Monday, March 16, 2009

Mari Kita Tengok, Siapa Yang Kenaaaaa........



Dua hari lepas saya mendapat sms dari seorang sahabat mengatakan ada peristiwa besar akan berlaku dalam sehari dua ini. Saya seperti biasa tidaklah gelojoh sangat untuk mengetahui apakah peristiwa besar itu kerana saya lebih berminat kepada peristiwa -peristiwa yang menggemparkan seperti peristiwa 1998 apabila DS Anwar dipecat daripada UMNO dan 1986 apabila Tun Musa meletakkan jawatan.

Kalau isu politik wang yang melibatkan tokoh-tokoh UMNO bukanlah peristiwa besar kerana ianya memang ditunggu dan sudah diketahui umum. Sama ada ianya betul-betul ikhlas untuk membersihkan UMNO atau untuk membersihkan 'orang-orang Pak Lah' yang pasti 17.Mac 2009 jam 4.00 petang semuanya akan terlerai. Mari kita tengok, siapa yang kenaaaa? (dailog Ibrahim Pendek dalam filem AliBaba Bujang Lapok)

Seolah-olah macam tidak ada kes tentang aduan rasuah dalam UMNO kepada Lembaga Disiplin parti dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia . Segalanya bermula apabila 2orang anak tokoh UMNO, Datuk Kadar Ninam Shah dan Datuk Mazlan Harun yang hendak mengambil tindakan injunksi bagi menghalang Perhimpunan Agung UMNO berkaitan kes-kes politik wang yang tidak diselesaikan.

Berikutan dengan itu Tun Mahathir juga telah menyentuh secara langsung di dalam blognya yang bertajuk 'Rasuah UMNO 2'. Tun menyatakan di waktu mesyuarat bahagian-bahagian UMNO diadakan untuk mencalon calon-calon bagi Majlis Tertinggi UMNO, pengerusi Lembaga Disiplin (Tengku Ahmad Rithaudeen) telah menyatakan yang beliau telah terima lebih 900 aduan berkenaan rasuah dalam pencalonan.

Tambahnya lagi, 'orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut. Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?'

Kes pertama melibatkan Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said yang bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah politik dan salah guna kuasa dalam kementerian itu.

Datuk Mohamad Norza Zakaria,43 merupakan pemimpin tertinggi UMNO yang pertama dihadapkan di mahkamah atas dakwaan politik wang. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hadir di Mahkamah Majistret Temerloh untuk mendengar dua pertuduhan yang didakwa berlaku pada 20 Januari lalu.

Dalam perkembangan terkini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua pihak di dalam UMNO jujur dengan diri sendiri dalam menghadapi isu politik wang. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus isu politik wang yang membabitkan beberapa pemimpin UMNO termasuk yang bertanding bagi jawatan tertinggi parti.

Dalam isu terbaru, dikatakan ada kalangan calon yang bertanding jawatan tertinggi parti telah disiasat dan sedang menunggu tindakan diambil terhadap mereka. Menurut beliau, parti memang serius dalam soal isu politik wang dan mahu memastikan parti bersih dariapda amalan yang tidak sihat tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Tengku Ahmad Ritahudeen akan mengadakan sidang media hari Selasa 17/03/2009 jam 4 petang. Difahamkan, sidang media berkenaan akan diadakan bagi mengumumkan keputusan siasatan lembaga berkenaan yang dipercayai ada kaitan dengan isu politik wang.

JAM 4.00 PETANG INI. MARI KITA TENGOK SIAPAKAH YANG KENAAAAAA..........


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

5 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Takooot.....tapi kalau tak buat apa nak bimbangkan, prosedur lembaga displin kita hormati selagi ada bukit yang menyokong sesuatu penyelewengan.

Saya ...tak mahu lihat sesiapa pun yang kena.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam zedmagel,

semua orang dah tahu keputusannya. Hormatilah keputusan yang telah dibuat. Itulah yang sebaik-baiknya.

Jumayatara said...

UMNO Dulu, kini dan selamanya rasuah.Jangan campak diri anda ke dalam kebinasaan. Selamat kan diri dan keluarga anda ...keluar dan bubar UMNO.



Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam TokMudim,

Itu kata-kata orang kecewa. UMNO banyak berjasa kepada saya dan keluarga.

UMNO hanya parti. Orang-orang di dalam UMNO yang rasuah perlu dibuang dan disingkirkan daripada UMNO.

Saya masih 'menaruh harapan' kepada UMNO.

Tai said...

Ha, semuanya telah berakhir. Sekarang DSN dah jadi PM. Pembersihan terus berjalan. yang mana dah menang, toksah syiok sangat.