Saya pernah menulis artikal berkenaan dengan guru-guru yang semakin jauh dan tersisih daripada UMNO. Sekatannya ialah tegahan untuk bergerak aktif dalam politik bagi mereka dalam kumpulan A. Tambahan lagi dengan peluang untuk berbakti semakin tipis, guru-guru kumpulan A semakin condong kepada PAS dan PKR yang mengikhtiraf mereka. Bacalah artikel saya sebelum ini tentang kebimbangan saya terhadap layanan UMNO kepada guru-guru kumpulan A.
Guru Semakin Tersisih Daripada UMNO.
UMNO pernah melahirkan pemimpin-pemimpin dari kalangan guru. Salah seorang daripadanya adalah Tun Abdul Ghafar bin Baba. Tun Ghafar (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993.
Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.
Tun Ghafar adalah lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004).
Selain Tun Ghafar, bekas guru yang mencipta nama dalam politik yang masih hidup adalah seperti TS Mohamad Taib dan TS Isa Samad.
Semasa zaman Tun Mahathir UMNO semakin kuat dan kukuh. 22 tahun pemerintahan Tun (1981 - 2003)telah menarik ramai tenaga profesional seperti jurutera, doktor, arkitek, ahli perniagaan, kontraktor, akauntan dan sebagainya untuk menyumbang tenaga, buah fikiran dan wang kepada UMNO. Perkembangan ini dilihat sebagai sesuatu yang sihat dan memperkasakan UMNO itu sendiri. Dalam waktu yang sama sedikit demi sedikit kepimpinan di peringkat bahagian sudah mula dikuasai oleh golongan-golongan koparat, ahli perniagaan, peguam dan kontraktor-kontraktor.
Pada peringkat awal penubuhan UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dipelopori oleh guru-guru kerana kedudukan orang Melayu yang serba kekurangan dan belum lahir lagi tenaga-tenaga profesional Melayu. Guru-guru adalah pemimpin masyarakat yang dipercayai dan berpengaruh pada masa itu.
Apabila Kementerian Pelajaran mensasarkan 2010 semua guru di sekolah menengah dan sekolah rendah adalah terdiri daripada Guru Siswazah (DG41) iaitu kumpulan A yang dilarang aktif berpolitik maka kedudukan guru dalam UMNO semakin terbatas. Hingga kini difahamkan hanya guru-guru yang bukan siswazah yang berani memegang jawatan di peringkat cawangan atau bahagian-bahagian UMNO.
Guru-guru siswazah (DG41) Kumpulan A yang ada diantaranya bekas pemimpin-pemimpin pelajar di Universiti, Pemimpin Persatuan-Persatuan Belia dan sebagainya tersekat untuk menyumbang memimpin UMNO dipelbagai peringkat. Mengikut kajian rambang dan tidak rasmi, guru-guru kumpalan A ini lebih cenderung kepada PAS dan Keadilan walaupun mereka tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti tersebut.
Memang tidak dinafikan, bahawa guru-guru masih lagi popular dan amat diperlukan memimpin di peringkat akar umbi. Guru-guru lah yang mengerakkan UMNO Cawangan dan UMNO Bahagian sekalipun. Golongan-golongan profesional tidak ramai yang bermastautin di luar bandar kerana tuntutan lokasi kerjaya mereka. Misalnya jikalau tiada guru-guru wanita di kampung-kampung yang menggerakkan sayap Wanita UMNO, kemungkinan Rafidah dan Shahrizat tidak seselesa sekarang.
Kemanakah hala tuju guru-guru ini selepas 2010? Bolehkah Najib dan Hishamuddin tidak peka dengan perkembangan ini?
Cadangan saya, Kementerian Pelajaran perlu menyemak semula larangan berpolitik kepada guru-guru kumpulan A supaya mereka tidak terikat dengan peraturan terutama sekali kepada guru-guru yang benar-benar ingin menyumbang idea,tenaga dan kepakaran kepada parti dan negara.
TERBARU :
Guru akan kembali aktif kukuhkan UMNO
Naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan mencadangkan kepada kerajaan agar golongan guru daripada Kumpulan A dibenarkan berpolitik agar kepakaran mereka dapat digembelengkan untuk menguatkan lagi UMNO.
