Thursday, January 8, 2009

Apabila Ulamak Politik Di Maki.







Sejak kempen Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu bermula, banyak laman-laman web wujud yang menyiarkan berita-berita terkini tentang pilihanraya tersebut. Lebih menarik lagi website-website tersebut menyediakan ruang seluas-luasnya kepada pembaca untuk mengirim artikel dan tulisan-tulisan mereka. Bagi menarik lebih ramai melawati website tersebut ada pulak ruangan foram berkenaan sesuatu tajuk yang diutarakan.

Kemudahan IT sebegini sangat berkesan untuk penglibatan rakyat terbanyak untuk mengikuti perkembangan semasa dan isu-isu terkini. Sama ada website itu penyokong kerajaan atau pembangkang, ianya sudah menjadi lumrah bagi sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Hujah, pendapat, pandangan, cadangan, dan percambahan fikiran amat digalakkan. Namun penghujahan di alam maya ini membuka peluang kepada sesetengah pihak untuk mengeluarkan kata-kata atau ungkapan yang kurang enak.

Kalau yang terkena peluru itu, Menteri, Timbalan Perdana Menteri hatta Perdana Menteri pun sudah menjadi halwa mata membacanya. Sudah tidak rasa apa-apa pun apabila Pak Lah atau Najib terkena peluru penulis-penulis foram atau penulis-penulis artikel.Walau pun saya bukan penyokong dan peminat Parti Islam Se Malaysia (PAS), tetapi tersentak juga bila pemimpin-pemimpin mereka yang terdiri daripada ulamak-ulamak dihamburkan dengan kata-kata kesat.

Kalau takut dilambung ombak, jangan dirikan rumah di tepi pantai. Kalau sudah masuk ke dalam politik terima saja seronoknya, gembiranya, bahananya dan celakanya. Kalau ulamak pun sudah bercakap macam ahli politik biasa, siapakah yang boleh menahan orang lain untuk mempertikaikan apa yang ulamak politik katakan. Antara tajuk-tajuk tulisan yang menyerang ulamak- ulamak PAS seperti tajuk-tajuk ' Nik Aziz dan rasuah politik', 'Nik Aziz bangkrap Idea' Nik Aziz Pembohong' 'Hadi Awang lidah bercabang' dan banyak lagi penulisan rakyat biasa yang melepas geram kepada tokoh-tokoh ulamak tertentu. Yang membaca pun terasa hati, apatah lagi empunya badan.

Apa nak di kata, kalau dah masuk ke dalam tong taik, sedikit sebanyak terpalit juga.
Tidak kurang juga mereka menghentam Parti ISLAM SeMalaysia (PAS). Perkataan ISLAM pada parti tu yang tak seronok di dengar. Kalau ada kutukan terhadap parti berkenaan terasa juga sebab ada perkataan ISLAM. Tapi layakkah parti PAS itu dinamakan parti Islam. Lihatlah contoh-contoh ini: ' PAS PARTI LOKLEK DAN TOK ROK CE'TONG!! - DATUK IDRIS JUSOH',' PAS pelawak Sarkas - Anwar', 'PAS PARTI TAK ADA PRINSIP!!!' dan lain-lain lagi.

Kalau lihat pula website-website pro-pembangkang lebih dahsyat lagi ungkapan-ungkapan seperti 'UMNO Yahudi', 'UMNO parti menyundal'dan lain-lain yang tak tergamak hendak menyebutnya. Jadi, penyokong-penyokong parti Islam ini pun tidak menunjukkan akhlak yang baik. Kadang-kadang rasa keliru jugak kerana parti, penyokong dan pemimpin Islam ini tidak menunjukkan akhlak yang lebih baik dari parti-parti sekular yang lain. Kaedah menghalalkan cara ini digunapakai jugak oleh golongan ulamak ini untuk mencapai matlamat politiknya.

Walau dalam keadaan sedih dan malu, tapi apakan daya rakyat yang tidak mempunyai kuasa dan harta untuk mencadangkan ketidak wajaran digunakan perkataan Islam dalam parti siasah di negara ini. Jikalau parti ini dapat membezakan batang tubuhnya dengan parti-parti sekular yang lain dengan memaparkan akhlak yang baik dan mentarbiah secara bijak sana, mungkin kita boleh berasa bangga.


Amir Hamzah
Batu Pahat.

2 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Saya suka mengingatkan semua bloger agar bersopan dan berbudi bahasa semasa menulis, disini orang boleh menilai sikap bloger itu sendiri. Sama ada go*blog atau bijaksana. Apa lagi memaki ulamak tak kira mereka ulama PAS,PKR atau UMNO sekali pun. Ulamak itu pewaris nabi dan rasul.

Tak kisahlah mereka bloger UMNO, PKR atau PAS, kita semua saudara seagama dan sebangsa. Ingat saudaraku. Jika kita tersesat jalan, kita akan mencari ulamak untuk rujukkan.

Ada satu pantun lama berbunyi - "ANAK ITIK PANDAI MENARI, ANAK ANGSA TERLOMPAT-LOMPAT, RUPA CANTIK DAPAT DICARI, BUDI BAHASA MANA NAK DAPAT." - masa tu saya masih dibuaian lagi, arwah mak saya pantunkan sampai saya terlena dalam dodoian kasihnya.

Salam bro-bro bloger semua.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam zedmagel,

Saya setuju sangat dengan saranan saudara. Apa lagi yang ada pada Melayu dan Islam kalau bukan budi bahasa dan akhlak yang baik.

YANG KURIK ITU KENDI
YANG MERAH ITU SAGA
YANG CANTIK ITU BUDI
YANG INDAH ITU BAHASA.