Thursday, January 15, 2009

Tuanku yang cerdik, Menteri Besar yang Dungu



Memang benarlah seperti dalam catatan sejarah,100 tahun terakhir penjajahan British di Tanah Melayu telah memberikan kemewahan melimpah- ruah kepada masyarakat Cina terutama apabila kita memperkatakan pemberian tanah bagi penduduk Kampung Baru. Pada tahun 1950, masyarakat Cina telah mendapat keistimewaan menduduki satu kawasan serba lengkap sedangkan pribumi Melayu hidupnya daif dan merempat di tanah airnya sendiri.

20 tahun kemudiannya baru lah 112,000 keluarga Melayu daif mendapat tanah yang jauh dari bandar, meneroka sendiri dan cuba merubah hidup mereka dengan bantuan kerajaan. FELDA yang ada pada hari ini adalah cetusan idea pemimpin-pemimpin Melayu khususnya Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein yang ingin memberi ruang dan peluang kepada Melayu untuk merasai sedikit nikmat hidup di bumi tanah pusaka ini.

Pada hari ini wujud seorang pemimpin Melayu yang tidak sedar diri dan tidak tahu diuntung telah memberi pula hak milik kekal kepada penduduk -penduduk Kampung Baru yang tidak mendapat hak milik kekal itu semasa penjajahan British. Pemimpin Melayu ini lebih dahsyat daripada British , seorang yang buta sejarah, lemah ,lembik ,mudah dikuasai, senang dipengaruhi dan merelakan ditunggangi oleh orang lain untuk mencapai sesuatu kepentingan. Melayu ini tidak mahu menyelidiki jauh sekali untuk menginsafi kerana tanah-tanah Kampung Baru adalah tanah-tanah milik kerajaan Tanah Melayu atau tanah-tanah persendirian Melayu.

Nasib baik Negeri Perak mempunyai Raja Muda yang cerdik dan bijak dapat menutup kedunguan Menteri Besar yang lemah. Pendedahan DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA DR. NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
berkenaan isu pemberian hak milik kekal kepada penduduk-penduduk Kampung Baru tidak tercatat dalam buku-buku teks sejarah di sekolah -sekolah dan jarang diketahui umum. Baginda bertitah 'Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu'

Kekesalan dan kesedihan Raja Dr.Nazrin Shah dengan apa yang berlaku di Perak hari ini diterjemahkan dalam ucapan penutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3)baru-baru ini. Titah Raja Nazrin Shah yang menjadi payung kepada umat Melayu Perak perlu disambut oleh YAB Menteri Besar dengan membatalkan hasratnya sebelum timbulnya rasa kebencian umat Melayu di seluruh negara terhadap beliau.

Persoalannya, sama ada YAB Menteri Besar akan patuh kepada nasihat Tuanku Raja Muda yang mewakili hasrat dan harapan Melayu Perak yang dipayungi baginda atau terus tunduk dan mengikut telunjuk rakan kongsinya DAP.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

2 comments:

zedmagel said...

Saudaraku,

Yang syoknya DAP kata - akan bagi kerusi dalam PRU 13 pada calon-calon Melayu. Orang Melayu jangan mudah digula-gulakan oleh DAP. Yang seronoknya satu cawangan DAP Melayu telah ditubuhkan di Darul Ridzuan. Tak tau le nasib Melayu, ayat DAP nak bagi kerusi kepada orang Melayu tu budak tadika pun faham. Jangan le kita yang dah tua lama belajar di IPTA dan IPTS pulak yang tak faham. Muhasabah diri dan berbaliklah kepada jalan di mana kita memulakan langkah.

Untuk BN dan UMNO Perak ambil balik negeri Peraka dalam PRU ke 13, DAP PAS dan PKR di sana tu bukanya kuat sangat, tetapi BN yang tak berapa stabil. Elok le YAB Presdin BN yang baru tengok-tengok perkembangan BN di sana.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

saudaraku ZamZam,

Inilah bahayanya apabila Melayu sudah hilang pertimbangan. Bangsa seagama dilihat seperti Yahudi, Orang yang tentu-tentunya nak jadikan Melayu tu kuda tunggangan, orang itulah yang didewa-dewakan.

Melayu jangan jadi seperti Bosnia, tak reti bersyukur dan berterima kasih.Apabila kita leka dan alpa, tunggulah masanya kita disembelih.

terima kasih atas respon. Kalau 80% Melayu Perak tidak 'kacau fikiran' insyaallah Perak akan kembali kepada BN

wassalam
Amir Hamzah
Batu Pahat