Beliau berkata, sejak sebelum merdeka, guru sentiasa berada di barisan depan dalam pembangunan politik di negara ini sejak sebelum Merdeka tetapi kebelakangan ini golongan ini semakin dipinggirkan.
"Saya ingin mencadangkan agar golongan guru dan pendidik, terutama dalam Kumpulan A diberikan kelonggaran atau kebenaran untuk membabitkan diri dalam politik agar kepakaran mereka dapat digembelingkan dan dimanfaatkan bagi merapatkan UMNO,” katanya sambil menambah golongan guru lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.
Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di akhir Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, hari Sabtu.
Selain itu, pada pendapat saya guru juga akan membantu membasmikan dan membersihkan politik wang dalam UMNO kerana guru hanya makan gaji. Selain daripada sekatan larangan berpolitik bagi kumpulan A, perjuangan yang bersulamkan 'kepala harimau' ini lah membuatkan guru semakin menyisih. Tempat-tempat guru telah diambil alih oleh para kontraktor, ahli perniagaan dan koparat-koparat. Terima kasih Hishamuddin!
Malangnya jemputan ini datangnya ketika UMNO tinggal nyawa-nyawa ikan. Ketika UMNO sudah rosak dan kotor barulah teringat kepada cikgu-cikgu kat kampung. Sudah nasib cikgu kena 'bernafas dalam lumpur'.Tapi saya percaya dan yakin, ramai guru akan pulang ke pangkuan UMNO semula.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Sunday, March 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Bro Amir,
Saya menyokong pandangan saudara, guru sewajarnya dibenarkan untuk bergiat dalam politik. Saya melihat guru banyak menymbangkan usaha dalam melontarkan pandangan mereka demi memacu variasi politik negara yang pelbagai. Jangan sisihkan guru dari politik. Idea guru-guru sangat baik dan berkesan dalam mencerna arena politik negara terutamanya kaum Melayu. Seorang guru dipandang tinggi didalam kedudukan masyarakat Melayu dari dulu sehingga ke hari ini. Bagi saya seorang guru bukan hanya mengajar pelajar di sekolah. Guru seorang pemimpin kepada masyarakatnya.
Salam tuan,
Guru adalah "guru" kepada persekitarannya, baik manusia mahupun alam. Jika dipersoalkan tentang kewajaran berpolitik oleh guru, kita patut fikirkan apa bezanya guru2 yang memegang jawatan tinggi dalam persatuan atau koperasi.
Walau bagaimanapun, perkara ini perlu dihalusi kerana dikhuatiri juga berlakunya unsur2 rasuah kuasa kerana dibimbangi guru2 yang aktif itu mempunyai kuasa atau berjawatan. Asyik kono pindah ajo akhirnyo...
salam bro zedmagel,
Mungkin ramai guru-guru kumpulan A yang lega dengan pengumuman Hishamuddin tu. Tapi malang pada guru-guru ni, jemputan diterima ketika UMNO tinggal nyawa-nyawa ikan.
Lagi satu bro, guru ni kalau dah meninggal dunia, kuburnya pun disebut ' kubur cikgu si anu atau kubur cikgu si polan'.Sampai mati pun bro orang panggil cikgu lagi.
Terima kasih la hishamuddin!
salam cekodokmasin,
Kita cerita parti politik la bro. Jangan la cerita koperasi ke, persatuan ke, tu memang tak ada masalah pada guru-guru ni.
Kalau guru songlap duit koperasi atau persatuan tu salah sendiri. Reportlah ke balai polis.
Tapi bro, bukannya ramai cikgu macam tu. Macam antah beras je. maklum la cikgu pun manusia biasa gak.
Soalan Bro mengapa kalah dan menenag payah juga nak cakap tapi kesimpulannya beginilah :
1. KM Sabah menang, memang dah jangka perwakilan sabah solid kepada calon sabah. Semenanjung berpencah tak tentu arah.
2. Dr Noresah seorang pakat ekonomi Melayu wanita, orang seperti beliau jangan disingkir dari MKT, nanti UMNO rugi.
3. Ahli Parlimen Pt Sulong kalah, kerana beliau jarang dilihat melontarkan pandangan yang bernas dalam membela hala tuju kaum Melayu. Kebetulan beliau orang baru dan saudarapun tidak menyenaraikannya dalam senarai MKT saudara.Beliau juga tidak sihat sekarang.
