Saturday, April 25, 2009

Pertahankan Hak Bumiputera!



Kenyataan akhbar
Datuk Ibrahim Ali
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
dikeluarkan di Kuala Lumpur
pada hari Jumaat, 24 April 2009


1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.


Ibrahim Ali
25 April 2009


Ahli PERKASA
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

Geng Samudera said...

Salam,

Kita tunggu dan lihat bagaimana kemampuan bangsa kita bergerak secara samada individu atau bekerjasama dalam mengharunginya.


Apaaa yang penting..kerjasama (kartun Wonder Pet)...hehehe


Sang Pangeran

TAAVEEKUN PERAK said...

Generasi muda telah di braiwash untuk membenci segala-gala yang bermakna kebaikan dan kemajuan. Dalam istilah psychology di panggil anti establyshment.

Perkara kanak-kanak tadika di seluruh kawasan gelombang hijau diajar memijak bendera dan gambar pemimpin adalah satu rahsia terbuka. Malah sudah jadi trend pembangkang bila berjaya menawan sesebuah negeri, maka perkara pertama yang akan dilakukukan adalah menurup tadika KEMAS yang tak bersalah. Ianya terjadi di Terengganu zaman Lewat 1998 selepas PRU10, di Perak, Selangor dan Penang.

Di peringkat sekolah menengah dan Universiti pula pelajar diasuh menjadi trend untuk membenci kerajaan yang memerintah. Saya masih ingat ketika menuntut di luar negara pada era lewat 1980an, Pegawai MSD terpaksa membawa pita video Memali untuk menerangkan apa yang sebenarnya terjadi.

Sebenarnya menyemai budaya anti establysment ini akhirnya akan memakan diri pembangkang sendiri. Kelantan , satu-satunya negeri yang telah berada dalam cengkaman PAS selama 18 tahun telah menunjukkan penularan budaya anti establysment dalam kehidupan seharian..buktinya rusuhan di stadium bola sepak KAFA vs pasukan NS.

PAS / PKR/DAP dan PR hendaklah sedar menyemai budaya tersebut akhirnya akan memakan diri. Memang senagn mengarah golongan muda memberontak,knonnya kebangkitan golongan mahasiswa.....terpelajar... sebab naluri darah muda memang nak tunjuk lagak,sebab terasa tertekan kerana masih tidak independent secara kewangan... tapi ingat strategi memakan diri dan akhirnya negara yang akan musnah.

Geng Samudera said...

Salam,

Itulah pokok masalahnya.

kadang-kala ibubapa beranggapkan anak mereka cth: tingkatan 1 masih kecil dan tidak tahu berfikir lagi.

Dalam konteks itu,ada jurang antara ibubapa dan anak.Terlalu kasi muka pun tak elok juga,tapi peranan ibubapa patut melebihi dari tugas parents.Jadi kawan kepada anak dan menghormatinya.

Saya ingat masa kecil saya di mana saya jarang diberi peluang untuk memberi idea dan hanya menerima sahaja apa yang dikatakan oleh parent.Jadi,perasaan itu dipendam sampai lah ke universiti dan seterusnya ke masyarakat.Naluri semulajadi itu sepatutnya di'bebaskan' lebih awal,dan parent akan tahu lebih awal apa yg ada di dalam kotak fikiran mereka.

Ini mungkin sebahagian dari bentuk yang menyebabkan apabila mereka meningkat remaja dan dewasa,meluap-luap untuk diketengahkan.

Sy tak berhasrat utk mengatakan ianya adalah tak elok tapi kita perlu mencari penyelesaian yang sesuai dan sederhana.

Perkembangan yg sihat itu penting agar mereka kuat pada paksinya terlebih awal.

Any komen membina?

