Friday, March 6, 2009

Keliru Dan Mengelirukan !



Tajuk Artikel :Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah.
Penulis : Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin setahun yang lalu.
Kesimpulan Dr Mohd Asri : Bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

Blogger Taminsari telah membuat analisa begini:

Konklusi : Yang menyokong kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja!

Dewan Ulama Pas - Sokong
Anwar Ibrahim - Sokong
Tok Guru Nik Aziz - Sokong
Khalid Samad( Shah Alam )- sokong
Dr.Zulkifli(Kuala Selangor)- sokong

Yang Tak Sokong :

Mufti Perak - Tak sokong
KDN - Tak sokong
Datuk Taib Azamudden Mat Taib(PAS)- Tak sokong
FAIZAL TEHRANI - TAK SOKONG
AMIRHAMZAH64 - TAK SOKONG
Hampir seluruh umat Islam di Malaysia kecuali Pas & PKR - Tak sokong.


Berikut adalah tulisan dan ulasan Penjelasan Isu Nama Allah Dalam Bible Oleh Faizal Tehrani (sumber :www.penembak-tepat.blogspot)

Adakah Allah dalam Bible?

Jawapannya tiada. TIADA.

Yang ada ialah kalimah Eli. Apa itu Eli?

Dalam Matthew 27:

"From the sixth hour until the ninth hour darkness came over all the land. About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi, lama sabachthani?"

"Eli, Eli, lama sabachthani?" dalam Bible King James -- "My God, my God, why have you forsaken me?" ( Matthew 27:45-46, NIV)

Eli, Eli, lama sabachthani adalah ungkapan dalam bahasa 'Aramaic'.

Dalam Old Testament, 'Eli, Eli lama sabachthani' dicatit sebagai:

"My God, my God, why have you forsaken me? Why are you so far from saving me, so far from the words of my groaning?" ( Psalms 22:1-2, NIV)

Tiada kalimah Allah di sini, dan dirujuk sebagai 'Bapa':

"And he went a little further, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou [wilt]. " ( Matthew 26:39)

" For he hath made him [to be] sin for us, who knew no sin; that we might be made the righteousness of God in him." ( 2Corinthians 5:21)

Dalam Luke 23:46 tercatit:

"And when Jesus had cried out with a loud voice, He said , 'Father, into Your hands I commit My spirit.' Having said this He breathed His last."

Bayangkan kalau ayat di atas diterjemahkan (secara umumnya) sebagai:

"Dan kala Jesus merintih dengan suara yang kuat, dia berkata, 'Allah Bapa, pada tangan-Mu aku menyerahkan jiwaku (rohku). Selepas mengatakan sedemikian dia menghembuskan nafas terakhir."

Terdapat dakwaan bahawa masyarakat Kristian di negara Arab, dan Indonesia menggunakan kalimah Allah dalam, Bible mereka. Sekarang, biar saya jelaskan dengan cara paling mudah mengapa ini berlaku (tetapi tetap dalam ingatan saudara bahawa dalam Bible asal tiada kalimah Allah seperti yang telah saya buktikan di atas.)

Dalam novel saya 'Tuhan Manusia', yang memang dibenci dan tidak disukai oleh kumpulan liberalis saya menuliskan bahawa ketua Theosofische Vereeniging Hindia Belanda, D Van Hinloopen Labberton, pada majalah Teosofi bulan Desember 1912 menyatakan:

‘Kemajuan manusia itu dengan atau tidak dengan agama? Saya kira bila beragama tanpa alasan, dan bila beragama tidak dengan pengetahuan agama yang sejati, mustahil bisa maju batinnya. Tidak usah peduli agama apa yang dianutnya. Sebab yang disebut agama itu sifatnya: Cinta pada sesama, ringan memberi pertolongan, dan sopan budinya. Jadi yang disebut agama yang sejati itu bukannya perkara lahir, tetapi perkara dalam hati, batin. Sepintas, ajaran-ajaran itu tampak indah. Padahal, ajaran-ajaran itu sebenarnya racun halus yang secara perlahan merosakkan keimanan seorang Muslim. Seorang Muslim yang menganut paham semacam itu, akan tidak terlalu peduli dengan konsep-konsep teologi agamanya sendiri, demi tujuan 'persaudaraan' kemanusiaan.’

