Sunday, August 2, 2009

DEB : Mokhtar Al Bukhary Tidak Malu Mengaku.



Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh PM ke dua Allahyarham Tun Abd Razak berikutan berlakukannya rusuhan kaum 13 Mei 1969 sedikit sebanyak telah berjaya menyusun semula masyarakat dan mengurangkan masalah kemiskinan di kalangan orang Melayu. Dasar yang dirancang untuk menuju matlamat akhir ke arah perpaduan nasional itu banyak melahirkan golongan kelas menengah Melayu disamping melahirkan ramai tenaga profesional Melayu berbanding di zaman sebelum DEB.

Malangnya mutakhir ini banyak suara-suara sumbang yang mengatakan DEB ini gagal mencapai sasarannya sebanyak 30% menguasai kepentingan ekonomi negara seperti yang dirancang. Kata mereka orang Melayu masih ditakuk lama sedangkan kekayaan negara hanya dikaut oleh golongan-golongan berada dan kaya, ahli politik dan orang-orang berkepentingan. Benarkah begitu? Bagaimana pula dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) misalnya. Bidang pendidikan juga telah melonjakkan mobiliti sosial orang Melayu dengan membuka lebih banyak peluang kepada orang Melayu mendapat tempat di universiti-universiti tempatan dan luar negara.

Salah DEB kah atau sikap orang Melayu itu yang menyebabkan pencapaian DEB itu tidak mencapai sasarannya. Tun Mahathir pernah berkata, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah dibuat dengan jayanya tetapi beliau masih gagal mengubah sikap orang Melayu walaupun menjadi PM selama 22 tahun.

Antara orang yang berjaya dan mengaku pula jasa DEB terhadap kejayaan peribadinya adalah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. Beliau merupakan simbol anak Melayu yang berkebolehan di dalam bidang perniagaan (korporat) yang dapat memimpin beberapa konglomerat besar.

Bagi saya secara peribadi saya turut berasa bangga dan bersyukur dengan kejayaan tokoh ini yang patut kita contoh kerana beliau bermula dari bawah dan menapak sedikit demi sedikit untuk berjaya dan membina empayar kekayaannya. Beliau tanpa segan silunya telah
mengaku bahawa DEB lah yang banyak membantu
dan mencorakkan kejayaannya hari ini.



Mokhtar bukanlah mempunyai segulong ijazah hanya berkelulusan SPM tetapi mampu menjadi orang ke 7 terkaya di Malaysia dan ke 32 terkaya di Asia Tenggara. Adakah itu yang dibanggakan olehnya? Bagi dirinya kekayaannya bukan miliknya secara mutlak tetapi biarlah limpahan kekayaan itu dirasai juga oleh masyarakat sekeliling. Kenalilah Mokhtar dengan lebih dekat dengan membaca di sini.



Berdasarkan sumbangan dan ketokohannya Mokhtar dianugerahkan
Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
1429H oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tunaku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Sultan Mahmood, dalam sebuah upacara gilang gemilang di Putrajaya International Convention Centre.

Berbeza dengan saudara kita yang seorang ini. Bukan sahaja tidak menulis biodatanya bahawa Uitm sebagai institusi pendidikan yang pernah menabur jasa kepadanya malah tidak mengaku bahawa beliau tidak terhutang budi dengan DEB. 'Zaid Ibrahim jangan bersikap lupa diri setelah mengecap kejayaan semasa berada dalam UMNO' -Datuk Seri Rais Yatim. Beliau ini boleh dianggap seperti kacang lupakan kulit.



Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

8 comments:

Arif Omar said...

zaid ini adalah paria dalam politik melayu. manusia tak sedar diri. di kelantan pun dia bukan berani nak bercakap lebih. silap hari bulan penyokong pas pun baling kasut pada muka dia . tak percaya, percayalah. dah 25 tahun kenal dia ni.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro,

Kalau nak dibandingkan mereka berdua ni rasa macam tak sepadan pun. Tambah lagi kalau dibandingkan dari segi akhlak. Mamat keadilan ni memang hancus. Rupa-rupanya ada juga orang kaya yang bagus spt Syed Mokhtar ni.

surau al-falah pandan jaya said...

Salam semua!
Hidup kita di-dunia mesti ada saling kerjasama dan saling terima dan menerima akan apa jua keadaan yang berlaku kerana kita semua akan pergi mengadap ilahi bila datang waktunya.Memandangkan Malaysia mempunyai rakyat berbilang bangsa ada baiknya kita memikirkan anak cucu kita dikemudian hari kerana sejarah telah mengajat kita supaya tidak leka dan alpa tentang tanah air kita sendiri.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam hami .
Satu nasihat yang baik untuk semua. Artikel ini bertujuan untuk menyedarkan sesetengah pihak yang wajar bersyukur dan berterima kasih atas nikmat kejayaan dan kemewahan di dunia. Nikmat ini wajar dikongsi bersama dengan orang-orang yang memerlukan. Contoh ini telah diberi oleh Mokhtar AlBukhary antara orang yang terkaya di Malaysia. Masih ramai lagi yang kaya dan berharta dan berkemampuan tetapi bukan saja sombong dan bongkak malah bersengkongkol menghancurkan negara yang telah berjasa kepada mereka itu.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Datuk Syed Mukhtar Al Bukhary, sangat banyak berbudi kepada bangsanya. Saya suka mereka yang kaya dan suka bersedekah.

Tapi orang miskin seperti kita, eloklah bersedekah mengikut kemampuan diri. Jangan kikir, macam

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,
Kaya dan tak sombong, kekayaan hanya pinjaman, yang susah dibantu amal jariah jadi amalan. Mudah-mudahan akan lebih ramai lagi dermawan Islam membantu manusia yang lain.

C L J said...

Heran sungguh hamba. Baru 52 tahun kita merdeka dan cuba membangun serta membina negara mengikut ACUAN YANG PERLU dah macam2 soalan digaul gorengkan. Yang nak bangunkan negara itu ialah manusianya. Maka itu manusianya kena dibinakan dahulu. Kita kiranya sudah begitu laju membangun dan membina seiringan. Sedangkan mengikut ajaran ilmu sains solial merobah sesuatu budaya itu memerlukan jangkamasa tidak kurang dari 100 tahun (iaitu sukatan jangka masa bagi kematangan 3 generasi) Dan walau baru 52 tahun merdeka kita dah capai kedudukan pegangan kuasa ekonomi daripada l.8% kepada hampir 20% kini. Sasaran 30% jangan diharap dapat dicapai sederap itu sahaja. Jangan pula ada banyak soal dari pihak2 lain kerana 30% disasarkan itu cuma separuh daripada peratusan penduduk Melayu diMalaysia kini.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Che Leh Jangok .
Sepatutnya tidak ada jangka masa yang ditetapkan dan sesiapapun tidak boleh mempertikaikannya selagi Orang Melayu dan Pribumi tidak mecapai sasarannya. Apa yang penting kita tidak mengambil hak-hak orang lain tetapi sememangnya ianya sudah termaktub dalam perlembagaan berkenaan 'Hak-hak Istimewa Orang Melayu Dan Pribumi'