Sunday, April 26, 2009

Rakyat Berpecah, Pemimpin Berpelukkan.

Bersatu Pertahan Hak Bumiputera

KUALA LUMPUR 26 April - Masyarakat bumiputera diminta bersatu mempertahankan hak dan keistimewaan mereka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, mereka perlu berani menyuarakan hak dan keistimewaan tersebut supaya kaum lain turut memahami hak tersebut sepenuhnya.

"Kita tidak harus takut dan tidak perlu bimbang mengenai perkara ini kerana kita tidak mengenepikan kepentingan bangsa lain,'' katanya.Beliau berucap pada majlis Makan Malam Penghargaan dan Penyampaian Sijil Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Negara anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini malam ini.

Turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan timbalannya, Datuk Fuad Hassan.
Shafie turut meminta masyarakat bumiputera supaya memperhebatkan lagi penguasaan mereka dalam bidang ekonomi dan pendidikan sebagaimana kaum lain."Amat penting bagi kaum bumiputera memperkuatkan azam untuk memperkuatkan lagi kedudukan mereka bukan sahaja dalam politik bahkan ekonomi dan pendidikan,'' ujarnya.

Sementara itu, Ibrahim dalam ucapannya meminta kerajaan supaya menjelaskan konsep Satu Malaysia kepada rakyat jelata dengan lebih meluas. "Perkara ini perlu dilakukan segera kerana ramai yang terkeliru dengan konsep ini dan parti pembangkang pula mengambil kesempatan mengeksploitasinya demi kepentingan politik mereka,'' katanya.

Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Negara telah diadakan di sini pada 22 Mac yang lalu bertemakan 'Pribumi Bertindak Demi Negara' dengan bermatlamatkan memperkasakan maruah agama, bangsa dan negara.



komen amirhamzah64:

Siapakah yang memecahbelahkan bangsa Melayu ini sejak dahulu kala lagi. Rakyatkah atau pemimpinkah. Pemimpin Melayulah yang selalu memecahbelahkan rakyat. Rakyat di bawah hanya mengikut pemimpin di atas.
Pemimpin hilang kuasa, ajak rakyat berdemontrasi, buat rusuhan sana-sini.
Pemimpin hendakkan kuasa, hasut rakyat kerajaan yang ada tidak Islamik, tidak bertamadun ,semua yang dibuat tidak ada satu pun yang betul.
Pemimpin yang hendak kekalkan kuasa, akan berbuat apa saja untuk mengekalkan kuasa termasuk mengamalkan rasuah politik, rasuah projek dan lain-lain yang patut.

Mangsanya adalah rakyat biasa yang menjadi pengikut fanatik. Rakyat di kampung ada yang sampai tidak bertegur sapa kerana taasub dengan seseorang pemimpin. Ada kalanya tidak mahu lagi sembahyang jemaah di surau yang dulunya dibuat oleh datuk-datuk mereka tetapi memilih surau lain dengan jemaahnya sendiri. Paling dahsyat tergamak tidak menyembahyangkan jenazah jiran atau kaum keluarga sendiri kerana berlainan parti.

Dalam waktu yang sama, pemimpin-pemimpin Melayu ini boleh bersalam-salaman di Parlimen, berborak dan minum kopi bersama di coffee house. Boleh lagi telefon sana, telefon sini berbincang mahu atau tidak lompat parti. Kalau mahu boleh cepat di rampas Putrajaya.

Kisah-kisah dulu banyak sudah tertulis di dalam buku-buku sejarah malah difilemkan menjadi filem-filem cereka sejarah. Bagaimana kita hendak mempertahankan hak, jika kita tidak bersatu. Hak-hak istimewa orang Melayu, Ketuanan Melayu, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu pun diperlekeh dan dipersendakan oleh bangsa sendiri.

KALAU MELAYU TIDAK MAHU BERSATU BERSAMA UMNO, PAS DAN PKR. PERKASA LAH PILIHANNYA!


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

8 comments:

Geng Samudera said...

Pak Amir,

Betul cakap Pak Amir,depa nih nak cakap belajar tak tinggi,semua graduate,graduate obersi lagi...

Nak kata makan tak cukup,berlebih-lebih dah makan kat malaysia nih...

Nak kata pakaian tak cukup,sampai penuh satu gerobok (lama x pakai perkataan Johor nih..ehehe)..

Nak kata rumah tak ada,semua sampai 7-8 bijik....

Jadi,apa lagi nak...??
Jalankan tugas je ler kalau rasa ada tokoh sebagai pemimpin negara..

Fikirkan le nak jaga maruah agama dan bangsa....

Unknown said...

Petikan posting dari blog Kula'S (Ular?)Voice:

"At today’s press conference we launched the posters containing the photo of Pathamanathan the estranged husband of Indria Gandhi. Malaysia Hindu Singham has taken the lead to print an initial 10000 copies of the posters. The posters would be pasted all across the country and it will be done with the help of Pakataan Rakyaat, Hindu Sangam and NGO’s members. We invite any one to come and help us .We can be contacted at 05-2417402 or 052531532."

Nampaknya PAS dgn PKR dah jadi barua hindu pulak tolong murtadkan yang dah masuk Islam!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,

Kadang-kadang pemimpin kita ni bercakap macam lembut gigi dari lidah. Dia suruh rakyat bersatu tetapi dasar-dasar yang diwujudkan kadang kala merugikan bumiputera kerana semata-mata kerana 'undi'

Dia nak suruh kita bersatu, bila berebut jawatan dia yang dulu.

hehehe....paku dulang paku serpih, mengata org dia yang lebih.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam SpotTheBloggers,

Well done Anwar and Pakatan Rakyat.All Hindu in Malaysia will support u. U are champion aspecially to Malaysia Hindu Sangham.

Where is Samy veloooooooo? hahaha
sibuk makan sireh.

zedmagel said...

Bro Amir,

Itu lah beza pemimpin dgn pengikut atau penyokong. Pemimpin berfikiran tajam dan cerdik, penyokong ni tak berapa cerdik sangat le.

Yang berkuasa pemimpin dan yang merasa penyokong. Kalau dah penyokong berbalah takan le pemimpin nak berbuat begitu. Pemimpin akan menyelesaikan masalah penyokongnya. Tapi yang mengapi-apikan sesuatu isu supaya penyokong berbalah tu pemimpin juga.

Sebab tu kita ni nak kena berfikir juga apa yang pemimpin cakap, jangan membabi buta saja. Perkara yang elok kita ikut lah. Yang buruk tapis le sendiri.

Jadi pemimpin yang baik, jadi pengikut yang berfikir, itulah kesimpulannya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

"Jika nak menurut biar berakal. kalau mengikut biar pintar"

secara umumnya kawan bersetuju.

Buat lukisan di atas kertas,
Diwarna dengan batang arang,
pemimpin lurus cepat dicantas,
pemimpin bengkok di cap temberang,

zedmagel said...

Bro Amir,

Warna warni hamparan kertas,
Corakan lukis limau seulas,
Pemimpin baik jangan dicantas,
Nanti gantinya lebih teruk dan buas.

Sabun mandi penghilang daki,
Lorekan indah besi jeriji,
Pemimpin yang baik pun kena maki,
Apa lagi pemimpin yang keji.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Nasi dan kanji makanan ruji,
Malam hari memakan roti,
pemimpin tunjuk sifat terpuji,
khidmat dan jasa terpahat di hati.