Tuan-tuan, Kristian ada dua mazhab. Iaitu mazhab Katolik dan Protestan. Katolik mempunyai banyak persamaan dengan mazhab syiah dalam Islam. Mazhab Protestan, banyak persamaan dengan mazhab ahlus sunnah wal jamaah.

Evangelis cabang kecil dari Protestanisme, mempunyai satu ciri iaitu memperibumikan misi agama Kristian di negara eksotik. Contohnya, di Afrika, unsur-unsur peribumi diraikan. Maka potret Jesus boleh sahaja berkulit hitam. Pada tahun 1938, konferensi Kristian di Madras, India memutuskan Kristian harus menjalankan 'indigenisasi' (mentempatankan Kristian) di mana bentuk pemikiran, modus operandi, tabiat harus akrab dengan lingkungan tetapi dalam masa yang sama kepatuhan kepada gereja harus berakar kukuh.

Di Korea, maka Bible akan diberikan citarasa Korea. Di Lubnan, maka citarasa keAraban akan turut dititikberatkan. Di Sandakan, maka ciri-ciri tempatan akan disuntik.

Pada tahun 1972, The Theological Educational Fund yang didanai World Council of Churces menerbitkan laporan Ministry in Context iaitu bagaimana melakukan indigenisasi ini, Paderi James o Buswell pada volume VI menghuraikan indigenisasi itu ialah, 'to make gospel intelligible in the idiom of the language and culture of the receiver.'

Faham atau tidak takrif indigenisasi di atas?

Maka tidak hairanlah di Indonesia atau di Sudan, Bible memasukkan kalimah Allah untuk memperibumisasikan Kristian. Untuk menawarkan citarasa 'tempatan'. Kerana secara dominannya di Indonesia dan Sudan, Allah dirujuk sebagai Tuhan.

Dalam masa yang sama, Islam yang ditawarkan wahabi mencegah peribumisasi pada Islam dengan alasan bid'ah, tahyul dan sebagainya. Maka maulud nabi dilarang, membaca yassin pada malam Jumaat ditegah, tawasul dan tabaruk dikatakan syirik dan sanjungan untuk wali Allah dipandang cabul sehingga tarekat pun dipandang sesat. Perlahan-lahan Islam menjadi agama keras, tidak menarik, dan tidak serasi dengan unsur tempatan. Islam dilihat sebagai agama orang Arab. Ruang untuk berkembang tertutup. Perlahan-lahan Islam yang ada menjadi Islam yang sangat legalitas sifatnya. Islam atau tidak orang dinilai dari janggut panjang atau tidak, dari cara mengangkat takbir dan macam-macam lagi. Maka di Indonesia, atau di beberapa tempat lain, Kristian terlihat lebih istimewa berbanding Islam.

Sedangkan tuan-tuan, strategi indigenisasi ini mula-mula sekali dipelopori oleh Islam menerusi ayat al-Quran: 'Tidaklah Kami utus seorang rasul kecuali dengan bahasa kaumnya, supaya ia menjelaskan kepada mereka.' (14:4)

'Bahasa' dalam ayat suci di atas mempunyai lapis makna yang terperinci. Salah satunya ialah kontekstualisasi. Islam yang tiba di Jepun misalnya harus mengambil kira peribadi, atau perangai orang Jepun. Wali Songo yang mendakwahkan orang Jawa memahami strategi ini, maka tidak hairanlah Islam berkembang di Nusantara secara umumnya secara aman, dan bukan dengan cara pertumpahan darah.

Tuan-tuan, kembali kepada kalimah Allah. Allah dalam Kamus Dewan (halaman 37) dinyatakan sebagai: Tuhan (Yang Esa). Kalau Allah diterima penggunaannya oleh penganut Kristian, entri terbaharu Kamus Dewan mungkin perlu menimbangkan misalnya definisi baharu berbunyi: Tuhan (Yang Esa) untuk orang Islam, tetapi Allah juga merupakan Bapa kepada Jesus (Isa al Masih).

