Tuesday, March 3, 2009

Tan Sri Isa Tenang Dan Berpengalaman.





Malam Rabu tetap dinanti saban minggu di TV9 dekat di hati. Program Hujah malam ini(3Mac 2009)menyerlahkan ketenangan dan pengalaman bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dalam menjawab soalan-soalan panas dan menghiburkan daripada moderator Prof. Madya Mohammad Agus Yusoff dari UKM.

Walaupun baru lepas daripada hukuman 3 tahun akibat politik wang dalam pemilihan yang lepas, sedikit pun tidak mengentarkan Tan Sri Isa berhadapan dengan orang ramai malah para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO nanti. Jawapan kedua-dua tetamu malam tadi, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Tan Sri Mohd. Isa Samad sedikit sebanyak dapat merungkaikan sedikit persoalan sama ada UMNO masih lagi demokratik atau tidak sebagai sebuah parti politik.

Turut disentuh ialah isu koata yang berkaitan dengan demokrasi dalam UMNO, visi dan misi calon-calon Naib Presiden berkenaan termasuk lah usaha pencarian idola di dalam UMNO sama ada merujuk kepada prinsip perjuangan atau tokoh perjuangan. Krisis politik Perak yang terus menerus mencabar sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan turut diberi perhatian.

Zahid seorang Menteri dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kelihatan sedikit emosi terutama apabila membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan politik semasa Perak. Sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru, penerangan berkenaan dengan proses peralihan kuasa baru-baru ini cukup jelas malah kedua-dua pemimpin UMNO ini mempunyai nada yang sama mengesahkan Kerajaan Perak yang baru dan menidakkan usaha speaker memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri tanpa perkenan Sultan.

Sebagai seorang bekas Menteri Besar selama lebih 20 tahun, Tan Sri Isa cukup bijak bermain dengan hujah berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya yang bukan sedikit. Jawapan Tan Sri Isa sangat mudah difahami, mudah diterima akal, dan disenangi. Golongan muda memerlukan jawapan dan penerangan yang telus dan jelas seperti yang disampaikan oleh Isa yang dulunya bekas seorang guru.

Kedua-dua tokoh bersetuju untuk mendampingi golongan saluran 4 dan 5 yang sekarang ini sedang selesa dengan PR. Bagi mereka berdua, golongan muda ini berada di seberang kerana UMNO lupa untuk mendampingi mereka yang mudah terpengaruh dengan persepsi dan permainan isu secara bijak oleh pembangkang.

Pendek kata, Hujah malam ini terus menarik perhatian penonton kerana UMNO masih lagi diterima sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi selari dengan tujuan dan matlamat penubuhannya. Setidak-tidaknya setelah 4 orang calon Naib Presiden menjadi tetamu Hujah TV9 setakat ini, seorang daripadanya mungkin akan terpilih.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 comments:

Panglima Perang Cyber said...

salam tuan.

saya baru perasan tuan dah letak logo di blog.

maafkan saya.

saya terus tambah blog tuan dlm list blogger bpn.

kita pasti akan terus berjuang !

abe MIE 'TERJAH' said...

macam santan..lagi tua lagi baik...


http://pkrpasdap.blogspot.com

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Panglima Perang Cyber,

Dah 2 minggu. apapun terima kasih banyak-banyak.


Salam abe MIE 'TERJAH',

Terima kasih sudi 'mampir' blog saya. TS Isa tetap macam dulu. Suka dengar celotehnya, walaupun jawab cara bersahaja tapi yang penting hujahnya simple dan mudah difahami.

Naib presiden perlu ada gabungan baru dan lama. 2 untuk orang lama 1untuk muka baru.

Anonymous said...

Salam Amir Hamzah,
Saya merasa bangga untuk mendengar kedua-dua calon naib presiden ini berhujah.

Mereka bersedia untuk berhujah dan menandingi kehebatan Dr Agus memerangkap penghujah dengan soalan kontroversi dan kadang-kadang Dr Agus terkena dengan soalan mautnya sendiri.

Apa-apa kehebatan berkata-kata tidak membuktikan kita mampu melaksanakan sesuatu perkara.
Kumbang harap mereka akan memimpin UMNO menjadi pemimpin yang lebih baik.

Isa mengatakan bahawa beliau lebih mementingkan parti daripada dirinya sendiri. Anwar perlu belajar dengan dia hal ini.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Kumbang,

Dr Agus memang tugas dia sebagai pengantara yang baik. Kita nak soalan-soalan terbuka , spontan dan mencabar minda para tetamu.

TS Isa antara Calon Naib Presiden yang paling berpengalaman khususnya ketika mentadbir N9. Semoga TS Isa akan teruskan perjuangan.

zedmagel said...

Amir Hamzah,

Tabik kepada Tan Sri Isa Samad, cakap orang mudah faham. Tetapi dia bukanlah calon naib presiden yang terbaik. Saya melihat seorang tokoh muda yang berkaliber. Beliau tenang, bermninda kritis dan rajin bekerja. Mungkin tidak banyak bercakap tapi boleh sangat untuk bekerja.

Dia jauh dari saya, tapi saya melihat dia seorang pemimpin masa depan negara. Nak tau siapa beliau ialah Datuk Mohamaed Khalid Nordin. Lihatlah sifatnya tidak mendabik dada tapi tekun bekerja. Macam ni lah anak muda.

Tabik Tan Sri. Menang Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin. Renungkan lah sifat beliau. Salamat pun.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Bro Zedmagel,

Yang ni kita serupa. Khalid Nordin memang masuk dalam senarai pilihan kawan.

Teruskan Datuk.................

Tak kan nak puji TS Isa pun tak boleh. Alangkah lebih baik UMNO ni ada gabungan yang lama dan yang baru?

zedmagel said...

Bro....bro...bro...

Setuju lama dan baru berpadu menjadi UMNO yang padu, jitu, maju yang semua huruf hujungnya U ke arah kepada perkara positif.

Memuji Tan Sri Isa tak salah, saya pun puji dia, dia memang bagus. Cuma delima dalam memilih dua dari Negeri 9 tu je ada pening-pening lalat sikit. Tapi bro dah memilih dua. Camne tu bro? Joho 4 calon tu pening-bening dibuek nyo.

Cuma yang terbaik akan memimpin dikalangan paling baik. Ehh terbalik ke ungkapan I.

Cau bro.......

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,

Kawan puji bukan bermakna mereka berdua akan menang mudah.

Apakah salahnya satu negeri boleh 2 wakil menang. Johor pun satu ketika dulu Naib presiden 2 orang dalam satu masa iaitu Syed Jaafar Albar dan Sardon Jubir.

Tak gitu bro.....