Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara pada 1Ogos Sabtu lepas untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Kehadiran mereka ke Kuala Lumpur telah membelakangkan arahan Kementerian Dalam Negeri melarang perhimpunan haram sama ada disebelah penyokong ISA dan Anti ISA. Bacaan selanjutnya. Pihak polis juga telah melahirkan rasa bimbang tentang keselamatan awam jika kedua-dua kumpulan ini bertempur. Klik di sini
Maka untuk meyalahkan KDN dan polis adalah satu kenyataan yang tidak wajar.
Kesediaan kerajaan untuk mengkaji ISA ini tidak didengari langsung oleh mereka malah mereka berkeras untuk memansuhkan ISA.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertanggungjawab terhadap Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pula dilaporkan berkata, ISA boleh dipinda secepat sesi parlimen yang akan datang. Tetapi pihak pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia mendesak supaya akta ISA yang diwarisi dari zaman penjajah itu - yang digunakan untuk menahan penentang kerajaan serta suspek pengganas - dimansuhkan terus.- Malaysiakini.
Kalau begitu tindakan kerajaan menahan lebih 60 daripada 589 orang yang ditahan dalam perhimpunan adalah satu tindakan yang wajar dan tepat. Tidak dapat dipastikan bahawa dalam 60 orang yang ditahan itu termasuk pelajar-pelajar universiti, kakitangan kerajaan atau pesara-pesara kakitangan awam. Jika ada golongan ini, andaikata dijatuhkan hukuman penjara sehari sahaja maka akan terlucutlah keistimewaan-keistimewaan sebagai kakitangan awam.
Jika seorang itu kakitangan kerajaan dalam perkhidmatan awam maka jawatan itu akan terlucut tanpa pencen dan bonus. Begitu juga dengan pesara kerajaan maka pencen yang dinikmati akan terlucut dengan sendirinya.
Saya juga menyeru dan mendesak Kementerian Pengajian Tinggi supaya mengambil tindakan tegas kepada ramai pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi awam yang menyertai perhimpunan haram. Singkirkan mereka daripada universiti kerana mereka juga tetap terikat dengan undang-undang.
Sebagai sebuah negara demokrasi kita boleh memilih kerajaan mana yang disukai. Kita berhak untuk memprotes tetapi bukan melalui perhimpunan haram dan demontrasi. Tindakan ini akan menjatuhkan imej perkhidmatan awam sebagai perlaksana dasar. Kalau kita sudah putus akal untuk membuat pilihan maka pilihanraya itu adalah terjemahan kepada ketidakpuasan hati kita. Pangkah lah parti mana pilihan kalbu kerana undi adalah rahsia.
Saya pernah menulis tentang penjawat awam yang menikam kerajaan daripada belakang. Klik di sini. Semoga ketua-ketua pengarah yang membaca artikel ini dapat membuat pertimbangan dan tindakan yang sewajarnya. Malang bagi para perusuh di jalanan kerana bukan semua yang tahu tujuan dan objektif perhimpunan melainkan ketaksuban melampau kepada pemimpin. Klik di sini.
Malang juga bagi kakitangan awam, pesara dan pelajar universiti jika mereka juga kehilangan arah tujuan. Tidak dapat berfikir dengan waras sedangkan segala tuntutan mereka sebelum ini seperti Gred gaji, bonus tahunan, peluang kenaikan pangkat, dan sebagainya sebahagian besar sudah dipenuhi oleh kerajaan.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
9 comments:
Saya menyokong agar mereka yang ditangkap kerana perhimpunan haram tempoh itu dipenjara 10 atau satu bulan dan bukan 1 hari.Kalau dilepaskan nanti dia orang juga yang kata kerajaan lemah.
Salam tuan,
Penjarakan 1 hari. Tulis dalam rekod. Tukar warna IC. Baru dia tahu langit tinggi rendah. Bapak2 budak yang rasa anak2 kena tipu pergi demo pun kita penjarakan. Tak kan tak tahu anak nak pergi "rombongan" ke KL. Duduk rumah lain2 ke?
SLM BRO..KLU MONYET2 TU SUKE TEKINJE2 SANA SINI LAMA2, APE KATA SUMBAT JE DLM ZOO NEGARA BRG SEBULAN DUA BIKIN PROMO. MANA LA TAU BLH DPT SAMBUTAN HEBAT DR PELANCONG2 TENGOK "MONYET2" SPESIS BARU HEHEHE
Salam semua!
Kalau kita berniat untuk berbuat kebaikan tetapi perlaksanaannya tidak baik maka natijahnya adalah mendatangkan keburukan.
Aduhai abang/kakak/ibu/bapa!
Bersyukur apa yang ada
Aduhai adik/mahasiswa!
Tugas adik-adik cuma belajar sahaja kerana ini adalah amanah ibu/bapa.
salam buah kelapa turkey
1 hari sudah memadai untuk kakitangan kerajaan- buang keja. tanpa pencen dan bonus.....tapi kerajaan tak sampai hati...
salam cekodokmasin,
emak bapak zaman sekarang, ambil mudah. Lg pun mak bapak dan cikgu dah tak de power......student 'u ' pun sama, belajor pandai, otak tak dak. Tak boleh nak beza betul dan salah.
salam bro Jeffry,
zoo pun tak nak terima mereka tu. gak gak gak.....
salam hami,
nasihat anda memang tepat. Itu pun kalau kepala mereka tak masuk cacing.......
Salam Bro Amir,
Tahniah....saya ucapkan kepada bro kerana mungkin memberikan kesedaran kepada mereka terutamanya penjawat awam berkenaan.Kerajaan lemah sangat tiada tindakan tegas kepada mereka. Bagi ajar sikit mereka tu. Baru tahu.
Tetapi saya sendiri telah menasihatkan seorang kawan penjawat awam jangan pergi demo, tetapi dia pergi juga. Dia bukan belah GMI tetapi belah penyokong ISA. Yang tu macamna lak?
salam bro zedmagel.
Demo hari itu tidak ada permit dan ianya adalah perhimpunan haram sama ada GMI atau penyokong ISA.
Sdr SM
Pengerusi DAPSY, Loke Siew Fook telah mengeluarkan satu kenyataan penuh penghinaan dan paling keji terhadap pendakwah saudara Ridhuan Tee Abdullah serta kepada seluruh penganut agama Islam.
Sila lawat laman blog YB Zulkifli Nordin di http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html ATAU laman web haram jadah http://sjsandteam.wordpress.com/ untuk lihat sendiri.
Harap dapat initiate ssesuatu untuk belasah blog haram jadah nih!
Salam hormat
Salam Belacak,
Inilah akibatnya jika Melayu yang menjadi barua untuk melemahkan kuasa politik Melayu. DAP menjadi lebih kurang ajar dan biadap setelah mereka mendapat 'lesen' daripada orang Melayu sendiri yang sealiran dengan mereka.
Kebiadapan mereka terus melarat kepada soal-soal agama dan saya berkeyakinan bahawa orang Melayu akan mengenepikan kepentingan politik seandainya Islam dihina dan diperkotak katikan seperti mana yang telah dilakukan oleh saudara MP Kulim.
Post a Comment