Monday, August 17, 2009
Perang Saraf Nik Aziz - Jangan Layan!
Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
"Islam di bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Para pembaca sekelian tidak perlu terperanjat dengan kenyataan Pak Nik ni kerana sudah acap kali beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat provokasi. Bagi saya beliau sengaja mengeluarkan pelbagai kenyataan untuk mempromosikan partinya sebagai satu cara kempen dan perang saraf menjelang Pilihanraya kecil Permatang Pasir. Beliau tahu kenyataan terbaru itu akan dibincangkan dan dijawab oleh BN semasa pilihanraya kecil nanti dan ini akan menyeronokkan Pak Nik.
Pak Nik tidak suka BN menyerang kebobrokan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang sedang hangat dengan pelbagai isu. Kelemahan dan sumbangan PAS khususnya dalam isu arak kalau boleh tidak disentuh oleh penceramah-penceramah BN. Kerajaan Negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud juga satu kelemahan PAS yang sehingga kini belum tertunai. Rasuah dan salahguna kuasa serta penglibatan kongsi gelap di kalangan beberapa wakil rakyat begitu berleluasa di Selangor. Kalau boleh perkara ini tidak dibahaskan dan menjadi modal kerajaan menyerang Pakatan rakyat.
Percayalah selepas ini akan keluar lagi pelbagai kenyataan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Hadi Awang pula mengatakan bahawa Umno-BN sentiasa mengamalkan 'Politik Dajal' dalam usaha mengekalkan kekuasan memerintah negara. "Lantaran itu kita wajib menyingkir mereka walaupun penyakit itu sudah lama melanda negara kita,"kata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah di Markas Permatang Luar di sini semalam.Katanya, jika mereka terus diberi kuasa, politik seperti ini akan tetap diamalkan kerana pada mereka inilah cara terbaik lagi halal untuk mengaburi mata rakyat. "Politik Dajal ini ialah mengutamakan sahabat handai dan kaum keluarga dalam usaha mereka menyalurkan kekayaan negara dan pelbagai kemudahan,"katanya. (Utusan Malaysia-18 Ogos 2009)
Apabila Hadi Awang mengatakan "Politik Dajal ini ialah mengutamakan sahabat handai dan kaum keluarga dalam usaha mereka menyalurkan kekayaan negara dan pelbagai kemudahan" telah dinafikan pula oleh Nik Aziz. Baca kenyataan Pak Nik di sini.
Sebelum ini Pak Nik pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO disifatkan sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. "UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam," klik di sini.
Jadi apa yang hendak dihairan dengan kenyataan-kenyataan ini. Kita sudah 'mangli' dan jelak membaca dan mendengarnya. Mereka berdua memang telah ditugaskan oleh Anwar untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegini kerana di mata rakyat mereka berdua adalah ulamak. Rakyat akan menerima apa yang dikatakan oleh ulamak. Ungkapan yang keluar daripada mulut Hadi dan Nik Aziz akan ditelan bulat-bulat dan sudah diterima sebagai fatwa yang tidak boleh ditentang oleh penyokong-penyokongnya.
BN seharusnya berhati-hati dengan taktik ulamak 2 ekor ini. Politik tinggi yang telah diajar oleh Anwar dan kedua-duanya cepat faham. Penceramah dan pemimpin-pemimpin UMNO harus fokus kepada tujuan, matlamat, misi dan visi parti dan tidak perlu melayan kenyataan ke dua-dua ulamak politik ini. PENGERTIAN ‘ULAMA’ DAN CIRI-CIRI ULAMA’ sila baca di sini.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
TERBARU : Klik di sini berkenaan isu yang berkaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
SLM BRO..KLU NAK DI IKUTKAN PAK AJIS TU 'ULALAMAK DAJJAL TERBESAR' DLM PAS DAN HJ HADI PLAK 'ULALAMAK TERPAKSE JADI DAJJAL' SBB DUA2 EKOR NK JAGA KEDUDUKAN. TAPI KLU 2-2 EKOR TU SANGGUP TUNDUK KAT 'LEBAI DAP' BLH LAH DI KATAKAN TARAF ULALAMAK SAMPAH JEK!. PENCACAI2 PULAK IKUT MELULU JEK SAMA2 JADI SAMPAH SARAP!. ADOIYAIII
Salam tuan, komen dan kritikan serta berbeda pendapat memang digalakkan. Tapi ulasan berbentuk caci maki hamun tidak sepatutnya berlaku. Walaupun Nik Aziz dan Haji Hadi mungkin silap dalam memberi response kepada pertanyaan wartawan, atau mungkin kenyataan mereka diputar-belitkan, mereka juga berhak dihormati sebagai orang yang berilmu. Harap sesiapa yang beri komen, biarlah beradab. Ingatlah, apa yang kita lakukan hanyalah pandangan peribadi kita. Tak baik mencaci ulama dengan keterlaluan. Islam tidak ajar begitu. Terima kasih.
