Saturday, April 4, 2009

Mana Cerdik- Lepaskan Anwar atau 13 ISA ?



Tahniah kepada DS Najib yang proaktif dan bijak dengan membuat kejutan semasa menyampaikan ucapan sulong selepas dinobatkan PM Malaysia yang ke 6. Antara kejutan itu ialah :

1.Pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi DUA surat khabar serta membebaskan TIGABELAS tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta-merta. Proses kajian semula terhadap Akta ISA akan juga dimulakan.

2.Menyeru dan mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.



Paling banyak mendapat reaksi ialah berkenaan dengan pembebasan TIGABELAS tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat supaya tidak tertipu dengan pengumuman pembebasan 13 tahanan ISA oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau merasakan ianya adalah gula-gula pilihanraya kecil di Bukit Gamtang, Bukit Selambau dan Batang Air.



"Memang sudah menjadi kebiasaan bagi perdana menteri yang baru dilantik, untuk membebaskan tahanan ISA bagi menunjukkan sikap keterbukaannya.Tetapi, katanya, selepas itu, mereka kembali semula bersikap kuku besi dan terus menggunakan ISA bila kuasa mereka terancam." tambah Anwar lagi

Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta kerajaan membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping, Perak. "Pembebasan 13 tahanan ISA tidak cukup kerana terdapat 62 tahanan di Kamunting" katanya.



Memadailah saya memberi 2 komen pemimpin Pakatan Rakyat mengenai reaksi mereka terhadap kejutan dan sentuhan pertama Najib sebagai PM yang baru. Bagi saya sememangnya sikap pembangkang begitulah. Kalau tidak , tidak lah dinamakan pembangkang. Rakyat yang mengundi mereka itu pun memang hendak menjadikan mereka 'lembu', membangkang apa saja walau pun baik.

Baiknya Najib hendak membuat kajian semula tentang ISA. Saya setuju ISA dikaji semula. Kaji bagi mengekalkan dan membuat penambahbaikkan. Mungkin di Kamunting sudah tidak sesuai lagi. Elok dicarikan tempat di Pulau-Pulau yang cantik di Malaysia sama ada di Laut China Selatan, Selat Melaka atau di perairan Sabah dan Sarawak.



Pembebasan ISA ini bukan pertama kali dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru. Malah Tun Mahathir pun pernah membuat perkara yang sama dengan membebaskan 21 orang tahanan ISA sebaik sahaja menjadi PM pada 1981 dahulu. Pak Lah juga pernah melakukan perkara yang sama di awal waktu pentadbirannya. Cuma di zaman Pak Lah terlebih 'lepas' pulak hingga melarat ke Penjara Sungai Buluh.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu mereka yang dibebaskan ialah dua peguam Hindraf, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen, tujuh anggota Darul Islam dan seorang anggota Jemaah Islamiah. Syed Hamid berkata kesemua tahanan itu dibebaskan setelah kerajaan berpendapat mereka tidak lagi mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.



Saya sangat tertarik dengan ungkapan tidak lagi mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.. Adakah Pak Lah tidak sedar 'tahanan di Sungai Buluh' itu sangat merbahaya? Pak Lah tidak ada kuasakah untuk menyekat 'tahan di Sungai Buluh' itu bebas? Siapakah yang memberi nasihat kepada Pak Lah agar 'orang' itu bebas? walaupun 'orang' itu merbahaya kepada politiknya. Natijahnya pilihanraya ke 12, Pak Lah hampir-hampir menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Persoalannya sekarang siapa lebih cerdik ? Melepaskan Anwar seorang dengan melepaskan 13 orang tahanan ISA yang dianggap undang-undang paling kejam di dunia.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

22 comments:

Tai said...

Ha, itulah. pembangkang biasalah.

kembara putih said...

Dua-dua bodoh. Tak ikhlas, buat kerja separuh jalan & hangat2 tahi ayam. Tengok la Najib ni berapa bulan dia boleh berlakon nampak baik ni.

Jumayatara said...

hang bagi 1001 sebab kenapa perlu tolak calon PAS...BN tetap kalah.

Ir Nizar bukan setakat calon PAS tapi mewakili PAKATAN

Dulu masa PAKATAN pandai merangkak, BN hampir tumpang dalam PRU 13, sekarang PAKATAN dah pandai berjalan.

BN kalah.... mereka dah tahu, cuma melayu bodoh macam hang masih melalak kat blog...

Bodoh punya melayu!


No to oral sex. Hormati isteri anda

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Sedingin Salju,

Ikut je rentak depa tu! hehehe

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam kembara putih,

memang sukar membaca keikhlasan orang-orang politik ini. Mungkin saudara bimbang dengan 'political game' oleh mereka. Semua orang politik macam tu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam TokMudim,

1. Hang mai blog aku, aku tak jemput. Dah Mai sini berak merata-rata.
2. Hang nak sokong Pakatan hang tu sapa yang marah. Sokong la sampai mampuih pun. Lantak hang la.
3. Aku nak tulih apa pun hang paduli apa. Ini blog aku. Aku punya suka la
4. Aku pi blog hang...apa pun tarak
5. BN nak menang ka, Pakatan nak menang lantak pi la. yang hang maki aku pasai apa.
6. Motto hang pun pasai sex. hang ingat semua org macam hang ka. menyusahkan bini. hohoho
7. Hang jangan mai lagi klu tak suka. Melalak macam org gila
8. Hang tu 3 x goblok hang tak tau.

