Monday, April 13, 2009

Sokong Muhyiddin : Cina Tidak Bersyukur !



Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin – Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin – Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".

Apabila Muhyiddin membuat kenyataan ini, tidak memeranjatkan ianya pasti akan mendapat bidasan daripada MCA, Gerakan dan saudara kembarnya DAP. Jelas menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak berpecah, mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.

Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA. Apakah selama 52 tahun merdeka mereka tidak dilayan baik oleh BN dan Perikatan? Orang Cina umumnya tinggal di bandar-bandar dan bandar-bandar besar. Ketika orang Melayu dikampung-kampung masih memakai lampu gaselin dan mandi air parit mereka telah menggunakan lampu elektrik dan air paip 20-30 tahun lebih awal.

Disebabkan mereka tinggal di bandar, 100 tahun sebelum merdeka mereka memang dilayan baik oleh penjajah. Mereka telah menikmati kemudahan dan keistimewaan sama seperti penjajah. Baik dari segi kemudahan sosial, kemudahan asas, peluang ekonomi, peluang pendidikan dan sebagainya merekalah yang lebih dahulu menikmatinya.

Dewan-Dewan Perniagaan Cina seluruh negara kebanyakkannya telah ditubuhkan sejak sebelum merdeka. Umpamanya Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat telah ditubuhkan sekitar tahun 1930an. Di manakah orang-orang Melayu ketika itu? Mereka kebanyakkannya ada petani dan nelayan yang daif di kampung-kampung tradisional yang mundur. Kampung saya hanya 18km daripada bandar Batu Pahat menikmati bekalan air bersih sekitar 1970an iaitu selepas 20 tahun negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1982, setelah 25 tahun merdeka barulah saya dapat menikmati bekalan elektrik dan sempat melihat pertandingan Piala Dunia pada tahun 1982.

Di kampung saya daripada tahun 1970an -1980an lebihkurang 10 tahun mengalami krisis air di mana sepanjang masa itu mendapat air daripada bekalan Jabatan Air serta mengambil daripada paip-paip besar di sepanjang jalan besar Batu Pahat-Muar. Adakah Cina-Cina di bandar merasai penderitaan ini? Kampung saya hanya mendapat kemudahan jalan berturap sekitar tahun 1990an di mana sebelum ini mereka hanya menggunakan jalan tanah atau batu merah yang berdebu. Kampung ini terletak di dalam negeri ke dua termaju di Malaysia selepas Selangor.

Sesungguhnya yang istimewa, kesabaran dan kesetiaan serta keyakinan rakyat kepada kerajaan yang didokongnya akhirnya kami mendapat sepenuhnya kenikmatan yang dinikmati jauh lebih awal oleh kaum-kaum pendatang yang diberi kewarganegaraan percuma yang tinggal di bandar-bandar. Paling istimewa sebagai rasa terima kasih, tidak sekali-kali rakyat di kawasan ini menderhaka kepada kerajaannya sebagai membalas budi kepada orang yang menabur jasa kepada kita.

Sukar untuk saya membayangkan kehidupan generasi-generasi Melayu sebelum merdeka. Saya yang hidup selepas merdeka ini pun terasa perit kerana rata-rata keluarga Melayu berada di bawah paras kemiskinan. Ianya sekelumit penderitaan yang dapat saya paparkan berkenaan dengan kemudahan asas, belum lagi diceritakan tentang kemudahan pendidikan bandar dan luar bandar, pemilikan harta di bandar dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kehidupan.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada Allahyarham Tun Abd.Razak bin Hussein yang telah membuka tanah-tanah FELDA di seluruh negara termasuklah di Johor. Jika tidak ada usaha murni dan suci ini, kampung saya akan menjadi kampung setinggan yang padat. Hampir 50% anak-anak penduduk asal yang berhijrah dan membina kehidupan baru di FELDA. Ianya adalah rahmat besar kepada rakyat Melayu yang membolehkan Tun Razak berehat tenang di alam barzakh atas jihad kepada umat Melayu.

