Saturday, August 29, 2009

Wira Yang Terpinggir

سلامت مڽمبوت هاري كمرديكأن نڬارا يڠ ك 52. سباڬاي ڤريبومي ساي برشكور دڠن نعمت الله د ڬري برتواه اين. برسامله كيت ممڤرتاهنكن كمرديكأن اين ستله ڬينراسي يڠ تردهولو ممڤرجواڠكنڽ دڠن سوسه دان ڤايه والاوڤون مريك تيدق مڠچاڤي كهيدوڤن سليسا سڤرتي كيت ڤد هاري اين. مودهن-مودهن الله چوچوري رحمة ك اتس روح-روح ڤجوڠ كمرديكأن نڬارا. أمين.

مرديك! مرديك! مرديك!



Setiap kali menyambut kemerdekaan negara, kita akan diulang-ulang untuk mengingati tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan negara. Setelah 52 tahun merdeka , tidak ada siapa yang boleh menafikan nikmat yang diperolehi rakyat daripada kemerdekaan itu. Sebab itu kita wajar bersyukur dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah dimulakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Rosli Dhobi dan lain-lain yang tercatat dalam buku-buku sejarah.

Kita juga wajar berterima kasih kepada perintis yang membakar api semangat merdeka yang lebih awal seperti Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestaman, Pak Sako dan lain-lain yang bergerak di bawah panji PKMM atau golongan berhaluan kiri. Walaupun pihak golongan kiri ini tidak mendapat sokongan British malah menjadi musuh kepada British maka sebagai rakyat Malaysia kita wajar berlaku adil untuk mencatat nama-nama mereka dengan tinta emas atas kepayahan, kesusahan dan keperitan mereka menyedar dan menanam benih untuk merdeka di sanubari rakyat.

Dengan tidak menafikan sumbangan mereka ,kita juga akur dengan kebijaksanaan dan kecerdikkan pemimpin-pemimpin Melayu lain seperti Dato'Onn, Tunku Abdul Rahman, Datuk Ahmad Kamil, Datuk Panglima Bukit Gantang, Tun Abd.Razak, Tun Dr Ismail dan lain-lain sebagai orang yang bertanggung jawab membawa dan merealisikan kemerdekaan itu dengan secara rundingan tanpa menumpahkan darah dan jiwa di kalangan rakyat.

Begitu banyak nama-nama besar yang mewarnai politik negara selepas itu. Selepas mencapai kemerdekaan tentulah menjadi tanggung jawab pemimpin dan rakyat sebuah negara merdeka untuk mengisi kemerdekaan itu. Pengisian kemerdekaan ini telah diteruskan oleh perdana menteri-perdana menteri Malaysia selepas Tunku Abdul Rahman. Pembangunan tanpa jaminan keselamatan sebuah negara daripada ancaman musuh tidak memberi erti kepada kemerdekaan mutlak sebuah negara. Walaupun setelah merdeka, negara masih lagi dibayangi dengan ancaman komunis yang juga berhasrat untuk menguasai negara ini.

Sebahagian daripada kita mungkin masih segar dalam ingatan tentang perjanjian damai antara PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand yang ditandatangani di Hotel Gardens Haadyai pada 2 Disember 1989. Hasil daripada perjanjian damai itu maka berakhirlah peperangan bersenjata antara kedua-dua negara dengan PKM. Begitu besar jasa orang yang berjaya mencetuskan idea perdamaian ini. Nama-nama besar seperti Rahim Noor , Hanif Omar , Norian Mai dan Hashim Mohamad Ali serta rakan-rakan SBnya tentunya menghiasi dada-dada akhbar sebagai hero dan watak utama.

Tanpa menafikan juga sumbangan tokoh-tokoh itu, kita wajar juga mengkalongkan jambangan bunga kepada Haji Mokhtar Mahmud Baginda yang menjadi pencetus awal dalam melakukan rundingan di peringkat rendah yang membuka laluan kepada perundingan di peringkat tinggi sehingga terciptalah sejarah yang sangat penting kepada usaha mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Beliau adalah HERO dan WIRA. Bukan saja jasanya tidak didendangkan malah dipinggir dan dilupakan terus lantaran adanya nama-mana besar yang menutupi nama-nama kecil.

