Monday, December 22, 2008

Cakap malam dengar-dengar





Tidak sampai 48 jam, Apabila Husam menyatakan PAS akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum, kini dalam Buletin Utama 22/12/2008 lain pulak ceritanya.

Berita terbaru menurut berita daripada Buletin Perdana, Husam menyatakan Undang-undang Hudud dan Qisas ditangguhkan sehingga mendapat persetujuan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat terutama PKR dan DAP. Kasihan Husam, dek kerana nak tunjuk anak jantan di depan para hadirin seramai 3,000 orang, sanggup dia melupakan perjanjian yang telah termeteri sebelum pilihanraya ke 12 dahulu. Seorang Naib Presiden jangan lah buat silap sehingga memalukan ahli-ahli PAS di kampung-kampung ni.

Semasa wacana perdana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia" di Balai Islam di Kota Bharu Sabtu malam Husam diasak oleh Khairi Jamaluddin calon Ketua Pemuda UMNO yang sekarang ini turut sedang berkempen. Pemimpin kanan PAS itu mengulangi janji parti itu setelah dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Siang tadi, akhbar Utusan Malaysia 22/12/2008 melaporkan 'DAP hari ini membantah cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.
“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang. Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang akan menghubungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Apa sudah jadi? Sudah terang lagi bersuluh,Husam adalah kumpulan Erdogan yang pro kepada Anwar Ibrahim. Sudah tentu Husam diarahkan oleh Anwar supaya membetulkan kenyataannya di Balai Islam Kota Bharu.

Menurut Guan Eng, hudud tidak pernah menjadi salah satu daripada manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu. Katanya, DAP tidak bersetuju dan akan membantah, katanya.

Dua kali dah! Dua kali Dah! Siapa boleh lupa tentang tentang cakap orang kuat DAP Karpal Singh langkah mayatnya dulu jika PAS nak laksanakan pemerintahan Islam di negara ini jika ia berkuasa. Sampai sekarang Karpal tidak pernah meminta maaf apa tah lagi menarik balik kenyataannya itu. Apa pemimpin PAS buat? Tengok saja lah.

Daripada konsep sebuah 'negara Islam 'kepada sebuah 'negara kebajikan' sudah cukup ahli-ahli PAS di kampung tersengih-sengih tak tau nak jawab bila di perli parti lawan. Kali ni tak kan nak tersengih lagi macam kerang busuk.

Tidak mengapa menanggung malu di depan 3,000 orang penonton daripada malu satu negara. Lain kali cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.Kenyataan Nik Aziz lebih konsisten dan logik. ' Hukum Hudud bukan hukum PAS tetapi hukum Islam, hukum untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan seluruh manusia' Kenyataan Tok Guru tidak pernah berubah walau apa perjanjian pun. Rakyat tahu kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya kerana kuasa undang-undang ini terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.

Sebagai orang Islam kita wajib menyokong sebarang usaha-usaha untuk melaksanakan hukum Hudud. Sebahagian besar orang Islam di Malaysia faham seperti mana yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz.Kebanyakan rakyat Malaysia berugama Islam tidak gentar dengan perlaksanaan hukum hudud kecuali mereka yang terlibat atau sebati dengan kesalahan-kesalahan seperti mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya.Malah undang-undang ini adalah undang-undang yang paling sempurna untuk semua manusia kerana ianya diturunkan daripada langit oleh Allah s.w.t.

Semua orang tahu dan faham, tanggung jawab ini adalah tanggung jawab semua pemimpin orang Islam baik dari mana-mana parti orang Islam khususnya UMNO dan PAS. Sejak 64 tahun yang lalu, di perhimpunan Agung UMNO memang tidak kedengaran adanya usul-usul untuk melaksanakan Hukum Hudud. Mungkin kerana tidak ada niat dan kehendak di kalangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.Mungkin juga kerana tiada niat maka tidak ada kesungguhan di kalangan ahli-ahli agama di dalam parti itu untuk mencadangkan perlaksanaanya. Sama ada ketika parti itu berada dalam keadaan kuat, sangat kuat atau lemah.

Bagi parti PAS niat, kesungguhan,kehendak sangat tinggi.Malah manifesto pilihanraya dalam dekad-dekad 70an,80an dan 90an adalah untuk menegakkan dan mendaulatkan penubuhan sebuah negara Islam dengan Perlaksanaan Hukum Hudud sentiasa menjadi janji-janji utama dalam setiap pilihanraya. Malangnya sehingga kini PAS masih tidak berupaya untuk memenangi majoriti kerusi secara mutlak di Parlimen kecuali berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP. Kedudukan PAS lebih rumit berbanding UMNO dalam soal ini. Bagaimana PAS ingin melaksanakan Hudud walaupun PR berjaya menguasai kerajaan pusat jika rakan-rakan kongsinya tidak sekali-kali memberi laluan.

Kesimpulannya hanya penyatuan, kesedaran, kekuatan, keinginan, komitmen yang tinggi kesungguhan, keikhlasan dan niat kerana Allah Taala kepada semua umat dan pemimpin-pemimpin Islam di negara ini serta pemahaman dan keyakinan kepada semua rakyat barulah Hudud dapat ditegakkan. Ia adalah tanggung jawab semua umat Islam.

Penarikan balik kenyataan oleh Husam atas tekanan daripada pihak yang sangat bencikan Melayu dan Islam ini adalah satu tamparan hebat kepada maruah dan harga diri umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Tidak terlanjur kalau saya katakan ianya adalah penghinaan kepada Allah s.w.t.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

2 comments:

Unknown said...

Ya cakap Siang Pandang-pandang....

Komen sikit, adakah perjuangan menegakkan hukum Allah terletak pada PAS sahaja? Bukan ke ia tertanggung ke atas semua orang Islam? Parti UMNO ini dipimpin oleh orang bukan Islam ke? Ada usaha ke Parti UMNO ni nak menegakkan hukum Allah yang sebenar? Adalah mengecewakan dan memalukan orang Islam sendiri menguji, mencabar, mencela, menghina perjuangan untuk menegakkan hukum Allah bukan menyokong malah dijadikan bahan berita utama yang ditonton semua orang. Sedarkah kita, kita ditertawakan oleh kafirun?
Ketahuilah makhluk2 Allah inilah yang mengaku beriman(yang bertanya dan puak2 yg bersengkongkol dgnnya) yang lebih teruk dari Guan Eng atau Karpal Singh. KERANA APA? Guan Eng/Karpal Singh/Lim Kit Siang itu dah jelas kekafirannya. Yang Islam ni? Sedarlah!!! Jangan mencemuh, mempersoal, mencabar, menghina dsbgnya untuk jadi popular... akhir sekali bacalah maksud ayat 12 & 13 surah Hujurat :
"Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani".
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)".

Apa yang tersirat? LU PIKIRLA SENDIRI.....

From
arrasyidd

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

terima kasih atas komen.

Saya tak pernah menentang pun hukum Allah yang sempurna itu. Tetapi yang saya pertikaikan ialah siapakah yang mempersendakan hukum itu. Cakap depan orang Islam berdegar-degar nak laksanakan tetapi digertak oleh DAP semua pemimpin PAS membisu.Pada saya semua ini permainan politik cari makan jugak sama macam parti-parti lain. Saya dan orang-orang Islam tidak pernah gentar dengan hukum ini, yang gentar dan takut ialah orang-orang yang selalu mencuri, merompak dan membunuh. wasalam