Saturday, August 8, 2009
Sejuk Mata Memandang....
Lihatlah ilustrasi yang dilukis oleh sahabat blogger kawan di Batu Pahat http://rouslenz.blogspot.com/2009/08/kengkawan.html berhubung dengan perpaduan pemimpin-pemimpin Melayu. Ilustrasi ini adalah atas permintaan kawan untuk kawan muatkan di dalam blog ini sempena kehadiran bulan Sya'ban dan tidak lama lagi bulan Ramadhan dan seterusnya Syawal. Bulan-bulan mendatang adalah bulan-bulan pengorbanan, bulan penyerahan diri kepada Allah , bulan persaudaraan dan berakhir dengan bulan kemenangan.
Ilustrasi ini mengambarkan angan-angan, impian dan harapan semua orang Melayu dan Islam di negara ini. Tanyalah sesiapapun manusia Melayu/Islam yang tidak sejuk mata memandang apabila menatap ilustrasi di atas. Ilustrasi di bawah itu sudah ditambah lagi dengan gambar Masjid Sultan Abu Bakar yang menambah seri dan erti serta membawa makna yang lebih mendalam. Ilustrasi ini dimurnikan lagi oleh sahabat blogger kawan di Batu Pahat juga http://kampungmampan.blogspot.com/2009/08/harapan-kami.html.
Bagi mereka yang cintakan kedamaian, cintakan agama dan bangsanya berkemungkinan ianya lebih emosional sehingga ada yang menitiskan air mata. Ramai yang sedar dan faham dengan situasi politik masa kini. Rakyat mahukan perpaduan dan perdamaian sedangkan pemimpin masih mempunyai kepentingan diri. Adakah ilustrasi sahabat-sahabat kawan ini hanya angan-angan, impian dan harapan semata-mata atau akan menjadi satu realiti di suatu masa nanti walaupun watak-wataknya adalah berbeza.
Bagi gambar ini, ianya bukan lagi satu ilustrasi yang penuh dengan impian dan harapan. Ianya sebuah foto yang merakamkan sesuatu peristiwa yang telah terjadi. Sesiapa yang memandang juga akan menjadi sayu, hiba dan tersentuh apabila melihat perlakuan pemimpin yang mana parti masing-masing telah bermusuhan lebih daripada setengah abad. Ianya bukan impian tetapi sudah menjadi realiti.
Persoalan lain yang perlu di tanya benarkah ianya benar-benar ikhlas, jujur dan tidak ada apa-apa kepentingan. Jawapannya ditangan mata siapa yang memandang, dari sudut apa yang dipandang dan latar belakang orang yang memandang. Jikalau kita ketepikan segala fahaman politik yang dianuti dengan membuka minda kita seluas-luasnya tentu pandangan kita juga berbeza-beza. Sila baca pandangan penulis ini berkaitan dengan gambar di atas.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Semoga menjelang Bulan Ramadhan nanti, Allah akan membukakan pintu-pintu hati pemimpin Melayu Islam supaya melupakan segala perbezaan pandangan politik dan terus bersatu padu dalam menjalani kewajipan sebagai pemimpin bagi umat-umat Melayu di negara ini. Ingatlah bahawa pemimpin akan disoal di akhirat nanti. Lebih-lebih lagi sesuatu jawatan yang disandang adalah satu-satunya jawatan atau tanggungjawab yang dipinta, ianya bukanlah satu anugerah.
SLM BRO..KLU BENARLAH PERISTIWA TU BTUL2 TERJADI BERMAKNA ADA HARAPAN DI PENGHUJUNG JLN. TP KLU MASIH DLM MIMPI, KITA CUMA BLH MENGHARAPKAN SESUATU YG TAK PASTI LG...WALLAHUALAMM
salam Pakcik Kuntong,
Buat masa ini ia hanya sebuah impian yang tidak pasti. Mungkin satu igauan di siang hari.
Salam bro Jeffry
Benar kata bro itu. Pemimpin-pemimpin mempunyai matlamat peribadi mengatasi kepentingan ramai. Anwar dan Nik Aziz sewajarnya balik ke pangkal jalan.
Salam semua!
Bersyahadah Kalimat yang sama,Menghadap kiblat yang sama,Menyembah Rabbul Jalil yang sama,Bertakbir kalimah yang sama,Dari Nasab yang sama,Asal yang sama,Dan kembali ketempat yang sama.
Kejahilan yang memisahkan kita,Keegoan yang memporak perandakan kita,Namun kemaafan jalan penyatu,Keikhlasan penenang kalbu,Ayuh kita bersatu mengangkat martabat Agama,bangsa dan pertiwi.
salam hami,
Kita semua menganut agama yang benar. Tetapi dari segi amalan dan praktikalnya kita gagal.
Salam Bro Amir,
Itu hanya impian, bak kata lagi Ibnor Reza.
MIMPI YANG TAK SUDAH... sunguh menyanyat lagu tu. Macam impian bro dan kawan-kawan semua, termasuk saya.
Post a Comment