Thursday, August 6, 2009
Raja Memayungi Rakyat - 7 Wasiat Sultan Melayu
Kita sering mendengar bahawa peranan Raja-Raja sebagai pelindung kepada rakyat khususnya kepada orang Melayu. Namun begitu kita jarang dijelaskan tentang peranan Raja atau Sultan sebagai pelindung dan payung kepada rakyat. Mereka yang kabur akan terus tertanya-tanya sehinggalah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Raja dan Sultan Melayu telah mengingatkan kita setelah baginda menyerahkan kuasa mutlak baginda kepada sistem demokrasi berparlimen untuk memerdekakan Tanah Melayu pada masa itu. Wasiat ini diberikan atas pengetahuan dan pengalaman baginda dan Raja-Raja sebelum baginda ketika pentadbiran terpisah-pisah mengikut negeri masing-masing.
Kemungkinan keturunan baginda telah melakukan kesilapan terutama semasa Tanah Melayu dijajah oleh British. Kelicikan penjajah dan kelekaan baginda-baginda sultan terdahulu menyebabkan Pulau Pinang dan Singapura jatuh ke tangan British atas kealpaan dan pertelingkahan antara kerabat-kerabat baginda. Namun Raja dan Rakyat saling bertaut dan saling memerlukan. Siapakah Raja tanpa rakyat dan begitulah sebaliknya siapakah rakyat tanpa seorang Raja yang memerintah.
Hari ini kita mempunyai 9 Raja-Raja Melayu yang mengetuai negeri masing-masing. Salah seorang daripada mereka setiap 5 tahun akan dipilih sebagai DYMM SPB Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia yang mengamalkan Sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan. Sistem ini adalah unik di dunia dan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai paling ramai raja.
Adalah terbukti dengan krisis politik yang berlaku mutkhir ini, Raja benar-benar menunaikan tanggung jawabnya sebagai pelindung, penyelamat ,penasihat dan rujukan jika berlaku pertelingkahan. Contoh terbaik adalah krisis yang berlaku di Perak di mana Sultan hadir dikala politik sedang bercelaru dan baginda sultan bersama rakyat telah membantu memulihkan kestabilan politik sesuai dengan tugas baginda sebagai simbol perpaduan semua rakyat.
Sebagai rakyat, setelah membaca 7 wasiat Raja-raja Melayu yang tidak ramai diketahui orang apatah lagi di dalam catatan-catatan yang dihebahkan, buku teks sekolah dan bahan bacaan umum menjadikan rakyat khususnya orang Melayu juga bertanggung jawab mempertahankan institusi ini sebagai benteng terakhir keselamatan orang Melayu dan Negara ini. Bacaan lain klik di sini
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam semua!
Apa yang ditinggalkan untuk kita dan anak-anak cucu kita dimasa sekarang dan akan datang InsyaAllah akan berkekalan sehingga hari akhirat nanti.Apa yang ditinggalkan adalah sesuatu yang berharga dan perlu dijaga,ditatang dan dibelai supaya apa yang ditinggalkan tidak menjadi abu.IngatI ini harta yang penting didakap bukan untuk kita tetapi untuk generasi akan datang dan diharap generasi sekarang mestilah mengingatkan sentiasa apa jua tentang kepentingan harta ini kerana ianya tidak dijual beli.
SLM BRO..MUDA MUDI SKRG MASIH CETEK LG DGN SEJARAH INSTITUSI DI RAJA. DIORANG CUMA TAU NEGARA KITA DH ADA RAJA TP TAK TAU APA TUGAS SEBENAR RAJA2 MELAYU. BILA TUANKU RAJA NAZRIN BERTITAH AKAN TUGAS SEBENAR RAJA2 NI BRU DIORANG TEBUKAK MATE!.
KDG2 SILAP KITA SENDIRI YG AMIK RINGAN TENTANG SEJARAH KESULTANAN NEGERI2 DAN PERANAN MEREKA. SB TU RAMAI ANAK2 MUDA YG MUDAH SGT TERPENGARUH DGN DAKYAH SUBVERSIF YG CUBA NAK MEMPERKOTAK KATIKKAN RAJA2 KITA!. ADOIYAIII
Saudara Sheikh Amir:
Sepatutnya perkara ini diberi pendedahan dari dulu lagi. Terutamanya dari pelajar-pelajar Sek. Menengah Rendah hinggalah ke IPTA/ IPTS.
Salam sahabat:
Setuju benar dengan pandangan sahabat yang menuruti catatan saudara ini. Cuma hairan mengapa kita selalu terdorong kepada melupakan kepentingan teras umbi sejarah yang benar dan nyata. Adakah faktor pendorongnya berpunca dari plan besar mana mana kebijaksanaan yang sentiasa cermat dalam rancangan tersiratnya. Wallahhuaalam.
