Saturday, August 22, 2009

Pengundi Hantu : Bila Hendak Selesai ?


Isu pengundi hantu ini selalunya sering dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Agak pelik juga jika pilihanraya kecil Permatang Pasir keadaan sebaliknya berlaku. Setakat ini selepas laporan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang,(Klik di sini) dua hari lalu, Puteri UMNO negeri(Klik di sini) turut membuat laporan polis pada petang Sabtu mengenai kewujudan pengundi hantu atau pengundi setinggan di kawasan Permatang Pasir. Adakah kemungkinan jika kawasan itu memang kawasan kuat penyokong pembangkang maka pengundi hantu ini dibiarkan saja tetapi sebaliknya jika kawasan itu kawasan penyokong tegar BN maka menyalak-nyalak lah suara mengatakan wujudnya pengundi hantu itu.

Apakah yang dimaksudkan pengundi hantu?

Pengundi hantu adalah istilah politik kepada pengundi sama ada:-
Contoh pengundi hantu (SPR)

* Pengundi itu berumur lebih daripada 120 tahun (lihat contoh SPR di bawah)

* Pengundi beralamatkan rumah yang mengandungi lebih daripada 20 orang.
* Pengundi itu tiada kaitan dengan pemilik alamat berdaftar pengundi berkenaan.
* Pengundi yang sama didaftarkan lebih daripada sekali. Ini sering berlaku di kalangan pengundi tentera(Klik di sini) yang merupakan pengundi pos dan juga pengundi biasa. Dalam konteks ini, mereka didaftarkan dengan nombor tentera untuk undian pos manakala nombor kad pengenalan Malaysia untuk undian biasa.

Perlukah kita menyalahkan SPR dalam hal ini? Apa kata SPR ? Pihak SPR pula menjelaskan bahawa mereka hanya boleh mengeluarkan nama seseorang pengundi jika disertakan bukti (surat mati), dan tidak boleh menerima maklumat lisan. Oleh itu nama mereka yang meninggal dunia akan kekal dalam senarai sehingga dilaporkan oleh waris beserta surat mati atau dokumen rasmi yang lain. SPR juga memerlukan kuasa untuk mengadakan daftar pemilih baru dari semasa ke semasa dan kuasa bagi melupuskan senarai lama (termasuk mereka yang telah meninggal dunia). Sehubungan itu, pihak SRR meminta waris yang mengetahui saudara mara sudah meninggal dunia, mengemukakan salinan sijil kematian atau permit mengebumikan individu terbabit supaya SPR dapat membuat semakan.

Menurut undang-undang Malaysia, seseorang pengundi hantu, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

Berdasarkan laporan yang pernah dibuat oleh pihak pembangkang (klik di sini) dan juga laporan polis oleh Pemuda dan Puteri UMNO menunjukkan bahawa memang wujud manusia-manusia yang menjadi pengundi hantu ini. Cuma bezanya jika kawasan itu kubu BN maka pihak pembangkang akan bersuara dan begitu juga jika berlaku di kawasan yang kuat pengaruh pembangkang maka UMNO pula yang bersuara. Setakat ini sudah berapa kes / orang yang pernah didakwa atas dakwaan pengundi hantu ini? Tak tau ! Kenapa tidak buat pendakwaan kerana kesalahan ini memang ada di dalam peruntukan undang-undang beserta dengan hukuman sekali.

Berdasarkan penerangan SPR maka parti-parti politik dan individu-individu tertentu yang tidak mengambil berat untuk menghapuskan masalah-masalah pengundi hantu ini. Perkara ini tidak boleh dibiarkan sehingga menjadi barah yang boleh menjadikan keputusan sesuatu pilihanraya itu tidak 'diiktiraf' gara-gara masalah 'pengundi hantu'. SPR rasanya boleh mencipta satu sistem yang lebih mudah untuk parti-parti politik 'membuang' pengundi-pengundi hantu dalam daftar pemilih pengundi. Dengan sistem pengkomputeran canggih sekarang, SPR tidak hanya boleh mengharapkan cara konvensional dan manual untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu ini.

Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dijangkakan menjadi medan pilihanraya terhebat dalam sejarah. Pilihanraya Umum akan datang akan menentukan kerajaan mana yang menjadi pilihan rakyat. Kerajaan yang ada memerlukan mandat baru rakyat atau akan kehilangan kuasa. Oleh itu SPR diharapkan dapat bertindak cekap dan telus untuk menjadikan pilihanraya di Malaysia ini bersih, tepat dan betul.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.

