Saturday, April 18, 2009
BN Pecah Tradisi Di Penanti ?
KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE 12
P44 PERMATANG PAUH
Jumlah Pengundi: 58,449
Peratusan Kaum: M: 68.5% C: 24.79% I: 6.3% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.41%
1. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) (30,338)
2. Datuk Pirdaus Ismail (BN) (16,950)
Majoriti: 13,388
Jumlah undi: 47,398
Peratus mengundi: 81.09%
Undi rosak: 110
Penyandang: Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
(Majoriti: 590 undi)
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG
P44:PERMATANG PAUH
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi
KEPUTUSAN PILIHARAYA UMUM KE 12
N12 PENANTI
Jumlah Pengundi: 15,421
Peratusan Kaum: M: 72.51% C: 24.32% I: 2.43 % B/Sab: % B/Swk: % L: 0.57%
1. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) (7,346)
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (5,127)
Majoriti: 2,219
Jumlah undi: 12,657
Peratus mengundi: 82.08%
Undi rosak: 184
Penyandang: Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN)
(Majoriti: 667 undi)
Berdasarkan keputusan pilahanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 dan Pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh ramai berpendapat PRK Penanti yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh akan disapu licin oleh Pakatan Rakyat. Keyakinan tinggi pihak Pakatan Rakyat untuk membuka gelanggang tidak disambut dengan bersemangat oleh BN.
Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk tidak meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Perdana Menteri berkata, perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan lebih lanjut dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat hujung bulan ini. Malah beliau berpendapat PRK Penanti adalah satu lagi permainan politik PR. BN tidak mahu terperangkap dengan 'permainan' ini yang cuba mengalih tumpuan kerajaan mengatasi krisis ekonomi. Mereka mahu rakyat terus menumpukan kepada isu-isu politik yang tidak berkesudahan.
Inilah kejayaan Anwar yang sentiasa memainkan isu 'persepsi'dan 'harapan baru'telah menarik hati rakyat walaupun itu hanya konsep yang tidak boleh dilihat dengan pancaindera. Ianya masih tidak bersifat 'sainstifik' dan 'imperikal' yang telah dilakukan oleh BN sepanjang pentadbirannya. Rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau seakan-akan mewakili Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Kedah menolak projek pembangunan dan hanya mahukan Pakatan Rakyat sebagai hadiah bagi pembentukan sebuah negara demokrasi baru.
Mungkin ramai yang mengatakan disebabkan momentum pilihan rakyat kepada PR sedang berada dilandasan yang sukar diubah ada lebih baik kerajaan memberi kerusi percuma kepada PR. Bertanding pun pasti kalah, lebih baik duit yang akan digunakan di PRK itu digunakan untuk pembangunan rakyat. Selain itu kerusi Penanti adalah kerusi PR berdasarkan pilihanraya lepas maka kalau kalah atau menang tidak memberi impak besar kepada BN. Fokus utama kerajaan adalah menghadapi krisis ekonomi bukannya melayan kerenah politik yang tidak ada noktah penghujungnya. Oleh itu BN tidak perlu meletakkan calonnya di PRK kali ini.
Ada juga berpendapat BN perlu memasuki gelanggang PRK Penanti kerana secara tradisinya BN tidak pernah mengaku kalah sebelum bertanding. Kalah menang adalah adat pertandingan. BN memang mempunyai penyokong setia, penarikan diri BN akan mengecewakan penyokong setia sedia ada. Dengan menyertai pilihanraya kecil ini BN boleh mengukur sejauhmana kekuatan dan kelemahan di Penanti berdasarkan perkembangan semasa. Andaian tentang kekalahan sebelum berjuang bukan prinsip BN selama ini. Oleh itu BN wajar memasuki gelanggang di Penanti.
Perbezaan dua pandangan ini perlu diteliti oleh kerajaan baru berdasarkan kacamata Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN. Rakyat akan melihat kebijaksanaan kerajaan menangani isu ini yang didakwa PM sebagai permainan politik pembangkang. Jika itu kesimpulan kerajaan apakah pula tindakan kerajaan untuk menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak rambut tidak putus.
Sebagai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik di Malaysia yang semakin kompleks ini tentu mempunyai pandangan tersendiri. Apa pendapat anda berkaitan perlu atau tidak BN menyahut cabaran Pakaran Rakyat dalam PRK kali ini?
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Pendapat saya,
BN wajib bertanding. Minimakan kos berkempen. Lancarkan kempen yang sederhana tapi menyengat. InsyaAllah, tiada yg mustahil jika BN akan merampas Penanti dgn ketentuan Allah Taala.
p/s: Pantang Berundur Sebelum Ajal
salam SuaraMuda,
pendapat saudara memang mewakili darah muda yang bersemangat dan tidak mengaku kalah sebelum berjuang,
Syabas saudara.
Bro Amir,
Saya bersetuju dengan pandangan suaraMuda, Takan BN nak bagi kerusi DUN Penanti begitu saja. Lawan tetap lawan tapi cara sederhana saja, kempen dan jangan buat pelaburan sangat, Ala kadar sahaja.Kurangkan sepanduk buat banner sahaja.
Jika ketentuan sudah begitu, kita terima dan hormati pemilihan pengundi DUN Penanti. Pada pandangan saya 55% - 45%.Jika BN tidak meletakan calon bagaimana? supaya tidak melayan kerenah pembangkang.
salam bro zedmagel,
Lawan tetap lawan. Walaupun kalah dalam tangan. Menang belum tentu. Tidak pernah dalam sejarah, BN bagi menang percuma dalam mana-mana pilihanraya.
Maruah kena jaga bro selain menghormati kawan-kawan kita yang nak mengundi BN di sana. Jangan ketepikan hak mereka untuk mengundi.
Kawan bagi 70% Pakatan Rakyat dan 30% Barisan Nasional.
Salam tuan,
Saya sokong jika BN bertanding/ Tapi kena ubah strategi la.. Biarkan anak2 rempatan menguruskan segala strategi kempen pilihanraya. Bahagian2 lain kalau nak datang dipersilakan tapi jangan duduk kelompok sendiri sampai ada rumah Johor le, rumah Penang le, rumah Terengganu ler, rumah selangor le, rumah sendiri le..(yang ni kes balik kampung free, muhahaha). Pemimpin2 parti turun kempen bila perlu sahaja. Jangan janjikan apa2 projek mee segera ka, capati sejukbeku ka, donut terus makan ka. Sebab mereka dah tak kebulur dengan projek2 BN (macam slogan Pas kat Bkt. Gantang tempohari). Kalau menang pun tak ubah apa2 senario politk Penang. Apatah lagi kalau kalah. Tapi LAWAN TETAP LAWAN SAMPAI TITISAN PELUH TERAKHIR...
salam cengkodokmasin,
Kawan setuju pendapat saudara. Lawan tetap lawan kerana tidak ada yang mustahil dalam dunia sekarang ni.
Ye betul bro, strategi dan gaya kempen perlu ubah. Mee segera mai bawak sini. Jangan bagi 'rasuah' lagi, org dah meluat. Nanti depa kata....'TAK FAHAM KE????????
Dua-dua pihak lawan atas dasar mempertahankan apa sebenarnya?..
Dasar semangat kebangsaan atau dasar menjatuhkan pihak lawan?
Ada tak jawapan konkrit di sini?
Saya betul2 tak faham di mana sebenarnya penyelesaian politik Malaysia ni terutama bangsa saya dan agama saya...
Maaf jika bahasa terkasar.Saya jenis straight to the point...
Khairil
Lima,Peru.
Anak jati Johor
Post a Comment