Pada hari ini, walaupun kelas menengah Melayu semakin ramai hasil daripada usaha kerajaan yang tidak putus-putus, Melayu masih perlu dibantu kerana kerajaannya adalah kerajaan bertulang belakang orang Melayu, Berajakan raja Melayu dan Berketuakan ketua-ketua jabatan Melayu. Percayalah jika negara ini diperintah oleh bukan pemimpin-pemimpin Melayu, nasib bangsa Melayu pasti akan tertindas seperti mana yang terjadi oleh Melayu Singapura.

Maka saya rasa ungkapan Muhyiddin itu masih manis dan sedap di dengar. Sepatutnya Muhyiddin boleh mengeluarkan kenyataan yang lebih tegas dan pedas. Orang Melayu masih beradab dan masih ada rasa dan naluri menghormati manusia yang lain.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogsport

32 comments:

amieiezam said...

salam saudara,

dah lama sangat dah kita terkena, sekali sekala kita perlu juga bertindak balas...

insyaallah kekuatan akan lebih terbina,sekalipun mereka suatu masa dahulu sahabat namun kini seakan gunting yg menggunting lipatan..

PARPUKARI said...

HIDUP MUHYIDDIN YASSIN!

KHAIRUL NAZRI said...

salam,

1. Apa yang saudara tulis ini amat benar dan semua itu telah saya alami semasa kecil.

2. Setiap dan segala kesusahan yang dialami dahulu telah memberikan saya kekuatan untuk terus mempertahankan tanah ini dari terus digadai oleh sebahagian kecil bangsa Melayu yang tamak haloba, dari ketamakan cina dan keling yang tidak mengenang budi, dari musuh-musuh agama yang senantiasa mencari peluang untuk melenyapkan agama suci Islam ini dari mukabumi.

Insyaallah..

pedu said...

Saudara,

Selama ini seolah2 kita takut kpd mereka walhal suara kita besar. Kita bukan menindas,tapi membela yang kurang upaya. Anak2 mereka sudah belajar bahasa ketiga atau keempat,anak2 kita masih terkial2 bahasa inggeris mereka.

Dahagakan pemimpin spt Muhyiddin yg berani ckp pedas pd mereka.

zedmagel said...

Bro Amir,

Saya sangatlah bersetuju dengan pandangan dari blogger yang lain. Apa pun yang telah kita beri mereka tidak akan melihat lagi. Mereka seolah-olah dah buta disebabkan baru satu dua yang mereka dapat dari pembangkang.Walhal banyak perkara yang telah UMN dan Perikatan beri, baru 52 tahun mereka dah lupa. Ibarat melepaskan anjing yang tersepi, setelah lepas kita digigit.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam amieieda,

PKR, PAS dan DAP adalah musuh yang nyata. MCA,MIC dan Gerakan perlu berhati-hati kerana mereka sebenarnya menentang dalam senyap. Musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Parpu Kari,

UMNO perlu lebih ramai 'jantan-jantan' politik.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam KHAIRUL NAZRI,

1. Ramai melayu yang mempunyai pengalaman yang lebih kurang sama.

2. Setiap melayu perlu ada semangat seperti saudara. Tetapi generasi muda hidup ketika ibubapa mereka telah senang. Mereka 'celik' ketika KLCC sudah tegak berdiri.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam pedu,

Kita majoriti tetapi melukut di tepi gantang kerana kita berpecah tiga.

