Saturday, January 10, 2009
Israel - Palestin DAN Singapura - Malaysia
Melihat kepada pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza sememangnya sesuatu yang menyayat hati berbaur dengan api kemarahan. Pertolongan rakyat Malaysia agak terbatas.Memadai dengan bantuan makanan dan ubat-ubatan, wang ringgit dan doa. Kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza menyebabkan kadang-kadang kita berfikir pencerobohan ,pembunuhan dan penjajahan yang sama mungkin akan berlaku di negara tercinta ini.
Datuk Ron dalam laman blognya Kuda Kepang menyebut, 'Sebenarnya, pemisahan Singapura dari Malaysia sama sekali tidak menamatkan kempen Malaysian Malaysia. DAP yang lahir sebagai “anak PAP” hasil daripada pemisahan itu terus memperjuangkan matlamat PAP itu'
Pemisahan Singapura daripada Malaysia pada 1965 bukan sesuatu pemisahan yang mutlak. Bukan semua pengikut PAP dan pengikut Lee Kuan Yew berhijrah ke Singapura. Sebahagian besarnya masih berada di Malaysia dan memberi sumbangan amat besar kepada kejayaan menguasai sekurang-kurangnya 3 negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Ini bermakna kuasa politik orang Melayu bukan sahaja dicabar oleh negara jiran di selatan tanah air tetapi juga oleh sebahagian besar penduduk-penduduk yang membenci konsep 'ketuanan Melayu' dan 'hak-hak istimewa orang Melayu'. Konsep 'Malaysian Malaysia' tidak akan malap malah akan terus meluap dan membakar jiwa generasi ke satu generasi mereka seperti mana orang-orang Melayu sedang berhempas pulas mempertahankan hak-hak mereka.
Kemungkian Malaysia menjadi seperti Gaza tetap ada jika dilihat siapakah disebalik pencetus kepada konsep 'Malaysian Malaysia' itu. Salleh Yusof dalam Utusan Melayu 8 Ogos 1965, menyatakan bahawa Malaysian Malaysia adalah konsep perjuangan untuk menghapuskan hak-hak istimewa Melayu – walaupun PAP setuju dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia tidak setuju cara pelaksanaannya.
Tetapi, siapakah yang sebenarnya mengilhamkan konsep tersebut? Lee Kuan Yew (LKY)atau Alex Josey, wartawan Yahudi yang menjadi penasihat politik LKY?
Menurut Ong Eng Guan, Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Singapura, konsep 'Malaysian Malaysia' dicipta oleh LKY selepas beberapa bulan kembali dari satu lawatan ke Australia dan New Zealand dalam tahun 1965. Apakah motif kenyataan Eng Guan itu? Adakah beliau cuba menyampaikan mesej bahawa konsep Malaysian Malaysia sebenarnya ilham Alex Josey? Kalau bukan demikian niatnya, mengapakah beliau secara sukarela menyatakan bahawa Alex Josey pernah bekerja di Palestin dan mempunyai pengalaman yang luas untuk “memecah-belahkan bangsa-bangsa di sana? Dan, akibatnya, Palestin kini terbahagi dua – Israel dan Jordan? - petikan :Kuda Kepang.com
Singapura juga mengambil seorang Yahudi untuk menjadi penasihat ketenteraannya. Memang tidak diragui bahawa Yahudi ini adalah satu kaum yang cerdik dan pintar (rujuk Utusan Malaysia, 14 Januari 2008 bertajuk 'Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam'
Tetapi dengan kehadiran Yahudi yang begitu hampir dengan negara kita disamping mempunyai sejarah dan pengalaman, Melayu dan Malaysia harus berwaspada dan tidak boleh leka.
Dari segi hubungan luar antara Malaysia -Singapura sememangnya baik. Semangat ASEAN dan konsep ' Bebas, Aman dan Berkecuali' masih dipatuhi dan dihormati oleh kesemua negara-negara anggota. Dalam keadaan yang berlaku di Gaza, segala perkara yang dianggap haram di dunia global akan menjadi halal apabila Israel dan Amerika melakukannya. Apakah jaminan kita terhadap konsep Bebas, Aman dan Berkecuali itu dipatuhi jika kemaruk kuasa dan nafsu serakah menguasai diri.
Banyak perkara-perkara yang dilakukan oleh kerajaan Singapura yang boleh membuat timbulnya rasa syak wasangka yang keterlaluan berhubung dengan apa yang berlaku di Gaza dan Palestin. Isu pencerobohan ruang udara oleh jet-jet pejuang tentera Singapura bagi tujuan latihan ketenteraan amat merungsingkan rakyat Malaysia yang duduk di Selatan. Ianya membabitkan soal-soal keselamatan negara terutama sekali soal risikan dan sistem pertahanan negara itu sendiri.
Penambakan pasir yang berterusan sehingga kini yang menyebabkan Selat Tebrau semakin tohor juga boleh mengancam pelabuhan-pelabuhan Malaysia seperti Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas. Keadaan yang sama berlaku di Asia Barat
Isu untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh daripada Singapura pun semakin kabur. Sepatutnya usaha-usaha mencari bahan bukti baru semakin giat dijalankan bagi mencabar semula hak ke atas Pulau Batu Putih. Sesungguhnya Pulau Batu Puteh memang hak milik Kesultanan Johor Darul Takzim. Pulau ini juga warisan bangsa Melayu di bumi Malaysia yang berdaulat dan merdeka. Inilah hakikatnya. Inilah sejarahnya.
Tapi apa pentingnya Pulau Batu Putih kepada Singapura? Pulaunya ke atau perairanya ke? Tindakan Singapura itu walaupun tidak menunjukkan kesalahan dari segi undang-undang tetapi ianya boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut. Dengan kamajuan teknoloji. perkembangan pesat ekonomi, kecanggihan ketenteraan, kebolehan rakyat-rakyatnya dan kepintaran pemimpin-pemimpinnya hampir sama dengan Yahudi, kedudukan Malaysia sangat merbahaya.
Persamaan yang ada di antara Israel dan Palestin, Singapura dan Malaysia ada lebih dan kurangnya iaitu ilmu, pendidikan dan pelajaran.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanya mungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment