Monday, August 10, 2009

Pemimpin Melayu Akar Umbi Juga Layu......


Mesyuarat UMNO Bahagian- bahagian sedang rancak berlangsung di seluruh negara. Mesyuarat pada tahun ini tidak semeriah pada tahun lepas kerana tidak ada pertandingan di semua peringkat daripada cawangan, bahagian dan UMNO Pusat. Kalau ada pun pertandingan untuk mengisi perwakilan G7 ke Perhimpunan Agung UMNO bulan oktober nanti.

Seperti kebiasaannya perwakilan-perwakilan yang hadir adalah untuk majlis perasmian dan pengundian G7 sahaja. Selepas jamuan, yang tinggal di dalam dewan hanyalah kerusi-kerusi kosong lebih banyak daripada manusia. Pada hal pada tahun ini UMNO akan membuat beberapa pindaan dalam perlembagaan parti dan ianya menjadi usul bahagian-bahagian sama ada mengekalkan cadangan daripada UMNO Malaysia atau membuat penambahbaikan dan cadangan kepada UMNO Malaysia.

Perkara penting seperti ini tidak dihiraukan oleh pemimpin UMNO peringkat akar umbi yang terdiri daripada ketua cawangan (layak secara automatik) dan perwakilan yang dipilih berdasarkan jumlah ahli cawangan tersebut. Kita selalu menuding jari kepada pemimpin-pemimpin kita sama ada di pusat, negeri dan bahagian tetapi bagaimana pula dengan sikap pemimpin parti peringkat akar umbi dan perwakilan-perwakilan yang diberi mandat oleh ahli-ahli? Paku dulang paku serpih, mengata orang diri yang lebih.

Adalah sudah menjadi kewajipan kita hadir sebagai perwakilan yang diamanahkan untuk mengikuti keseluruhan mesyuarat UMNO Bahagian daripada majlis ucapan perasmian, pengundian pertandingan, membahaskan usul-usul mau pun ke aturcara ucapan penangguhan. Sebagai pemimpin akar umbi penglibatan kita sudah tentu amat dialu-alukan jika tidak berkemampuan memadai menjadi pendengar yang baik. Sekurang-kurangnya kita faham akan isu-isu yang sedang dibincangkan di dalam mesyuarat bahagian masing-masing.

Fenomena yang berlaku seperti ini akan memeningkan pemimpin-pemimpin UMNO bahagian khususnya ketua Bahagian dan barisan kepimpinannya. Agak sukar kepimpinan UMNO Bahagian untuk membetulkan sikap dan mentaliti ketua-ketua cawangan dan anak-anak buahnya meninggalkan majlis sebelum mesyuarat berakhir. Kalau kita menagih sesuatu daripada kepimpinan atasan apakah mereka juga tidak menagih pengorbanan pemimpin akar umbi untuk berjalan seiring dan sederap dengan pemimpin-pemimpin kita yang lain?

Di dalam kelesuan mesyuarat-mesyuarat UMNO Bahagian mujur juga ada peristiwa menarik yang berlaku seperti yang berlaku di dalam mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bahru yang peka dan perihatin dengan isu-isu semasa. Shahrir Samad telah mengetuai 398 orang perwakilan UMNO Bahagian Johor Baharu serentak melaungkan 'Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa' dan mencabar penasihat PKR itu menyaman kesemua mereka.Ini berlaku semasa Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat bahagian itu di Johor Bharu.Kata Shahrir UMNO Johor Baharu bersama-sama dengan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyuarakan pandangan yang terbuku dalam hati semua anggota UMNO Johor Baharu selama ini.

Sahabat saya di dalam kelabchedet.com saudara ccfu telah memberi komen :

"Saya merasa terkilan juga apabila Umno Bahagian Johor Bharu sahaja yang mengisukan pengkhianatan Anwar kepada bangsa Melayu. Adakah Umno bahagian lain, 190 bahagian lagi, memandang sepi perkara ini ? Mereka tidak sensitif terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh orang Melayu terhadap bangsa sendiri.

Adakah otak orang Umno di bahagian lain sebesar otak burung unta ?

Sekarang Umno sedang mengadakan mesyuarat di seluruh bahagian.Apa agaknya yang dicakapkan dalam mesyuarat?

Ketidakpekaan pemimpin Umno di peringkat bahagian terhadap isu ini memberi satu gambaran yang negatif terhadap kepimpinan Umno. Terdapat 191 orang ketua (pemimpin) Umno diseluruh negara, tapi kalau inilah keadaannya, Umno hanya mempunyai pemimpin yang tidak mempunyai daya kepimpinan. Bagaimana agaknya keadaan Umno akan datang ?"


Saya juga ingin menambah, selain daripada kepimpinan UMNO peringkat bahagian seperti yang dikatakan oleh sahabat saya itu , bagaimana pula dengan sokongan dan komitmen pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan yang dikatakan pemimpin akar umbi yang lebih ramai bilangannya? Pendek kata kekuatan UMNO perlu lah bersepadu daripada pemimpin tertinggi hingga lah kepada ahli biasa jika kita mahu dan yakin kepada parti ini. Jika tidak jangan lagi cakap berdegar-degar untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. Jangan lagi kita ungkapkan 'UMNO dulu, kini dan selamanya' jika ianya hanya mainan kata-kata dibibir sahaja.