Apabila Muhyiddin diserang kiri dan kanan. Perlu ramai menteri UMNO sokong Muhyiddin supaya Melayu nampak berpadu

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Apabila disebut tentang bangsa, Cina bersatu tanpa mengira fahaman politik. Biar parti politik Cina banyak dan bersepah, tapi mereka bersatu dalam menuntut keuntungan bagi bangsa mereka. Lihat sahaja kedai2 mereka yang nampak tak laku tetapi mampu bertahan lama kerana adanya sokongan kaum mereka sendiri. Cth, jika barangan yang hendak kita beli tiada dalam stok, meeka sanggup mengambilnya dari kedai rakan mereka di sebelah ataupun menyuruh kita pergi ke kedai rakan2 mereka. Adakah Melayu kita ini bersifat seperti mereka? Hasad dengki, fitnah, cemburu dan iri hati menjadi darah daging kita. Itu tak termasuk bomoh-membomoh, santau-menyantau, santet-menyantet dan seumpamanya. Kalau dah berpecah dari segi politik, maka kita terus berpecah dari silaturahim walaupun tuntutan dan perjuangan kita ini adalah untuk Umat Melayu dan umat Islam. Masing2 mahu menunjukkan mereka lebih Melayu dan lebih Islam dari yang lain. Keluarlah pelbagai fatwa dan hujah yang menyokong pendapat2 mereka. Sanggup membolehkan puaknya bersahabat dengan syaitan semata2 untuk memusnahkan umat Islam dan melayu yang lain walaupun lidah sentiasa menyebut "AKU BERLINDUNG DENGAN ALLAH DARI SYAITAN YANG DIREJAM".
Bak kata Prof Izi-Renung2kan dan Selamat beramal.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam zedmagel,

Mereka buat-buat buta bro. Itulah cita-cita mereka dan cita-cita Lee Kuan Yew. Mereka telah berjaya menguasai Singapura dan sekarang giliran Malaysia.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cengkodokmasin,

Kawan setuju benar dengan pendapat saudara.

1. Kita berpecah dari segi politik dan dalam kehidupan kita sehari-hari penuh dengan hasad dengki dan khianat pada bangsa sendiri.

2. Kita menganut Islam tetapi amalan Islam banyak digunakan oleh orang bukan Islam.

3. Kita lebih suka melihat kekecewaan bangsa kita dan dalam waktu yang sama kita menyokong mereka walaupun di mulut kita menzahirkan rasa benci.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
SAYA MENYOKONG PENUH KENYATAAN TAN SRI MUHYIDIN YASSIN BERKAITAN KAUM CINA YANG DITERBITKAN DALAM MINGGUAN MALAYSIA.

Geng Samudera said...

Pak Amir,

Wah...terlalu provokasi panasss banget..hehee

Ginilah,saya mmg tidak berpihak mana-mana parti kerana bagi saya agama saya lah yang saya utamakan.Saya tak mintak dengan Allah utk dijadikan sebagai Melayu,cina Afrika dan sebagainya..
Tapi kita kena faham bahawa jika si mata sepet tuh beragama Islam,bagaimana?
Bukankah saudara kita adalah saudara sesama Islam kan?
Kalau kita nampak mamak mubari tuh beragama islam bagaimana?..
Kalau kita tau paria tuh tekun memdalami islam,bagaimana?

Minta pak amir bagi komen eehh dan sesiapa yang lebih arif..boleh kita bertukar pandangan.

Apabila seseorang itu beragama islam dan dtg dari pelbagai bangsa,kita dituntut bersatu....

Dalam otak seleberum saya skrg berpk,contoh andai ditakdirkan suatu hari nanti Perdana Menteri adalah mamak mubari beragama islam,adakah orang melayu terima?...saya rasa agak susah jugak tuh...saya yg bangsa Melayu sendiri pun rasanya protes gak tuh..hehee

Kita berbalik pada definisi status pada bagaimana seseorang itu dikatakan sebagai melayu atau bumiputera.Sebagai melayu, tak silap saya (sila betulkan),utk jadi melayu mesti mempunyai salah SATU kriteria iaitu 1) Ibubapa adalah asal melayu 2) Beragama Islam 3) Mengamalkan kehidupan Melayu

Maka,jika Perdana Menteri tuh menepati 2 syarat di antara 3 syarat tersebut bagaimana?..Layakkah dia jadi PM?...walaupun dia mempunyai kepimpinan yang tinggi menjaga maslahat agama.
Keadaan begini saya mmg tak boleh samakan dengan apa yang berlaku di US..itu masalah mereka yang mmg racist.
Sila komen kalau saya tersilap.

