Tuesday, April 14, 2009
Pemimpin Melayu Mahukan Malaysia Seperti Thailand
Datuk Seri Najib yang menyangkal dakwaan bahawa 'one Malaysia' telah meniru konsep 'Malaysian Malaysia' di mana hak kesemarataan semua kaum dan agama di Malaysia telah melegakan orang ramai yang khuatir konsep ini akan meminggirkan hak istimewa kaum Melayu.
Datuk Seri Najib menyatakan bahawa hubungan masyarakat majmuk di Malaysia akan diperkasa, keselesaan rakyat akan dipertingkatkan namun, dasar Perlembagaan Malaysia tetap dipertahankan. Islam sebagai agama rasmi dan Melayu sebagai bangsa dominan. Tetapi tidak meminggir kaum dan agama lain. Mereka bebas melakukan aktiviti keagamaan. DS Najib yang juga pengerusi BN ini mahu rakyat Malaysia kembali kepada perjuangan Malaysia yang telah dimerdekakan selama lebih 50 tahun. Rakyat kembali bersatu mempertahankan kedaulatan Malaysia. Tidak ada sebarang pertikaian di antara kaum. Pembangunan akan diperkasa. Kesejahteraan rakyat akan diperkukuhkan dan Kesetiaan kepada perlembagaan diperkuatkan.
Usaha-usaha Najib ke arah kestabilan politik dan keamanan ini akhirnya dibalas dengan harapan yang negatif ke atas negara ini. Di dalam keadaan kemalapan ekonomi sekarang masih ada pemimpin-pemimpin tertentu yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan agar rakyat mengadaikan keamanan dengan melakukan rusuhan bertujuan melemahkan kerajaan sedia ada.
Cadangan dan pandangan Setiausaha Agung Pas Pusat, Kamaruddin Jaffar bahawa kejadian rusuhan yang terjadi di Bangkok Thailand akan terjadi di negara ini jika kerajaan tidak melayani kehendak PR agar pembubaran DUN dibuat bagi membolehkan satu pilihanraya di adakan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak. (www.arifomar.blogspot.com).Inilah pandangan dangkal daripada seorang yang banyak pengalaman tetapi tidak menggunakan pengalamannya membantu membangunkan fikiran rakyat.
Kamaruddin Jaafar sebelum menyertai PAS adalah orang paling rapat dengan Anwar sewaktu dalam UMNO dahulu. Tubuh badan Kamaruddin nampaknya macam PAS tetapi roh dan semangatnya adalah untuk Anwar. Tidak hairan apabila kenyataannya itu lebih mirip kepada mempertahankan Anwar daripada menjaga 'kebersihan' partinya sendiri.
Banyak cara untuk mengambil kuasa kerajaan daripada BN. Antaranya adalah pilihanraya Umum yang akan diadakan dalam tempoh 2 tahun sahaja lagi. Ini adalah cara yang paling bermoral untuk mengambil alih kuasa bukan melalui demontrasi jalanan yang mengancam nyawa dan harta benda rakyat.
Kamaruddin dan pemimpin-pemimpin lain akan melarikan diri ke luar negara apabila negara ini tidak lagi aman. Mereka banyak duit yang boleh membawa mereka dan keluarga mereka ke tempat selamat. Sikap 'baling batu sembunyi tangan' inilah yang diamalkan oleh Kamaruddin. Dia menanam niat di hati rakyat akan melakukan demontrasi dan rusuhan yang akhirnya membawa rampasan kuasa oleh rakyat. Rakyat yang menjadi korban. Apabila semangat rakyat diapi-apikan ,mereka tidak ada masa untuk mencari makan tetapi sibuk dengan rusuhan dan demontrasi. Poket mereka menjadi kosong. Memang mudah membangkitkan kemarahan di kalangan rakyat yang perutnya lapar.
Kalau beginilah pemikiran dan sikap Kamaruddin, Melayu akan rosak dan hancur. Malaysia akan musnah. Fikiran yang begini amat merbahaya bagi rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini. Saya yakin mereka yang merusuh dan berdemontrasi itu kadang-kalanya tidak bermatlamat, tidak faham akan tindakannya sendiri, hanya melepaskan geram dan nafsu amarah dan akal yang singkat.
Kamaruddin mungkin mengalami kesusahan hidup tetapi tidak mengalami kesusahan perang. Tanya lah rakyat yang mengalami siksanya di zaman Jepun atau siksanya di zaman bintang tiga. Pendek kata biar kita bergeruh politik sekarang ini berlandaskan undang-undang dan menurut lunas-lunas demokrasi untuk mendapatkan kuasa. Rakyat Malaysia wajib menolak cara dan kaedah rusuhan dan demontrasi sebagai satu tekanan agar kerajaan yang sedang berkuasa itu lemah atau seseorang pemimpin itu meletakkan jawatan. Cara ini tidak akan menguntungkan sesiapa.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
seeloknya orang yang menggalakkan rusuhan dihukum bunuh. mungkin patut dihantar ke Palestin biar dia tahu apa maksud senang.
salam YB Raz,
Orang seperti ini memang gilakan kuasa. Mereka sanggup mengorbankan rakyat asalkan cita-cita untuk berkuasa tercapai. Cara ini adalah jalan singkat tetapi kesannya amat besar kepada senario politik negara akan datang.
