Sunday, March 15, 2009

2 M Gagal. Najib-Muhyiddin Jadi Taruhan.



Tahun 1981-1986, Tun Dr Mahathir telah berganding bahu dengan Tun Musa sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Gandingan 2M ini berjaya mewujudkan keadaan politik yang stabil, ekonomi yang mampan serta UMNO sebagai tulang belakang BN adalah sebuah parti yang teguh dan kuat.

Harapkan cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Seperti kata orang, dalam satu kandang tidak boleh ada 2 ekor singa. UMNO akhirnya mengalami krisis hebat pada tahun 1987. Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Tun Mahathir sebagai presiden UMNO sementara Tun Musa dicabar oleh Tun Ghaffar bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Team B tewas. Kuli telah membawa keluar sebahagian ahli UMNO menyertai Semangat 46. Tun Musa bersara. Kumpulan 11 membawa UMNO ke mahkamah sehingga UMNO dharamkan pada 1988. UMNO (baru) dihidupkan semula dengan menambah perkataan (baru) semasa pendaftaran sedangkan perjuangan UMNO asal diteruskan.

Kemunculan Najib dan Muhyiddin menawarkan diri sebagai Presiden dan Timbalan presiden mengingatkan kita kepada gabungan 2M dahulu. Kemantapan dan kehebatan mereka berdua boleh menyaingi gabungan Mahathir-Musa.

Harapan rakyat mahu melihat gabungan ini menjadi kenyataan. Kehadiran mereka berdua sangat diperlukan buat ketika ini. Ketika UMNO berada di hujung tanduk. Ketika UMNO tinggal nyawa-nyawa ikan. Suntikan dan tangan ajaib Najib dan Muhyiddin diharap menjadi taruhan terbaik untuk memulihkan UMNO dan meletakkan semula UMNO ke landasan yang betul.

Kedua-duanya mempunyai pengalaman menjadi Menteri Besar. Najib pernah menjadi Menteri Mesar Pahang ketika berumur 29 tahun. Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor dan berjaya membawa Johor sebagai sebuah negeri industri serta mempunyai jasa besar dalam menyatukan semula orang-orang Melayu dalam Perhimpunan Melayu Johor.

Pembabitan mereka berdua dalam kementerian-kementerian utama serta meninggalkan jasa yang bukan sedikit perlu juga diambil kira. Keikhlasan Muhyiddin memberi laluan kepada Najib dengan meminta bahagian-bahagian UMNO mencalonkan Najib sebagai Presiden adalah satu permintaan yang ikhlas. Muhyiddin tidak terlibat dengan sebarang skandal, serta umurnya yang sudah menjangkau 61 tahun, lebih muda 5 tahun daripada Najib menunjukkan Muhyiddin bukan seorang yang gelojoh atau tamakkan kuasa.

Najib anak seorang negarawan, Muhyiddin anak seorang ulamak. Gandingan keduanya memang menjadi taruhan orang Melayu, Orang UMNO dan Rakyat Malaysia.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Memang inilah gandingan paling mantap dalam UMNO sekiranya kerajaan ini menakluki hati rakyat semula.

Tapi dua ni nak kena tambah dengan tiga naib yang handal-handal siap kah ketiga-tiga mereka itu pada pandangan tuan dan semua perwakilan yang bersidang pada 25 Mac, ini?

burungjantan said...

Eleih!

Kempen macam ini betul-betul tidak menyenangkan hati kepada penyandang Timbalan Presiden dan president parti, sekalipun yang menang mohidin.

Ali Rustam, walaupun lemah dari segi suara apabila bercakap, tetapi dia berkebolehan mengatur negeri.

Mohd taib walaupun terlibat dengan skandal kahwin lari, tapi dia berjaya dalam kementerian pembangunan wilayah.

Mohidin walaupun berjaya semasa Menteri Besar Johor, tetapi dia terkeluar dari teraju itu kerana isu rumah dengan singapore.