Naud'zubillah.

Akhir sekali Allah berfirman dalam surah al Kahfi ayat 4 dan 5: "Al-Quran ini diturunkan untuk mengingatkan mereka yang berkata, Allah itu punya anak. Sebenarnya tiada ilmu pada mereka tentang yang demikian itu, tidak juga pada nenek moyang mereka. Betapa buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Apa yang mereka katakan itu dusta belaka."

“Pada ayat lain Allah berfirman lagi: Mereka berkata, Allah Yang Pemurah itu memiliki anak. Katakanlah sungguh telah kalian kemukakan sebuah penghinaan yang dahsyat! Hampir-hampir langit terbelah kerananya, bumi membelah dan gunung-ganang berhamburan." Ini difirmankan Allah dalam surah Maryam ayat 88-90.

Jelaslah kalimah Allah bukanlah suatu kalimah yang dapat dikongsi atas alasan apa sekalipun.

Untuk memahami strategi halus Kristian untuk menyamaratakan agama, saya ingin menjual novel saya berjudul Tuhan Manusia kepada tuan-tuan. Saya melakukan kajian yang lama untuk menulis novel tersebut dan mendapati terdapat banyak cara dan kaedah Kristian untuk memamah agama kita. Saya tidak bimbang dimarahi kumpulan liberalis, mahupun mereka yang taksub kepada pemimpin PAS tertentu. Esok, setelah kita semua mati, generasi baharu perlu berdepan dengan kesalahan, kenyanyukan, keterlanjuran dan kekeliruan hari ini. Kita telah tiada lagi untuk menjelaskan dan menolong jawab. Dan kesalahan itu akan terus berlaku, seperti mana hari ini Islam yang kita terima telah banyak dipesongkan, sehingga Rasulullah saw sendiri berasa sedih sebelum wafatnya.

Dan jika benar, PAS jujur dalam isu ini, ada baiknya PAS bertegas dengan PKR kerana aktivis gereja yang melancarkan kempen Allah For Christian ialah Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Banyak cara misi Kristian memamah kita, salah satu caranya menyamaratakan 'tuhan'.
Sumber Asal : http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/allah.html

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 comments:

Ali Abdullah said...

salam,

pas tidak sedar dengan bersekongkol dengan DAP sehingga untuk menyamaratakan hak semua kaum secara tak langsungnya ia juga menyamaratakan hak agama.

Apakah jenis perjuangan mereka jika mereka sanggup berkompromi tanpa mengambil kira hak-hak anak bangsa seagama sendiri? Perjuangan PAS adalah perjuangan berpura-pura hanya dibuat untuk menjatuhkan BN sahaja. Itulah matlamat mereka yang sebenar.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Apai Ngelai,

Saya sependapat dengan saudara. Walaupun umumnya perjuangan PAS banyak yang berpura-pura tetapi saya hormati pandangan bekas Imam Besar Masjid Negara Taib Azamuddin yang tidak melihat dari sudut kepartian.

Pandangannya ikhlas beliau dengan melihat dari sudut ketauhidan kepada Allah.

Semoga Taib mendapat perlindungan Allah.

Anonymous said...

Salam Amir Hamzah,
Hanya pengamal Islam Liberal dan Islam Moderate sahaja yang menyokong hal ini.

Khristian di Eropah mengetawakan khristian di sini kerana menuntut sesuatu yang tiada di dalam bible.

Tidak semua khristian menyokong hal ini. Rakan Kumbang, Hilbrad penganut Roman Katolik di Sarawak membantah hal ini. Hujahnya hampir sama dengan Hujah Faisal Tehrani di atas.

Kesimpulan beliau, isu ini tidak perlu dan hanya untuk dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Bagi Kumbang inilah bukti pluralisme dan liberalisme agama yang cuba dibawa PKR ke Malaysia.

