Sunday, August 16, 2009

Melayu Pantai Barat Tiada Pilihan Lain.


Sejak pilihanraya ke 12, 2008, Isu Hudud tidak kedengaran lagi berkumandang dalam ceramah-ceramah PAS diserata ceruk pelosok negara. Sama ada ditangguhkan atau telah hilang bersama angin bayu tidak pula dipastikan. Sekian lama pemimpin-pemimpin PAS turun temurun mendendangkan cita-cita dan harapan mereka ke arah pembentukan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Besar pengharapan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin PAS kepada penyokong-penyokongnya, besar lagi cita-cita untuk tertegaknya sebuah negara Islam yang diimpi-impikan oleh mereka yang mengundi PAS dalam pilihanraya umum yang lepas.

Namun perkembangan terbaru yang berlaku di Selangor berkenaan isu arak sedikit sebanyak menghiris hati penyokong taksub mereka dan sudah mula berdetik rasa kecewa di dalam hati. Mampu atau tidak, PAS boleh mewujudkan sebuah negara Islam sedangkan isu arak yang sekecil itu pun terpaksa tunduk dengan kehendak Anwar dan DAP? Bagaimanakah nanti jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya ke 13, mampukah PAS bersuara untuk mencadangkan kepada bapak pengerusi Pakatan Rakyat untuk menubuhkan negara Islam dengan undang-undang hudud ditegakkan dibumi bertuah ini?

Penyokong-penyokong PAS di negeri-negeri Pantai Barat tentu rasa bersalah apabila memenangkan banyak kerusi-kerusi DAP yang sekarang ini bukan sahaja memijak-mijak agama Islam tetapi mereka inilah nanti yang menjadi penghalang kepada kegagalan wujudnya negara Islam. Penyokong-penyokong PAS Pantai Barat jangan terpengaruh dengan PAS Pantai Timur dan Kedah. Di negeri mereka tidak ada kerusi DAP, pengundi Cina pun macam antah beras boleh dibilang dengan jari. Sebab itu mereka boleh tukar kerajaan sesuka hati. Kalau bertukar kerajaan negeri pun masih di tangan kuasa politik Melayu.

Melayu Pantai Barat tidak boleh berpecah. Kita mesti bersatu. Keadaan sekarang sangat merbahaya kerana Melayu telah diracik-racik oleh Anwar. Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR. Keadaan ini melemahkan kuasa politik Melayu. Lihat apa yang berlaku di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Kalau Melayu se Malaysia tidak boleh bersatu, memadailah kita Melayu di Pantai Barat saja yang bersatu. Kita tidak boleh samakan diri kita dengan Melayu di Pantai Timur. Kedudukan kita sangat genting dan seolah-olah berada di hujung tanduk jika kita berpecah. Negeri kita pengundinya bercampur-campur dan kita sedikitpun tidak boleh berpecah dalam pilihanraya ke 13. Kalau kita mahu Cina DAP bertambah biadap dan kurang ajar kepada orang Melayu, maka bolehlah saudara-saudara abaikan nasihat ini.

Pengalaman di Perak sudah cukup untuk kita bertafakur sebentar tentang bahayanya jika negeri itu dikuasai DAP. Cuba bayangkan jika DAP menguasai Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Selangor dan Perak. Walaupun mereka mungkin tidak menjadi Menteri Besar atas halangan peruntukkan undang-undang tubuh negeri masing-masing tetapi penguasaan mereka akan mengubah lanskap politik dan ekonomi negara. Pada ketika itu UMNO menang sedikit, PKR menang sedikit dan PAS menang sedikit. DAP akan menguasai negeri berkenaan disebabkan PKR dan PAS telah melemahkan kekuatan UMNO.

Dalam masa yang sama undi Cina akan bertumpu kepada DAP dan akan mengundi PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu. Mungkin seruan ini diperlekehkan oleh ahli-ahli PAS yang taksub dan kemaruk nak masuk syurga. Mungkin penyokong tegar PKR pun tersenyum sumbing. Jadi kepada Melayu mana lagi hendak saya serukan perpaduan ini?