Maka,sekali lagi saya tegaskan,saya bukan mana-mana pihak.Diri saya adalah semata-mata untuj-Nya walaupun amal ibadat tak seberapa..hehehee


Khairil
Anak jati Johor

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,

Yang bener, panasss banget, ngomong penak.hehehe

Untuk pengetahuan saudara, saya bukan perkauman atau racist dan pada umumnya Melayu tidak racist. Masakan sudah memberi kewarganegaraan percuma kepada pendatang pun masih dianggap racist?

Saya hanya mempertahankan bangsa saya sekali gus mempertahankan agama. Melayu dan Islam tidak terpisah.

Untuk pengetahuan saudara 6 perdana menteri Malaysia tidak ada pun yang dikira Melayu tulin. Tunku Abd.Rahman Melayu + Siam, Tun Razak Melayu + Sumatera, Tun Hussein Melayu + Turki, Tun Mahathir Melayu + Mamak malbari, Pak Lah Melayu + Arab dan Najib Pekan + Muor. Hehehe

Kalau sdr Redzuan Tee Abdullah dan Sdr Ravi Abdullah muaalaf yang menjadi penceramah bebas itu berceramah adakah Melayu akan angkat punggung? dan mereka itu berkahwin dengan Melayu.

Bagi saya itu tidak penting kiata adalah serumpun, seagama dan satu nusantara. Kita datang dari alam yang sama. Tambah-tambah lagi kita adalah saudara seIslam.

Siapa yang tak hendak bersatu, siapa yang tak sedor diri, tak tau diuntung, siapa yang tamak haloba dan siapa yang pengkhianat?

Perdana Menteri Malaysia tidak termaktub dalam perlembagaan mesti berbangsa Melayu tetapi hanya perlu perkenan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong.

Jika berdasarkan demokrasi tidak menjadi halangan jika ada orang bukan Melayu menjadi PM dan saya yakin atas dasar demokrasi Melayu akan menerima.

Geng Samudera said...

Okay....
Saya nak tambah skit...

Ini ada satu website dan saya kira mungkin Pak Amir and the geng pernah masuk....

www.mykhilafah.com

Nanti bila dah baca,komen skit ehh..


Makacih....

Masih lagi dalam benak kepala saya berfikir adakah penting saya mesti memberi keutamaan mempertahankan pada bangsa dahulu dan kemudian agama,atau;

Adakah keutamaan bangsa itu mendahului semua termasuk agama?..

Mungkin Pak Amir pernah terdengar kata-kata seperti begini " Aku tak kisah ko nak kutuk bangsa aku pemalas,hina atau tidak,TAPI jgn sesekali menghina agama Islam aku!!".......

Saya pernah mengalami situasi begitu in real time..(ada hamba allah berkata begitu)....

Jadi,apa sebenarnya tujuan matlamat kita nihh?Mmg saya dilahirkan dari keluarga yang sederhana.Mak ayah cikgu dan mereka adalah dari pihak merah putih (tak ekstrem),tapi saya sebagai manusia yang sudah diberi akal,saya perlu tahu jawapan dimana saya diberkati bukan hanya di dunia malah diredhai di akhirat....
Ini masa depan anak cucu saya...
dan anak cucu Pak Amir...

Bukan sekadar ikut-ikutan membabi buta.Diberi akal utk digunakan sepenuhnya..insya allah..

Dan role modelnya tiada...

Komen...


