Wednesday, August 12, 2009

H1N1 adalah satu konspirasi ?


Seronok juga saya membaca rencana yang di tulis oleh Hishamuddin Rais bertajuk H1N1 konspirasi kapitalis buat duit. Beliau telah memulakan rencananya dengan menggunakan contoh-contoh yang sering berlaku disekeliling kita. Walaupun ianya bukan pengalaman peribadi Hishamuddin tetapi seolah-olah dia sendiri mengalaminya.

Hishamuddin menulis, "Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir. Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung."


Sama ada kita dapat menerimanya, terpulanglah kepada kita. Hishamuddin tidak pula memaksa kita untuk mempercayainya tetapi dalam masa yang sama beliau beriya-iya meyakinkan kita bahawa H1N1 seperti mana virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal dan ianya adalah satu virus yang dilepaskan untuk mengurangkan penduduk dunia dan menjual ubat-ubatan.

Hishamuddin juga merujuk kepada Depleted uranium (DU) yang sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan di mana tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Menurut Hishamuddin penggunaan DU ini penduduk atau rakyat negara berkenaan akan berkurangan. Dalam masa yang sama , bagi yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat dan mengayakan golongan kapitalis. Itulah hipotesis Hishamuddin dalam tulisan konspirasinya itu. Matlamat mengurangkan penduduk dan mengayakan golongan kapitalis akan datang serentak. Klik di sini untuk bacaan sepenuhnya.

Sewaktu zaman reformasi 1998 Hishamuddin antara watak utama reformasi jalanan setiap hari Sabtu di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Walaupun pada peringkat awal beliau tidak terlibat secara langsung tetapi kemudian beliau mengubah fikiran dan menyertai demonstrasi jalanan. Beliau beberapa kali ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Polis kerana dituduh berhimpun secara haram. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif berjuang untuk reformasi dan demokrasi di Malaysia.

Pada 9 April 2001 beliau telah ditangkap oleh sepasukan polis dari cawangan khas dipejabatnya di bawah seksyen 71 (3) Akta Keselamaatn dalam Negeri (ISA) atas tuduhan merancangan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.

Bagi saya, Hishamuddin sebagai penyokong reformasi dan pendokong perjuangan Anwar Ibrahim, beliau tentunya tidak terlepas untuk mengatakan pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998 daripada jawatan TPM itu juga adalah satu KONSPIRASI. Kononnya pada masa itu Anwar dikatakan sangat popular di kalangan rakyat dan ahli UMNO untuk menjadi perdana menteri. Kononnya juga Tun Mahathir sangat curiga dengan kepopularan Anwar ini apatah lagi terdengar desas desus mengatakan Anwar akan bertanding jawatan Presiden UMNO yang akan diadakan pada tahun 1999.

Ianya juga menepati kata-kata Anwar sendiri selepas beliau di pecat daripada jawatan TPM bahawa tuduhan liwatnya itu adalah satu konspirasi untuk menjatuhkannya. Berkali-kali Anwar akan mengwar-warkan bahawa beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat, membantu golongan miskin dan luar bandar, membenteras rasuah, menentang kronisme dan nepotisme yang kesemua pendekatan beliau ini tidak disenangi oleh Tun Mahathir.

Beberapa hari sebelum Anwar ditangkap pada tahun 1998, beliau telah datang ke Batu Pahat untuk bersumpah di depan ribuan rakyat bahawa beliau tidak sesekali melakukan perbuatan terkutuk itu. Sumpahnya berbunyi begini, " Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa semua ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan saya dan berniat jahat". Rakyat kecewa kerana sepatutnya Anwar bersumpah begini, " Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak meliwat dan sesekali saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu". Untuk pengetahuan semua sehingga kini dan mungkin selama-lamanya Anwar tidak akan mengaku apatah lagi untuk bersumpah.

Kepada Hishamuddin adakah saudara masih lagi berpegang lagi dengan teori konspirasi pemecatan Anwar pada tahun 1998 seperti mana saudara sekali lagi mengutarakan konspirasi baru kepada Virus H1N1?


Amir Hamzah
Kuala Lumpur
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

18 comments:

Lord Garam said...

SALAM,

PEMIKIRAN KRITIS SHAM RAIS ADALAH ACUAN SOSIALIS DAN KOMUNIS YANG SENTIASA TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI.

MASIH TERINGAT CERITA DARI JEMAPOH KE MANCESTEE. SATIRA POLITIK YANG INDAH DAN PEDAS.

Arif Omar said...

