Sebagai seorang yang mendokong sistem demokrasi, saya akur dengan keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 2008 termasuk lah beberapa siri pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan di Batang Ai. Saya juga akur dengan kuasa rakyat yang menghilangkan 2/3 majoriti kerajaan Barisan Nasional (BN)dalam PRU yang lalu. Saya menghormati kuasa rakyat mengalahkan banyak calon BN dan memenangkan parti seperti PKR, PAS dan DAP. Kuasa mengundi di tangan rakyat tidak boleh diperkecilkan. Rakyat sudah bersuara dan suara rakyat adalah suara keramat dan muktamad.
Tidak ada kerajaan yang boleh bertahan sekiranya rakyat menolak mereka. BN, dan sebelumnya Perikatan, memerintah negara ini sejak kita merdeka. Parti kerajaan sebenarnya pernah dinafikan 2/3 majoriti pada 1969 apabila Perikatan memperoleh hanya 68 dari 118 kerusi Parlimen. Inilah kali kedua kerajaan memerintah gagal memperoleh 2/3 majoriti.
Untuk tujuan rekod, ini pencapaian paling buruk bagi BN di dalam sebarang pilihan raya. BN hanya menang 140 kerusi Parlimen dan 307 kerusi Dewan Undangan Negeri (tidak termasuk Sarawak). Umno memperoleh 78 kerusi Parlimen sementara MCA hanya 15, MIC 3 dan Gerakan 2. Dalam pilihan raya kali ini juga Gerakan hilang 80 peratus kerusi Parlimen, MIC 67 peratus, MCA 51.6 peratus dan Umno 27.5 peratus. BN hanya memperoleh 51.2 peratus undi majoriti, yang paling rendah dalam 12 pilihan raya. Malah, pada 1990, BN masih memperoleh 53.3 peratus undi majoriti. Pada 1999, apabila Umno berdepan dengan krisis penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, BN masih memperoleh 56.5 peratus undi majoriti.
Parti Kongres India Malaysia( MIC ) hanya memenangi 3 kerusi dan kehilangan kerusi sebanyak 67%. Jikalau diikut majoriti penduduk di dalam sesuatu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan negeri MIC tidak layak pun untuk bertanding. Tetapi disebabkan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional MIC diberi beberapa kerusi yang kadang kala diberi di kawasan majoriti Melayu.
MIC adalah parti ketiga terbesar di dalam BN dan juga dengan melihat keseluruhan India di seluruh negara, maka MIC diberi beberapa kerusi baik di parlimen atau DUN. Mutakhir ini orang India sendiri menolak MIC. Mereka lebih selesa dengan PKR dan DAP.
Salah satu sebabnya adalah Samy Vellu A/L Sangalimuthu yang menjadi Presiden MIC sejak tahun 1979 menggantikan Tan Sri Dato' V. Manickavasagam. Ketika UMNO sendiri sudah bertukar 3 Presiden UMNO (1979-2009) Samy masih lagi kemaruk hendak menjadi Presiden MIC seumur hidupnya. Samy hendak menjadi pemimpin 'menongkat langit'.
Selepas pembentukan kabinet baru, sekali lagi pemimpin kemaruk kuasa ini buat hal lagi. Ikut cerita yang makin bertiup kencang Datuk Seri Samy Vellu ‘tak seronok’ kerana MIC dapat portfolio Menteri Sumber Manusia yang diberikan kepada Datuk Dr S. Subramaniam. Hajat dihati ialah Kementerian Kerjaraya yang lama dipegang oleh Presiden MIC itu.Selepas pilihanraya umum Mac 2008 jawatan itu diberi kepada UMNO menerusi Datuk Zin Mohamad dan terbaru kepada Datuk Shaziman Abu Mansor pula.
Samy Vellu juga dikatakan mempersoalkan kenapa beliau tidak dilantik Menteri sedangkan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon dapat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Beliau dikatakan mahukan jawatan menteri sebagai talian hayat untuk menguatkan balik pengaruh politiknya.
Sebagai langkah nak tunjuk tak puashati parti itu dikatakan sedang timbang cadangan nak lepaskan satu jawatan menteri dan dua timbalan yang diperuntukkan dalam barisan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Dua jawatan timbalan Menteri yakni Wilayah Persekutuan disandang oleh Datuk M. Saravanan manakala Datuk S. K. Devamany di Jabatan Perdana Menteri
.
Saya berharap kerajaan tidak termakan dengan ugutan Samy ini. Orang India pun sudah menyampah dengannya. Seorang calon yang gagal untuk melayakkan diri bertanding menentang presiden berkata, 'Demokrasi telah musnah dalam MIC'.Dengan membuat tuntutan jawatan menteri ini kononnya beliau akan menjadi hero tetapi 'temberangnya' sudah tidak laku lagi.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Saturday, April 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
orang india sendiri pun menyampah dengan dia.
inikan pula bangsa lain seperti kita.
Samy Vellu jelas tamak kuasa!