Gurau-gurau cek no......tak kan tak boleh.

terima kasih.

amieiezam said...

hehhe tokMudim kata BN nak tumpang pakatan...habaq mai tokmudim sapa tumpang sapa...Pas tumpang DAP tok mudim buat "dono"....toksah la dok pusing fakta...BN ajak PAS sahaja...tak ajak pakatan pun... hangpa pun pakat masa bila tok? BN ajak PAS supaya melayu boleh pimpin kerajaan negeri...itu saja tak mau takpa...la nih sapa tumpang sapa? hehehhehe bawa2 la terima ketentuan ilahi...

boleh la tok mudim sunatkan karpal singh the king, uncle LKS, bro LGE... lupa lak bagitau pada ngah dan ngeh kalau nak baca ayat elokla pelok islam,sebelum peluk islam buan la "juntaian" yg berlebihan tuh!

chek pun melawak jugak

Jumayatara said...

AmirHamzah

Aku mintak maaf. Aku sunat semua orang. Aku belum ada bini. Saje provok aku suka kena maki dari puji.




No oral sex.Hormati isteri anda.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam amieieda,

Kita sama-sama melawak. Pasai mak bapak kita tak ajaq nak memaki org.

Boleh tak kita memberi idea atau pandangan tanpa mengeluarkan maki hamun. Ini kerana apabila emosi kita tidak stabil akal kita menjadi pendek.

sorry bukan nak membebel. Saja nak mengingatkan kengkawan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam TokMudim,

Kalau emosi dah stabil, mai la selalu.

afrohead said...

hehe tok mudim tok mudim,
mana2 blog pun ada ja dia ni datang mengacau. hehe

p/s: kesilapan terbesar pak lah ialah membebaskan anwar...

Tai said...

Apa nak buat. Tadi dengar ceramah AnWar, habis dia kutuk TKO Dap dan Pas. Ini macam punya orang, mana boleh buat kawan. Main belakang ni.

Tai said...

Aku sokong pendapat mufti Perak tadi. TV3 ada siar ahli Dap baca quran. Aiyo, bodohnya orang islam. Aku sokong 100% pendapat Mufti perak kat tv3 tadi.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam anas afrohead,

Agaknya Pak Lah terlalu baik.
Atau Pak Lah ada penasihat lain yang nasihat Pak Lah bebaskan Anwar.
Apa pun semua dah berlalu. Tempoh aje lah apa yang mendatang.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Kawan tak dengar ucapan tu. Kadang-kadang saja dirancang atau 'political game' mereka tu. Tak logik nak kutuk kawan sendiri sedangkan pilihanraya ni mereka teringin sangat nak menang.
Saya rasa itu permainan politik mereka. Tak kenal ke Anwar, master mind Pakatan Rakyat.

Berkenaan dengan DAP baca ayat Al-Quran tu, kononnya nak tunjuk lah faham sangat tentang Islam. Kalau tak reti tu tak payah la. Letih melayan puak-puak ni. Quran pun jadi alat kempen. Baca maksudnya pun dah ok. Orang boleh faham.

Sorry bro klu nak bodohkan org Islam. Jgn Bodohkan semua. Bodohkan yang dok bersorak, bertempek sampai terlondeh kain kat bawah pentas tu.

Saya pun sokong Mufti Perak.

Tai said...

Yalah, bukannya nak kata semua orang islam bodoh, cuma tersilap tulis dan susah nak edit, screen reader tak boleh baca di firefox ni pulak.

Itulah mereka. Sebenarnya, betul kata mufti itu. Ss juga orang kafir, jadi berkemungkinan ayat quran diselewengkan oleh golongan kafir adalah teramat tinggi. Tapi Nik Ajis sokong pulak dah.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Saya masih ingat lagi, 2 penggal pilihanraya yang lepas, ketika seorang guru besar ingin memastikan siapakah yang akan membaca doa dalam majlis anjuran sekolahnya. Dia disuruh oleh puak2 penyokong Pas agar memanggil sahaja wakil rakyat dari MCA untuk membaca doa. Sekarang ni, saya cadangkan agar puak2 penyokong PAS ini memanggil sahaja Nga Kor Min untuk menjadi Iman dalam setiap majlis2 agama termasuk sembahyang fardhu. Ini kerana Nga dah pandai baca Quran walaupun tajwid dan sebutannya berterabur macam berak terkencit. Berbanding dengan YB dari MCA itu yang tidak tahu apa2 pasal bacaan Quran. Kalau boleh, lantik saja jadi mufti memandangkan puak2 penyokong PAS ini dah tak percayakan kepada mufti Perak.
Ketua jabatan itu pun masih hidup lagi kalau nak ditanya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,

Ayat-ayat suci Al-Quran pun dah digunakan dalam kempen-kempen Pakatan Rakyat semata-mata nak menunjukkan betapa toleransi hubungan mereka sekarang.

Siapa yang mengajar DAP tu membaca ayat Al-Quran? Atau DAP tu mencari sendiri daripada terjemahannya dan membaca Al-Quran dalam tulisan rumi.

Entahlah cekodokmasin.......kadang-kadang heran juga mangkuk-mangkuk yang pakai kopiah bertepuk dan bersorak macam nak rak.

Pada saya ianya satu penghinaan kepada kitab suci.

Senah Bujal said...

betoi sangat la cokodokmasin. Lepas ni tak payh le gadoh2 sapa nak jadi imam.Bagi saja kat sepupu nizar tu hari ni surah aura esok surah hurah hurah pulak .Elok le tu bior anak2 kite ikut jahanam same mcm deme. Puas hati mike alkunyit.. merosakkan bangsa dan memusnahkan agama sendiri.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Senah Bujal,

Ate, dema udah suke.Cakap Mufti udah tak nak dengor. Apa ke he nya yong?.

Tai said...

Ha itulah, mufti pulak dituduh bersekongkol dengan Muno.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cengkodokmasin.

Mufti menjalankan tugas.