Salam bro Jeffry,
Ada orang marah bro. Tak baik caci maki ulamak.... huhuhuhu. Kalau tak nak kena caci maki jangan masuk politik. Bidang politik ni memang sangat terdedah dan terbuka. Dia boleh dibelasah dan kena belasah. Najib dan Muhyiddin pun faham sebab dia orang politik kerana dalam politik ni bro banyak kawan dan lawan. Fitnah, kata mengata, tikam menikam dan jatuh menjatuh itu perkara biasa bagi orang yang hendakkan kuasa. Dia boleh mengorbankan , dikorbankan dan terkorban. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak bro. Macam kita ni masuk syurga tak bro? hehehe itu kena tanya Pak Nik kita la ye......huhuhu
salam backtobasic561.
Terima kasih atas nasihat saudara tu. Kalau Nik Aziz macam saudara tentulah perkara caci mencaci ni tidak berlaku. Saudara lebih baik dari Nik Aziz kita tu. Tapi bagi kawan, udah dia masuk gelanggang politik terima aje la. Pak Nik boleh belasah orang apa pasal lak dia tak leh kena belasah bro? hehehe.
Apa-apa hal pun bro kena faham, kentut Nik Aziz pun busuk juga bro...tambah-tambah kalau makan petai. hehehe. Jangan marah bro....gurau-gurau je.
Ada baik juga saudara lawat blog ni. Blog ni sedang membelasah Harusani, Mufti Perak. Tajuknya :Harussani: Ulamak yang melacurkan diri untuk UMNO. http://www.malaysiawaves.com/2009/07/harussani-ulama-yang-melacurkan-diri.html.
Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan-alMubarak dan selamat berpuasa. Terima kasih.
Salam ceek amir...ulama nik aziz tak tahu syurga dan neraka letaknya di mana....ulama hadi tak kenal dajal tu siapa....ini punya orang ada juga ke...ulamak apa macam ni ..ceritakan yang sebenar tentang islam tu ...jangan mengkafirkan orang islam berpegang teguh pada kalimah alllah..nak kena nik aziz ni...
Salam Sejahtera Bro,
Jika dahulu ketika AL ARQAM mula menunjukan sifat-sifat MERAPU, kerajaan mengambil jalan membenteras pertubuhan tersebut dan pengikut-pengikutnya dengan dibantu oleh MAJLIS FATWA KEBANGSAAN bagi mengelakkan akidah umat Islam dari terpesong, walaupun ianya hanya dikalangan ahli-ahli mereka sahaja.
Kini, NIK AJIS terang-terang melebihi apa yang AL ARQAM pernah lakukan, hinggakan siapa orang islam dan siapa yang kafir, siapa masuk syurga atau neraka, sahid atau tidak malah menghina islam pun beliau benarkan.
Jadi apa tindakan KEMENTERIAN BERKAITAN ATAU MAJLIS FATWA KEBANGSAAN dalam hal ini.
Janganlah beri alasan ianya hanya kenyataan politik saja, Sedangkan perkara tersebut telah mengaitkan akidah.
p/s: Apa beza tengok gambar NIK AJIS dapat pahala dengan tengok gambar USTAZ ASHARI oleh pengikutnya???????
salam bro HALIM,
Akhirnya masuk juga ke dalam teratak 'segalanyamungkin'. Walaupun selalu berkunjung tetapi duduk di beranda saja. Terima kasih memberi komen sulung. Walaupun sulung memang berbisa, boleh terangkat serban pak Nik kita tu.
Nik Aziz tak reti simpan rahsia bro. Rahsia Allah nak dimain-mainkan. Tu sebab dia kena peluru fitnah bertubi2. Hehehe....orang biasa dan kebanyakan aje perlekehkan dia walaupun jubah menyapu tanah. huhuhu....
Salam Orang tua,
Betul juga komen bro ni. Kawan memang ada cadangan untuk mengISAkan pak cik ni. Tapi idea alasannya macam tak sampai-sampai. Mungkin ini provokasi Nik Aziz bagi mengamatkan lagi pentas politik sehingga PRU ke 13.
Pada masa Al-Arqam dulu bro keadaan berbeza sedikit. Siapakah di belakang penangkapan Ashaari? Bukankah sdr Anwar Ibrahim? Kerana apa? Ingat teori PM dengan menggunakan abjad RAHMAN.
Abjad 'A' selepas Mahathir itu berkemungkinan boleh jadi PM jika bernasib baik. Ada 4 orang boleh mengisi abjad A itu iaitu Abdul Ghafar, Abdullah Badawi, Anwar Ibrahim dan Ashaari.
Nama Ashaari ditonjolkan oleh siapa untuk menjadi bakal PM? Ianya ditonjolakan oleh Syed Husein Al-Attas dalam satu buku politiknya yang kawan dah lupa tajuknya beserta dengan gambar Ashaari dikelilingi pengikutnya dan kemewahan. SH Al-Attas adalah nujum politik yang telahannya kebetulan selalunya tepat.
Telahan SH Al-Attas ini merisaukan Anwar kerana sepatutnya A itu adalah namanya. Bagi Anwar Abdul Ghaffar dan Abdullah bukan lawan yang setanding dengannya. Tetapi Ashaari merisaukannya kerana mungkin dia akan menjadi PM pertama yang datang dari luar UMNO. Ashaari pula ketika itu sedang berada di puncak dengan pengikut yang ramai dan kekukuhan ekonomi kumpulan Al-Arqam.