Adakah PAS sedar ?
Nasib baik ada di kalangan mereka sedar.

konklusinya, jika tiada dalam bible kenapa mahu dituntut ?
Adakah mahu menyamakan semua agama ?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam kumbang,

Sempena Maulidurasul esok 12 Rabiulawal 1430H, mari kita seru umat Islam dan pemimpin-pemimpin Islam agar bersatu. Kita berada di tahap yang sangat lemah sekarang.

Disebabkan kita lemah dan layu serta kerana kepentingan politik yang melampau, Cina, India dan Kristian membuat tuntutan-tuntutan yang jarang kita terfikir sebelum ini.

Melayu dan Islam di Malaysia tidak pernah berpecah seteruk ini. Insaflah Pak Lah, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Hadi Awang kerana tuan-tuan semua adalah kepala dan 'pentol' kepada segala Melayu dan Islam di Tanah Melayu ini.

Jangan kerana kamu berebut kuasa hari ini, 10 tahun akan datang Melayu dijajah semula dan tidak bangkit-bangkit kembali.

Ketika itu berbondong-bondong Melayu akan mencari kubur kamu bukan untuk menyedekahkan fatihah ke atas roh kamu tetapi berebut-rebut mengencing di atas pusara kamu, pusara-pusara negarawan!

Maafkan saya pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam.

zedmagel said...

Salam bro,

Mereka ni sengaja nak memusnahkan generasi Melayu dan Islam pda satu atau dua dekad dari sekarang. Yang si bahlol menyokong idea halus dan licik kafiax ni, memang samdol. Dua parti Melayu dan campuran yang bongok ni apa dia kira, asal dapat kuasa memerintah lama ke sekejapo dia tak kira. Itu lah prinsip dia orang tamak haloba dan bangang. Fikirlah sikit tengan Islam dan bangsa kaun sendiri.

Wassallam. Fikirkan lah semua umat yang mengaku memperjuangkan nasib Islam dan bangsanya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam zedmagel,

Terima kasih kerana bro faham dan menghayati tulisan kawan.

Bro, serban dan jubah tu hanya penutup badan. Tapi mereka tidak dapat mengikut bijaksanaan nabi Mohamad s.a.w

Tai said...

Sayang, Pas sekarang, dah jauh menyimpang dari matlamat asal.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin salju,

Jangan terpedaya dengan taktik PAS. PAS sedang berusaha menarik golongan bukan Islam dan mula menyisih secara perlahan-lahan tanggapan bukan Islam bahawa PAS adalah parti Islam.

Tai said...

Jangan risau. Tengok, MB kelantan tak setuju kerajaan perpaduan. Dia kata nak bawa masalah ni dalam muktamar.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Nik Aziz mungkin terpesona dengan sokongan orang Cina dan India kepada PAS sekarang ini.

Namun sila renungi tulisan di dalam www.pilihanrayakini.com.

Mengapa Orang Cina Undi PAS?



1) Apabila Cina Undi PAS ianya tidak bermakna PAS akan boleh menguasai parlimen? Jika kerana undi tersebut PAS boleh menguasai Parlimen, tidak mungkin Cina akan undi PAS. Jadi mengapa Cina undi PAS?



2) Siapa yang menguasai negeri-negeri seperti Penang, Perak, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Melaka?Bukankah di negeri-negeri ini ramai Cina? Jika mereka undi PAS, apa untungnya kepada mereka?


3) Kalau orang Cina undi PAS, tidak kah undi mereka itu semata-mata untuk melemahkan penguasaan Melayu dalam Parlimen? Kalau semua calon PAS menang pun di Parlimen, mereka tidak akan boleh perintah Malaysia, terpaksa juga berpakat dengan DAP. Ini yang mereka nak, bila PAS hendak berpakat dengan UMNO. Mereka gelisah dan marah, sebab mereka tidak hendak lihat orang Melayu bersatu. Sebab itu mereka undi PAS, kerana mahu PAS terus berpakat dengan DAP.

Tai said...

ya betul dan tepat sekali apa yang encik katakan itu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

terima kasih Sedingin Salju

Tai said...

Oh, tidak apa.