Semua sama, tuan. Segala mungkin lah ...

Anonymous said...

2 M Gagal. Najib-Muhyiddin Jadi Taruhan.-Amir Hamzah

Mohd Najib-Muhyiddin=2M
Mohd Najib-Mohd Ali=2M
Mohd Najib-Muhammad=2M

Kesemua kombinasi adalah 2M, Apakah kegagalan menanti sebagaimana kegagalan 2M terdahulu???

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam zedmagel...

Terima kasih.
Bagi Naib Presiden kawan pilih 3 orang yang kawan rasa saudara tidak setuju dan sukar untuk berlaku.
1. Khalid Nordin
2. Rais Yatim
3. Isa Samad

Mungkin saudara ada pilihan sendiri.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam burungjantan,

Ketiga-tiga calon layak bertanding dan telah pun melepasi koata.

Tulisan saya tidak menyentuh pun Ali Rustam atau Mohamad Taib apatah lagi memperkecilkan mereka berdua. Ali dan Muhammad pun pemimpin saya dalam UMNO.

Dalam memberi pandangan saya telah memilih Muhyiddin berganding dengan Najib yang saya anggap sesuai ketika keadaan politik dan ekonomi yang gawat ini.

Walaubagaimana pun semuanya adalah ketentuan Allah dan tangan perwakilan yang mengundi.

Sesiapa sahaja yang menang tetap saya sokong kerana semua mereka adalah pemimpin kita.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam mahadett...

Mohd Najib-Muhyiddin=2M
Mohd Najib-Mohd Ali=2M
Mohd Najib-Muhammad=2M

Saya pun tidak perasan.

Jangan buat penilaian kepada perkara yang belum berlaku.

2M memang gagal. Namun Mahathir berjaya menjadi PM 22 tahun. Musa yang gagal menjadi PM walaupun hanya setakuk lagi menjadi PM. Nasib Musa sama seperti Ghaffar dan Anwar. Perkara ini betul dan benar kerana telah berlaku hingga setakat hari ini.

Kedudukan Najib dan Muhyiddin pun belum pasti sehingga 28 Mac ini. Kalau benar ianya terjadi, sebagai rakyat kita perlu sokong sehingga Parlimen dibubarkan untuk pilihanraya ke 13.

Saya optimis mereka berdua berupaya. Kalau sesiapa tidak percaya itu adalah pilihan masing-masing. Pendek kata, beri mereka peluang. Jika gagal rakyat akan menghukum mereka pilihanraya ke 13.

cekodokmasin said...

salam tuan,
Coklat Amerika "M&M",
The Amazing Race Asia musim 1ada "M&M"
KBSR "3M"(Mahathir-Musa-Murad)
Program KIA "2M"
Anak bapak "2M"-Mahathir-Mukhriz
Walau apa-apapun, presiden dah pasti. Untuk Timbalan, kalau ikut iklan di s/khabar, Muhammad Taib mendahului.
Kalau ikut pencalunan bahagian, Muhyidin mendahului. Kalau ikut perwakilan G7, adakah Ali Rustam mendahului?
Bab Naib pula, Rais Yatim menonjol, Safie Apdal ditonjol dan mana tahu Khalid Nordin tertonjo?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin,

Tulisan ini hanya pandangan peribadi kawan.

Biarlah mereka berkempen dan memang pun namanya pertandingan. Masing-masing nak melobi dialah yang terbaik. Tetapi hanya tangan perwakilanlah yang menjadi penentu.

Jangan lupa juga perancangan Allah.
Walauapa pun selepas pertandingan bersatu semula. Belajar menerima hakikat dan berpijak dibumi nyata.

Yang menang tak menang semua dan yang kalah pun tak kalah semua.

Selamat bertanding kepada semua.

Tai said...

Hmm, nasib baiklah mereka berdua terpilih.