Khairil
Anak jati Johor

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,

saya dah lawati website www.mykhilafah.com

Hizbut Tahrir diasaskan pada tahun 1953 di Al Quds (Baitul Maqdis), Palestin. Gerakan yang menitik beratkan perjuangan membangkitkan umat di seluruh dunia untuk mengembalikan semula kehidupan Islam melalui tegaknya kembali Khilafah Islamiyah ini dipelopori oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, seorang ulama alumni Al Azhar Mesir, dan pernah menjadi hakim di Mahkamah Syariah di Palestin.

Saya tidak pernah dengar nama kumpulan ini. Nampak macam NGO's /Gerakan Islam. Website ini untuk cawangannya di Malaysia .Teguran-teguran macam parti politik. Elok lah membaca website ni. Kalau cerita ilmu agama apa salahnya.

Antara tujuannya :Secara ringkas, Imam Taqiyyuddin An Nabhani mendefinisikan Daulah Khilafah sebagai kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia (Imam Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi fil Islam).

Saya tidak berminat nak komen website ini. Saudara boleh buat penilaian sendiri

Geng Samudera said...

Pak Amir,

Ya,banyak teguran merangkumi semua dalam website tersebut terutama dari segi politik.
Dan bagus untuk memahami ilmu agama seperti saya yang jahil ini.

Satu lagi dari segi muamalat di website www.zaharuddin.net

Seorang yang saya anggap kritis memberikan pandangan berhubung dunia ekonomi Islam dan perbankan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera.

saya pun selalu merujuk www.zaharuddin.net jika saya keliru.

Abu Idris said...

semoga khilafah segera didirikan

BIG BOY BIG KID said...

Kampung saya ialah kampung Baru ban foo, sebuah kampung yang berdekatan ulu tiram yang lagi undur dan bekaalan air paip, elektrik dan telefon(TM) hanya ada pada tahun 1985,1986.

banyak kampung Tionghua yang mundur dari kampung saudara!

Ini adalah kezaliman dan kekejaman BN! Insaf dan sedarlah saudara. kini sebuah rumah di kampung baru KL(Lokasi pendiam Melayu berharga 4 juta)--(nilai sebuah rumah di Kampung Baru KL sudah melampaui nilai sebuah kampung--Kg Baru Ban Foo)--ramai yang kaya, tapi jangan salahkan orang, salahkan kezaliman dan penyalahgunaan kuasa sehingga malaysia kini akan bankrap pada 2015, 2019!(kata menteri JPM Datuk Seri Idris, bekas MD MAS)

BIG BOY BIG KID said...

Kita bersyukur kepada Tuhan, kepada maha eas, bukan kepada parti BN yang telah menggadai segala , menyapu segala dan menjalankan pentadbiran penyalahankuasa sehingga Malaysia yang akan bankrap pada 2015--2019!

bersyukur pada maha esa, bukan pada politikus seperti Muhyiddin --politikus jijik!

bersyukurlah kepada maha eas,
sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan!

BIG BOY BIG KID said...

Kita bersyukur kepada Tuhan, kepada maha esa!

kepada ajaran dan bimbingan maha esa!!!

bukan kepada parti BN yang telah menggadai segala , menyapu segala dan menjalankan pentadbiran penyalahankuasa!!!

kesengsaraan, kepahitan yang dialami rakyat, seperti Muar, Kota Tinggi, termasuk Batu Pahat sudah ditenggelami banjir, air bah beberapa kali--ini adalah kekejaman, kelembapan dan kezaliman pentadbiran BN--salahkan kerajaan yang tak guna dan jahil ini, bukan putar belitkan fokus kepada yang lain!!!!jangan ditipu politikus BN yang jijik!!!

Sinis, kota tinggi pun ditenggelamkan(daku nakmbuat satu puisi--Kota Tinggi dah ditenggelamkan--siapakah YB di sana??? Syed hamid yang langsung tak berkhidmat>>dari parti mana???Dari UMNOlah!!!!

harap insaf dan sedar, salahkan YB lembap , Yb yang menipu dan mendusta, yang langsung ambil gaji dan elaun buta!!!

