Wednesday, August 26, 2009

Permatang Pasir: Mampukah Najib-Muhyiddin sekat Anwar ?





Perlu diingat DUN Permatang Pasir adalah kerusi kepunyaan PAS sejak pilihanraya 1999 lagi. Walaupun BN menang besar pilihanraya 2004 tetapi kerusi DUN ini masih kekal di tangan PAS. Apatah lagi piliharaya umum 2008, Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan terakhir Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.

Peti undi PAS BN majoriti

Samagagah 1397 594 803
Pmtg Ara 1397 1075 322
Pmtg Pauh 875 354 521
Bkt.Indera Muda 1302 862 440
Kg Pelet 738 546 192
Kubang Semang 773 275 498
Tanah Liat 971 500 471
Cross Street 938 300 638
Pmtg Tengah 1225 555 570
undi pos 2 6 4

umno cuma menang undi pos hehehe....

Seperti dijangkakan ramai orang, PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi.Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pendek kata tidak ada satu ulasan yang menarik yang boleh diberikan berikutan kekalahan BN ini.

1. Permatang Pasir adalah kawasan PAS sejak pilihanraya Umum 1999. DUN ini adalah terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh. Ini menunjukkan Pakatan Rakyat masih utuh dan tidak retak seperti mana yang disangkakan.

2. Momentum sokongan rakyat masih terus menerus kepada Pakatan Rakyat dan sememangnya kawasan yang ditandingi memang kerusi pembangkang kecuali Parlimen Kuala Terengganu yang terlepas kepada PAS. Andai kata pilihanraya kecil ini berlaku di Parlimen Rembau atau Parlimen Johor Bahru di kala ini, adakah momentum ini akan berterusan atau beralih arah? Atau pun berlaku pilihanraya kecil disalah satu DUN dalam Parlimen Pagoh atau Pekan?

3. Pengundi-pengundi Cina semakin berminat dengan Pakatan Rakyat. Konsep 1Malaysia tidak dapat menambat hati pengundi Cina kerana slogan Harapan Baru Rakyat Malaysia ciptaan Anwar lebih menarik. Mereka berpendapat slogan 1Malaysia adalah palsu kerana ianya datang kemudian setelah Anwar mengwar-warkan konsep Harapan Baru Rakyat Malaysia. Kesimpulannya tidak perlu lagi menambat hati Cina-Cina ni, 8 pilihanraya kecil sudah memadai untuk memahami kehendak mereka, MCA, Gerakan dan DAP sudah satu hati untuk ajar UMNO. Itu saja.

4. Pilihanraya-pilihanraya kecil yang telah berlaku, bukan ukuran sebenar tentang penolakan rakyat keseluruhannya. BN masih kuat di Sabah dan Sarawak dan beberapa negeri di Semenanjung. Tetapi ianya bukan satu jalan mudah untuk BN lepas tangan kerana Pakatan BN- UMNO,MIC dan MCA semakin longgar. Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR-PAS dan DAP masih utuh walaupun mereka diserang dari pelbagai sudut.

5. Berikutan dengan itu ketokohan Najib dan Anwar menjadi perbandingan. Najib sebagai pengerusi BN kelihatan lemah dan tidak boleh membangkitkan semula kekuatan MCA dan MIC. Krisis-krisis di dalam MCA dan MIC berterusan. Isu-Isu pemimpin kedua-dua parti tidak habis-habis. Kelemahan MCA dan MIC memperlihatkan kelemahan BN. Apatah lagi Parti Gerakan yang semakin menjauhkan diri. Berbanding dengan ketokohan Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Rakyat yang mudah mengawal PAS dan DAP apabila berlaku sesuatu krisis. Kejayaan Anwar mengawal dua parti yang berbeza langsung dari segi perjuangan adalah satu bonus kepada Anwar. Rakyat semakin hari semakin yakin dengan Pakatan Rakyat.

6. Jika Pakatan Rakyat ini kekal teguh berdiri di belakang Anwar ianya satu ancaman besar kepada BN dalam PRU ke 13. Pakatan Rakyat hanya boleh bersatu kerana adanya Anwar. Inilah senjata besar kepada BN. Bagaimana hendak menyekat Anwar daripada terus memperkudakan PAS dan DAP bagi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri?
Masa masih ada beberapa tahun. Mampukah Najib dan Muhyiddin berganding bahu melawan bekas bosnya itu?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.

8 comments:

KUNTONG said...

Sesuatu yang baik tidak akan dapat dengan mudah. Ia perlu menghadapi satu situasi yang pahit untuk ditelan.Musim akan berubah dan berliku. Kitarannya akan turun dan naik.Ada naik dan ada turun. Begitulah lumrah alam. Pasti satu hari nanti yang di atas akan ke bawah dan begitulah sebaliknya.

surau al-falah pandan jaya said...

