan Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada Anwar bertemu Najib dan Muhyiddin. Sebelum ini, kawasan ini adalah kawasan BN apabila Anwar sebagai wakilnya di Parlimen tetapi sokongan terus menerus diberikan kepada Anwar sejak pilihanraya 1999-2008 walaupun Anwar tidak lagi berada di dalam kerajaan dan BN. Tergamakkah pengundi yang memberi sokongan kepada Anwar dalam PRK Permatang Pauh memberi undi kepada BN dalam DUN Permatang Pasir? Tergamakkah rakyat Permatang Pasir untuk menikam Anwar dari belakang kerana batang tubuh inilah yang menjadi sandaran mereka sejak 1982?

Kekalahan dalam PRK DUN Permatang Pasir oleh Pakatan Rakyat akan memberi indikator baru kepada senario politik negara. Kemenangan BN membuktikan bahawa pengundi telah menolak Anwar iaitu satu petunjuk yang positif dalam PRU ke 13 nanti. Signifikan kepada kemenangan ini ialah gelombang baru rakyat kepada penerimaan kepimpinan Najib dan Muhyiddin. Walaupun ianya pilihanraya kecil bagi Dewan Undangan Negeri tetapi ianya satu mesej jelas bahawa kubu kuat Anwar telah berjaya ditembusi dan kedudukan Anwar tidak lagi selamat dan terjamin di Permatang Pauh.

Berkaitan dengan sentimen rakyat dan pengundi Permatang Pasir ialah persepsi / tanggapan yang salah terhadap kerajaan masih terus kekal tebal. Isu-isu nasional pastinya akan mengatasi isu-isu tempatan. Isu-isu integriti kerajaan, rasuah di dalam UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO yang masih tidak diterima rakyat, perubahan-perubahan yang telah dilakukan oleh UMNO dan kerajaan adalah sesuatu yang menjadi pertimbangan para pengundi. Isu-isu moral Anwar hanya akan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja malah akan membangkitkan kemarahan pengundi. Sejak daripada 1982, Anwar adalah idola dan memang menjadi harapan rakyat Permatang Pauh mahu melihat anak Permatang Pauh ini menjadi Perdana Menteri. Inilah yang saya maksudkan dengan sentimen yang menebal terhadap Anwar.

Mampukah persepsi buruk kerajaan dan sentimen Anwar yang tebal ini dikurangkan? Jika para pemimpin UMNO dan kerajaan berjaya bermain dengan isu ini ianya masih dapat mengurangkan sedikit undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Bagaimana bermain dengan persepsi mungkin blogger Nobisha ada ulasannya. klik di sini.

DUN Permatang Pasir ini bukanlah kawasan mudah bagi BN. Sewajarnya tidak ada ruang kelemahan yang boleh diberikan untuk dieksplotasikan oleh Pakatan Rakyat. DUN dan Parlimen ini adalah kawasan maut bagi BN. Malang bagi Muhyiddin kerana sering mendapat kawasan sukar dalam pilihanraya kerana kawasan yang terlibat dalam PRK adalah kubu-kubu kuat pembangkang. Dalam siri-siri PRK kerajaan hanya gagal dalam PRK P046 Kuala Terengganu yang terlepas kepada Pakatan Rakyat. Selebihnya memang kerusi-kerusi itu kepunyaan Pakatan Rakyat.

Secara jujurnya saya meramalkan bahawa PAS akan menang di dalam pilihanraya kecil ini berdasarkan kepada hujah sentimen dan persepsi yang mewarnai pilihanraya kali ini. Sememangnya inilah kehendak Pakatan Rakyat untuk mengekalkan momentum sokongan rakyat dalam setiap pilihanraya kecil sehinggalah kepada penentu muktamad dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Walaupun begitu, BN jangan menyerah kalah sebelum berjuang. Harapan tetap ada kalah dalam tangan. Pengurangan majoriti atau pertambahan undi adalah kemenangan moral yang sangat besar. Gunakan apa saja senjata yang boleh untuk terus memberi saingan kepada Pakatan Rakyat.