Orang seperti ini jika diberi kuasa kepadanya akan lebih kejam daripada Hitler kerana sudah dapat kuasa mereka akan MABUK kuasa.
gila kuasa sanggup lakukan apa sahja. sanggup galakkan org lain melakukan perbuatan bodoh dana keparat seperti golongan mereka....
salam Z-MAY,
Kadangkala kita merasakan golongan ini tidak yakin bahawa mereka akan memperolehi kuasa melalui pilihanraya. Oleh itu mereka akan menghasut rakyat supaya memperolehi kuasa melalui cara yang bukan menjadi tradisi politik Malaysia.
Bro Amir,
Memang bro...!! Tambah lagi le mengancam, apabila kalau asam pedas parit jawa dah tu pulak kekawan yang bayor...he...he...
Maaf bro, tidak dapat menjawab di blog sendiri. ada masalahlah.
Aku melihat orang Melayu kita ni dah macam tak sedar diri, Dah le kita ni tak ada negara lain, tanah ni yang dia orang punya pun tak dijaganya. Melayu ni biar dia hidup merempat di negara lain baru dia nak sedar tak? Tak percaya pergi ke negara berdekatan sahaja. Duduk dua tiga bulan tanpa RM dan apa-apa. Baru dia orang tahu.
kamaruddin ni yang sepatutnya ditahan ISA. suka hati dia je nak ugut. dia ingat semua rakyat negeri saya bodoh seperti pak lebai yang berbaring di atas jalan dulu? dia bercakap seolah2 seluruh rakyat perak menyokong dia. dia lupa agaknya PAS pegang berapa kerusi saja di perak.
kalau dia tak suka tinggal di Malaysia, boleh pindah ke singapore atau indonesia. bawak sekali pengikut2 dia yang sibuk nak jadikan negara ini republik dulu. sana tak ada Sultan. negeri saya negeri bersultan. negeri berdaulat!
salam bro zedmagel,
Dah sebut asam pedas, kawan macam dah mengidam asam pedas ikan semilang pulak.
Betul bro, sesiapa saja yang merantau atau menjadi pendatang akan sentiasa berfikiran positif. Lihat orang Cina yang keluar daripada China kebanyakkannya berjaya berbanding dengan orang Cina di negeri China.
Lihat orang Melayu yang berjaya di United Kingdom atau di Arab Saudi misalnya. Hidup mereka lebih maju kerana mereka bukan berada di zon selesa. Mereka berada di zon hidup atau mati.
Di Malaysia ni Melayu banyak yang lupa diri dan lupa asal usul. Baru senang sikit dah berlagak. Baru pandai sikit dah hidung tinggi. Itulah bangsa kita bro......walaupun ramai yang berjaya tetapi ada juga sebahagiannya dungu macam si mangkuk sekor ni.
salam anas afrohead,
Teman tau bukan orang Perak yang baring tengah-tengah jalan kat Kuala dulu. Tu semua org-orang luar yang datang menyebuk.
Teman rase bior le org Perak yang selesaikan masalah politik perak. Tambah-tambah lagi perkara yang melibatkan sultan. Teman doakan dari jauh agar perak akan kembali stabil. Harapan teman agar melayu perak cepat sedor tentang bahayanya DAP kepada melayu perak.
selamat berjuang yoep!
Zedmagel & Pak Amir
Nanti kalau senang calling saya,kita layan asam pedas kat parit Jawa.Hehehee...aritu balik muo tapi tak sempat daa...
Lagi satu tempat asam pedas kaw dekat2 Tanjung Emas,Muo....hehehe
Asam pedas ngan telo dadar...perghh
Khairil
Salam Geng Samudera,
Jangan bekerja sambil lewa,
Orang cacat pun akan cerca,
Asam Pedas Pt.Jawa,
Sudah terkenal seantero Malaysia.
YB Raz,
Dan jgn lupa pemimpin yg tgh memerintah pun kena mendalami ilmu pengetahuan bagi memantopkan kewibawaan,takdelah nanti dilabel YB Tin Kosong.
Sebahagian lirik lagu DEWA19
Bukan Rahasia
"Bukan rahasia segenggam kekuasaan,
Lebih berharga dari sekeranjang kebenaran,
Bukan rahasia bila penguasa pun bisa,
Merubah sejarah dan memutar balikkan fakta"
Sang Pangeran
Post a Comment