SUROH DIA LIHAT DII SENDIRI. DIALAH BAPA KONSPIRASI. SEMUA DEMO DI MALAYSIA INI DIALAH LAH PENGGERAK DIBELAKANG TABIR. MENYAMAR SEBAGAI REPORTER KONONNYA. INILAH MANUSIA YANG PERNAH MEMBALING TELOR KE MUKA TUN RAZAK DI AUSTRALIA DAHULU DENGAN MENUTUP MUKA MENGGUNKAN KERTAS PEMBUNGKUS BARANGAN. DIA JUGALAH AKHIRNYA MENJILAT LUDAH DAN TERHEGEH-HEGEH NAK BALIK KE MALAYSIA. TAK NAK PULAK DUDUK DI NEGARA SOSIALIS YANG DI PUJANYA DAN DIPERCAYAINYA. INILAH DIANTARA PENJAHANAM BANGSA PALING BESAR. DIALAH HISHAMUDDIN RAIS. INILAH RAKAN PALING RAPAT ANUAR AL JUBURI ITU. CAKAP PADA DIA TU, BERILAH CADANGAN NAK HAPUSKAN H1N1 , BUKAN DOK SIBOK BERKONSPIRASI. INILAH RUPA HISHAMUDDIN RAIS SI PENGKHIANAT BANGSA. NAK GELAK JUGA PG MEMBACA TULISANNYA DI MALAYSIAKINI SEMALAM. SAJA PG TAK BUAT POSTING. MALAS NAK PROMO TULISAN DAN MUKA PENGKHIANAT INI. JAHANAM HISHAMUDDIN RAIS.

Arif Omar said...

maaf, inlah diantara munusia yang PG paling benci di atas muka bumi allah ini. raja pun dihina. baca tulisannya tahun lepasa bagaiman raja-raja dihina selapas perak jatuh ke tangan bn. raja dicerca oleh binanatang ini.

Anonymous said...

SLM BRO..KWN SOKONG PENDAPAT TOKEYGARAM..DIA SEORANG YG KRITIS DLM PENULISANNYA TP TAK PERNAH NAK BERTANGGUNGJWB DLM KARYANYA. KLU NAK DI IKUTKAN DIA LEBIH CONDONG PADA IDEOLOGI MARXIST..LEBIH DARIPADA KOMUNIS!

Unknown said...

Sesuatu yg diberi Allah berupa dugaan atau bala adalah dgn kehendakNya tidak kira lah kita nak kata apa asbab dia/h1n1 mai . Yang pasti kita kena berusaha dan berdoa agar musibah ini berlalu segera . Juga kena lihat kembali kebelakang dimana kesilapan kita dalam menjaga kebersihan serta amalan agama Islam yg kita anuti ini.

Orang tua said...

Salam Sejahtera Bro.

2X5, 5X2 = ShRaisXAnuwar, AnuwarXShRais jawapannya sama je. Mereka mula buat demonstrasi bersama ketika era 70an dulu.

Tentang SUMPAH ANU WAR. Saja nak cari publisiti murahan datang BP bersumpah. Kenapa TAKUT nak bersumpah kalau tak bersalah. Sengaja mereka-reka cerita dan berdolak-dalik untuk mengelak dari berSUMPAH.

Saiful pun cuma suruh di berSUMPAH je, pas tu tutup kes. Ini tak, asyik nak delay je. Nampak sangat PENGECUT dan memang dia memang dah li...t.

Saya percaya jika ANU WAR berani berSUMPAH atas MIMBAR lepas SOLAT JUMAAT esok atau bila-bila saja dengan mengatakan dia TIDAK MELIWAT, minggu depan dia akan jadi PERDANA MENTERI Malaysia dengan gerakan rakyat.

Percayalah.................
ANU WAR sememangnya PENGECUTTTT.

p/s: Esok ANU WAR PENGKHIANAT BANGSA akan bergema DI BATU PAHAT.

eXception said...

sosialis dan komunis, itulah dia...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Geng Samudera said...

Salam,
Semasa bersin..ucap "alhamdulillah"..

Yang mendengarnya,balaslah"yarkamuallah"...

Itulah ubat paling mujarab dari Allah pada umatnya yang berfikir..

Takyah berkonspirasi...

Untuk Hishammudin Rais,
" Tulah,dah tue-tue pun buduh!!"

Geng Samudera said...

Salam,

Bro,perhimpunan esok di Padang Merdeka Batu Pahat ada permit ke bro?.
Boleh plak kerajaan kasi permit...
Tak nampak mcm bias ke camtuh?...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam TokeyGaram,
Tidak semua benda disebaliknya adalah konspirasi, jangan lupa juga ketentuan Allah. Tak gitu bro

Salam bro Arif Omar,
Lupalah pulak kawan yang mamat ni adalah 'bapak konpirasi'

Salam bro Jeffry .
Tambah satu lagi pendokong tegar ideologi marxist, sosialis dan komunis yang tinggal di hutan batu setelah meletakkan senjata dari hutan tebal.

salam LanaBulu.
Ya benar, kadang-kala kita lupa untuk memuhasabah diri sendiri.