Salam Sejahtera Bro,
Catatan yang amat menarik untuk di perkatakan,bila kini ada segelintir rakyat M'sia tidak memghormati institusi Raja.
Mohon SEMBAH DERHAKA konon.
Tak faham RUKUN NEGARA ke mereka ini.
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.
2. KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBANGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Diharap lain kali kalau ada rakyat Msia yg yang masih tak faham RUKUN NEGARA, lucutkan saja kerakyatan mereka. Biaq pi jadi rakyat negara lain yg tak da RAJA.
Negara lain pun banyak RAJA, Rajagopal, Rajalingam, Rajasamy tak pun Raja Speed, Kelawar, Lekuk & Diamond.
LU FIKIR LA BEB......
p/s: Tak dapat attend Meeting. Sampaikan salam kat dia orang.
Salam Sejahtera Bro,
Kalau hukuman lucut kerakyataan tu nampak macam melampau sangat, kawan cadangkan agar.......
Mereka yang didapati bersalah berkaitan dengan RUKUN NEGARA, Hakim hanya perlu jatuhkan hukuman ringan saja iaitu:
MENULIS SENDIRI RUKUN NEGARA SEBANYAK 10,000 KALI DI KHALAYAK RAMAI TANPA HENTI.
Arhhhh.... kita tengok siapa mental nanti.
Lepas ni tentu tak ada orang berani buat, caya lah.
p/s: Teringat denda zaman dalam tentera dulu.
ramai yang masih tak tahu pun wasiat ni. mungkin inilah bahananya pelajaran sejarah tidak dijadikan satu mata pelajaran wajib di sekolah. jati diri bangsa dilupakan. sedih
salam hami,
Kadang-kadang seorang Datuk menanam pokok durian ketika dia sudah berumur 80 tahun. Adakah dia pasti dapat menjamah hasil durian yang ditanamnya hari ini. Tentu sekali ketika dia menggali lubang untuk menanam pokok durian itu dia tidak terfikir begitu. Yang pastinya dia menanamnya juga untuk anak cucunya pada masa akan datang.
Salam Jeffry,
Kita pun menjunjung kasih kepada Raja Nazrin atas titah yang disampaikan. Semoga tuanku akan terus memberi titah-titah yang berguna kepada hamba rakyat sekelian agar patik-patik tahu akan sejarah kesultanan raja-raja Melayu dan menyedarkan rakyat betapa perlunya kesultanan Melayu itu dikekalkan.
Salam pakcik Kuntong,
Kadang-kadang apabila berlaku sesuatu perkara itu ada hikmah disebaliknya. Jika tidak berlaku sesuatu tragedi spt hari ini sejarah-sejarah penting ini hanya terpendam di arkib negara.
Salam Che Leh Jangok,
Saya tidak berupaya untuk memberi tafsiran yang tepat apatah lagi perkara-perkara yang tersirat. Bagi saya sukatan pelajaran sejarah Sekolah Menengah perlu digubal semula kerana ada banyak benda yang tertinggal dan tidak tertulis dalam sejarah negara. Buku-buku teks perlu ditulis semula kerana sejarah yang ada membosankan kerana sejarah itu dinamis dan tidak kaku. Sejarah perlu dilihat dari pelbagai sudut pandangan agar ia menjadi satu subjek yang kritis.
salam Orang Tua,
Saya selalu katakan bahawa negara kita bukan seperti Thailand atau Singapura yang mendidik rakyat mereka dengan penguatkuasaan undang-undang. Negara kita lebih mengambil pendekatan mendidik, mengasuh dan membimbing secara memujuk dengan mengenepikan kaedah penguatkuasaan undang-undang. Bagi bekas-bekas tentera dan polis atau mana2 badan beruniform mungkin kecewa dengan pendekatan ini. Mereka yakin bahawa pendekatan secara keras dan tegas itu boleh mendisiplinkan rakyat. Sejak daripada PM pertama sehingga PM ke enam pedekatan ini tidak berubah. Antara kebaikkan pendekatan yang diamalkan sekarang adalah rakyat akan berfikir dan dapat membezakan dan menimbulkan kesedaran dari dalam diri mereka. Cara ini adalah berkekalan kekal dalam ingatan. Rakyat Malaysia tidak pernah bersyukur kerana jika negara ini diperintah oleh Kerajaan Tentera, cadangan saudara itu pasti akan dilaksanakan. Pada ketika itu tau la mereka langit itu tinggi atau rendah. Setakat ini saya yakin tidak ada perubahan drastik yang berlaku dalam era PM ke 6 ini.
Salam bro Arif Omar,
Saya juga mencadangkan agar buku-buku sejarah sekolah menengah di tulis semula. Alat-alat bantuan belajar seperti solfware perlu dicipta supaya dokumen2 sejarah yang tersimpan diarkip negara itu didedahkan selain memberi nafas baru kepada subjek sejarah itu.
Post a Comment