Sang Pangeran

p/s: Cth,Yang lebih muda patut menghormati orang yang lebih tua.Suatu nasihat @ "brainwash" yang baik telah diterapkan kepada anak-anak kecil dari dulu.
Tapi bila tgk keadaan skrang,bagaimana anak muda nak menghormatinya apabila orang yang lebih tua kutuk tak sedar diri tak menghormati anak muda dan diri sendiri.Jadi,mana penyelesaiannya?
No offence tapi dah berlaku sekarang...kes rogol anak,dera dan sebagainya...

Geng Samudera said...

Itu yang pihak pembangkang ambil peluang

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam rahman,ahchong,muniandy,

Saya bersetuju dengan pendapat saudara:
1.Generasi muda telah di brainwash untuk membenci segala-galanya yang dibuat oleh kerajaan.
2.Pendidikan awal kanak-kanak dipolitikkan
3. Meracuni fikiran siswa-siswi membenci kerajaan walaupun kos belajar mereka di luar negara ditanggung oleh kerajaan.

anti establyshment ini memakan diri mereka yang tidak jujur.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,

Pengalaman saudara dalam keluarga jangan disamakan dengan kehidupan saudara sebagai rakyat Malaysia.
Mungkin saudara mengkritik pendekatan yang diambil keluarga saudara tetapi dengan pendekatan itulah saudara menjadi 'orang' ketika ini.

Tetapi dalam konteks negara kita, rakyat bebas untuk bersuara tetapi dengan batas-batas tertentu. Kita boleh menyuara pendapat dan pandangan melalui saluran yang betul dan sehingga kini saya tidak ada halangan untuk memberi pendapat atau pandangan sendiri. Tambahan sekarang ini kita terlalu banyak saluran untuk memberi pendapat.

jangan terlalu idealistik. Apa yang kita hendak tidak semestinya kita dapat. Lebih baik kita bersederhana dalam banyak perkara.

Geng Samudera said...

Salam rahman.ahcong.muniandy

Bukankah anti-establishment tuh kerana media perdana tak memberi peluang yang sama rata pada pihak penentang dalam memberikan maklumat? Cth : Utusan pro sana,Malaysiakini pro sini.TV1,TV2,TV3 pro sinun...(betulkan jika salah)


Pak Amir,
Bukan idealistik pak amir tapi mcm pelik yang jurang antara 2 zaman nih susah sangat nak digemblengkan...adakah kerana semua ada ego?..atau mmg ada kepentingan tersirat.Akhirnya yg tertekan secara tak nampaknya adalah rakyat yg tak tahu apa-apa tetapi dimomokkan dgn pelbagai sumber dari 2 2 pihak secara keterlaluan....

Ya betul,sederhanakan hidup kita sewajarnya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,

Berbalik kepada diri sendiri. Saya tidak boleh mempengaruhi saudara. Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada otak fikir dan sentiasa berfikir ketika emosi sedang stabil.

zedmagel said...

Bro Amir,

Apa yang dicadang dan diulas oleh saudara telahpun dilakukan oleh KEMAS, mungkin umum belum mengetahui tetapi telah dilakukan secara beransur-ansur. Guru-guru KEMAS telah ramai yang memiliki ijazah dan diploma.

Tetapi seorang tua seperti saya, tidak berapa mengikuti perkembangan pembelajaran di TADIKA KEMAS sebab sudah tidak mempunyai anak kecil lagi seperti saudara.

Elok artikel saudara dihantar ke wbsite KEMAS untuk perhatian mereka.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,

Saya menulis ini bukan apa. Dihujung minggu tu anak-anak saudara banyak yang balik ke kampung. Dapatlah perhati gelagat-gelagat mereka tu.

Paling menarik adik beradik berbincang pasal tadika KEMAS ngan Tadika PASTI. Yang seronoknya tak sentuh pun pasal politik. Kita cerita pasal sekolah aje.

Apa yang ditulis itu adalah hasil kutipan daripada perbincangan antara kami. Hehehe.

terima kasih bro, untuk memanjangkan cerita bolehlah kawan masukkan dalam website kemas. Lagi pun kawan dah suruh pegawai kemas baca terus dari blog kawan ni