Friday, August 14, 2009

Mat Poyo Nama Baru Hassan Ali




Pakar motivasi Hassan Ali yang sekarang exco Negeri Selangor yang juga Pesuruhjaya PAS negeri perlu diberi nama baru iaitu 'Mat Poyo' memandangkan muka poyonya ketika berjabat tangan dengan Ronnie Liu, seorang lagi exco Selangor dan juga ahli jawatankuasa pusat DAP. Setelah bergaduh bagai nak rak berkenaan isu arak sehingga seantero dunia tau setelah mendapat liputan media akhirnya di depan media juga mereka berdamai.

Kalau PAS dan DAP bergaduh orang tengah yang mendamaikannya tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar Ibrahim, orang yang bertanggung jawab menggabungkan PAS dan DAP dalam satu kelambu. Hassan Ali dikhabarkan oleh Malaysiakini , menyifatkan “masalah kecil” antara mereka sengaja diperbesar-besarkan Umno dan media yang mahu mengambil kesempatan. Malah katanya lagi UMNO yang cuba memainkan isu ini mujurlah rakyat Selangor tidak mudah tertipu, ujarnya lagi.

Celupor betul anak Pak Ali ni. Berjuta orang melihat urat leher dia timbul sebesar ibu jari mempertahankan bahawa arak tidak boleh dijual secara terbuka di kawasan orang Islam. Tiba-tiba UMNO dan media juga yang salah. Kasihan wartawan surat khabar dan wartawan media elektronik yang dituduh menjadi alat UMNO untuk memecah-belahkan pakatan pembangkang yang kononnya masih utuh walaupun pelbagai isu melanda.

Wak Hassan jangan cakap berbelit-belit nanti kudung lidah awak tu digunting malaikat. Hassan Ali dan Ronnie tentunya sudah 'dicuci' oleh Anwar Ibrahim. Ugutan Anwar kepada mereka berdua sama ada hendak kekal atau tidak memegang exco Selangor sebelum ditendang keluar. Mereka tidak ada pilihan lain, seperti ahli-ahli politik yang lain untuk melepaskan kuasa bukan semudah keluar daripada mulut, banyak kemudahan exco itu dan mereka tidak sanggup untuk melepaskan 'kemewahan', 'keselesaan' dan 'kelebihan' seorang exco.

Sebelum itu, Hassan menafikan mereka berdua mendapat arahan pimpinan tertinggi Pakatan supaya menutup kes tersebut bagi memberikan gambaran baik hubungan PAS dan DAP di depan umum.“Kamu media, kita tutup pun, kamu buka juga. Perbincangan dalam media ini natural. Saya nampak rakyat Selangor berbeza dengan di tempat (negeri) lain" ujarnya. Beliau sekali lagi menyalahkan media tetapi menurutnya rakyat Selangor tidak mudah menerima putar belit berita media.

Walau apa pun kita bukan mudah lupa sesuatu peristiwa yang berlaku apatah lagi jika peristiwa itu baru benar terjadi. Kita tidak marah kepada Hassan jika beliau tidak 'terlalu banyak berlakon' sehingga satu ketika beliau dilihat sebagai 'hero Melayu terakhir'. Malaysiakini ada menyiarkan berita bertajuk 'Dr Hasan tidak tunduk 'ugutan' DAP'. Namun semuanya menjadi layu semula apabila tajuk berita bertukar menjadi 'Exco PAS-DAP berdamai depan media'.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

12 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Maka berkatalah "seseorang", kalau aku bertegang urat, nanti aku kena cap derhaka,
kalau aku dicap derhaka, nanti kena pecat exco,
kalau kena pecat exco, tentu ada kes disiplin parti,
kalau kena tindakan disiplin, tentu kena pecat ahli,
kalau kena pecat ahli, tentu kena letak jawatan,
kalau kena letak jawatan, tentu habis segala kemewahan serta kesenangan dan kontrak niaga,
kalau habis kontrak2 kerajaan, macam mana nak hidup,
kalau nak hidup kena kerja balik jadi motivator,
kalau jadi motivator, percaya ke rakyat kat aku lagi sebab cakap putar alam,
Jadi, baik berdamai. Semua di atas dijamin selamat.. Hehehehe.
Apa-apa pun: KHAKKKKKK-PTUIHHHH

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Maka berkatalah "seseorang", kalau aku bertegang urat, nanti aku kena cap derhaka,
kalau aku dicap derhaka, nanti kena pecat exco,
kalau kena pecat exco, tentu ada kes disiplin parti,
kalau kena tindakan disiplin, tentu kena pecat ahli,
kalau kena pecat ahli, tentu kena letak jawatan,
kalau kena letak jawatan, tentu habis segala kemewahan serta kesenangan dan kontrak niaga,
kalau habis kontrak2 kerajaan, macam mana nak hidup,
kalau nak hidup kena kerja balik jadi motivator,
kalau jadi motivator, percaya ke rakyat kat aku lagi sebab cakap putar alam,
Jadi, baik berdamai. Semua di atas dijamin selamat.. Hehehehe.
Apa-apa pun: KHAKKKKKK-PTUIHHHH

