Sunday, January 18, 2009

Jangan Ungkit Sejarah: MCA, GERAKAN dan DAP sudah lama tidur sebantal





Apabila MCA, Gerakan minta henti ungkit soal sejarah sepantas kilat fikiran teringat tentang permintaan mereka berkehendakkan kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri ke dua diwujudkan untuk MCA pada tahun 1980an. Kesemua permintaan dan suara-suara sumbang ini kedengaran ketika UMNO dan Melayu berpecah dan berada di dalam keadaan yang lemah.

Perlu diingat Kolej Tunku Abd Rahman (KTAR) itu pun diminta kerana UMNO mewujudkan Intitut Teknologi Mara (ITM),mereka menuntut KTAR untuk pelajar-pelajar Cina menyambung pelajaran ,walaupun mereka menjanjikan 10% untuk bumiputera. Apakah realitinya sekarang?

Utusan Malaysia melaporkan.
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Semua pihak diminta berhenti mengungkit soal sejarah yang boleh menjurus kepada tercetusnya ketegangan kaum di negara ini selain menjejaskan perpaduan antara rakyat. Timbalan Ketua Wanita Gerakan, Ng Siew Lai berkata, tindakan itu penting terutama pada waktu negara sedang berhadapan dengan situasi mencabar ekoran krisis ekonomi dunia.

''Semua pihak harus berfikiran terbuka dan berganding bahu untuk mengukuhkan hubungan muhibah serta menyemai semangat saling memahami antara rakyat pelbagai kaum di negara ini. ''Sama ada kita suka atau tidak, sejarah tidak boleh diubah lagi. Ia sebaliknya perlu dijadikan panduan dan pengajaran oleh generasi baru dalam usaha kita mewujudkan sebuah negara yang maju dan makmur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Jawapan : Kalau sejarah boleh menjurus kepada ketegangan kaum, lebih baik hapuskan matapelajaran Sejarah di sekolah- sekolah dan universiti-universiti. Kementerian Pelajaran baru hendak mencadangkan subjek sejarah di ajar di sekolah rendah, Ng Siew Lai pula meminta jangan diungkit soal sejarah.

Siapakah yang tidak berfikiran terbuka? Siapakah yang sebenarnya hendakkan perpaduan?
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan oleh Allahyarham Tun Abd.Razak b Hussien pada tahun 1970 yang mana akhirnya bertujuan untuk Perpaduan Nasional DEB mempunyai serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Namun begitu siapakah yang menentangnya dan mencadangkan supaya ia dihapuskan sedangkan tujuan sebenarnya adalah Perpaduan Nasional?

Siapakah yang menolak sekolah wawasan? Kewujudan SRJK (C), SRJK(T) dan Sekolah Kebangsaan hanya melahirkan perpaduan yang palsu, hipokrit dan tidak akan tercapai sehingga hari kiamat. Siapakah yang menolak perpaduan?

Siew Lai berkata, rakyat di negara ini harus saling menghormati antara satu sama lain, pandang ke depan dan bukannya menafikan kebenaran peristiwa bersejarah yang telah berlaku. ''Kita juga tidak mungkin berdendam dengan pihak British atas apa yang mereka lakukan pada waktu itu kerana banyak lagi perkara penting yang perlu kita laksanakan demi keselesaan hidup semua rakyat," ujarnya.

Jawapan : British tetap penjajah. Penjajah tetap menindas dan menganaktirikan pribumi kerana hanya pribumi saja yang berhak menuntut Tanah Melayu ini mencapai kemerdekaan. Pribumi dibiarkan miskin, tidak berilmu dan tidak berharta supaya British akan lebih lama menjajah Tanah Melayu yang kaya raya ini. Dasar Pecah dan Perintah British menguntungkan penduduk pendatang khususnya Cina yang telah maju berpuluh tahun sebelum Tanah Melayu merdeka pada 1957.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng berkata, semua rakyat di negara ini tidak kira kaum bumiputera atau bukan bumiputera telah bersama-sama membangunkan negara ini sejak kemerdekaan. ''Golongan bukan bumiputera bukannya tinggal di negara ini tanpa memberi sebarang sumbangan. Mereka turut mempunyai semangat kebangsaan dan keazaman untuk memajukan Malaysia supaya ia disegani negara lain," katanya.

Jawapan : Perlu diingat apakah sumbangan bukan bumiputera ketika orang Melayu berjuang ketika cadangan Malayan Union pada tahun 1946. Mereka tidak berjuang bersama Dato'Onn kerana Malayan Union itu menberi keuntungan kepada mereka terutama isu kewarganegaraan. Apa sumbangan bukan Bumiputera ketika Tanah Melayu di serang Jepun? Siapakah yang mempertahankan Singapura sebagai benteng terakhir kalau bukan Leftenan Adnan dan askar-askar Melayu?

