Tuesday, March 10, 2009

Naib Presiden : Satu Tempat Untuk Rais !




Bukan senang untuk menjawab soalan-soalan yang berkisar mengenai hubungan UMNO dengan Bukan Melayu yang dikatakan retak selepas pilihanraya ke 12 Mac 2008. Jawapan-jawapan mestilah jujur, berterus terang dan berani. Tidak semua menteri yang berani mengupas soal-soal yang dikira sensitif oleh banyak pihak.Takut nanti dituduh perkauman.

Ramai orang tidak dapat menghurai 'kontrak sosial' secara terus terang dan berani. Malam Rabu lalu dalam rancangan Hujah NTV 9, Rais telah menyatakan secara jujur tanpa berselindung kerana selama ini isu-isu seumpama ini dianggap sensitif. Walaupun 'kontrak sosial' tidak termaktub dalam perlembagaan tetapi ianya telah dipersetujui bersama pada tahun 1956 antara pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC. Generasi muda bukan Melayu beranggapan 'kontrak sosial' itu sudah tidak relevan lagi bagi mereka kerana mereka sudah 3 generasi di sini.

Ini bukan cerita relevan atau tidak, Ini cerita hak orang Melayu yang telah diberikan kepada orang bukan Melayu iaitu memberi hak kewarganegaraan . Orang Bukan Melayu diminta menghormati hak-hak istimewa orang Melayu yang tercatat dalam perlembagaan atas dasar Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu. Andai kata orang Melayu tidak memberikan hak kewarganegaraan itu kepada bukan Melayu, sudah tentu taraf mereka sama dengan orang Indonesia, Bangladesh atau Filipina yang ada di Malaysia sekarang ini. Mereka seharus mengucapkan syukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada orang Melayu atas tolak ansur dan pertimbangan kemanusiaan yang tidak ada tolok bandingnya.

Pemimpin MCA, MIC dan Gerakan jauh sekali DAP tidak mungkin akan menceritakan kepada generasi mereka tentang pengorbanan orang Melayu ini malah mereka sekarang ini seolah-olah sudah diberi betis hendak peha pula. Tidak dapat dinafikan mereka ini bukan sahaja sudah menguasai ekonomi negara malah kekuatan politik orang Melayu pula hendak dirampasnya. Memang benarlah seperti kata pepatah ,sudah menjadi seperti kadok naik junjung atau Belanda dapat tanah.

Pemimpin-pemimpin Melayu dan orang Melayu wajib mempertahankan apa yang telah tertulis di dalam perlembagaan tentang hak-hak mereka. Orang Melayu perlu aggresif seperti menaikkan daripada 30% kepada 50% kekayaan negara diagihkan kepada orang Melayu seperti yang dinyatakan oleh Rais Yatim malam tadi.

Tidak ramai pemimpin Melayu yang boleh menuntut secara terbuka seperti itu kerana sifat malu yang menebal. Hari ini Melayu tidak perlu melayan sangat kerenah-kerenah mereka dan jikalau diikutkan sangat nanti kepala kita akan diinjak-injaknya. Pemimpin-pemimpin Melayu khususnya daripada UMNO jangan segan silu lagi atau terlalu hendak menjaga hati orang tetapi adakah orang itu terfikir untuk menjaga sensitiviti orang Melayu?

Pada saya, pemimpin-pemimpin UMNO yang lemah dan tidak berani lagi bercakap soal-soal kepentingan Melayu menyebabkan Melayu menolak kepimpinan UMNO yang lembik dan layu. Mereka lebih terdorong untuk menyokong Anwar atau Hadi Awang. Mereka tahu kedua-dua pemimpin ini pun pembohong besar tetapi kerana marahkan UMNO mereka terpaksa lakukan semata-mata meminta pemimpin UMNO kembali ke landasan yang betul.

Perkara-perkara yang selalu kita anggapkan sensitif itu jika dijelaskan secara fakta dan berhemah serta sentiasa diperbaharui semangatnya akan memberi kefahaman yang lebih bukan sahaja kepada bukan Melayu tetapi orang Melayu sendiri.Ianya tidak akan dianggap sensitif malah lama-kelamaan akan diterima. Selepas ini pemimpin-pemimpin Melayu sudah boleh mencium keris semula kerana itu sebahagian adat istiadat orang Melayu.