1. Pertama sekali kepada ahli-ahli UMNO sendiri. Jangan kerana bos kita tidak terpilih sebagai calon kita kecewa dan tidak menyokong dan berkempen untuk calon parti pemerintah.
2. Mereka yang tidak berparti dan berdiri di atas pagar. Harap-harap mereka ini akan tetap pendirian dan dapat berfikir dengan rasional.
3. Golongan pengundi-pengundi baru yang pertama kali mengundi dan dapat melihat betapa buruknya perangai Cina DAP di Selangor dan Perak.
4. Pengundi-pengundi muda yang telah tertipu dengan slogan kosong Pakatan Rakyat.
5. Mereka yang mencuba-cuba mengundi pembangkang yang pada asalnya hendak memberi amaran kepada BN rupa-rupa terberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
6. Tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong PKR dan PAS yang semangatnya cuma suam-suam kuku yang merasakan Pakatan Rakyat lebih buruk. Lebih baik 'cabut' saja daripada parti retorik ini. Parti tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain.
7. Akhir sekali kepada seluruh umat Melayu yang boleh meletakkan otak di kepala bukannya di kepala lutut yang meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara itu mengatasi kepentingan perut dan tembolok diri sendiri.

Jika begitu, undi rosak tertinggi di Johor itu dan kemenangan besar DAP di DUN Negeri Sembilan itu tidak menjadi sesuatu yang menrungsingkan. Kepimpinan negara boleh menumpukan terus usaha-usaha memperkukuhkan parti. Jika Melayu Pantai Barat bersatu semula insyaallah Selangor akan dirampas semula, Perak akan mendapat kemenangan lebih selesa disamping mengekalkan kerusi-kerusi di negeri-negeri yang telah dikuasai. Biarlah Kedah dan Kelantan terus ditangan PAS jika itu yang rakyat di negeri itu mahukan.

Pilihanraya ke 13 adalah pilihanraya menentukan sama ada negara ini akan memberi kuasa kepada Cina DAP untuk berkuasa atau mengekalkan kuasa Melayu memerintah negara. Mungkin inilah titik permulaan kehilangan kuasa politik Melayu. Andainya Cina DAP ini menguasai pemerintahan di sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah Melayu ia juga akan membawa kehidupan yang tidak aman dan selamat. Pergaduhan dan mungkin peperangan PASTI berlaku.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..ANUWAR BAGAIKAN SI TUAN PUNYE AYAM SABUNG. BILA2 MASA DIA BLH LAGAKAN AYAM2 DIA. TAK KIRA AYAM SIAM KE AYAM KAMPUNG KE DIA LAGA SEMCM JEK. KLU MENANG DIA SORAK LA..KLU MATI PEDULI HAPE. YG PENTING DIA UNTUNG...HARKK PTUIHH!!! BAGEROO PUNYE MANUSIA!!

surau al-falah pandan jaya said...

Salam semua!
Surah Al-Hujuraat Ayat 10 yang diterjemahkan didalam bahasa Melayu seperti berikut:
'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.'

zedmagel said...

Salam Sahabatku AmirHamzah,

Begitulah keadaannya apabila seorang insan telah mabuk kuasa dan gila isim kata orang Joho.

Apapun dia tak kira asal berkuasa. Awaslah genarasi muda jangan terpedaya. Genarasi tua jangan main ikut sahaja. Nanti tuan/puan merana.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Jeffry,
Betul bro, Anwar sangat merbahaya jika dibiarkan bermaharaja lela. Hanya Pak lah sahaja yang sangat baik hati kepada bang Nuar ni. Hati-hati jugak dengan menantu Pak Lah yang sekor itu. Bila-bila masa je dia boleh lompat ke PKR kerana perangai mereka berdua lebih kurang sama.

salam hami,
Kita di pihak sini bila-bila masa boleh berdamai tapi di pihak sana adalah amat rugi jika mereka berdamai. Mereka cukup yakin, pilihanraya ke 13 adalah milik mereka. Kalau nak berdamai tunggu lah mereka lemah. Masa tengah kuat ni jangan mimpi la mereka nak berdamai.

salam bro zedmagel,
Generasi muda jangan ikut perasaan. Tanya orang tua-tua betapa susahnya hidup kalau negara tak aman. Keamanan yang kita kecapi sekarang jangan digadaikan hanya kerana seorang manusia yang tamak dan gila kuasa.