Monday, April 6, 2009

Malaysia Boleh ALA PAKATAN RAKYAT



Slogan Malaysia Boleh yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam era Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sering mendapat sindiran dan gambaran sinis oleh Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Melalui slogan Malaysia Boleh rakyat Malaysia telah berjaya mendaki ke puncak Gunung Everest, berenang menyeberangi Selat Inggeris, belayar mengelilingi dunia secara solo, merentasi Kutup Utara yang beku dan sejuk serta menghantar angkasawan pertama Malaysia ke angkasalepas.

Namun begitu kejayaan dan pencapaian anak-anak Malaysia itu bukan sahaja tidak diiktiraf oleh PAKATAN tetapi dipandang sinis dengan rasa cemburu dan jelek. Mereka lebih suka melihat slogan Malaysia Boleh dari sudut yang negatif. Malaysia Boleh dilihat daripada pencapaian kebobrokan seperti penagihan dadah, keruntuhan moral, kelahiran anak luar nikah, merempit dan segala macam kebejatan masalah sosial.

Namun perkembangan mutakhir ini saya melihat PAKATAN juga telah mengguna pakai slogan Malaysia Boleh dengan cara mereka yang tersendiri. 'Malaysia Boleh, Mereka Boleh, Orang lain Tidak Boleh'. Saya hanya ingin memberi dua contoh, yang lain-lain 'Lu fikir la sendiri' kata anak-anak muda zaman sekarang.

Bagi Pakatan Rakyat lompat parti adalah halal dari segi undang-undang dan moral. Isu lompat secara besar-besaran pada 16 September 2008 walaupun tidak menjadi tetapi menjadi objektif, harapan dan impian Pakatan Rakyat. Apabila Nasharuddin Parit melompat ke PKR, beliau dipuji, disanjung, diangkat ke awan biru dan dia lah hero abad ke 21. Tapi itu hanya umpan Najib sebelum 3 orang ahli Pakatan Rakyat menyeberang jambatan sehingga runtuhnya Pakatan di Perak. Pada ketika ini, melompat parti sudah menjadi 'tidak boleh' bagi mereka.



Kes melompat parti ini akhirnya menimbulkan krisis yang berlarutan dan berpanjangan sehingga ke hari ini di Perak sehingga mengheret Sultan Perak ke gelanggang yang tidak sepatutnya baginda terlibat sama. Soalnya sekarang Malaysia Boleh, Mereka Boleh hanya terpakai untuk Pakatan Rakyat sahaja.

Paling terbaru apabila Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming membaca sepotong ayat Quran dalam ceramahnya. Cara Kor Ming membaca ayat Quran itu dikatakan telah menghina dan mempersendakan kitab suci Islam itu.Maka ramailah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang menyokong dan berasa bangga apabila Nga membaca sepotong ayat Al-Quran walaupun tunggang langgang. Tidak Mengapa Malaysia Boleh, Mereka Boleh.



Ada diantara penyokong PR berkata 'Macam mana orang bukan Islam hendak mengetahui keistimewaan Quran dan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. itu kalau mereka tidak boleh membaca ayat al-Quran?'. Boleh. tetapi bacalah dengan betul kerana salah bacaannya membawa makna yang berubah. Benarkah Nga membaca sepotong ayat itu kerana benar-benar hendak mengetahui keistimewaan Quran atau kerana hendak menunjukkan bahawa betapa akrabnya DAP dengan Islam dalam politik masa kini. Kalau begitu jika sudah menghayati Al-Quran jangan lah sampai mengatakan langkah mayat aku dulu jika PAS mahu laksanakan hudud.

Mufti Perak menegur Nga disebabkan Datuk Harussani berasa hendak terkeluar tahi telinga gamaknya tentang bacaan ayat itu yang tidak menepati sebutan sehingga boleh mengubah maknanya. Alangkah manisnya jika tidak bersedia memadailah dengan membaca terjemahan dalam bahasa Melayu sahaja. Yang penting pendengar faham apa yang hendak disampaikan itu datangnya daripada ayat Al-Quran juga. Tidak mengapalah, perkara sudah berlalu. Lagi pun Malaysia Boleh, Pakatan Boleh, Orang lain Tidak Boleh.

Ramai lagi orang-orang Islam yang sedang belajar mahraj huruf dan tajwid untuk menyempurnakan lagi bacaannya kerana takut akan kesilapan membaca Al-Quran tanpa ilmu akan dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri.

Selamat Mengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com.

6 comments:

afrohead said...

saya sedih bila melihat orang islam yang masih memenangkan nga. sentiasa mencari alasan untuk menghalalkan sesuatu perkara yang membawa kepentingan pada mereka..

segala-galanya bermula dengan NAWAITU.
rasanya semua orang tahu niat DAP menggunakan ayat al-Quran bukanlah untuk mendekati Islam.
jauh sekali untuk menerima Islam.
mereka hanya mahu memancing undi sahaja.
kepada yang menyokong, tak perlulah tipu diri sendiri.
jauh di sudut hati semua, semua tahu niat sebenar DAP..

persidangan mufti-mufti pun sudah bersuara. jadi kepada yang masih menyokong,

muhasabahlah..

cekodokmasin said...

Salam tuan,
"AKU BERLINDUNGA DENGAN ALLAH DARI SYAITAN YANG DIREJAM. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI".
Ayat inilah yang selalu kita baca sama ada dalam sholat mahupun sebelum memulakan apa-apa jua kerja. Jika kita memohon perlindunga Allah dari hasutan iblis dan syaitan, mana mungkin kita boleh bersahabat dengannya?
Adakah tok guru itu tersasul atau tersesat?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam anas afrohead,

Sebentar tadi wawancara di TV Awani membincangkan tentang liberalisme politik dan perkembangan politik baru.

perkembangan politik baru ini di bawa oleh Anwar yang sedang cuba menafikan politik tradisi yang menguasai fikiran rakyat sekian lama.

Politik baru ini melangkaui batas bangsa, agama dan warna kulit dan cuba menegakkan intekgriti, akauntabliti dan responsibliti dsbnya.

Dan inilah hasilnya disebabkan kepada liberal dan keterbukaan.

Perkembangan politik baru inilah yang menyebabkan kekalahan BN di Bkt Gantang dan Bkt Selambau.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cengkodokmasin,

Berdasarkan kepada keputusan PRK Bkt Gantang dan Bkt Selambau saya melihat bahawa sebahagian pengundi Melayu dan hampir solid pengundi Cina dan India telah memberi sokongan kepada PR.

Pengundi Cina dan India lebih selesa mengundi PKR atau PAS kerana dikatakan PR sedang memperkenalkan politik baru yang lebih liberal di Malaysia.

Mereka sudah tidak lagi percaya kepada MCA dan MIC untuk membela mereka.

Bagi orang Melayu jika sudah taksub mereka sukar lagi untuk berubah. Demikianlah momentam baru politik Malaysia yang liberal dan sejagat.

Bagi saya yang agak ortodok masih kurang selesa dan kurang mempercayai dengan politik baru yang dibawa oleh Anwar ini

zedmagel said...

Bro Amir,

Ini ah lu punya peng yu, dia akan buat apa sahaja untuk lebut kuasa maa....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel.

wa pun tak tau la mau cakap apa lg tentang ini olang. manyak susah oooo. kalau ada banyak olang ini macam boleh hancus ini negala....