Datuk Shahrir Samad menegaskan beliau akan melepaskan jawatan menteri selepas tewas pemilihan ahli Majis Tertinggi (MT) Umno semalam. Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau akan mengemukakan keputusan itu kepada mesyuarat Kabinet Rabu depan.
"Keputusan saya adalah muktamad kerana berpegang kepada prinsip parti sesiapa yang tidak lagi dipilih dalam MT beliau tidak layak memegang jawatan dalam Kabinet," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Shahril memang terkenal dengan perjuangan politik melalui prinsip. Prinsip yang dipegang oleh Shahril jarang-jarang ada di kalangan ahli UMNO. Menteri ini ketika di zaman payahnya pernah membuka kedai dobi untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Shahril yang diketahui umum adalah penyokong kuat Pak Lah. Perlu diingat barisan kabinet diwaktu ini adalah daripada team B yang didominasikan oleh penyokong Kuli dan Musa Hitam. Kemasukan Shahril dalam arus perdana politik negara adalah atas kehendak Pak Lah.
Saya ingin mengaitkan perletakan jawatan Shahril ini dengan kemenangan TS Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Hubungan Shahril dengan Muhyiddin tidak lah semesra mana walaupun mereka datang dari negeri dan parti yang sama. UMNO bahagian Johor Bahru sendiri mencalonkan Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden UMNO dalam mesyuarat bahagiannya. Shahril yang terkenal dengan cara menongkah arus sekali lagi melawan arus kepada Badan Perhubungan Negeri Johor yang menyokong TS Muhyiddin.
Kemenangan Muhyiddin menjanjikan zaman gelap kepada Shahril yang berkemungkinan tidak akan dilantik semula sebagai menteri jika berlaku rombakan kabinet dalam waktu terdekat. Sebelum rombakan kabinet, Shahril sudah mengangak kedudukannya sebagai menteri seperti telur dihujung tanduk.
Sebelum apa-apa berlaku, Shahril mengambil langkah bijak dengan meletakkan jawatan terlebih dahulu. Tindakan Shahril ini boleh dibaca jika melihat kepada sejarah Perhimpunan Melayu Johor (PMJ).PMJ diadakan berikutan wujudnya perpecahan di kalangan orang Melayu terutama di Johor apabila UMNO diharamkan pada 1987. Persaingan sengit merebut jawatan pucuk pimpinan UMNO antara Team A di bawah Dr Mahathir dengan Team B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Musa Hitam (Tun). Kekalahan Team B telah mengheret UMNO ke mahkamah.
Golongan yang kecewa ini cuba menyediakan satu alternatif baru kepada orang Melayu dengan menubuhkan parti Semangat 46 (S46). Sebagai parti serpihan UMNO, parti S46 turut menjadikan konsep dan falsafah perjuangannya sama seperti UMNO. Orang Melayu yang berpecah-belah sama ada bertahan di dalam UMNO, atau menyertai S46. Gelora perpecahan Melayu ini semakin parah apabila diadakan Pilihan Raya Kecil Parlimen Johor Bahru dan Dewan Undangan Negeri Parit Raja.
Di Johor Bahru Datuk Shahrir Abdul Samad (bekas setiausaha politik Tun Musa)mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional pada 1986. Shahrir cuba menguji kekuatan UMNO dengan bertanding semula atas tiket bebas yang ditaja oleh kumpulan S46. Pilihan Raya Kecil Parlimen Johor Bahru diadakan pada 25 Ogos 1986, iaitu hampir tujuh bulan selepas UMNO diharamkan.
Ramai penganalisis politik tidak melihat pilihan raya itu sebagai medan menguji kekuatan UMNO. Sebaliknya mereka berkata ini hanyalah satu ujian populariti. Johor Bahru adalah kubu kuat Shahrir. Beliau menang pilihanraya itu bukan kerana parti S46 kuat dan UMNO lemah tetapi populariti Shahrir sendiri mengatasi faktor yang lain. Peristiwa ini berlaku ketika Muhyiddin sebagai Menteri Besar Johor. Pada ketika itu Muhyiddin adalah berpihak kepada Tun Mahathir sedangkan Shahril lebih condong kepada Tun Musa.
Shahril secara sekilas pandang memang tidak serasi dengan Muhyiddin. Jadi saya melihat, benarkah perletakkan jawatan Shahril berasaskan kepada prinsip atau faktor kemenangan TS Muhyiddin?
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bro Amir,
Datuk Sharil Samad seorang yang berprinsip, dah telanjur berkata eloklah berundur. Kalau tak nanti dia dikata orang tiada berprinsip pula. Jumlah undi yang diperolehi olehnya juga agak suram. Datuk Sharil dah lama dalam dunia politik. Sekejap UMNO sekejap Bebas dan S46. Saya rasa elok di lepaskan kepada muka-muka baru dalam UMNO di negeri Johor. Beliau pun saya lihat telah penat bekerja. Inilah masanya untuk berehat. Saya slaute dengan prinsip beliau ini. Ramai sevivor yang beliau telah diwujudkan, saya melihat beliau seorang berpandangan jauh dalam membentuk hala tuju masa depan politiknya. Selamat bersara datuk, berikan pandangan dari jauh.
salam bro zedmagel,
bab ini kawan setuju. UMNO Johor pun bukan ketandusan pemimpin. Patah tumbuh hilang berganti-ganti. Kawan pun nak ucapkan selamat bersara pada Shahrir. Elok la bawak memancing kat Pantai Lido. Sambil-sambil tu boleh dengar lagu ghazal ke, zapin ke atau keroncong ke.
Tapi apa pun, tahniah kepada Datuk yang berjaya menurunkan harga ayam di penghujung perkhidmatan Datuk. Tak gitu bro......
Begitule gamaknya. Harga ayam dah turu 3 kali sejak Datuk Sharil pegang jawatan menteri dalam kementerian tersebut. Tapi harga ayam turun pun kali ni bukan sebab dia turunkan, sebab lambakan pengeluaran dari ladang tak banyak demand. Hi hi hi...
salam bro,
kita bersangka baik la bro
Post a Comment