4. Azlina dan Halimah - sudah diterjemahkan oleh perwakilan saya tidak mahu memberi komen terbuka. Tapi undi Azlina no 26 saudara.
5. Empat orang calon tu, lebih baik dari Datuk Rais Yatim. Hakikat usia harus diteriuma. Perwakilan memilih calon muda yang berwibawa. DSRY memang bijak tapi masanya agak lewat. Beliau kan mencadangkan jawatan UMNO di tender, tetapi beliau tidak membuka tender tersebut. Tu la pasal.
salam bro zedmagel,
komen salah tajuk la bro.
Walau apa pun saya terima hujah dan analisis bro. Yang penting boleh diterima dek akal dan logik.
Kalau nak analisis macam-macam kita boleh analisiskan.
Terima kasih bro.
tahniah. nampak gayannya cadangan anda tentang ppsmi akan diterima oleh kerajaan. Iaitu campuran dan dilaksanakan mengikut peringkat-peringkat tertentu. tahniah. saya baru dengar lapuran dari dewan negara tadi.
salam arifomar,
Saya pun dengar ucapan Hishamuddin di Dewan Negara apabila ditanya oleh Senator Firdaus Abdullah.
Mungkin tidak sama tetapi prinsipnya ada persamaan.
Salam tuan,
Tu dio, baru eden nampak ekau marah... barulah nampak sifat biaso ekau ni jang..
Guru Kumpulan A dah lama dah terlibat dalam politik. Cuma setakat cawangan jer. Kalau ada kat Bahagian, cuma guru2 PPLD. Itu pun kena minta kebenaran Kementerian walaupu mereka ini sebenarnya tidak minta kebenaran pun.
p/s: Tentang koperasi tu, kalau nak sekat politk guru, kena juga sekat aktiviti koperasi dengan persatuan guru. Sebuknya sama jer. "Jika dipersoalkan tentang kewajaran berpolitik oleh guru, kita patut fikirkan apa bezanya guru2 yang memegang jawatan tinggi dalam persatuan atau koperasi" Mungkin tang ayat ni yang bro tak berapa faham. Kena tanya ler... Kalau guru tu rasuah kuasa, salah siapa agaknya? Sama ler jawapan bro tu..
Salam tun,
Sambung sikit lagi.
Tang PPSMI tu saya dah dengar sejak sebulan yang lalu. Tapi tak leh nak ceritalah. Off Record dengan Hishamudin. cadangan no. 3 tu yang akan dijalankan. cadangan no. 3 yu apa? carilah sendiri. Bro kan ada ramai kengkawan cikgu yang aktif dalam politik. Hehehe
Salam cekodokmasin,
Eden ingin bonar jumpo dengan org nogori ni. Seingat den tak ado pulak kawan org nogori kek Batu Pahat ni.
Eden biaso jo, mana ado den marah2 jang. Itu perasaan ekau yo jang.
Memang bonar la yang sdr cakapkan itu. Perasaan tu memang dah lama terpendam dan kawan dah cakap banyak kali dengan kengkawan politik ni. Tapi maklumlah macam mencurah air di daun keladi.
Kadang-kadang ada hikmahnya apa yang berlaku pada UMNO sekarang ni. kalau tidak jangan haraplah ada cadangan yang Hisham cakapkan tu. Sekarang baru tau, mereka lupa ada 350 000 guru diseluruh negara yang sebahagiannya akan naik ke kumpulan A dalam masa 5 tahun. Kalau disekat lagi, 350 000 ni nak pegi mana?
Berkenaan dengan PPSMI itu, kerajaan harus mempertimbangkan tuntutan banyak perkara. Yang penting ia harus memenuhi kehendak sebahagian besar rakyat.
Apa guna kita berkeras sangat tetapi akhirnya kalah dalam pilihanraya ke 13 jika isu PPSMI didendangkan semula oleh pembangkang. Tak gitu jang?
Berkenaan dengan kerasionalan membezakan antara aktif berpesatuan dengan berpolitik tu saya setuju sesangat lah. Sekarang ni barulah nampak ada keadilan untuk cikgu-cikgu.
apahal tima kasih la jang
Post a Comment