Monday, April 27, 2009

Syarat Nik Aziz Macam Syarat Puteri Gunung Ledang.


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemungkinan terasa tertipu dengan helah PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hadi mungkin sudah mencium bau bahawa PAS hanya menjadi alat kepada ke dua parti itu semata-mata untuk mendapat kuasa daripada BN.PAS hanya menjadi pemangkin kepada sokongan Melayu sedangkan kedua-dua parti multi racial itu sudah cukup untuk menampung pengundi Cina dan India.

Hadi mungkin baru perasan selepas pilihanraya ke 12 lalu bahawa PAS berjaya memecahkan undi Melayu dan dalam masa yang sama undi Cina dan India menjadi penentu bagi banyak kawasan majoriti Melayu. Kelicikan Anwar yang menjadi master mind semasa pilihanraya ke 12 menyebabkan Pakatan Rakyat mendapat laba yang besar dengan menguasai 5 negeri. PAS mendapat kemenangan mutlak di dua buah negeri Melayu, DAP mendapat kemenangan mutlak di Pulau Pinang. Sementara di Selangor dan Perak adalah kerajaan campuran antara PKR,PAS dan DAP bagi menafikan kekuasaan BN di dua negeri tersebut.

Walaupun di Perak, PAS adalah menteri besar, tetapi semua sedia maklum bahawa Nizar hanyalah MB boneka memandangkan beliau dikeliling oleh 18 ahli DUN DAP termasuk 6 exco kerajaan negeri. Kerajaan Perak boleh dikatakan di dominasi oleh DAP dengan Nizar terkonteng-konteng seorang diri. Melihat keadaan yang meruncing bagi politik Melayu maka terfikirlah di benak kepala Hadi untuk bergabung dengan UMNO yang menjadi musuh politiknya sepanjang zaman.

Namun cadangan KERAJAAN PERPADUAN Datuk Sri Abdul Hadi telah ditentang lantang oleh Mursyidul am Parti Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan alasan beliau tidak mahu sejarah tahun 1973 kembali lagi, di mana parti Pas telah digugurkan dari komponen Barisan Nasional. Sejarah mengajar manusia dan pengalaman pahit itu membuatkan Nik Aziz menjadi serik untuk bekerjasama dengan UMNO. Politik memang penuh dengan tipu muslihat.

Parti Pas dan ahlinya kini berada dalam kekusutan serta terbelit dalam senorio arah tuju masa depan Parti Pas. Apakah makna sebenar KERAJAAN PERPADUAN yang dibawa oleh DS Hadi Awang?. Sebenarnya orang Pas dan juga pemimpin Pas juga tidak memahami apa yang sebenarnya presiden itu perkatakan kerana pemimpin Pas dan orang Pas terlalu sibuk dengan ceramah di sana dan di sini. Jadi mereka sebenarnya tidak memahami jenis-jenis kerajaan dalam ertikata Politik sebenar. Kerajaan Perpaduan yang diperkatakan oleh Presiden Pas itu bukanlah seperti "Coalition Goverment"dimana parti pembangkang dan parti memerintah bersama dalam kerajaan. Maka tersendirinya tiada pembangkang.

Parti pembangkang yang bersama coalition Goverment itu dikenakan beberapa syarat dan sebaliknya pula pada parti pemerintah. Syarat-syaratnya biasanya rapuh dan kerajaan pembentukan sebegini senang tumbangkan dengan undi tak percaya.Tetapi apa yang Presiden Pas mengatakan itu rasanya bukan Kerajaan Campuran tetapi "Unity Goverment" yang perlukan pendebatan.Kemungkinan di masa akan datang Unity Goverment ini perlu diberi perhatian secara mendalam dalan sisitem politik negara.Kerajaan seperti yang ada sekarang "Front Nasional" perlu difikirkan peranan dlam penyatuan orang-orang Melayu. Melayu berada di dua pihak (blog) antara Pembangkang dan Pemerintah yang sukar di persatukan. Ini akan merugikan bangsa Melayu itu sendiri di masa hadapan yang perlu bergantung kepada undi dari Bukan Melayu. (dipetik dari blog Rajahmas.blogspot.com)


Tetapi benarkah penolakkan Nik Aziz itu disebabkan kerana serik dengan pengalaman pada tahun 1973?. Bagaimana pula dengan pendedahan Nik Abduh anakanda Mursyidul Am PAS mendedahkan konspirasi di sebalik usaha cubaan menjatuhkan Presiden PAS. Nik Abduh mendedahkan konspirasi beberapa pembantu terapat Nik Aziz yang cuba mempengaruhi corak pemikiran Mursyidul Am PAS itu .