Salam semua!
Keputusan ini menunjukkan UMNO mesti bekerja dengan lebih kuat lagi dengan strategi dan tawaran-tawaran yang lebih menarik.Nak harap pada MCA,GERAKAN,MIC,PPP dah hanyut.

zedmagel said...

Salam Ramadhan Bro Amir,

Bro blog kawan dah boleh komen sekarang ni, silalah mengomen tu ari sori le salah teknikal agaknya..

Permatang Pasir - bukan nak kata apa. Kalau setakat Najib dan Muhyiddin bukan tak mampu nak menyekat, mengoyangkan bulu roma Bung Anwar pun tidak.

Jika dihimpun seluruh kabinet BN menyerang kat Permatang Pauh pun tak akan tumbang. Sebab kabinet exco lim guan eng dan anwar lebih teguh di sana bro....

Letak tunggul kelapa lambang PAS / PKR pun boleh menang...yaaa..

Wira Semerah said...

Jika dahulu di Johor yang menjadi kubu kuat BN, ada pepatah politik dimomokkan di Johor iaitu "kalau batang pisang diletakkan menjadi calon BN ; BN tetap akan menang". Begitulah suara sengau para pembangkang di Johor yang diucapkan sebelum PRU12. Kini pepatah tersebut tidak sesuai lagi di Johor khususnya malah di negara kita amnya. Johor bukanlah negeri selamat kepada BN atau benteng terakhir BN di Semenanjung.
Melihat kepada senario politik tanah air, pepatah tersebut boleh ditukar kepada pepatah politik berikut iaitu"kalau kepala babi diletakkan menjadi calon PR ; PR tetap akan menang". Kalau kita melihat senario politik tanahair, mungkin kita boleh mengandaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bakal PM Malaysia ke-7. Mungkin juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Atau mungkin Lim Kit Siang BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA !!! Perubahan drastik mungkin akan berlaku. Karpal Singh akan menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan anaknya Gobinh Singh Deo akan PEGUAM NEGARA. Datuk Seri Chia Jiu Meng kembali mengetuai Kementerian Kesihatan. V.Sivakumar pula dilantik menjadi Speaker Dewan Rakyat. Mungkin...segalanya mungkin

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam PC Kuntong,
Hidup umpama roda, ada kala di atas ada kala di bawah. Sekarang ni BN sedang mengambil giliran berada di bawah.hehehe...entah bila nak ke atas semula.

Salam hami,
Di Permatang Pasir/ Pauh ke..memang kubu kuat pembangkang. Bagi Free je kerusi ni pada dia orang lebih baik. Ada banyak lagi kerusi yang UMNO boleh usaha lebih gigih. UMNO perlu ada database yang boleh bantu tenaga-tenaga penggerak UMNO/BN bekerja secara sistematik dan menawan semula hati-hati pengundi kawasan tersebut.

Salam bro Zedmagel,
Kawan dah pun mengomen di blog bro tu. Jangan kata bulu roma, bulu jembut bang Nuar pun tak tergujis bro.hehehe.. Mamat bawah ni orang Batu Pahat bro......

Salam SUMPAHSEMERAHPADI,
Satu hipotesis yang menarik untuk direnungkan dan dibahaskan. Hujah saudara berkemungkinan terjadi tetap ada berdasarkan 2 perkara :
1. Berdasarkan undi rosak tertinggi di Johor dalam pilihanraya ke 12
2. pemecatan Chua Soi Lek daripada MCA.
Kedua-dua peristiwa ini kemungkinan akan mengubah lanskap politik Johor kerana Johor adalah kawasan pengundi bercampur. Saya akan ulas tajuk ini dalam entry saya yang akan datang. Kalau Anwar atau Hadi jadi PM kawan masih redho tapi Klu Lim Kit Siang jadi PM.....Parang Panjang akan melayang semula di Johor ini. Rusuhan kaum akan dicetuskan secara sengaja. hehehehe.....huhuhu....

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Blog mamat BP tu entah apa-apa, dia baru belajo menulis la bro. Lu yang bangunkan blog dia ke?

Ayat dia macam budak-budah tadika punya. Ikhlas gua cakap. Jangan kecik ati le mamat semerahpekan tu...he..he...

HALIM said...

Bro...siapa dia sumpah semerah padi..tu...berani bebenar...menamakan semerah ...Anwar Ibrahim dan senarai-senarai yang diutarakan tidak akan dapat memerintah di negara ini...ini sumpah aku ...anak jati orang melayu...tidak ada dalam senarai..sebagai pemimpin utama di tanah melayu/Malaysia..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro Halim,
Tidak pula kawan berani meneka siapakah gerangannya SumpahSemerahPadi ni. Kalau bro dah sumpah, kawan tak boleh nak kata apa la. Tapi Nuar tak suka sumpah-sumpah ni. Takut dimakan sumpah macam cerita 'Tiada Esok bagimu' hehehe