BN--pendusta rakyat, penipu yang ulung!

rakyat diabaikan, kuncu-kuncu umno diutamakan!!!

kezaliman diutamakan, kekejaman didahulukan!

BIG BOY BIG KID said...

Misi meninjau ke tempat-tempat yang landa banjir sebenarnya telah tiba ke penghujung pada 25 Februari 2007 setelah berjaya ke Kota Tinggi bersama kumpulan penyelidik yang membuat tinjauan awal kesan psikologi ke atas mangsa-mangsa banjir. Walaupun penulis bersama kumpulan pensyarah dan pelajat psikologi, namun perasaan penulis sendiri tidak aman setelah melihat apa yang mereka alami. Belum lagi melihat awam mendung masih wujud dengan tebal di ruang angkasa Kota Tinggi. Menurut pegawai polis yang memberi taklimat kepada rombongan dari UKM, jika mendung penduduk Kota Tinggi akan merasa bimbang.

http://pkukmweb.ukm.my/~foto_fst/catatan%20penulis%20misi%20banjir.htm

BIG BOY BIG KID said...

Selepas dua bulan Johor dilanda banjir besar
- Benarkah wujud "Meriam Malim Deman" sehari sebelum banjir besar melanda Segamat?

Atas

Pada 18 hingga 20 Februari penulis membawa keluarga balik Muar. Tiba di pagoh kami ke Kampung Kundang Ulu. Sempat bersolat Asar dan sempat bertemu dengan Imam Masjid Kundang Ulu. Imam tersebut seronok menceritakan majlis pelancaran Kampung Angkat UKM pada 17 Februari 2007. Penulis pernah ke kampung tersebut pada 20 Januari 2007 merakam gambar Briget Bencana IPT-UKM membersihkan rumah penduduk-penduduk di situ. Justeru penulis kenal dengan Imam tersebut.

19 Februari saya menyusuri Jalan Muar-Pagoh ke Segamat. Hujan turun amat lebat pada hari tersebut. Kami sekeluarga bersama sebuah lagi kereta yang dipandu oleh anak saudara isteri, seperti mengambil risiko kerana pada tanggal tarikh tersebutlah banjir besar telah melanda Segamat. Penulis sempat bertemu seorang peniaga cina yang masih menyambut kemeriahan Tahu Baru Cina di Bulit Kepong. Peniaga cina itu menunjukan beberapa keping gambar semasa banjir melanda pekan kecil Bukit Kepong.

Pukul 3.45 petang kami tiba di Bandar Segamat. Masih jelas kelihatan kesan-kesan banjir. Namun kehidupan penduduk Segamat telah pulih dengan meneruskan kegiatan harian. Di satu sudut kelihatan orang ramai membeli pakaian. Malahan kami sempat menikmati nasi berlaukkan ikan Baung masak lemak dan Semilang laut masak asam pedas. di kawasan kedai makanan inilah air mengganas 19 hingga 22 disember 2006 lepas

http://pkukmweb.ukm.my/~foto_fst/catatan%20penulis%20misi%20banjir.htm

BIG BOY BIG KID said...

"Sekali air bah, sekali pantai berubah" menepati dengan apa yang penulis lihat semasa melepasi Sungai Segamat. Kelihatan tebingnya runtuh. Meninjau ke beberapa permis memberi gambaran kepada penulis bahawa banjir telah memberikan kesan yang besar pada ekonnomi bandar Segamat. Misalnya sebuah pasaraya merentangkan sepandok berbunyi " Jualan penghabisan stok kerana kami akan berpindah ke tempat baharu." jelas kelihatan. Sebuah agensi perbankan masih belum beroperasi sepenuhnya kerana sedang diubah suai.

19 Februari sebelah malam, penulis sempat bersembang dengan suami kepada adik ipar (biras). Beliau anggota RELA di Segamat. Biras penulis menceritakan bagaimana keadaan kucar kacir seumpama TSUNAMI disekitar Segamat. Bunyi hond dan alarm kereta yang ditenggelami air begini bising sekali. Keadaan gelap kerana ketiadaan eletrik amat menyukarkan kerja-kerja menyelamat. Arus air begitu deras.