Nik Abduh turut berkongsi sebahagian perbualan bersama ayahandanya berhubung konsep gabungan "Unity Goverment" yang melibatkan campuran PAS-Umno yang pernah di cadangkan oleh Presiden PAS. Berdasarkan perbualan Nik Abduh dan Nik Aziz ini tentu kita akan mendapat persepsi yang berbeza dan sudah mendapat jawapannya tentang politik Nik Aziz yang dikatakan tinggi itu.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”


Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini? (http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/)


Saya tertarik dengan syarat Nik Aziz yang diberitahu kepada anaknya itu. Syarat menteri kewangan dan menteri pendidikan jika ingin bersama. Mendengar syarat Nik Aziz teringat saya kepada cerita Puteri Gunung Ledang dengan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:

1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati kuman.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.

Dalam kes ini, siapa yang berhendakkan siapa? UMNO yang mengadap PAS atau PAS yang merangkak berjumpa UMNO?

Bagi saya, kerajaan campuran ke , kerajaan perpaduan ke atau apa saja jenis kerajaan yang hendak dicadangkan jika ianya tidak ikhlas, tidak bersih hati, mempunyai kepentingan ianya pasti akan berakhir dengan kegagalan. Kepentingan agama, bangsa dan negara bukan menjadi pertimbangan utama bagi Nik Aziz. Nik Aziz meletakkan kepentingan diri dan kepentingan parti lebih utama daripada kepentingan umat Melayu dan umat Islam.

Saya percaya UMNO pun tidak terhegeh-hegeh kepada PAS. PAS sudah dikuasai sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim. Kumpulan Erdogan yang menyusup di dalam PAS telah berjaya mempengaruhi Nik Aziz dan meyekat Hadi Awang. Selama ini pun, PAS bukan boleh bergerak sendiri, kecuali menguasai Kelantan. Anwar telah membantu PAS menguasai Kedah dan menambah beberapa kerusi Parlimen. Kalau inilah jenis perpaduan yang ingin dimeteri, saya berpendapat UMNO lupakan sahaja.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Ulasan dan pandangan bro memang bernas dan macam boleh dipakai, tetapi akhir-akhir kalam saudara pula dilihat mengenakkan pok nik pula. Bro pegi ke laman web nikabduh dan lobi le suruh pok nik longgarkan syarat supaya PAS dan UMNO dapat bergabung. Tinggalkan PKR dan DAP, saya yakin jika ada gabungan menteri PAS mungkin 6 orang dan Tim Menteri 4. UMNO 5 menteri dan 3 tim menteri dah cukup. He he he. Jika tawaran macam tu confirm PAS akan sertai UMNO. He he he...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Baik betul hati bro, bagi PAS 6 Menteri dan 4 Timbalan Menteri. Kalau kawan baik serah je kerajaan ni kat dia. Kalau belum apa-apa dah mintak jawatan susah sikit la bro. Kawan tau, bro perli la tu.

Apapun dulu kawan rasa berminat juga membincangkan pasal kerajaan perpaduan ni. Tapi mutakhir ini, macam hambar aje sebab kawan lebih selesa dengan prinsip menerima tanpa syarat.

zedmagel said...

Bro Amir,

Sepatutnya dari dulu lagi PAS dan UMNO bersatu, oleh kerana sebab-sebab yang bro telah jelaskan tadi tu yang buat mereka kecil hati dan terguris. Jadi nak memulakan yang baru tu rasa malu.

Tetapi sekarangn rasa malu dan silu nak kena buang jauh-jauh dari hati orang Melayu. Perpaduan dan nasib agama, bangsa dan negara kita jadikan agenda No 1 Melayu.

Kalau tak jadi le majoriti yang Macam Lembu dicucuk hidung, ikut saja yang minorit minta dan kita ya kan saja le. Tak orang Melayu macam tu kot?.

Bro tulis le kisah PM lebarkan sektor awam kepada kaum lain. Minta pandangan blogger lain ulas. Macam menarik tajuk tu jika bro utarakan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel.

Malu tapi mahu bro.....hehehe

Unknown said...

A'kum penulisan yg cukup baik, tahniah.

Kesilapan Hj Hadi juga menerima rakan2 AnWar kedalam PAih semasa beliau menjadi presiden, kini racun ANWar telah menyusup keseluruh PAih.

Tahniah sekali lagi, ada masa hadir2 lah ke blog teman...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam ddinbunga,

Terima kasih kerana 'mampir' ke blog kawan yang tak seberapa. Insyaallah kawan akan 'mampir' di blog mike nanti.

timakasih yoep....