Thursday, April 30, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA.



SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2009 DAN Selamat Hari Jadi kepada isteriku.....

Kejayaan sesebuah negara sebenarnya banyak bergantung pada kualiti sumber manusia. Ini dapat dilihat dari negara yang kekurangan sumber semula jadi, berjaya menjadi negara pengeluar kepada produk berkualiti tinggi. Sebaliknya banyak pula negara yang kaya dengan sumber semulajadi tetapi masih dibelenggu kemiskinan. Perbezaan antara keduanya adalah kerana sumber manusia merupakan penjana, penghubung, penggerak, pelaksana dan penyelaras kepada sumber-sumber lain yang ada dalam organisasi.

Segala kecanggihan teknologi, sistem, dan struktur organisasi belum tentu dapat menjamin kejayaan sesuatu organisasi jika sumber manusia organisasi tidak memiliki ilmu yang mampu bersaing melalui kepakaran yang dikemaskini dan sikap yang positif terhadap kerja.

Kepada isteriku......Semakin kau dewasa, semakin banyak jasa yang ditaburkan. Sesungguhnya jasa mu pada diri ku sangat besar artinya. Lebih besar artinya jika kedewasaan umur mu kau taburkan pada bangsa, agama dan tanah air.

Selamat Hari Bekerja dan Selamat Menyambut Hari Kelahiran yang ke 38.......hehehe


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

2 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan
Selamat Hari Buruh. Buruh kepada pelajar-pelajar. Selamat Hari Pekerja. Pekerja kepada kerajaan.
Selamat Hari Lahir untuk isteri tuan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,

Lama tak ke udara di alam maya.
Selamat Hari Pekerja kepada sdra suami isteri. Kalau kita ikhlas untuk berkhidmat bukan ganjaran yang kita cari tetapi kepuasan yang tidak boleh digalang ganti dengan wang ringgit.

Terima kasih bagi pihak isteri kawan. Hari Raya jemputlah ke rumah.......