Menjelang sambutan hari merdeka ke 52, wajar kita mengetengahkan hero-hero yang tersorok di bawah karpet ini tentang sumbangan yang tidak ternilai kepada negara tercinta ini. Mereka adalah kalangan rakyat biasa tetapi memberi sumbangan luar biasa kepada keselamatan negara. Bagi mengenali dan menghayati sumbangan tokoh ini elok saya paparkan dua artikal yang berkaitan. Artikel yang bertajuk MOKHTAR BAGINDA HERO TIDAK DIDENDANG LAGI TERPINGGIR dan DARI JEJAK KASIH KEPADA MEMBELA NEGARA jika kita menghayatinya sudah tentu kita tidak lokek untuk mengucapkan terima kasih kepada insan istimewa ini.

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

15 comments:

D'Rimba said...

Hidup pejuang tanpa nama selamanya...........

hilbert said...

Salam Merdeka sdra Amir,

Terimakasih kerana mendedahkan perkara ini...sebenarnya sayapun baru tahu siapa sebenar orang disebalik peristiwa bersejarah itu setelah membaca tulisan saudara ini.

Sepatutnya kerajaan memberi perhatian khusus kepada orang yang sangat berjasa ini...berilah penghargaan yang sewajarnya kepada beliau...harap kerajaan tidak melupakan insan ini.

Anonymous said...

Salam Merdeka ke-52 2009 & Salam 1 Malaysia

Anonymous said...

SLM KEMERDEKAAN BRO...PEJUANG GUGUR MENINGGALKAN NAMA..PENGKHIANAT MATI TINGGALKAN TAIK AJE HUHUHU

azleenz said...

Salam.. sebenarnya kita tidak mengenali wira2 ini krn kita tidak mengkaji sejarah... kita buta sejarah. Sbb tu smakin byk pertentangan ideologi di antara bangsa melayu kini yg menunjukkan kita MELAYU yg lemah, MELAYU yg layu yg akhirnya menjadi MELAYU yg terpinggir di bumi sendiri......

KUNTONG said...

Rakyat Malaysia patut didedahkan tentang pejuang-pejuang ini. Mereka memang terpinggir dn dilupakan. Melayu skrang sudah tidak dapat mengenag jasa orang2 dulu.lantas membuat sesuatu perkara yg mencemarkan budaya kita orang Melayu.Mereka disogok dengan kata-kata hasutan yg terbit dari seseorang yang mementingkan hal-hal peribadi.

النعيم الروز said...

سلام كمرديكأن، سموڬ مليسيا برتمبه معمور

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam D'Rimba,
Kalau kita hendak mencari lebih ramai pejuang tanpa nama, carilah dari sumber-sumber maya dan buku-buku. Kalau harap buku teks sekolah tak jumpa la......hehehe

salam hilbert,
Agaknya terlalu ramai pejuang dalam menuntut kemerdekaan sebab itu ada yang tercicir dan terlepas pandang. Bagi sesiapa yang ingin menyelongkar tentang pejuang kemerdekaan lain, banyak buku-buku boleh dirujuk di pasaran atau perpustakaan.

Salam Teja,
Salam Merdeka untuk Teja juga. Rakyat di dahulukan!

Salam Jeffry,
Salam kemerdekaan untuk bro jugak. Betul bro, pejuang mati meninggalkan bau yang harum.

Salam ainna,
Pandai ainna, kecik-kecik lagi dah tau nak sayangkan negara. Tapi ada orang dah tua bangka tak habis2 nak memusnahkan negara.

Salam pakcik Kuntong,
Rakyat Malaysia perlu rajin mencari maklumat sama ada di internet atau buku-buku. Kalau tidak nanti kita dikatakan 'buta'. Bukan buta huruf tetapi buta sejarah.

salam
النعيم الروز

سلام مرديك اونتوق ساودارا سكلوارڬ. موڬ-موڬ كيت داڤت مڠچاڤي كامانن دان كتنترامن اين سهيڠڬ ك انق چوچو كيت. تريما كاسيه

Arif Omar said...