Apa yang menarik untuk dikaji oleh saintis ialah dakwaan biras penulis mengenai hilangnya semut gatal dan semut-semut lain sebelum banjir besar melanda Segamat. Beliau mendakwa semut-semut tersebut terlebih dahulu mungkin merasai akan berlakunya banjir besar dengan menghilang ke atas pokok-pokok di bahagian atas!!!


http://pkukmweb.ukm.my/~foto_fst/catatan%20penulis%20misi%20banjir.htm

BIG BOY BIG KID said...

Catatan penulis sewaktu kali kedua ke tempat dilanda banjir. Atas

Ketika penulis dipelawa oleh Timbalan Dekan (Penyelidiakan dan Pembangunan) Prof.Dr.Salmijah Surif untuk mengikuti tinjauan awal ke kawasan banjir diseluruh daerah di Johor keadaan banjir kali kedua belum banyak berubah. Prof. Salmijah tidak pasti apakah misinya itu akan menjadi kenyataan kerana beliau tidak mahu kedatangan kumpulan penyelidikannya akan membebankan mangsa-mangsa banjir di Johor. Jam 6.00 petang 17 Januari 2007 beliau menefon bahawa misi ke Johor ditangguhkan. Namun beliau mengesyurkan jika boleh penulis menyertai Misi Sukarelawan Banjir UKM (kini dinamakan Briged Bencana IPTA-UKM ). Petang itu juga saya menghubungi Saliman Leman (Wak Leman-Jurufoto PUSPA)untuk mengetahui keadaan ditempat beliau berada, iaitu Pagoh. Saliman sedang menyertai misi bantuan banjir oleh Briged Bencana IPTA-UKM.Sejak 26 Disember 2006 sahabat saya ini lebih banyak berkampung di Johor bersama Briged Bencana IPTA-UKM. Pagoh sudah menjadi Mukim Angkat UKM.

Media seolah-olah "penat" membuat laporan dikawasan banjir. Namun menerusi media kita tetap dapat menerima berita mengenai jumlah mangsa banjir melebihi 50 ribu orang. Ini satu jumlah yang besar. Bukan sehari dua tapi sudah hampir sebulan.

http://pkukmweb.ukm.my/~foto_fst/catatan%20penulis%20misi%20banjir.htm

BIG BOY BIG KID said...

Air semakin tinggi menjelang tengah malam sehingga mencecah tiga mata tangga batu rumah beliau. Cikgu Hj. Abd. Rahman semakin cemas mengenangkan nasib beliau, isteri dan seorang anak perempuannya. Akhirnya 24 Disember 2006 menjadi kenyataan apabila halaman rumah, jalan raya Pagoh ke Segamat telah ditutup kepada semua kenderaan, cuma yang ada hanyalah bot-bot penyelamat.

"Inilah banjir paling besar saya alami sejak 30 tahun tinggal di sini", ujar Hj. Abd. Rahman sambil memerhati petugas berita RTM Kuala Lumpur merakam gambar keadaan rumahnya. Di halaman rumah anak menantu dan cucu sedang sibuk mengemas rumah. Mereka pulang sempena cuti hujung minggu. Sementara itu asap yang keluar hasil pembakaran barang-barang yang musnah memutih ke udara.

"Apa boleh buat En, ini takdir yang harus saya terima. Ada hikmahnya juga apabila ramai anak-anak dari UKM datang membantu kami dan jiran-jiran" sambung Hj. Abd. Rahman dengan jelas saya dapat melihat kesayuannya menerusi mata yang berair di sebalik cermin mata.

Di atas tangga batu, terdapat banyak kitab-kitab, buku-buku sekolah, Al Quran masih basah dan lembab

BIG BOY BIG KID said...

