Monday, August 3, 2009

Anwar Sudah Menjadi 'Raja' Saman.


Kalau hendak mencari raja 'saman' di Malaysia, rasanya tidak susah dan tidak sesukar mana pun. Kata saja yang tidak berapa sedap di dengar kepada Anwar Ibrahim, pastinya anda akan disaman. Kononnya hendak memberi tahu kepada penyokong, pengikut dan rakyat keseluruhannya bahawa dakwaan terhadap dirinya itu adalah tidak benar dan bersedia untuk bertemu di mahkamah.

Kalau setakat Muhyiddin membuat kenyataan dan menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu pun hendak dibawa ke mahkamah, maka ramai orang tersenyum kerana sejak tahun 1999, tuntutan saman Anwar di mahkamah yang masih belum selesai sehingga kini telah mencecah RM520 juta. Namun tiada satu pun yang telah selesai. klik

Saya juga tertunggu-tunggu jika Anwar berhasrat menyaman para blogger yang memanggilnya Sheikh Anwar Al-Juburi misalnya dan menuduhnya sebagai peliwat tegar. Malah kalau mahu diikutkan sepatutnya Anwar sudah menyaman Mat Sabu kerana beliaulah yang memberi nama Sheikh Anwar Al-Juburi itu sekitar pertengahan tahun 1990an sehingga menjadi popular dan menjadi ikutan orang lain hingga kala ini.



Paling tidak pun, saman beliau kepada Nallakarupan memang dinanti-nantikan kerana semua orang tahu hubungan rapat dan akrab mereka berdua. Saman Anwar kepada Nallakarupan berikutan pendedahan bahawa beliau menerima RM60 juta wang dari syarikat judi Magnum Corporation. klik Kalau benar saman Anwar kepada Nallakarupan tentu akan banyak cerita-cerita dalam kelambu yang terburai. Beranikah Anwar.

Tun Mahathir pun pernah disaman berikutan Anwar Ibrahim mencabar, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. klik

Anwar Ibrahim juga pernah memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar Anifah Aman berhubung kenyataan Anifah yang mendakwa Anwar menawarnya jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) jika setuju meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan baru. klik

Saintis politik Chandra Muzaffar pernah diancam akan disaman lebih RM20 juta oleh Anwar apabila bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia dan menjadi PKR) itu kononnya memfitnah dirinya berhubung laporan dalam dua akhbar berbahasa Inggeris pada 4 Mac 2008. klik

Selain daripada menyaman orang lain atas alasan fitnah dan menjaga maruah beliau pula pernah disaman oleh Ketua Polis Negara Musa Hassan yang memfailkan saman malu terhadap Anwar Ibrahim berhubung laporan polis terhadapnya atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam" 11tahun lepas. klik

Muhyiddin Yassin memperkatakan yang benar kerana sejak pemecatannya pada tahun 1998 hingga ke hari ini negara kita sentiasa saja bergolak walaupun ketika beliau dalam penjara. Apatah lagi selepas beliau dilepaskan oleh Pak Lah, tingkah laku beliau semakin menjolok mata dan menjadi-jadi. Orang Melayu yang sudah sedia berpecah diracik-racik lagi oleh Anwar. Kelemahan politik Melayu hari ini memang tidak dinafikan berpunca daripada perancangan Anwar sebagai mastermind kepada Pakatan Rakyat.

Sesiapa sahaja yang waras akan bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin kerana Muhyiddin sendiri pernah berada di dalam team wawasan bersama-sama dengan Anwar. Malah ketika Anwar ditangkap pada 1998, menteri kabinet pertama yang hadir ke rumah Anwar adalah Muhyiddin sendiri. Setelah Muhyiddin menjadi TPM, memang sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu supaya para penyokong dan pendokong Anwarisme dapat berfikir secara waras tentang kenyataan yang benar walaupun pahit untuk Muhyiddin luahkan.

