Saturday, March 28, 2009

Terharu, Sebak dan Insaf.


Satu tepukan gemuruh menyambut kedatangan Tun Dr Mahathir Mohamed dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke hari akhir Perhimpunan Agung UMNO,di Dewan Merdeka PWTC. Ianya adalah satu kejutan kerana Tun Mahathir turut tidak hadir pada hari pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO.

Beliau menafikan ketidak hadirannya disebabkan kekalahan Mukriz tetapi kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah. Ianya merujuk kepada kemenangan Khairy Jamaluddin walaupun KJ didapati terlibat dengan politik wang tetapi hanya diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO. Dalam pada masa yang sama KJ berjaya menjadi ketua pemuda setelah mendapat keuntungan daripada pecahan undi kepada Khir Toyo dan Mukhriz sendiri.

Hari ini Tun hadir untuk memberi sokongan kepada Najib sebagai presiden UMNO yang baru. Tun juga tetap mendesak agar jawatan Perdana Menteri diserahkan dengan segera kepada Najib bagi memudahkan urusan mentadbir negara dan sebagai persediaan mengempur menghadapi 3 pilihanraya kecil di 3 kawasan pada 7 April ini.

Paling menarik, kehadiran Tun pagi ini akan menjawab beberapa persoalan berkenaan kemasukan semula beliau kepada UMNO. Menjawab persoalan berkenaan, Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan menyertai semula UMNO, namun beliau tidak memaklumkan bilakah tarikh keramat itu.

"Saya datang nak ucap tahniah kepada Najib. Ucapannya juga sangat baik. Saya juga telah diyakinkan oleh Tan Sri Muhyiddin bahawa akan berlaku perubahan," katanya mengulas mengenai kehadirannya pada majlis penutup Perhimpunan Agung UMNO hari Sabtu.

Tun juga tidak menafikan pengumuman Muhyiddin dalam ucapan penggulungannya bahawa dia percaya beliau akan menyertai semula UMNO secara rasmi. "Tetapi bukan hari ini. Saya kena isi borang dulu. Nanti saya akan beritahu," katanya kepada agendadaily hari ini.

Saya juga teringat apabila beliau mengistiharkan keluar UMNO kerana kecewa dengan Pak Lah, beliau telah memberitahu para wartawan bahawa beliau akan kembali kepada UMNO setelah Pak Lah tidak menjadi perdana Menteri. Perkembangan semasa ini disambut baik oleh ahli UMNO kerana UMNO sangat memerlukan suntikan Tun untuk sama-sama membantu Presiden, Timbalan Presiden dan saf kepimpinan yang lain menghadapi serangan pembangkang yang tidak putus-putus.

Saya berasa terharu, sebak dan Insaf dengan peristiwa terbaru ini. Segala-galanya diberikan pelbagai tafsiran di atas pentas apabila Tun, Pak Lah dan barisan kepimpinan baru bersalaman dan mengangkat tangan menandakan biduk lalu, kiambang sudah bertaut semula. Melayu UMNO serius untuk bersatu semula. Uniknya UMNO yang sudah berusia 63 tahun semakin menunjukkan kematangan sesuai dengan usianya.

Perkara seumpama ini seperti proses peralihan kuasa yang terancang, sikap keterbukaan, memaafkan, kasih sayang, nilai-nilai persaudaraan yang jarang -jarang ditonjolkan di dalam UMNO. Kekuatan inilah yang menyebabkan UMNO masih bertahan dan akan kembali bertahta di hati orang-orang Melayu.

Selamat kembali Tun kepangkuan UMNO.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

.@blogger.com said...

salam sdr,
saya juga sebak dan menahan airmata

afrohead said...

semoga paklah dan tun dr mahathir akan berbaik-baik semula selepas ini demi kepentingan orang melayu..
dan say juga sebak ketika saat mereka berpimpin tangan..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam.@blogger.com,

Terima kasih kerana berkongsi perasaan dengan saya

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam anas afrohead,

Tinggi lagi harapan rakyat, tinggi lagi harapan Najib. Najib mahukan kestabilan politik bagi beliau menyusun strategi menghadapi tsunami ekonomi sekarang.

Beruntungnya Najib kerana akan mendapat nasihat daripada 2 bekas perdana menteri.

add said...

Mohon izin paste ke blog saya..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam add,

silakan

PARPUKARI said...

SAYA JUGA MENITISKAN AIRMATA TADI BRO...ALHAMDULILLAH, SIRIH PULANG KE GAGANG

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Parpu Kari,

Tersentuh dan menyentak kalbu

zedmagel said...

Bro Amir,

Saya seorang yang tidak terharu dengan scene tersebut. Kemasukan semula Tun Dr Mahathir memang telah saya jangka. Apabila Pak Lah tidak lagi sebagai Presiden UMNO Tun kata dia akan masuk UMNO semula, itu janji beliau semasa keluar UMNO dulu. Adatlah hati-hati orang UMNO ni dari Presiden sampai ke ahli biasa kuat sangat merajuk. Keluar masuk parti biasa saja saya lihat dalam politik orang Melayu. Apa nak sebak? Semuanya nak tarik perhatian bermusim saja. Kalau saya yang keluar dan masuk UMNO masa Datuk Najib jadi presiden UMNO, saya percaya tak seorangpun yang terharu dan sayu. Saat ini saya pula yang berasa sebak dan menanhan sendu. He he lakonan bro...!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Kawan bukan sebak atau terharu lihat Tun masuk UMNO semula. Tapi kawan sebak tengok semua pemimpin berganding tangan di atas pentas. UMNO sudah berpadu semula. Sebak tengok pertemuan Pak Lah dan Tun macam tak pernah bergaduh.

Tapi kalau dia orang tu berlakon, terkena la kawan. hehehe