Saturday, August 1, 2009

Reformasi 1998 - 1 Ogos 2009. Masih Belum Selesai.



Tun Dr Mahathir ketika berucap di UKM hanya dihadiri 150 - 200 orang sahaja. Program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Serdang tidak berkemampuan untuk menarik ahli-ahli UMNO Bahagian Serdang sendiri malah pelajar-pelajar yang menjadi tuan rumah program tersebut. Adakah pelajar-pelajar UKM sendiri boikot negarawan seperti Tun Mahathir?

Berbanding dengan demontrasi di beberapa tempat disekitar Kuala Lumpur seperti di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Pejabat PAS sambutan begitu menggalakkan. Sebahagian besar tetamu adalah golongan muda dan pelajar-pelajar universiti sendiri. Sebahagian pelajar-pelajar universiti ini lebih gemar mencurahkan perasaan mereka melalui saluran demontrasi berbanding dengan majlis-majlis percambahan ilmu, seminar, foram yang dianjurkan secara sah. Saya tidak berani menganggarkan jumlah sebenar hadirin dalam perhimpunan dan perarakan haram tersebut. klik

Apa salahnya mereka hadir untuk dua majlis yang berasingan iaitu 10.30 pagi di Bangi bersama Tun M dan 2.30 petang di Masjid Negara misalnya. Nampaknya tidak ada yang lebih menarik selain daripada berhimpun untuk menyerahkan memorendum ke Istana Negara berkaitan pemansuhan ISA. Adakah benar demontrasi 'aman' yang diwar-warkan itu adalah untuk menghantar memorendum? Baca dulu di sini.

Sepanjang saya bersiar-siar di Kuala Lumpur bersama seorang sahabat (pengusaha jam)semalam di Sogo, Pasar Seni, dan Masjid Jamek ,apa yang kami dapati adalah :

1. Majoriti yang menyertai perhimpunan dan perarakan songsang itu adalah Melayu iaitu yang sebangsa dengan ku dan sahabat ku itu. Kalau ada pun Cina dan Keling DAP beberapa kerat aje dan mereka hanyalah sebagai penonton, pemerhati dan jurugambar bukannya sebagai peserta. Jelas sekali 'kuda-kuda' yang mengamuk semalam adalah kuda-kuda PAS dan PKR yang 'dikudakan' oleh DAP.

2. Peserta demontrasi Melayu ini menggunakan kanak-kanak, orang perempuan serta orang tua (klik) yang datang dari seluruh negara termasuklah yang datang daripada negeriku sendiri. Tidak ketinggalan yang datang daripada kampungku yang ku kenal benarlah perangai mereka kat kampung. Tetapi di sini mereka adalah 'pejuang'dan 'hero' filem Tamil.

3. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar universiti yang terdiri daripada anak muda Melayu lelaki dan perempuan yang orang kampung anggap mereka ini pandai, cerdik dan bijaksana. Di sini, mereka turut sama menjerit dan melalak seperti orang lain. Sama seperti penganggur, peniaga, pesara dan lain-lain yang turut serta dalam perhimpunan itu. Pihak universiti gagal mengawal mereka atau di universiti sendiri sudah sarat dengan golongan pembangkang termasuk golongan pentadbir dan pengurusan universiti sendiri. Namun begitu bukan semua pihak pentadbiran dan pengurusan universiti memilih jalan songsang. Baca ulasan ini

4. Masjid Negara dan Masjid Jamek bukan dilihat sebagai tempat untuk tujuan perpaduan tetapi disalahgunakan untuk menghancurkan umat.

5. Mangsa sebenar demontrasi semalam adalah beratus-ratus peniaga-peniaga kecil di Lorong Tunku Abd Rahman, Jalan Masjid India dan peniaga-peniaga lain di tempat-tempat yang terlibat. Peniaga yang paling tidak berpuashati adalah peniaga di Lorong Tunku Abd. Rahman yang penjadi tempat 'persembunyian' perusuh-perusuh ini melarikan diri. Tidak hairanlah jika ada yang memaki hamun perusuh-perusuh ini yang menyekat periuk nasi mereka untuk mendapat rezeki sesuap nasi.

6. Kesesakan jalanraya pasti berlaku kerana jalan-jalan utama terpaksa ditutup.

7. Ada juga cadangan daripada blogger-blogger agar perhimpunan seperti ini digilir-gilirkan di tempat lain supaya ramai lagi boleh merasa 'kenikmatannya'.

DAP-buat di Komtar, Pulau Pinang atau Mid Valley Mega Mall atau Damansara/Bangsar

PKR-Buat di Shah Alam atau Bandar Tun Razak

PAS- Buat di Alor Star atau Kota Bharu

8. Percayalah, Jika Anwar Ibrahim menjadi PM, ISA ini tidak akan dimansuhkan malah lebih kejam lagi sifatnya cuma ditukarkan kepada nama lain yang lebih 'sejuk'.

Bagi mereka yang tidak sempat hadir bolehlah saksikan rakaman peristiwa tersebut di sini.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

11 comments:

Dal said...