Dalam perkembangan terbaru, Muhyiddin tidak akan memohon maaf kepada Anwar kerana apa yang dikatakan adalah benar. "Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak berbohong semasa membuat kenyataan itu," Muhyiddin dipetik berkata. Baca selanjutnya.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

17 comments:

hilbert said...

Salam 1Malaysia bro,

Mana Anwar tu berani nak saman blogger ...sbelum dia nak saman blogger yang memanggil dia dengan gelaran Al-Juburi, jadi dia kena saman Mohamad Syabu dulu hehehe

AnTi AljUbuRi said...

Dia patut saman aku 100 juta juga kerana menamakan peliwat tegar itu dengan panggilan Sahibus Samaah As Sheikh Dato Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi ..

Aku harap dia bertindak segera, sebelum ke Sungai Buluh.

Selaraskan logo dan nama panggilanya - dan kita tumpukan serangan kepada pengkhianat bangsa dan negara itu, habis habisan!!!

Kalau ada dana .. kita buat topeng wajah Saiful dan kita pakai sepanjang kempen di Pntg Pauh - dia cukup takut dan phobia dengan nama Saiful, macam pelesit takut dengan Ayat Kursi !!!

abdulraufali said...

jikalau la anwar berjaya menggagalkan atau drop the charge againts him di mahkamah mengenai kes saiful, kita sepatutny menyokong dan menggalakkan pula saiful menyaman anwar ratusan juta ringgit kerana telah meliwatnya .

Anonymous said...

SLM BRO..HMMM PENIAGA2 YG MENGALAMI KERUSIAN TU PUN PATUT SAMAN SI JUBURI NI HABIS2AN..LG PUN DIA BYK SPONSER LUAR NEGARA PE KEHKEHKEH

mukhtar said...

Ingin kepastian:

Saudara dulu pernah menuntut di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh.
Asal dari Semerah, Batu Pahat.
Kalau ya,sila e-mail kat saya
mukhtarsalleh@gmail.com

surau al-falah pandan jaya said...

Salam semua.
Bagi saya Anwar macam seorang penjual ikan dipasar.Baru pembeli pergi untuk melihat ikan jenis apa yang dijual,Anwar dah jaja yang pembeli itu mahu membeli ikan beliau.Sebelum ini saya telah mengingatkan diri saya supaya tidak mengata-ngata kepada Anwar takut kena saman.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Biarlah dia nak cari duit lebih sikit. Bukan apa, buat bayar hutang kengkawan along Amerika dengan Yahudi. Tak bayar nanti kena potong tangan. Tapi Vincent Lim dah kata, orang kaya jer yang suka saman menyaman sebab kalau menang pun, duit tu belum tentu dapat...
Apa-apapun : KAH-KAH-KAH-KAH-PTUIH...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam hilbertmontell,
Hahaha......bro kita tu dah kemaruk menyaman orang. Memang la pun mana dia berani nak saman blogger kerana dia tau blogger ni tulis sukarela dan tak berduit. hehehe....Kalau setakat RM2 sebulan tu bolehlah kawan bayo.

Salam AnTiAljUbuRi,
Ganas bro.....Kita perlu serang dia dan memaksa dia mempercepatkan perbicaraan kes liwatnya. Dulu kata lawan tetap lawan tapi sekarang macam dah tak ada telo. Dr Mahathir pun berani lawan takkan dengan Saiful tu pun nak tangguh lagi. Buang le misai ngan janggut tu, boleh jadi bapuk siam. hehehe.

salam abdulraufali,
Kita mintak Anwar jangan gugurkan pertuduhan liwatnya. Bersihkan dirinya secara gentelment dengan memenangi perbicaraan di Mahkamah. Turun ke mahkamah dan bertemu Saiful dan buktikan ianya sebagai satu konpirasi untuk menjatuhkannya atau kalah dan disumbatkan ke Sungai Buluh sehingga akhir hayatnya. Baru lah aman Malaysia!