Kalau ahli-ahli UMNO tidak lagi peka dan sensitif lagi dengan isu-isu besar mengenai bangsa dan agamanya mungkinkah tugas yang selama ini digalas ke bahu UMNO telah dipikul oleh orang lain. Mungkin dakwaan saya agak keterlaluan tetapi ada sedikit kebenaran. Untuk menghimpun orang Melayu dalam majlis ilmu dan percambahan fikiran amat susah. Menghimpun orang Melayu untuk majlis fitnah memfitnah, mengumpat, mengutuk dan majlis kata-mengata, keji mengeji tak payah dijemput. Cuma beritahu saja bila dan di mana. Beribu-ribu akan hadir.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

8 comments:

KUNTONG said...

apa yang anda coretkan memang betul dan nyata.dan ada juga AJK bahagian hanya rapat dengan perwakilan apabila ada pemilihan untuk ke KL sahaja.Selepasa dia dah berjaya,dia akan buat hal sendiri. lagi satu masaalah ialah komplot dlm banagian pun semakin ketara. komplot ini akan menjatuhkan komplot yang lagi satu. malah ada AJK bahagian/komplot yang berpolitik sepanjang masa, ini dilakukan dengan harapan pada pemilihan akan datang dia sudah bersedia untuk merebut jawatan tertinggi dalam bahagian.Diharap semua ahli AJK bahagian, lupakan dahulu soalan pemilihan yang akan datang, tumpukan pada masaalah setempat dengan lebih serious dan cari jalan untuk menyatupadukan ahli ahli dalam bahagian itu sendiri.

dino said...

inilah akibat UMNO nak jaga diri sendiri. cerita pengerusi melantik ipar duai menjadi timbalan 10 tahun dulu kini baru merasa akibatnya. Kalau professor dr engineer atau profesional lain nak jadi timbalan pengerusi bahagian jangan haraplah. Yang menang pegawai rendah DO (bukan nak mengutuk) sebab pengerusi merasa selamat....Inlah hasil semaian 10 tahun dulu ..pokok yang lesu letih.kalau cakap pasal nasib melayu melenting kalau cakap pasal perancangan termangu mangu.. macamlah pasukan sepak takraw kita..selawat sajalah sebelum talkin.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kekadang kita berkobar2 nak bercakap dalam mesyuarat perwakilan bahagian tetapi memandangkan hanya kerusi yang banyak dari manusia, maka letih juga dibuatnya. Bukan sahaja perwakilan cawangan yang "lari", "AJK bahagian pun sama juga lari. Alasan, ada kerja le, ada mesyauarat le, ada kenduri le. Wal hal masa kempen tahun lepas, jangan kata longkang, parit pun dia lompat juga.

Arif Omar said...

UMNO BAHAGIAN LAIN TU TAK ADA TELOQ DAN JUGA KETUA PEHUBUNGAN NEGERI LAIN PUN TAK ADA TELOQ. ITU YANG PG YANG BUKAN SEORANG AHLI UMNO PUN NAK LETIH. KITA AJE YANG BERIYA MEMPERTAHANKAN UMNO. MEREKA INI HANYA NAK MAKAN KEDARAH DUIT PROJEK AJE. KALAU ADA PROJEK MACAM LANGAU BERKERUMUNNYA.

Anonymous said...

SLM BRO...UMNO BHG NI SEMUA HARAPKAN BELAS IHSAN ORG LAIN KOT. ADOIYAII. KLU MCM NI LAH UMNO BHG PUNYE PENDIRIAN ALAMAT BUNGKUS LAA PRU13 NANTI!!..BANGUN LA WAHAI UMNO WEIII!!!!..JGN HARAPKAN ORG SORONG BANTAL 24 JAM!!! TINGGAL 2 PENGGAL LAGI WEIII!!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam pakcik Kuntong,
Betul pakcik, realitinya dalam satu bahagian selalunya ada 2 atau lebih komplot. Jarang kita ketemu daripada ketua bahagian sehingga AJKnya dalam satu kapal. Bila tiba musim pemilihan, kempennya mengalahkan pilihanraya. Sampai ke subuh pun ada. Sakit juga kepala memikirkannya. hehehe

salam dino,
Orang pandai dan cerdik sebelum masuk UMNO dah kena cantas, takut menggugat kedudukan yang sedia ada. Bukan nak ucap selamat datang dan mengalu-alukan. Sebab itu selain sekatan yang ada golongan profesional kurang berminat dengan politiking berlebihan dalam UMNO.

Salam cekodokmasin
Baru-baru ni semasa pembentangan usul-usul ada AJK Bahagian yang duduk luar hisap rokok sambil sembang-sembang. Tak serius....pemilihan depan jangan lantik lagi orang2 macam ni jadi AJK. Merosakkan parti je hehehe

Salam bro Arif Omar,
Ni la akibatnya UMNO dikelilingi oleh para kontraktor. Masuk UMNO kerana projek, nak kumpul kekayaan lepas tu tak ada nak menyumbang untuk kekuatan parti.

Salam bro Jeffry
Ye la bro...macam tak ada kesan pun berikutan kekalahan 5 negeri pada pilihanraya ke 12 lalu. Tak ada perubahan mendadak, sepatutnya dah dua kali mesyuarat bahagian ni sejak kalah dulu sepatutnya lebih semangat lagi. Macam biasa je seolah-olah tak ada apa berlaku. huhuhu

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Dah namanya pun politik memang begitu lah. Bukan berpecah belah tetapi pandangan dan tujuan tak sama. Jika semuanya sama dan sehaluan dipanggil POLITIK BURUNG TERKUKUR apabila Ketua Bahagian memetik jari wah sangat GALAK ANGGUKNYA.

Kekadang semua harus menerima, takan kita nak main politik seumur hidup, agak-agak le. Sesekali jumpa tyerasa mesra, takan nak berkepit 24 jam.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

ye la bro, daripada jadi burung garuda lebih baik jadi burung belatuk. hehehe