Saturday, April 25, 2009

Taska dan Tabika KEMAS - 'Berani Berubah'


Saya gembira dan bersyukur kerana Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Kamajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mengambil inisiatif untuk membantu rakyat khususnya dalam Program Pengasuhan Kanak-Kanak atau lebih dikenali sebagai(Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Program Pendidikan Prasekolah atau lebih terkenal dengan nama (Taman Bimbingan Kanak-kanak(TABIKA).

Saya melihat kepada keperluan TASKA dan TABIKA ini sangat mendesak dan sangat diperlukan oleh ibubapa.Merujuk kepada TASKA, program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Progrm Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat

Bagi TABIKA pula ianya untuk memberi bimbingan kepada kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. TABIKA berkonsepkan memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis)

Saya melihat, kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun ini di kedua-dua Taman Asuhan dan Taman Bimbingan ini tidak memanafaatkan secara maksima mengasuh dan membimbang kanak-kanak ke arah melahirkan insan yang soleh dan solehah. Kita secara umumnya akan dapat melihat kepada perbezaan pembentukan pendidikan daripada kanak-kanak yang bersekolah di Tabika KEMAS atau mana-mana Tabika Islam yang dianjurkan oleh pihak swasta atau tadika-tadika parti politik.


Saya berpendapat TABIKA dan TASKA anjuran KEMAS ini perlu mengemaskinikan lagi pengisian pendidikan awal kanak-kanak menjurus terus kepada pendidikan dan akhlak Islam. Saya melihat, ibubapa-ibubapa lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke PASTI atau Tadika Islam swasta yang lain kerana tadika-tadika ini lebih berjaya membentuk akhlak dan sahsiah anak-anak mereka walaupun mereka terpaksa membayar lebih.

Siapakah yang menghantar anak-anak mereka ke Tabika KEMAS? Selalunya mereka yang kurang keupayaan dan rakyat berpendapatan rendah lebih-lebih lagi tiada kos menghantar anak ke Tabika KEMAS. Adakah kerana ianya ditanggung oleh kerajaan maka kita mengabaikan amanah memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak seawal usia mereka. Bagi saya tidak ada pendidikan non-formal dalam mendidik anak-anak ke arah pembentukan insan kamil. Pendidikan awal kanak-kanak perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh supaya akidah dan akhlak Islam betul-betul tertanam dalam hati dan jiwa kanak-kanak Melayu kita.


Pendidikan awal kanak-kanak kita di Tabika KEMAS banyak meniru kepada sistem pendidikan barat maka sudah tiba masanya Tabika KEMAS berani berubah untuk balik kepada sistem pendidikan Islam yang menjadi teras kepada kehidupan orang-orang Melayu. Kebanyakan daripada kita beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran,akidah,akhlak dan tauhid kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar.

Misalnya Tabika KEMAS boleh menjurus terus kepada pendidikan Al-Quran yang menjadi pegangan hidup orang Melayu. Jangan biarkan anak-anak ini dihabiskan masa untuk bermain dan bermain. Mereka akan terus bermain hingga ke Tahun 1 hingga 6 dan seterusnya terus bermain hingga ke sekolah menengah. Ini kerana minda kanak-kanak ini telah ditanam dengan keseronokan bermain sambil belajar sejak berumur 4-6 tahun lagi. Itulah realitinya apa yang terjadi kepada pelajar-pelajar kita di peringat sekolah menengah.


Saya suka mengambil contoh kepada pendidikan tentang solat dan pendidikan Al-Quran yang perlu ditanam diperingkat umur 4-6 tahun ini. Mentaliti dan paradigma seperti yang ada pada hari ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian.

Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi. Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu.

Sebagai seorang Melayu Islam malah sebagai ahli UMNO saya wajar memberi cadangan kepada kerajaan tentang kehendak akar umbi rakyat tentang kecelaruan yang berlaku kepada remaja-remaja masa kini dengan pelbagai masalah sosial. Maka kita perlu mencari puncanya. Salah satu sebabnya ialah silapnya kita mengasuh, membimbing dan mendidik anak-anak kita di peringkat awal.

Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak. Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan. Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah:

1.Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.

2.Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.

3.Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.

4.Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.

5.IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini.

6.Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.

7.Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil.

8.Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan.

Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuan tersebut, adalah amat penting berkenaan dengan pendidikan awal kanak-kanak ini. Jika KEMAS berani berubah saya yakin dan percaya ianya pasti akan memberi keyakinan ibubapa-ibubapa dan masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke TASKA dan TABIKA KEMAS. Kasihan anak-anak kita yang sepatutnya mendapat hak untuk mempelajari ilmu agamanya tetapi banyak menghabiskan masa untuk bermain dan menyanyi. Maka saya berkeyakinan jika agama, budaya dan bahasa dapat digarapkan secara bersepadu ,saya yakin dan pasti, 10 atau 15tahun akan datang kebejatan sosial remaja hari ini akan dapat diatasi secara beransur-ansur melalui Nur Islam dan Budaya Melayu yang indah oleh kerajaan yang memerintah hari ini.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

12 comments:

PARPUKARI said...

KITA KENA BERUBAH SEKARANG SEBELUM KITA DI UBAH KEMUDIAN!

TAAVEEKUN PERAK said...

UMNO must change totally its "rusty image". Even its logo must change.Get rid of the useless "rusty keris" and replace with a symbol that reflects a real ONE MELAYU !! Our cultural, social, educational and political environment have changed drastically and UMNO must "overhaul" its vision and mission to face new challenges. Our needs and aspirations are now totally different from 50 years ago. We are now living in a very complex and sophisticated world and we must adjust accordingly. Our hopes and expectations are very high and we expect UMNO leaders to be more focus and transparent in carrying out their responsibilities. They must be seen at all times to have the highest integrity of the first order or else UMNO will failed miserably to get the respect due from the Malays.

Geng Samudera said...

Salam semua,

TAHU TAKPE....SO,JANGAN KAKI TERPIJAK TAHIK KAT JALANRAYA BARU NAK BERSIHKAN.....

KENA BERSIHKAN DARI SEKARANG BARU GENERASI AKAN DATANG RESPEK

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Parpu Kari,

Sekali air bah, sekali pantai berubah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam rahman,ahchong,muniandy,

If you want to change, you should change all the Malaysian. Not only for UMNO. You are very idealistic at this moment. Our cultural, social, educational and political environment have changed drastically and all Malaysian must "overhaul" its vision and mission to face new challenges. Whom to want change first?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,

BN bukan parti yang statik tetapi ianya bersifat dinamik. Cuma BN tidak mendapat teguran-teguran yang membina. Kalau ada teguran-teguran tidak sampai ke peringkat atasan. Pegawai-pegawai kerajaan atau wakil rakyat kadang kala tidak menyampaikan keperingkat pembuat dasar. Dengan teknologi moden sekarang kita boleh e-mail terus kepada PM melalui website www.1malaysia.com.

Geng Samudera said...

Pak Amir,
Bukan apa,ada sesetengah tuh cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.

Buat dekk jerk.pekak ke aper?..hehehehehe..jgn maree

Saya teringat cerita P.Ramlee dalam madu tiga.Dia pagi tu balik ke rumah pastu nak pergi kawin lagi satu.Sampai umah dia,tukar baju Melayu..butang tak jumpe...
Hehhehe..pekik kat bini dia yang main mahjung...
"Pahhh...butang baju abang maner?
Ishh..asyik main mahjung jee...dah tue-tue pun buduh!!...

Hehehe....

Sang Pangeran

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,

Nak buat pekak ke, nak buat buta ke lantak le dia. Yang penting kita bagi tau saluran yang betul, masa yang betul dan tempat yang betul.

Nak dengar ke, tak nak dengar ke buat lah pertimbangan. Kalau ada pertimbangan lain tentu ada sebab. kalau tak nak bagi sebab pun tak mengapa. Sekurang-kurangnya kita tahu cadang itu ditolak atau diterima.

Yang penting kita menegur, langkah pertama boleh bisik-bisikkan pada penyelia KEMAS Daerah tentang cadangan kita dan seterusnya......

Geng Samudera said...

Okay pak amir,
nanti saya usulkan cadangan2 masuk akal dan yang tak masuk akal ke email pak amir....

Cakap byk pun x guna,action must be done as quick as possible..heheheeee

Hidup Pak Amir!!..yezaaaa

Pangeran

zedmagel said...

Bro Amir,

KEMAS dah banyak berubah kita saja yang tak berubah-rubah. Atau kita tak sedar.

Usul saudara boleh di bawa ke website KEMAS untuk rujukan. Saya sangat setuju tu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam geng samudera,

email saya : amirhamzah_daddy@yahoo.com.my

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Cadangan kawan bukan bagus sangat. Kalau Kak Pah baca pun dijuihkan aje. hehehe.

Insyaallah kawan akan bawa cadangan ini ke website KEMAS......

Bro jangan kata 'kita' yang tak berubah. Salah tu bro....'Kita' tu macam termasuk kawan tau. Bab ni kawan tak nak campur.