Dipendekkan cerita, Amerika yang menjadi bos Anwar mahukan Ashaari ditangkap atau dimatikan gerakannya. Kehendak Anwar selari dengan kehendak Amerika. Maka kerana abjad A, Ashaari ditangkap dan Al-Arqam berkubur setakat hari ini.
Adapun dalam hal sekarang, Abang Nuar kita sudah bersekongkol dengan Nik Aziz. Menteri Dalam Negeri kita pulak pondan, memang menjadi makanan abang Nuar dengan Nik Aziz. Kalau Nuar yang jadi Menteri dah lama Pak Nik ni hanyut.
Tapi dalam politik ni bro, tindakan perlu berhati-hati. Mungkin cadangan bro boleh dihalusi tetapi yang penting bagaimana kita mengawal momentun kemarahan rakyat sekurang2 selepas pilihanraya ke 13. Selepas PRU ke 13 jika menang siaplah mangkuk2 hayun ni......hehehe
kuntong:
ku tanamkan serumpun buluh,
untuk di isi pulut bekalan;
ku hulurkan jari sepuluh,
ku mohon maaf segala kesalahan.
Temakasih.
SALAM
SAYA SETUJU DENGAN HUJAH SAUDARA
DAN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN
SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...
SALAM SEJAHTERA
salam, anda semua berani lah kutuk2 Ni A Jis bro, kang korang tak dapat masuk Syurga, dia pegang mangga kuncinya bro...awas2 sikit nak kata Ni A Jis..
Tapi kalau korang nak masuk boleh,,,ampu lah Ni A Jis...atau pun bagi ole2 kat Hadi, Sallehuddin, mahfuz terutamanya Mat sabu, boleh masuk ikut pintu belakang la bro.
bila ulamak nya Ni A Jis bro back..asal penyelia Kemas je merajuk dalam UMNO lawan kalah kelauar UMNO buka PAih bro!!!
Yar gi seng mata kaji serma ngi seng!!!!!!!!
Salam tuan,
Patut le ramai mat rempit, mat guling atas jalan, mat kelentong, mat judi, mat gangster, mat kaki sapu balak kelantan ramai dalam PAS. Buat jahat le bebanyak. Bila time p/raya, pangkah PAS, gerenti masyuk syuroga (ejaan tak salah ye broo...)
Lagi satu.. N.Ajis ni sapa? Majistret?, Lowyer? Kerani? Doktor? Cikgu? Ahlil politik? Apa? Ahlil politik? Pantangf datuk nenek aku percaya kat ahlil politik yang buat hukum sewenang-wenangnya... (tang ni kena baca stail mak dara dalam Ibu Mertuaku)
Apa-apapun : KHAKKKK.... PTUIHHHHH
Salam pakcik Kuntong,
Mintak maaf ni, lain macam je.
Awan berarak di kala petang,
Hilang awan timbul pelangi,
Bulan Ramadhan bakal menjelang,
Syukur bertemu Ramadhan lagi.
Salam Tungaklangit.
Saya juga mengambil kesempatan kepada semua jika ada yang saya tulis menyinggung perasaan mana-mana pihak. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Salam ddinbunga.
Saja nak melayan Nik Aziz ni. Kadang-kadang seronok juga kalau ada orang macam ni. Baru lebih faham 'seni politik'. Saya banyak belajar ilmu-ilmu politik ni daripada Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Klentong atau tidak itu soal lain. Mereka menggunakan kecerdikan mereka dalam PRU ke 12 lalu. Dengan ilmu dan strategi politik mereka, kita tidak mudah tertipu dengan helah orang-orang politik baik di pihak kerajaan lebih-lebih lagi pembangkang.
Salam cekodokmasin.
Orang PAS pun bukan percaya sangat sebab mereka tahu Nik Aziz cuma cakap-cakap politik je bro. Namun ada juga yang taksub terutama orang-orang yang dah buta mata hatinya. Selalunya orang ini kurang latar belakang agamanya dan lurus bendul. Ramai orang PAS tak tau sembahyang dan mengaji bro. Dia orang ni la nak ambik jalan pintas masuk syurga. Masuk PAS jumpa Nik Aziz....konpom syurga tempatnya dengan syarat pangkah PAS bila Pilihan raya. hehehe
kasihan aku tangok bangsa aku nie...akhirnya berjaya gak ilmu yang diturunkan oleh puak2 dajal kat dunia nie....sedarlah semua....
salam sjm,
Sedara salah masuk pintu......Nak cari Dajal kat sini memang tak ada. Cari tempat lain.....hehehe
Salam Bro Amir Sahabatku,
Tu ari nampak dah insaf tak mengutuk kata sesama manusia di bulan pose ni.
Baru le nak di mula dah habis, macam nak buat ceita baru. Tapi berpada juga le. Tak le sampai memaki hamunnya tu yoep...he..he...(iku slanga Perak Parit / Bota )
salam bro zedmagel,
Maki hamun bukan cara kawan bro....
Post a Comment