Siapakah yang berjuang menentang Bintang Tiga dan komunis? Siapakah yang gugur mempertahankan negara tanah pusaka ini dan siapakah yang ramai disembelih, direbus dan disalai hidup-hidup oleh Bintang Tiga pada pada tahun 1945 dahulu. Sebutkan seorang nama pejuang bukan bumiputera yang gugur kerana mempertahankan tanah air ini sebelum merdeka 51 tahun yang lalu.

Ketika Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan, orang Melayu telah diletakkan syarat oleh British supaya menerima Cina dan India tinggal di Tanah Melayu. Ini adalah syarat untuk merdeka. Melayu tiada pilihan lain. Pendek kata, Melayu sudah menebang hutan dan belantara, mereka datang hanya membuat lorong. Melayu sudah menebas semak dan samun mereka hanya datang menghamparkan permaidani.

Tambahnya, kaum bukan bumiputera di Terengganu dan Kelantan dapat menjalani kehidupan mereka dengan selesa dan gembira meskipun hampir 90 peratus penduduk di sana ialah kaum bumiputera. ''Ini adalah contoh yang paling baik untuk kita buktikan faktor perbezaan kaum, agama dan budaya tidak menjadi batu penghalang dalam usaha melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni. ''Keadaan sedemikian boleh disuburkan jika semua pihak mengamalkan sikap saling menghormati, memahami dan toleransi," kata beliau.

Jawapan : Jangan ambil contoh jumlah 10% di Terengganu dan Kelantan. Cina di sana sudah diasimilasikan dengan budaya dan adat resam Melayu. Bertutur pun mengikut dielek Melayu tempatan. Begitu juga di Indonesia yang sudah diasimilasikan oleh Jawa dan Bangsa Indonesia. Bagaimana pula dengan Cina di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Johor, dan negeri-negeri Pantai Barat yang lain. Sama kah mereka dengan Cina yang seperti antah beras di Kelantan dan Terengganu itu. Walaupun mereka minoriti tetapi mereka kaya raya dengan bantuan Melayu yang menghuni 90% penduduk di kedua-dua negeri itu.

Kesimpulannya MCA dan GERAKAN tidak suka diungkit sejarah Malaysia ini kerana mereka di pihak yang rugi dan sedar sejarah datuk nenek moyangnya di sini. Lee Kuan Yew terpaksa memadamkan sejarah Temasik dan Sejarah kesultanan Johor dalam sejarah Singapura Moden untuk generasi Singapura pada masa akan datang.

Bukankah idea ini sama dengan idea Lee Kuan Yew. Siapakah pewaris PAP di Malaysia kalau bukan DAP. Oleh itu MCA, GERAKAN dan DAP memang sudah lama tidur sebantal cuma parti saja berbeza tapi matlamatnya sama.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

Salam Amir Hamzah,
MCA dan Gerakan terdesak kerana ditolak rakyat.
DAP gembira kerana ada Anwar membantu mereka mengejar fantasi.
MCA dan Gerakan cemburu disebabkan itu. Sama-sama pula ketiga-tiga parti ini menimbulkan isu-isu sensitif demi kelangsungan parti masing-masing.

Adakah melayu akan duduk diam?
Anwar pasti akan diam.

Pemimpin lain?

Kita cuma ada satu tanah air. Mereka ada di merata dunia. Adakah kita akan hilang satu tanah air ini?
Bukan bersifat perkauman tetapi ini realiti. Lihat Singapura, melayunya dimana?

Teruskan menulis tentang sejarah, mereka yang tidak menghargainya. Ibarat orang tanpa identiti. Ibarat orang lupa diri.

Wassalam.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam sdr kumbang,

Saya setuju dengan pendapat saudara. MCA dan Gerakan GABRA apabila mereka 'hancus' dlm pilihanraya Mac 2008. Skrg mereka nak jadi juara masyarakat Cina.

DAP kita tahu musuh politik yang nyata. MCA dan Gerakan macam gunting dalam lipatan. Telunjuk lurus kelingking berkait. Mereka bukan kawan yang setia, bila-bila masa boleh 'tikam belakang'. Mereka sentiasa mencari peluang, Melayu lemah mereka akan 'naik tocang'

Apahal pun Melayu sentiasa bersedia. Kembali semula bertaut.Ambil jalan tengah kurangkan pertikaian.

Kita mintak Anwar bersara saja. Buat apa terlibat politik kalau ianya merosakkan Melayu. Perjuangan apa yang hendak dibawa. Masa jadi TPM kenapa tidak memulakan perjuangan. Bila dah tidak ada kuasa baru nak 'menyalak ke hulu ke hilir'

Zamannya sudah berakhir. Sudah-sudah la tu........

Terima kasih sekali lagi
wassalam.

Kembara Politik said...

Assalamualaikum,

Teruskan menulis.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

waalaikumsalam

Terima kasih kembara politik.