Catatan ini bersama gambar yang dirakam mewakili perasaan dan pengalaman semua orang. Semua mereka yang terlibat masih trauma. Jika boleh mereka tidak mahu peristiwa ini berulang kembali. Kerosakan yang penulis lihat jelas hampir sembilan puluh peratus musnah. Kita tidak dapat menyelami hakikat perasaan mereka. Seharian penulis di sana terasa amat letih walaupun hanya bertugas merakam gambar dan membuat catatan.Keletihan para sukarelawan tidak boleh saya gambarkan lagi kerana sepanjang perjalanan pulang seratus peratus termasuk saya tidur tidak sedarkan diri.

Paling ternyata, mangsa-mangsa banjir perlu diberikan sokongan. Syabas saya kalungkan kepada anak menantu, cucu mereka yang telah mengorbankan keselesaan hidup di Kuala Lumpur atau di mana-mana yang pulang untuk membersih, membaiki rumah dan membasuh pakaian. Permaidani yang cantik semasa Hari Raya Aidilfitri telah musnah. Satu sumber memberitahu terdapat disebuah rumah, persiapan pengantin musnah sama sekali. Terdapat juga berita, tujuh rumah terpaksa membatalkan majlis perkahwinan

BIG BOY BIG KID said...

renungan untuk semua--sekali dilanda banjir boleh salahkan kuasa alam, tapi berkali-kali banjir, salahkan siapa...>>>BN harus disalahkan kerana langsung tak menjaga kesejahteraan rakyat!!!

Hakikat ini tak bisa dinafikan!!!

Minda dan pandangan yang siuman haruslah menujui BN yang kejam dan zalim ,bukan alihkan fokus kepada ras atau bangsa yang lain!

jangan ditipu lagi oleh Bn, khususnya UMNO yang paling pandai putar- belitkan fakta!

Insaf dan sedarlah hari ini!

Bersyukur kepada maha esa, kepada agama yang alim bukan kepada politikus jijik dari UMNO!

Kesedaran membawa berkat membawa kebahagiaan pada semua generasi !!!Janagn ditipu dengan dalih UMNO, BN!

Saya berasal dari kampung miskin, yang menjadi musuh ialah kezaliman , kekejaman , ketidakmanusiaan, penyalahgunaan kuasa, korupsi bukanlah ras atau bangsa!

Orang melayu, kawan sama-sama, bukan musuh yang musuh hanya kezaliman, kejijikan, penyalahgunaankuasa, kompliotan kuncu-kuncu umno dan Bn dan eksploitasi kepada rakyat(bukan berdasarkan ras)

BIG BOY BIG KID said...

Orang melayu, kawan sama-sama, bukan musuh!!!

Yang jadi musuh kita bersama ialah kezaliman, kejijikan, penyalahgunaankuasa, komplotan/plot jahat kuncu-kuncu umno dan BN dan eksploitasi kepada rakyat(bukan berdasarkan ras. kaum)

hanya dengan keinsafan ini, anak cucu kita baru ada harapan--kalau selalu bermusuhan dengan dalih umno, perkasa yang mendusta dan beromong, kita akan didusta, diperalatkan!

cam baik-baik, musuh bersama adalah kezaliman, kekejaman, kejijikan kuncu-kuncu, eksploitasi yang menghabiskan wang nusa sehingga nusa akan bankrap pada 2015!

Siapakah musuh yang menjadi busa bankrap? BN dan UMNO!!

Siapakah musuh yang sebenar, hakikatnya BN dan UMNO!

tanpa keinsafan, hancurlah anak cucu kita bersama!

Insaf pada hari ini dan jangan ditipu BN dan UMNO lagi!!!!

Kuncu-kuncu diutamakan , kezaliman didahulukan!

zxc said...

ملايو
كالاو مڠيدر داده، كنا ڬنتوڠ جوڬ

چينا
كالاو ڤنداي بلاجر، جادي دوكتور جوڬ

مان تق عاديلڽ د مليسيا؟