Orang Melayu boleh bercakap apa saja terhadap bangsanya tanpa sekatan. Perhimpunan Agong UMNO akan datang ini adalah gelanggangnya. Pemimpin-pemimpin Melayu seperti Rais perlu lebih ramai diketengahkan. Pemimpin-pemimpin yang penakut dan tidak cerdik tidak perlu diberikan tempat lagi sebagai pemimpin.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

16 comments:

afrohead said...

ya. saya juga berharap keris boleh dicium semula selepas ini.

kita terlalu menjaga perasaan bangsa lain walaupun bangsa lain terang-terangan mengguris perasaan kita..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam anas afrohead,

Berlembut ada tempatnya. Mereka semua itu seperti gunting dalam lipatan. Semuanya lembut gigi dari lidah bila kita kuat.

Bila kita lemah, mereka lah yang sering ambil kesempatan............

zedmagel said...

Bro Amir,

Kias mengias ni jangan di amalkan, ada diantara mereka yang faham maksud gunting dalam lipatan. Baik cakap terus terang aje. Aku meras mereka semua ni bom jangka, akan meletup 2013 - tak caya? Percayalah.

Chau...ek.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,

Jangan cepat melatah bro. kalau kita harapkan 2013 BN akan kalah maka kalah lah dia.

Bila kita dah setkan dalam otak kita KALAH, maka kita tidak berusaha untuk memenangi hati rakyat. Kita akan kalah betul-betul.

Kita ada masa bro......3 tahun lebih masa yang panjang. UMNO masih mampu meneraju BN selepas Najib.......

Jumayatara said...

Pilihan yang tepat....Rais banyak pengalaman...........selamat UMNO.

Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam TokMudim,

Terima kasih. Siapakah yang hendak mengisi dua tempat lagi tu?

Tai said...

Amir, ini pandangan dari saya yang bukan melayu. Saya cina.

Ok, janganlah mengharap MCA dan MIC serta Gerakan akan menerangkan kontrak sosial ini. Dap races tu lagilah jangan diharap. Mereka mahu mengamalkan dasar malaysian malaysia. Apa yang perlu dibuat sekarang ialah wajibkan matapelajaran kontrak sosial. Mereka kena ingat, orang melayulah yang bermati-matian menentang penjajah selama lebih kurang 500 tahun lebih. Orang cina mana ada tolong? Dapat jadi warganegara tanpa setitik darah pun. Begitu juga india. Lepas tu, dah jadi kadok naik junjung. Mana boleh.

Raes Yatim memang hebat. Dan adalah diharapkan, keris dapat dicium semula. Sebab itu di blog saya, ada keris.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Sdr berasal daripada Georghtown, Pulau Pinang.

Kalau benarlah saudara berketurunan Cina saya amat sanjung tinggi tentang kefahaman saudara tentang kontrak sosial.

Saya berasa terharu kerana masih ada lagi orang-orang Cina yang peka sejarah negara.

Jika 1/2 masyarakat Cina seperti saudara ada di Malaysia saya rasa malaysia sedang menuju ke arah perpaduan yang tulen.

Tai said...

Orang cina sebenarnya telah banyak dikelirukan oleh Dap.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Melayu ditipu Anwar dan PAS.

Tai said...

Betul dan tepat sekali. Tapi, mengapa ada melayu yang percaya?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Melayu percaya kerana kehebatan dan pidato Anwar.

Melayu percaya kepada Islam yang di bawa PAS lebih baik daripada kaedah Islam yang di bawa UMNO.

Melayu UMNO yang kecewa kerana tidak mendapat tempat, projek atau pangkat serta kehilangan kuasa telah menyokong PAS dan PKR.

Tai said...

ya, perjuangan ahli Umno sekarang adalah kerana, wang, pangkat dan jawatan dan bukan kerana bangsa dan negara.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam sedingin salju,

Tidak semua ahli UMNO begitu. Jika semua sudah lama UMNO tutup kedai. Masih ada yang ikhlas, jujur, setia dan rela berkhidmat.

Tai said...

Ya, aku amat percaya itu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

terima kasih