Thursday, April 16, 2009

Penanti : BN Jangan " Rasuah " Lagi

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin umum beliau letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti berkuatkuasa hari ini. Beliau yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sebuah kuari buat pengumuman itu menerusi satu kenyataan. Katanya beliau buat keputusan itu demi kepentingan PKR. Penanti terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa pilihanraya umum Mac 2008 lalu Fairus tewaskan calon BN Datuk Jalil Majid dengan majoriti 2,219. Fairus dapat 7,346 dan Jalil 5,127. Jumlah pengundi kawasan itu ialah 15,421.(agendadaily.com)

RM 400,000 lagi untuk Pilihanraya kecil Penanti. PKR mungkin menang lagi walaupun berbagai-bagai isu sekarang ini boleh dikatakan menyebelahi BN seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menerima tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN kawasan berkenaan. Isu ini adalah isu moral pemimpin.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini (Khamis)16/4/2009 memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Pera, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan negeri itu. Keputusan tersebut diputuskan oleh lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Aluddin Sheriff. Dengan keputusan itu, Dr Zambry dan enam orang Exco yang digantung oleh Sivakumar sebelum ini boleh menghadiri sidang DUN Perak. Ini satu kemenangan moral kepada UMNO dan BN.

Bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman digugurkan daripada memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan ekoran telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah.Ibu Pejabat UMNO hari Rabu melalui laman web rasminya www.umno-online.com mengesahkan bahawa jawatan yang disandang oleh Datuk Suhaili Abdul Rahman sebagai Ketua Bahagian Labuan gugur dengan sendirinya berkuatkuasa serta merta. Ini menunjukkan UMNO sedang berusaha untuk membersihkan partinya daripada pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral dan 'nakal'.

Bagi pihak BN beberapa perkara perlu diselesaikan segera. MIC nampaknya telah akur bahawa MIC adalah parti 'nyamuk' sekarang ini berdasarkan sokongan orang India kepada Pakatan Rakyat. Krisis UMNO Terengganu perlu diselesaikan segera. MB Cap Ayam ke, Cap Sardin ke bukan penting sekarang ini. Sekarang UMNO perlu kekuatan dalaman. Pepecahan dalam UMNO Terengganu akan memberi imej buruk kepada kerajaan baru Najib.

Nampaknya Anwar betul-betul berjaya menguasai pentas politik Malaysia. Berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil yang lepas, pemikiran rakyat juga berjaya 'dijajah' terutama pengundi-pengundi Cina dan India. Kalau DUN Penanti yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh tentunya sentimen Anwar dan Pakatan Rakyat akan menjuarai. UMNO negeri lain tidak payah datang , kalau datang pun kebanyakkan berborak sesama sendiri atau duduk melepak saja, biarlah UMNO Pulau Pinang yang berentap dengan Pakatan Rakyat.

TS Muhyiddin tidak perlu tabur projek pembangunan lagi di Penanti. Nanti Tan Sri akan berkecil hati lagi. Kali ini biarlah Tan Sri turun menerangkan konsep one Malaysia, Pembubaran MeCD, PPSMI yang tidak selesai-selesai dan isu-isu lain yang difikirkan sesuai. Konsep ceramah rasanya menjemukan. Gunakan kaedah lain yang lebih menunjukkan perbincangan dan percambahan dua hala. Pemuda UMNO boleh membantu khususnya mendekati pengundi-pengundi muda untuk mengetahui apakah kehendak dan ketidakpuasan hati mereka.

Bukan untuk menang kerana kekalahan dalam tangan tetapi sekadar menyelami hati dan perasaan golongan muda dan pengundi-pengundi tidak berparti serta yang di atas pagar yang selama ini dianggap tidak penting dan terpinggir.






Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Sekali lagi di forum ini saya mengucapkan TAHNIAH kepada saudara kerana tulisan saudara telah diangkat menjadi satu artikel di Utusan Malaysia melalui SUARA BLOG.

Mengenai dengan PRK Penanti, saya lihat walau apa pun kurang dan pekong yang ada pada pembangkang sudah tidak dipedulikan oleh pengundi lagi. Sekiranya pengundi Penanti bijak tentulah kali ini mereka tidak memilih calon pembangkang. Tapi jika hatinya dan matanya telah buta pilihlah.

Satu pantun lama mengatakan.

JIKA MEMILIH TEMPAT BERMANDI,
PERTAMA TELUK, KEDUA PANTAI,
JIKA KITA MEMILIH ISTERI,
PERTAMA ELOK, KEDUA PANDAI.

Pembayang dan isi dalam pantun ini semuanya membayangkan kepada calon2BN. Tapi pengundi lebih berselera memilih pembangkang. Saya pun tak faham.

BN sepanjang masa berusaha memandikan pemimpin-pemimpin yang kotor dari semua hal. Tetapi sebaliknya kalau pembangkang yang kotor, diambil jadi pemimpin pula. Bekas calon DUN Penanti Sdr MOh Fairus Khairuddin, akan menceritakan banyak keburukan mengenai PKR dalam masa terdekat ini. Dengarnya beliau menjadi kambing hitam dalam kes yang sedang disiasat oleh SPRM sekarang.

KEPADA SEMUA PENGUNDI DUN PENANTI - BERFIKIRLAH KE ARAG KEBAIKAN UMAT ISLAM DAN MELAYU.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Tahniah kerana diulas dalam Ugtusan Malaysia.
Jom belanja kawan di Selindung Bayu.. Muahahahahaha

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel
Terima kasih la bro. Ada baik dan buruknya. hehehehe

Mari berpantun bro,

JIKA MEMILIH TEMPAT BERMANDI,
PERTAMA TELUK, KEDUA PANTAI,
JIKA KITA MEMILIH ISTERI,
PERTAMA ELOK, KEDUA PANDAI.

Jika memilih tempat bersantai,
pergi pantai teluk cempedak
Kalau memilih isteri pandai,
jangan terpilih yang buta pekak.

pantun dituju pada pengundi penanti. hehehehe

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cengkodokmasin,

mari berpantun bro,

Parlimen Parit, DUN Belanja,
Atas sikit Parlimen Setiawan,
Hajat dihati memang nak belanja,
Maklumlah sekarang tengah bulan.

Hehehe....boleh bro. bila-bila pun boleh

amieiezam said...

tahniah bro.

Jika memilih tempat bersantai,
pergi mandi pantai cenang,
Kalau memilih isteri pandai,
jangan pilih yang tidur telanjang...

errr....macamana nak tau tidur nya tak telanjang? hahhaha...sori tuan rumah....lama tak mengeblog.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam amieieda,

Terimalah balasan pantun dari hamba,


Kalau pergi Kuala Sepetang,
Beli selambak ikan kembung,
jangan pilih yang tidur telanjang.
Takut nampak kurap di punggung.

Selamat berhari minggu......