12 comments:

Orang tua said...

Salam Sejahtera Bro,

Hairan..........

Kan dalam bulan Ramadhan HANTU-HANTU kena gari dan kurung kerana depa ni specis iblis dan syaitan.

HANTU kat Malaysia ni Kebal kot.

Perbanyakkan baca Surah Kursi untuk halau HANTU-HANTU ni.

P/s : SPR kena letak Ustaz-ustaz untuk halau Hantu-hantu ni......

Arif Omar said...

SEKALI SAHAJA HANTU DAPAT DISAHKAN DALAM PRU DAN PRK DI MALAYSIA IAITU SEKITAR TAHUN 1990AN DI KAWASAN DATO YONG TECK LEE DAN DISAHKAN OLEH MAHKAMAH. ITU PUN SEEKOR AJE HANTU. PENDATANG ASING FILIPINA YANG GUNAKANJ KP RAKYAT MALAYSIA. ITUPUN DIGUNAKAN ATAS KAPASITI SENDIRI BUKAN DIDOKONG OLEH MANA-MANA PARTI. TIADA HANTU SEBENARNYA. KHAIRY KOT ADA HANTU. BERJANGKIT DENGAN HANTU PR

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Ni mesti hantu Cina atau hantu India sebab sekarang ni musim sembahyang hantu. Muhahahahahahahaha
Apa-apapun: KHAKKKK...PTUIH...

Anonymous said...

SLM BRO...ANTU2 CIPTAAN PAKATAN LG DAHSYAT! BLH PUKUL2 ORG BILA X PUAS HATI. YG BAGUS TU PULAK..BLH DPT DUIT TUUUU ..ANTU JOLII!! HEHEHEHE

KUNTONG said...

jangan takut, kalau pembangkang menang, hantu semua senyap, tapi kalau pihak kerajaan menang, hantu-hantu tu mengamuk, tidak puas hati. Ini bermakna hantu tu berkawan dengan.......(entah le)

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Orang tua,

Kalau macam yang SPR kata, setiap kawasan Parlimen ada pengundi hantu, tak update bro. Keahlian UMNO pun tak update.....hehehe. Yang mati dan yang hilang termasuk yang tidak dapat dikesan masih lagi menjadi ahli UMNO. Tapi PKR dan PAS macamana pulak? Belum tanya DAP, MIC dan MCA dan Gerakan......lagi haru....UMNO juga yang kena...huhuhuhu

Salam Arif Omar,

Ye la bro, membuat dakwaan memang senang. Nak bawak ketengah sekor pun tak berani. Kawan nak tengok juga rupa 'pengundi-pengundi hantu' ni

salam cekodokmasin,

Tempat kita Semerah dan Sri Medan banyak ke pengundi hantu?

salam Jeffri,

Dapat duit bro ye......hehehe

Salam pakcik KUNTONG.

Tapi pakcik BN mungkin kalah di Permatang Pasir bukan pasal pengundi hantu. Pasal Calon BN kawin 2 tapi tak ngaku......hehehe entah le mana yang betul.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Pengundi hantu mana nak hilang, ini semua keja orang gila politik le. Nak jadi YB sangat-sangat.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

pengundi hantu ada nama tapi orangnya tak ada. Tak mengundi pun.........macam hantu puchong la. Nama wujud, bro pernah tengok ke? hehehe. macam pengundi hantu jugak. Gimik pilihanraya je. Kalu dulu PAS/PKR buat gimik pengundi hantu kali ni Pemuda / puteri UMNO buat gimik dulu.....

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Cam tu pengundi hantu, wah sangat takut. Saya pernah jumpa pocong sekali, masa zaman kecik saya , sedanga telanjang bulat nak gi yak ( malam le) ada seekor pocong takutkan saya, saya apa lagi jerit dan tak jadi yayak le...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro,

Itu bukan hantu puchong bro, Itu 'hantu kopek'. Dia memang suka tunggu budak telanjang bulat nak g yak atas batang kelapa belakang umah. Kalau dia dapat bro, dia letak bro bawah tetek dia. Boleh mati lemas......huhuhu

zedmagel said...

Salam Bro,

Betul lah bro, bro mana tahu nak yayak atas batang kelapa.? Tandas bro pun camtu kan masa tu?

Saya rasa bro pun dah kena sakat hantu tetek labuh yek?

Betul laa bro kawan pecaya, bro dah kena sakat juga dengan hantu tetek tu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro,

bukan hantu tetek tapi 'hantu kopek' hihihi