Salam Orangtua.
Sama je mereka berdua ni. 2 x 5 = 11Raja demontrasi, raja konspirasi dan raja klentong. Anwar takut nak bersumpah takut jadi sumpah-sumpah bro. Pandai bro umpan Anwar ye....hehehe. Kawan dah kat KL bro. Tak de kat BP.

Salam eXception said...
sosialis dan komunis, setuju bebenor

Salam Geng Samudera.
Hishamuddin terlupa manusia merancang tetapi jangan lupa perancangan Allah.

Perhimpunan anjuran UMNO mestilah dapat permit dan dijamin selamat. FRU pun tak yah turun, polis pun tgok dari jauh je. Aktiviti guling tengah jalan dijamin tiada. Ini perhimpunan orang ada otak. hehehe

Jimi rashdan said...

denggi, chikugunya, semua tu pun konspirasi kot.. semua nya dalam pandangan dia konspirasi..

dino said...

ya lah tu konspirasi memanjang. Kalau kita tak boleh buat ubat, vaksin yang boleh komen itu ini sampai bila pun kita tak kemana. Patutlah kedai kopi sentiasa ramai orang.... melayu oh melayu..saya pun nak jual ubat anti virus kalau boleh..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jimi Rashdan Bin Jamaludin

Denggi, chikugunya, H1N1 semua tu konspirasi. Esok lusa dia mati pun dikatanya konspirasi tuhan.

Salam Dino,
Tu la bro ada sekor dua Melayu pandai bila cukup umur kepala tak berapa betul pulak. Mamat ni kalau tak boleh bercakap yang positif tak seronok hidupnya agaknya. Dia dengan Raja Petra sama je.

Unknown said...

salam, bro hishamuddin rais ni selama ni pun hilang tah kemana duduk nya di luar negara macam juga si Raja Petra...tapi mereka lebih melayu dari melayu..mereka lebih Islam dari orang Islam..mereka lebih patriotik dari orang lain...

Hisha ni kawan setia Anwar sejak di Universiti lagi..dia dan Anwar lah yang merancang mengadakan demostrasi jalanan di U semata2 nak keruhkan suasana ketika tu..jadi sama lah modus operandi nya hingga ke la ni...

jadi teman tak heran dia create story..apa dia tahu pun tentang H1N1...cakap mudah sebab orang lain yang buat kerjanya..

bro lama tak singgah ke blog teman? he..he.. datang2 lah...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam ddinbunga.

Ye la bro, kawan...kawan juga. Jangan lah sokong kawan yang membawa rebah. teman nak pegi blog mike tak jumpa yoep....

comic_fanz said...

actually i do heard about this.. bagi saya siapa yang mencipta wabak ini adalah manusia paling....(lu fikirlah sendiri)

mungkin juga sebagai peringatan kepada kita yang terlalu leka dengan lakonan dunia yang makin keterlaluan hingga kita lupa pada asal-usul kita..

about anwar plak.. bout politik saya taknak story.. i'm lot better hear than talk.. but i'm glad Tun Mahathir menerajui Malaysia for a long time.. really-really glad..

zedmagel said...

Salam Bro,

Hishamudin tu kan penyair jalanan, dia akan berpuisi mengkiut musim dan moodnya, seperti saya juga seorang pemuisi jalanan. Iku masa dan keadaan usim yang tiba, akan teusi berpuisi lagi.

Puisi hujan gerimis...he..he..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam atelier,

Ini hanya andaian bukan perkara yang pasti. Terpulanglah kita untuk melihat daripada sudut mana. Kemungkinan benar atau palsu tetap ada.

Konspirasi terhadap Anwar juga mungkin betul atau tidak. Hanya mahkamah yang menentukannya. Masalahnya sekarang ini, Anwar begitu takut kepada Mahkamah. Jika Anwar meragui semua Mahkamah kepada siapa lagi hendak kita cari keadilan.

Zaman Tun sudah berlalu, jika kita ingin meneruskan usaha Tun yang belum selesai sila lawati www.kelabchedet.com

Salam bro zedmagel.

Dia tu semua tahap jalanan bro. Pemuisi jalanan, penyair jalanan, penyanyi jalanan dan penulis jalanan. Apa pun dakwaannya terhadap punca H1N1 tidak boleh dipandang enteng. Tang konspirasi Anwar tu kawan kurang selera sikit.