MERDEKA. SEMUGA SEMUA WIRA KEMERDEKAAN AKAN TERUS DIRAHMATI ALLAH. SEMUGA JUGA AGAR SEMUA PENGKHIANAT KEMERDEKAAN JUGA SEDAR DAN KERAJAAN WAJIB BERTEGAS DENGAN PENGKHIANAT INI YANG TELAH MEROSAKKAN APA YANG TELAH DICAPAI DENGAN BEGITU SUKAR

zedmagel said...

Salam Merdeka Bro Amir Hamzah,

Bagi diri saya...

Apalah ertinya sebuah kemerdekaan negara, jika tanah yang kita injak ini hanya 1/8 kita punya?

Apalah erti kemerdekaan jika khazanah di tanah dan dilaut bukan milik mutlak anak negeri?

Apalah ertinya kemerdekaan ke 52 jika pribumi asyik bermusuh dan iri hati untuk selama-lamanya sampai kita mati?.

Apalah erti merdeka jika pribumi menjadi hambanya ditanah kelahiran sendiri?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar,
Terlalu ramai pejuang kemerdekaan sebenarnya. Yang besar dan yang kecil. Walaupun kecil tetapi membawa makna yang besar. Ramai pejuang tetapi ada juga pejuang yang kalah dan pejuang yang menang. Selalunya Sejarah itu di olah oleh pihak yang menang.


Salam bro zedmagel.

Jangan di tanya pada saya soalan itu kerana saya tidak ada jawapan. Pertanyaan saudara itu boleh dijawab dengan mudah oleh Anwar Ibrahim. Kadang-kadang pertanyaan itu memercik muka sendiri

Unknown said...

Salam Merdeka!!!
Bersyukur pada Tuhan kerana memberikan para pejuang yg dahulu memberikan kebahagian kepada kita hingga sekarang ini.
pun begitu teman sangat berharap agar saudara AmirHamzah dapat memberikan 'komen ilmiah' pada post ini " http://mmyazan.blogspot.com/2009/08/dimanakah-kesilapan-ku.html "
p/s - sepatutnya suara2 ini datangny dari dalam umno sendiri dan bukannya dari pembangkang. Budaya membetulkan dari dalam bahtera adalah lebih baik dari luarnya. TQ

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam LanaBulu.

Saya sudah membaca email dalam "http://mmyazan.blogspot.com/2009/08/dimanakah-kesilapan-ku.html "
Saya tidak dapat menjawab soalan-soalan di dalam email ini secara ilmiah kerana saya tidak mampu menjawab bagi pihak orang lain. Untuk menjawab soalan-soalan ini memerlukan fakta-fakta yang bukan boleh dibuat secara sembrono.

Orang yang paling layak menjawabnya ialah kerajaan negeri, kerajaan pusat, TS Muhyiddin, Tun Mahathir dan Lee Kuan Yew.

Mungkin saya akan menjawabnya setakat yang mampu apabila saya bertanyakan beberapa orang yang tahu dalam isu ini.

Mungkin saudara juga boleh melawat www.kelabchedet.com dalam ruangan forum yang di bawa oleh Dr.Muzi berkaitan isu Linggiu Damp.

Terima kasih

Cik Skaf said...

Salam kemerdekaan sdra Amir.

Moga pejuang kemerdekaan yg masih hidup atau yg telah meninggal terus dunia diberi penghargaan dan diingati selamanya oleh anak-anak bangsa. Bagi yg telah meninggal dunia, Sama-samalah kita doakan agar Allah cucuri rahmat atas roh-roh mereka. Sy juga sentiasa berharap agar kita dan anak-nak bangsa tidak menjadi org2 yg buta sejarah negara sendiri, hingga hilang jati diri-memperjuangkan sesuatu yg mereka sndiri tak fahami.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cik skaf,

Salam kemerdekaan. Dalam hal ini kita lebih banyak terpengaruh dengan persepsi dan tanggapan. Sejarah adalah sesuatu yang imperikal dan saintifik. Banyakkan membaca dan buat penilaian yang adil. Sesungguhnya sejarah tidak statik tetapi dinamik sehingga kita menemui sumber dan penemuan baru. Selalunya sejarah masa ini dibuat oleh pihak yang menang.