Lin said...

salam

memang nampak poyo pun muka dia sebab kena sembur ayat dengan ronnie liu tu

entah2 dah ada persepakatan kot,,,


salam

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,

Dah betul la ulasan dan kronologi cerita saudara tu. Baru dia sedar kerjaya pakar motivasi dan ahli politik sangat jauh bezanya. Sebagai pakar motivasi beliau akan menegakkan prinsip yang benar dan betul. Prinsip yang menjadi pegangan itu bukan mudah dipertahankan apabila menjadi ahli politik.

Dr Chandra Muzaffar terpaksa meninggalkan PKR kerana prinsip dan realiti sangat jauh jurangnya apabila menjadi ahli politik. Atas tidak mahu dilacurkan dan memegang kepada prinsip kebenaran maka Dr Chandra telah keluar PKR dan menjadi pensyarah semula di universiti.

Adakah Hassan akan menurut langkah Chandra? Atau Hassan akan terus menggadaikan prinsip perjuangan demi kerana kepentingan politik pakatan rakyat? Hanya Hassan Poyo saja yang boleh membuat keputusan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam saudara Tungaklangit,

Kemarahan saudara mungkin kerana saudara telah melihat bagaimana ramai orang telah terpedaya dengan hipokritnya. Apa yang diucapkan tidak selari dengan apa yang dibuat.

Kesilapan Hassan adalah kerana salah memilih parti yang sama kaki klentong. Disebabkan dia pun ada mempunyai sifat yang sama maka sesuai benarlah parti itu dengan naluri dirinya.

Keadaan menjadi lebih parah apabila partinya bersekongkol dengan parti yang tidak berprinsip (PKR) dan parti DAP yang anti Melayu dan Islam. Yang jelas Hassan menjadi kambing hitam dan Partinya menjadi kuda tunggangan Anwar Ibrahim.

rimajohor said...

apa...apa Hassan Ali dah berdamai dengan Ronnie Liu ? Bagus le tu, apa nak di hairankan.

rimajohor said...

Apa.....apa....Hassan Ali dah berdamai dengan Ronnie Liu. Ala biasalah.....2x 5 , 5 x 2.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam buah kelapa turkey,

Apa nak dikata. Orang PAS juga yang copong. Ahli PAS kat kampung yang fanatik sekarang ni tersengeh-sengeh je le. Ada juga pakcik-pakcik yang berani mempertahankan DAP. huhuhuhu

hilbert said...

Salam sejahtera,

Burung tiong rupanye poyo tu..ingatkan apa tadi hehehe..comel juga Datuk Dr Hassan Arak itu bergaya dengan pakaian dari bulu burung tiong tu bro ye hehe...

Bukan apa bro, Hassan Arak tu..masa dia bercakap dengan media tempoh hari dia tengah mabuk minum beer...lePAS tu pulak masa berjabat tangan dengan ketua kongsi gelap DAP Ronnie Liu itu pun tengah mabuk juga...tak ada yang betul...

zedmagel said...

Salam Bro,

Mat poyo ikut ronnie ke? Ronnie ikut mat poyoh. Dah tentulah PKR lebih dari kerusi DAP, Mat poyo pun tukang atur strategi le tu...

surau al-falah pandan jaya said...

Salam semua!
Kadang-kadang apa yang kita lakukan untuk kebaikan memang susah untuk mendapat natijahnya tetapi sekurang kurangnya kita harus ingat bahawa sekiranya kita tidak ada kuasa cakaplah macam mana pun bertegang leher pun tetapi keputusannya adalah sama.Maka ini menjadi satu pengajaran kepada kita bahawa kuasa yang ada pada kita sekarang janganlah dipersia-siakan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam hilbertmontell.
Lepas ini boleh la kita nyanyikan lagu burung tiong.Burung tiong pun ada peminatnya juga. Hassan ni burung tiong liar atau yang jinak. Kawan rasa dia jenis yang telah dijinakkan oleh Anwar Ibrahim.

Salam bro zedmagel.
Pada kawan, Mat poyo ni disuruh berlakon kot. Selain kemungkinan diugut oleh Anwar, ianya kemungkin juga disuruh berlakon oleh Anwar supaya menunjukkan power Anwar yang sebenar. Jadi Anwar layak jadi PM atas kebolehannya mendamaikan pertelingkahan.

Salam hami.
Ini bermakna PAS tidak ada kuasa dalam Pakatan Rakyat. PAS adalah parti pencukup korum saja. Jadi PAS jangan nak berangan menukar polisi di Selangor. PKR dan DAP yang menguasai Selangor seperti mana PAS mempunyai kuasa mutlak di Kelantan dan Kedah.