Selamat mengundi kepada rakyat Permatang Pasir.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

7 comments:

familyariani said...

Saya setuju dengan pendapat/pandangan saudara. Bagi saya UMNO boleh kembali mendapat keyakinan rakyat sekiranya UMNO bersedia melakukan perubahan 100% ikhlas kerana Allah S.W.T. Jangan hanya melaungkan ungkapan "PERUBAHAN" tetapi sebaliknya yg terjadi. Terutamanya UMNO Permatang Pauh, ketidakpuashatian masih timbul dikalangan pemimpin. Tidak ada sikap bertolak ansur, bagi mereka jawatan adalah segala-galanya. mereka sanggup pecah belahkan sesama UMNO asalkan matlamat tercapai. Saudara perlu datang sendiri ke Permatang Pauh bagi menilai apa sebenarnya yang terjadi pada UMNO Permatang Pauh.

Orang tua said...

Salam Sejahtera Bro,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

Kat P Pasir ni, dapat kurangkan majority pun dah kira cukup bagus.

Kalau menang kira BONUS Aidil Fitri.

Betul tak??????????

Anonymous said...

SLM BRO..KLU PENGUNDI LEBIH TERBUKA MINDA MUNGKIN X MUSTAHIL BN BLH MENANG. KALAU DI M.U KITA BEGITU HAMPIR, RASA2 KALI NI MUNGKIN ADE HARAPAN KOT. APA PUN BN MESTI TERUSKAN PERJUANGAN. GIATKAN PENDEKATAN MESRA RAKYAT DRI RUMAH KE RUMAH. MANA LAH TAU KALI NI REZEKI BN HEHEH

rimaJOHOR said...

Apa kaba abang amir, eh..abang orang politik ya, baguslah tu, saya ni tak minat politik, tapi bila baca entry abang, saya jadi minat. Tulah ya, Nik Aziz ni cakap dia macam tu plak.X patutlah dia cakap macam tu.Geram betulllayu tengok.Menyampah tau.Saya sokong abang amir. Ok bang..ketemu lagi ya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam zaki.

Saya berpendapat bahawa UMNO sedang dalam perjalanan ke arah 'perubahan'.Perubahan adalah secara beransur-ansur dan tidak terlalu mendadak. Namun tarikh akhirnya adalah sebelum pilihanraya Umum ke 13. Kita perlu memberi peluang dan ruang kepada parti tertua ini dan juga kepada pendokong-pendokongnya.

Salam Orang tua.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK juga kepada bro sekeluarga.

Saya setuju kalau dapat kurangkan majoriti pun sudah merupakan kejayaan besar.Menang berat sikit bro...tapi untuk menyedapkan hati kita andaikan kalau menang dikira BONUS hari raya Aidil Fitri. hehehe

Jeffry said...

Salam bro, saya cuba untuk berfikir secara positif tetapi realitinya amat sukar dan berliku serta berduri. Betul bro tidak ada yang mustahil dan 'segalanyamungkin'

salam rondo-ayu.

Khabo baik. Sapa pulak yang tersesat ni...Semua orang kena ambik tau hal politik walaupun tak minat. Tak begitu 'janda ayu'. Dalam-dalam tak minat sempat kutuk Nik Aziz ye...walaupun blog ni sedang cerita hal Anwar. hehehe

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Kali ini PRK Permatang Pasir, taik Anwar kering kat celah jubur dia. Tak sempat nak cebok dibuatnya. BN sedang mengask dia dari semua arah. Mana urusakan saman 100 juta tiap seorang. Nampak beliau kurus.

Takut sahur pun lewat masa, pasal masa kempen pendek sangat. Dah tu dia dikapit oleh Gobalakrishnan dan Tian Chua, Ngeh, Ngok dan Lim guan Eng.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,
Kita hanya memandang dari jauh bro. Yang menyokong BN tetap ada kerana memang dulu pun kawasan ini otak BN masa Anwar TPM. Tapi sejak 1999, habih semua dipusingkan Anwar. Ini kawasan sentimen dan nostalgia Anwar....tu aje kawan nak bagi tau.