Salam Tuan Amir,
Najib tak perlu layan karenah Samy Vellu. Biarkan sahaja.
Salam tuan,
Statistik mudah, wakil MIC menang di DUN atau Parlimen yang ada ramai pengundi melayu tapi kantoi di kawasan ramai pengundi India. Cth terbaik di Bukit Serampang dan Tenggaroh, Johor. Berapa kerat je puak ia orang tapi boleh menang. Kat Bukit Selambau memang hampeh. Harap kaum dia jer ramai...
Bukan UMNO yang ditolak tetapi MIC dan MCA serta Gerakan yang ditolak pengundi tetapi UMNO dijadikan kambing hitam untuk menutup kelemahan dia orang. Iye ler, orang Melayu kan selalu merendah diri dan bertolak ansur. Tak gitu, saudara Amir?
saya tengok mic ni dah naik menyampah , sama menyampahnya dengan Gerakan dan mca sekarang. Ketiga-tiga parti ni dah tak sama macam pemimpin mereka yang terdahulu . Pemimpinmereka terdahulu lebih bijak, berwawsan, ada personaliti seperti lim linonsik ke atau chan kong choy, lim keng yaik dan lain-lain. Ini ada si lembut tu aje dalam gerakan. Nak buat keras tapi nampak jugak lembutnya. geramsaya bila pemimpin UMNO minta maaf dengan dia dulu. Sampai hari ni saya tak maafkan UMNO kerana permohonan maaf tu.
salam anas afrohead,
4 Presiden UMNO telah bertukar tangan:
Tun Hussein 1975-1981
Tun Mahathir 1981-2003
Tun Abdullah 2003 -2009
DS Najib 2009 -
7 Timbalan Presiden UMNO
Tun.Mahathir 1975-1981
Tun Musa 1981-1987
Tun Ghaffar 1987-1993
DS Anwar Ibrahim -1993-1998
Tun Abdullah 1998-2003
DS Najib 2003-2009
TS Muhyiddin 2009 -
MIC - Samy Vello 1979 hingga kiamat hehehe
salam Kembara Politik,
Najib bukan sahaja tidak perlu layan MIC tetapi juga MCA dan Gerakan.
Bela dan jaga parti di Sabah dan Sarawak lagi bagus.
MCA,MIC dan Gerakan ada tidak menambah.Tak ada tak berkurang
salam cengkodokmasin,
Lepas ni di Johor jangan bagi satu kerusi pun pada MIC. Harap nak menumpang undi Melayu. Bukit Serampang, Pemanis dan Tenggaroh bagi kat UMNO semula.
Bukit Selambau India undi PKR. India sokong Hindraf. India tolak MIC dan Samy. Samy letak jawatan. Dia beban kepada BN. Nak kata Khairy dia pun 2 x 5. Ada hati lagi nak jadi menteri.
p/s suka makan nasi daun pisang masa kat Ipoh dulu. Hehehe
salam ariomar,
MCA, MIC dan Gerakan dah nak pupus. Tak boleh diharap. Tikam UMNO dari belakang. Duri dalam daging. Mereka tidur sebantal dengan DAP. Tujuan mereka nak ambil Malaysia dari Melayu. Sebab itu mereka bersatu dalam senyap.
Pak Lah lembik suruh hulubalang Ahmad mintak maaf. Koh Soh Koon besaq kapala dan naik tocang. Skrg Najib bagi dia jawatan penyelia menteri lebih kurang macam Nazir sekolah.
Satu lagi mamat lembik yang cium keris minta maaf. Sekarang jadi menteri dalam negeri sepupu kepada najib. Jangan hapuskan ISA!
salam http://spotthebloggers.blogspot.com
Setuju dan terima kasih
Bro Amir,
Konsep UMNO ni bagi mua sangat dengan kawan-kawan, kalau di kaji tiada satu kawasan kerusi pun yang majoritinya kaum india. Tapi calon-calon dpd MIC memang ada. Tapi PRU 13 kawasan majoriti bagi kpd kaum yang ramai lagi baik. Gitu gini macam tu juga bro.
salam bro zedmagel,
Ni dah terlebih mua la bro. Bahaya skrg ni bro, minoriti menguasai majoriti. Majoriti berpecah dua. Minoriti ambil kesempatan.
Majoriti kena bersatu semula seperti kata pepatah 'Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kawin Lain' hehehehe
Salam tuan,
Mamat YB Bukit Serampang, Si Asojan tu member sama2 kat maktab. Ambil Pengajian Tamil. Tak tahu bila masa aktif dalam politik sebab masa kat maktab, dia ni underdog, undercat, underground, underwear (opsss sorry).. atau kata lain pasif jer... Menang pun sebab undi Melayu UMNO...
salam cengkodokmasin,
YB Bukit Serampang, Asojan tu kawan memang tau dia bekas guru. Sejak YB Tenggaroh mati ditembak, Asojan jadi exco dalam DUN Johor wakil MIC.
Kawan pernah pegi rumah dia di Bukit Serampang.
Post a Comment