Friday, August 28, 2009

Kepala Lembu, Kepala Babi dan Khairy.







Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin telah mengutuk tindakan sekumpulan orang Islam menunjuk perasaan dengan membawa kepala lembu dihadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini kerana membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Islam.

Menurut portal berita Malaysiakini Khairy yang marah telah bertanya bagaimanakah perasaan orang Islam kiranya bukan Melayu menunjuk perasaan dengan membakar Quran di hadapan Masjid? klik di sini untuk bacaan selanjutnya. Ianya juga adalah selaras dengan kekesalan Najib Razak dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Klik di sini untuk laporan penuh.

Nampaknya kenyataan Khairy selari dengan kenyataan PM. Baguslah begitu. Ulasan-ulasannya juga melihatkan kematangannya sebagai ketua pemuda BN. Lebih-lebih lagi apabila beliau berkata, "Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan". Nampaknya kenyataan-kenyataan ini seolah-olah Khairy tidak pernah menyertai mana-mana demontrasi anjuran Pemuda UMNO atau Pemuda BN. Benarkah begitu? Jika beliau pernah mengetuai mana-mana demontrasi semasa menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO dulu, semangat sivik dan kemasyarakatan mana yang beliau anut ketika itu?

Seperkara lagi apabila Khairy berkata, "tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa menghina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?". Jarang Khairy bercakap tentang 1Malaysia. Sejak bila pulak dia faham tentang 1Malaysia? Sedangkan Tun Mahathir yang cerdik pun belum faham-faham. Adakah dengan mempromosi 1Malaysia akan membuatkan beliau semakin rapat dengan PM sedangkan di luar sana sudah berdentum dentam guruh di langit meminta pucuk pimpinan UMNO membersihkan UMNO daripada sampah sarap rasuah?

Sebelum ini tidak kedengaran pula komen Khairy apabila beberapa ketul kepala babi digantung di surau dan masjid di Melaka apabila isu babi memuncak di negeri itu. Bagaimana pula sekumpulan orang Hindu yang mewakili Hindraf telah menceroboh masuk ke Majlis Terbuka Hariraya Idilfitri yang diberikan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi tahun lalu untuk menunjuk perasaan tetapi tidak mendatangkan sebarang reaksi dari Khairy?

Kalau kepala lembu yang mungkin menghina penganut-penganut agama Hindu dijadikan isu mengapa kepala babi hanya menjadi cerita sampingan. Benarkah kumpulan seramai 50 orang itu membawa kepala lembu itu semata-mata hendak menghina orang Hindu? Kalau mereka kata mereka tidak tahu bahawa lembu itu adalah binatang sensitif bagi orang Hindu, bagaimana pula?. Orang bukan Melayu di negara ini ambil tahu sangat ke tentang sensitiviti agama Islam dan orang Melayu. Kalau mereka sensitif dengan perasaan orang Melayu dan agama Islam mereka tidak akan meneruskan usaha membina kuil di Seksyen 23 yang mendapat tentangan daripada penduduk Islam tempatan

Malaysiakini memetik kata-kata wakil penduduk sebagai maksud kepala lembu itu "Mungkin mereka maksudkan kepala lembu dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," Sesuailah kepala lembu itu dihadiahkan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah.

Bagi Khairy, duduklah di tempat mereka. Mereka bukan mahu kuil itu dibatalkan tetapi mahu agar kuil itu dipindahkan dari Sekysen 23, ke Seksyen 22. Sepatutnya sebagai pemimpin anda perlu ambil tahu masalah mereka kerana kemungkinan ada di antara mereka itu pemuda-pemuda UMNO yang menyokong anda menjadi Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

16 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..DH BERAPA KALI SENSITIVITI UMAT ISLAM DIPERMAINKAN OLEH BUKAN ISLAM ATAU ORG ISLAM ITU SENDIRI?? KLU KITA AJE KENE FHM SENSITIVITI DIORANG ADIL KE NAMANYA?

C L J said...

Masaalahnya kita yg dominen dan nak jadi leader. Sebagai leader memanglah tak kena kalau tak jaga perasaan pengikut. Tetapi itu keadaannya kalau apabila pengikut pula melulu leader boleh tegor. Dan diterima dengan baik pula tegoran itu. Keadaan ideal tu bila nak dapat agaknya.

Unknown said...

KJ TU KETUA PEMUDA HAMPEH!!!!!!!!! SENSITIVITI ORG MELAYU ISLAM YANG DIGANTUNG KEPALA BABI KAT PAGAR KO TAK JAGA???? BABI HALAL KOT BAGI KJ???