Salam bro Jeffry,
Betul bro, Seluruh peniaga di Jalan Tunku Abd.Rahman dan Masjid India teruskan saman anda kepada penganjur dan pemimpin Pakatan Rakyat. Kalau tidak demontrasi akan datang semula.

Salam sdr Mukhtar,
Nama amirhamzah itu adalah milik ramai orang.

Salam hami
Bijak saudara bermain kata-kata. Bertelo sebiji riuh sekampung. Bukankah Anwar ni specis ayam jantan yang bertelo. hehehe

salam cekodokmasin
Bro kita tu mana ada hutang....dapat duit free. Tugas dia rampas negara ini supaya tunduk dengan Yahudi. Negara ni kaya bro.....minyak dan gas di Terengganu dan terbaru di kelantan tu 10 keturunan tak habis. Itu lah harga bayaran Anwar untuk negara ini.

Unknown said...

Allah dah beri dia kehebatan berpidato. Malang baginya kerana tidak menggunakannya untuk perkara yang mendapat redha penciptanya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam KUWAJA,
Benar, tidak ada orang sehebat beliau berpidato antara yang terbaik di Malaysia. Hebat berpidato tapi hebat juga diranjang.........hehehe

Geng Samudera said...

Salam,
Bukan untuk berpihak pada Anwar Al-Juburi,tetapi kita kena jugak bukak mata melihat team kita sendiri yang kekadang perangai "GRO duduk atas paha sambil karaoke"....

Mungkin beliau dijadikan scapegoat oleh team bagi menutup kelemahan..waallahualam,hanya tuhan yang esa shj mengetahui.

Heheee...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera,
Dah ramai nak jaga macam mana. Tanggungjawab masing-masing la menjaga akhlak diri sendiri. Dah tau jadi pemimpin pandai-pandai bawak diri.

Tidak dinafikan masih ada yang kaki minum, kaki betina dan perasuah tetapi disebalik itu ada juga yang amanah, yang jujur dan menjaga agamanya.
Seperti kata Gus Dur....Bukan aku yang tidak siuman tetapi rakyat ku yang gila memilih aku yang buta sebagai presiden Indonesia. hehehe.......

Nak cari semua sempurna , tak jumpa bro....dunia akhir zaman. Dalam setandan kelapa pasti ada yang komeng.

Arif Omar said...

maaf le . kali ini aku nak maki dia ni. dah tak tahan saya dibuatnya. celaka dsai. dilaknat allah kau

TebuHitam said...

Sokong kepada TPM supaya jangan minta maaf kepada Anu-war.Sudah terang lagi bersuluh.
Jika TPM tak cakap macam tu pun semua rakyat Malaysia dah tau.Cuma TPM nak mengkompomkan aje.
Hanya segelintir yg kena tipu dek Anu-war aje yg kata tidak.Tp dlm hati kata "ye".
Hidup TPM!!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro Arif Omar,
Boleh maki bro, kerana tuhan pun memaki. Jahane mu Nuar......

Salam TebuHitam.
Saya pun sokong kepada TPM supaya jangan minta maaf kepada Mangkuk Hayun tu. Kat kedai kopi pun orang sebut benda yang sama. TPM tak fitnah jauh lagi menghasut. Seperti saudara kata, TPM hanya mengkonfim apa yang rakyat kata.
Udah-udah le tu ,Melayu PKR dan Melayu PAS boleh le kamu bodoh2 kan, Rakyat biasa ni walaupun penarik beca tidak sebodoh yang kau sangka. hehehe

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Nampaknya semakin ramai yang akan disaman 100 juta, disini saya tak berani nak kata apa-apa, bukan kerana saya takut kena saman 100 juta, tetapi saya masih belum di suntut lagi.

Semoga Allah jauhi perbuatan begitu kepada diri dan keturunan saya. Nabi tak mengaku umat bro....!!!!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,
Anwar mana berani saman orang2 macam kita ni bro. Bukan saja tak boleh bayor saman malah tak makan saman.