Anak-anak dihantar ka IPTA untuk menjadi khazanah bangsa, tetapi belum-belum lagi udah mula menggigit tangan yang menyuapnya.

Bagaimana hendak memmulihkan perkembangan songsang ini?

Parpu Kari said...

pundek lah lu!.. suka copy paste gambar orang punya.

Admin www.morhabshi.com said...

Salam Blogger,
Tahniah kerana mempunyai blog yang mampu menarik minat pengunjung walaupun anda tidak mendapat sebarang bayaran atau upah selama ini.

Namun mahukan anda menjadikan blog ini sebagai sumber pendapatan? Anda hanya perlu memaparkan sedikit makluman iaitu:

”Dapatkan kitab perubatan, ramuan, petua, doa, dan amalan kesihatan & keselamatan diri secara percuma. Sila klik di sini”

Ya. Kami hanya ingin anda meletakkan link tersebut dalam blog ini dan anda akan menerima bayaran untuk tugas promosi tersebut.

Sila layari http://www.morhabshi.com untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Jeffry said...

SLM BRO..PUAK2 PAKATAN DH RASA KEPANASAN DGN SERANGAN2 BLOGGERS PRO KERAJAAN SB TU SI KLON TU DARAH MENYIRAP KEHKEHKEH..TERUSKAN BROO..KITA CANAI2 HABIS2AN DIORANG SEMUA SAMPAI TELUNGKUPP!! YEHAAAAA!!!

buah kelapa turkey said...

parpu kari : saudara jangan terlalu taksub . sebenarnya perasaan "sakit hati' serta dendam sudah bersarang di dalam hati. jangan malukan bangsa melayu.

anaklangkawi said...

org melayu setakat dtg dikudakan DAP.. hahaha.. nasibla org melayu dalam PR..

amirhamzah64 said...

salam Dal,
Pemuda UMNO, Penerangan UMNO atau NGO Melayu perlu merapatkan diri dengan pelajar ini yang lebih banyak terdedah dengan maklumat pembangkang. Dalam Isu ISA, mungkin ada banyak maklumat yang tersurat dan tersirat yang sepatutnya dijelaskan terutama kaitan dengan kuasa politik Melayu dan juga keselamatan dan keamanan negara. Misalnya buka minda mereka, mengapa PAP di Singapura mahu ISA dinegara mereka dikekalkan sedangkan DAP di Malaysia mahu ISA dihapuskan? Apa agenda tersembunyi mereka? Panggil bekas-bekas tahanan ISA seperti Ibrahim Ali yang masih mempertahankan ISA tetapi beliau masih mahu ISA ini wujud. Apa alasan beliau? Gunakan nama aktiviti atas nama Islam seperti dahulu untuk sampaikan mesej ini secara tertutup.

salam Parpu Kari,
Ko jangan nak buang masa aku dan menyemak kat sini.

salam cheguman,
ok terima kasih

salam bro Jeffry,
Dia salah tempat nak menyalak. Jenis otak dah tepu.

Salam buah kelapa turkey
Mamat tu kalau si Anwar/Nik Ajis/Lim Kit Siang suruh cebokkan dia pun dibuatnya. hehehe

salam anaklangkawi,
Ye betul, datang jauh-jauh tapi tak tau tujuan sebenar. Saja nak rasa seronok berhimpun dan menyusahkan orang lain.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Melayu-melayu yang bangang menyokong membuta tuli tanpa membaca akta ISA itu sendiri dan mengkaji peruntukan2 yang terkandung di dalamnya. Tanya pada Unit Amal (Dosa) PAS yang gagah perkosa undang-undang sama ada mereka pernah membaca Akta berkenaan. Jawapnnya tentulah TIDAK...
Apa-apa pun: KAH-KAH-KAH-KAH-PTIUH

amirhamzah64 said...

salam cekodokmasin,
Yang datang-datang dari jauh tu bukan ada mengkaji ISA ni. Ikut cakap pemimpin.Pemimpin kata zalim ikut cakap zalim. Apa yang zalim pada hakikat sebenarnya tak tau. Kalau dah macam penyangak, menyetan menganggu gugat keselamatan negara duduk la dalam kemunting tu. Anak bini ,parti la tanggung jawab. Dah kerana perjuangan parti laki-laki kepada isteri yang malang kena tahan ISA. Pegi la mintak tolong kat Nuar, Nik Aziz Hadi Awang atau LKS....Ni ada 27 juta lagi nak kan keamanan dan ketenteraman.

Che Leh Jangok said...

Reformasi 1998 dah si (mati)
Evolusi 1970an dah pi pergi.
Manyusup dicelah kuasa Tun M tak menjadi lagi.
Revolusi sahaja yang masih kena di cari.'''...'''...itulah anuaribrahim

amirhamzah64 said...

salam Che Leh Jangok,
Revolusi tidak mustahil berlaku. Anwar memang pakar dalam menimbulkan keresahan rakyat, menaikkan emosi rakyat dan sebab itu Anwar popular dengan slogan ketuanan rakyat. Maka revolusi itu dicetuskan atas dasar kebangkitan rakyat.