Tuesday, January 27, 2009

Boikot KFC Malaysia, JCorp Boleh Bangkrap!





Jangan Boikot KFC Malaysia! Kenapa? Kata orang makan di KFC kita menyumbang satu peluru kepada rakyat Palestin di Gaza. Sabar dulu, sila baca artikel daripada blog http://azlishukri.blogspot.com dan blog http://waadat.blogspot.com.

Board Of Directors (KFC Malaysia)
Tan Sri Dato'Muhammad Ali Hashim (Chairman)
Ahamad b Mohamad (Deputy Chairman)
Jamaludin Md.Ali (Managing Director)
Hassim Baba (Independent Director)
Kua Hwee Sim (Independent Director)

Tan Sri Muhammad Ali Hashim memberitahu BERNAMA, "Jihad bisnes seperti ini lebih membina dan menyatukan manusia apatah lagi KFC Holdings (Malaysia) Bhd mempunyai 22,000 pekerja tempatan yang sebahagian besarnya beragama Islam dengan gaji RM300 juta setahun"
"Adalah mustahak untuk kita kumpul keupayaan ekonomi kita dalam menyelesaikan masalah yang lain", katanya.

Azli Shukri menulis :

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin?

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

http://waadat.blogspot.com. pula menulis:

Beberapa hari lalu Demang menulis satu artikal dalam blog waadat ini bagi mengajak pembaca memulaukan (boikot) tiga produk iaitu KFC, Coca Cola, dan Caltex. Terdapat seorang pengunjung telah mempersoalkan mengenai status hak milik KFC Malaysia yang katanya sebenarnya tidak lagi mempunyai kaitan dengan US. Menurut beliau, KFC di Malaysia telah dimiliki sepenuhnya oleh JCORP dan tiada sebarang royalti perlu dibayar kepada KFC di US.

BENARLAH. JCORP telah membeli keseluruhan kepentingan dalam KFC Malaysia dan kini mereka tidak perlu lagi membayar sebarang royalti kepada syarikat induknya.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Sekian, Terima kasih banyak-banyak

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

adriadra said...

Saudara, mungkin ada benarnya pernyataan tersebut. Namun kita juga perlu berwaspada.

Apa makna membayar yuran ke syarikat induk di Amerika? konsep sistem francais adalah membayar yuran untuk mendapat jenamanya. Apakah KFC ada mendedahkan berapa yuran francais yang perlu dibayar setiap tahun dan bagaimana kiraannya. Ianya mungkin bergantung kepada pertambahan restorannya. Semakin banyak jumlah restoran dibuka bermakna semakin banyak yuran francais perlu dibayar. Semakin mendapat sambutan semakin banyak cawangan akan dibuka.

Sememangnya konsep sistem francais tiada keuntungan terus dibayar kepada syarikat induk tetapi kita harus fikirkannya berkenaan bayaran yuran jenama ini.

Saya cadangkan alternatifnya kita boleh pergi ke anak syarikatnya yang tidak menggunakan logo kfc. Contohnya ayamas. Ianya adalah milik penuh KFC holding malaysia dan keuntungannya adalah milik syarikat Malaysia sahaja.

Sekian harap maklum.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Saudara Azmi.

Saya membuka kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk memilih. Tidak pula saya berniat untuk menyiasat lebih lanjut tentang KFC ini cukuplah sekadar saya paparkan seperti yang telah dikatakan oleh TS Mohammad Hashim sendiri.

Tindakan kita adalah agar tidak memberi mudarat kepada JCORP dan dalam masa yang sama kita secara peribadi menyumbang sejumlah wang bersama jemaah yang lain membantu mangsa perang di Gaza.

Terima kasih kerana sudi respon

WeBViDeOKLiP said...

kalo nak boycott,boycott brg2 yg tiada atau kurang related ngan org islam.support produk melayu islam

Musz said...

Setuju tu.. janganlah kita boikot barangan bangsa kita sendiri...
Setiap penjualan yang tak mencapai target, kesannya kepada pekerja KFC yang rata2 terdiri daripada bangsa kita...Berkemungkinan untuk dipotong gaji mengikut jam bekerja mereka sekiranya x mencapai target.. Kesianlah kat saudara mara kita kat malaysia ni jugak.

xbody heere said...
This comment has been removed by the author.
xbody heere said...

'membayar yuran penggunaan nama' ya ya aku tahu. Ini mesti bayar bulan2 atau setahun. sanggupkah kita menggalakkan kehancuran saudara kita di sana semata-mata untuk mengisi periuk nasi org kita sendiri? sejauh manakah jcorp memberi dana kepada palestine? adakah ia berbaloi? kenapa perlu berniaga melalui kfc? bukankah ada banyak lagi peluang perniagaan yang boleh diusahakan? Kalau nak berniaga jangan guna cara yang salah, takut nanti tak berkat.