Thursday, April 9, 2009

KJ : Yang Menang Tidak Menang Semua.


Yang Menang Tidak Menang Semua. Ini lah ungkapan yang sesuai untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menang dalam pertandingan sengit dalam PAU baru-baru ini. Khairi Jamaluddin (KJ) meraih 304 undi melayakkannya menjadi Ketua Pemuda UMNO menggantikan Hishamuddin yang telah melepasi had umur.

Petang tadi, ramai yang tidak terkejut apabila beliau tidak tersenarai dalam kabinet baru Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh PM di Putrajaya petang 9 April lalu. Kabinet rakyat ini dikatakan cuba untuk memenuhi aspirasi rakyat dengan tidak mengambil risiko melantik orang-orang yang berisiko tinggi.



Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak dilantik di dalam kabinet berkata, Khairy masih lagi Ketua Pemuda dan berpendapat ia tidak menjadi masalah kepada Ketua Pemuda itu. " Kita akan bantu dia perkasakan Pemuda,"katanya.



Yang Kalah Tidak Kalah Semua sesuai pula untuk Mukhriz yang tewas dalam jawatan Ketua Pemuda kepada KJ. Beliau mendapat undi ke tiga terbanyak iaitu 232 undi di belakang KJ dan Khir Toyo. Walaupun dengan undi sebanyak itu tetapi undi itu dilihat sebagai undi yang bersih dan ikhlas daripada perwakilan pemuda.

Walaupun kalah sebaliknya Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Industri. Ada yang melihat perlantikan Mukhriz sebagai memenuhi kehendak akar umbi. Ada juga yang nakal mengatakan Najib masih lagi dibelenggu oleh rasa 'malu-malu' dengan Tun Mahathir. Pendapat yang ini lebih nakal dan keterlaluan apabila nasib KJ akan menjadi lebih buruk daripada bapa mertuanya. Kemasukan Mukhriz ke dalam kabinet menandakan politik KJ akan berkubur!



Individu-individu lain yang bertuah tetapi kalah dalam pemilihan UMNO baru-baru ini antaranya Datuk Seri Rais Yatim yang dulunya Menteri Luar kini Menteri Penerangan,Komunikasi,kesenian dan Kebudayaan. Begitu juga Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin masih berpeluang berkhidmat di dalam Kabinet Rakyat ini walaupun tewas perebutan Naib Presiden.

Lebih bernasib baik ,ada juga yang menang tapi menang semua. Orang yang bertuah itu ialah seperti Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat Jalil kembali sebagai Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat. Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula dilantik Timbalan Menteri Kesihatan. Pemuda UMNO nampaknya diwakili oleh Naibnya Datuk Razali Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Muar yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.



Akhir kata terima kasih dan tahniah serta sekalung penghargaan kepada tujuh menteri lama yang digugurkan iaitu Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Kerjaraya), Tan Sri Amirsham Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Pembangunan Luar Bandar), Datuk Azalina Othman (Pelancongan), Datuk Seri Syed Hamid Albar (Dalam Negeri), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan). Terima kasih dan penghargaan juga kepada Menteri yang paling berprinsip Datuk Shahrir Samad (Pengguna) yang meletakkan jawatan sebelum pengumuman kabinet.

Selamat bertugas kepada 'Pasukan baru ' Najib-Muhyiddin.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

5 comments:

KINAS said...

Saya juaga ingin mengucapkan selamat bertugas kpd barisan kabinet baru

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam JASA,

Tidak ada yang mengejutkan mengenai Kabinet Baru ini. Biasa-biasa saja.

Cuma sedikit kejutan KJ tidak mendapat tempat. Namun rakyat sudah ada jawapannya dan jawapan itu betul

Tahniah dan selamat bertugas kepada semua khususnya kepada pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi tenaga pelaksananya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Zainal,

Saya juga tidak bersetuju dengan penutupan Kementerian Usahawan dan Koperasi walaupun saya bukan usahawan.

Saya berharap usahawan2, kontraktor2dan koperasi-koperasi akan memberi cadangan dan berdiskusi dengan PM. Buat masa ini PM mungkin ada alasan-alasannya tetapi jangan bimbang kerana mottonya “people first, performance now”

zedmagel said...

Bro Amir,

Tahniah kepada barisan kabinet baru. Selamat memikul beban-beban negara yang sedia ada. Kalau dah tau tak larat nak memikul bolehlah letak jawatan segera, biar YAB PM menggantikan dengan yang baru.

Saya simpati dengan nasib KJ yang tidak diberikan jawatan dalam kabinet semasa, walaupun beliau menang KPUM. Tetapi beliau sendiri dilihat dapat menerima kabinet baru ini.

Saya lihat saudara selalu cenderung membuat andaian sendiri -sering meneka dalam kegelapan. Wal hal perkara itu belum jelas lagi. Saudara perkara yang TERAMPAI janganlah dispekulasikan, ini sikap yang tidak baik.

Saudara ni suka mengejutkan harimau yang tidur, menjolok sarang tebuan dan seorang yang provokatif. Ubahlah sikap - be a good idealisme politician.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Terima kasih atas nasihat saudara.
Nasi Bariyani memang sedap berlaukkan kambing bro. Kalau berlaukkan ayam, kawan tak berapa minat. hahaha

Bagi la menteri-menteri bekerja setahun dulu. Barulah kita buat penilaian. Ketua-ketua jabatan dan setiausaha kementerian juga jangan lepas tanggung jawab atau mereka ini yang banyak sabotaj kerajaan?