SSS Admin said...

Tuan,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

"Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots with blog entry”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda secara langsung ataupun secara tidak langsung terhadap Kempen SSS ini apabila, anda telah memuatkan sekurang-kurang satu tulisan/artikel/bahan di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini.


Terima kasih.
Satu Sekolah Untuk Semua



rujukan Artikel Tuan

Aemierulrizaki said...

Bismillah, Allahu Akhbar!
Bismillah, Allahu Akhbar!
Bismillah, Allahu Akhbar!

-AGAMA DIJUNJUNG, KEDAULATAN DIGALAS, BUDAYA DISANJUNG, ADAT PENGHIAS-

Perang..Perang..Perang..!!

UntuK

Kembalikan kedaulatan Bangsa!

kembalikan Keagungan Islam!

Kembalikan Negaraku Malaysia...

Orang Batu said...

Aku rasa korang dah silap, apa yang KJ cakap adalah cara mereka bertindak tu salah. Ini bukan cara Islam...'lakum di nukum walia'ddin'. Masudnya agama ku agama ku, dan kau punya kau punya. Kalau kaum India contohnya HINDRAF balik taik kat masjid korang marah kan? Itu maksud KJ.....Selamat berbuak wassalam.

Orang Batu said...

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah Al An'am : 108.)

Unknown said...

kj tu tengah mengampu pm kot kot dapat menteri...malu ada pemimpin pemuda yang kaki rasuah.

Unknown said...

saya cuma nak katakan Khairy Anak Haram. Babi...babi...babi

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro,
Ini tidak adilllll (dailog P.Ramlee dalam 3 Abdul) hehehe

Salam Che Leh Jangok,
Leader sekarang tak leh tegur sebab leader pun tak betul. Boleh ke Khairy berucap di depan pemuda UMNO pasal 'bahaya politik wang' dalam parti....hehehehe

Salam EM
Khairy bercakap atas kapasiti Ketua Pemuda BN. Hati Keling pun kena jaga bro...huhuhu

Salam SSS

Terima kasih bro

Salam Melayu KaH Aku,
Pilihan terakhir dan bila dah terdesak.....masa itu boleh difikirkan cadangan bro tu. Tunggu titah DYMM YDP Agong bertitah kepada Rejimen Askar Melayu Diraja... Banzai! Banzai!Banzai!

Salam Orang Batu,
Kita tak silap dan KJ pun tak salah cakap. KJ cakap dalam Bahasa Melayu yang betul dari segi nahu dan tatabahasanya. hehehe.

Salam BOCAH KAMPONG,
Nasib baik kawan dah lebih umor hehehe

Salam Azrul,
Mak Pak dia bernikah bro. Tapi maki yang kedua tu ada ummpp...hehehe. terlupa lak bulan puasa.

HALIM said...

Rakyat malaysia sekarang dah celik IT...kebenaran kita perlu tunjukkan kepada masyarakat muda-muda...khairy sebagai ketua pemuda umno sepatutnya rasional dalam tindakannya...buat malukan parti...pendekatan ini yang anwar suka...menjadikan point untuk melanyak umno...sedih kawan

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Bro Halim,
Patutlah dia marah sebab dia tahu kebanyakkan 'pentol' demontrasi tu orang PKR dan PAS. Kat sini jangan cerita parti la bro. Kena cerita nasib orang Melayu kat situ yang tak sanggup dengor gendang keling dan bau-bau minyak bijan. hehehe

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Kekadang kita marah bila orang lain extreme, tetapi jika kita begitu tidak mengapa. Apa susahnya jika bertolak ansur sesama kita dalam 1Malaysia.

Kuil Hidu jangalh dibena di kawasan majoriti Melayu.

Mana kepala hotak pemimpin jika tak mampu menyelesaikan perkara begitu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Dalam kawasan Melayu ada Kuil Hindu. Sebelah kuil ada masjid. Itulah semangat 1Malaysia. huhuhu

komando said...

Nanti depa baling kepala babi dalam masjid kang kecoh bodoh punya kerja

siapa yang upah balaci tu?

selidik lah cepat IGP apa lagi picit telok dia tengok PAS ke UMNO upah dia?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam komando,

Isu ini adalah isu penduduk tempatan tanpa mengira parti. Kalau ikut parti, pemimpin demontrasi adalah daripada PKR dan PAS. Sila rujuk berita www.agendadaily.com. Garis panduan pembinaan tempat ibadat perlu dijadikan panduan dan perlu dipatuhi.