Friday, December 26, 2008

Konsep 'Satu Malaysia' PASTI Rugikan Melayu.











Sudah tentu tidak adil dan tidak rasional apabila saya telah membuat satu hipotesis tentang sesuatu perkara yang belum berlaku. Pemuda Barisan Nasional (BN) dikhabarkan bercadang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Satu Malaysia' pada Konvensyen BN pada Februari 2009. Konsep 'Satu Malaysia' yang akan dibentangkan itu antara lain bertujuan “mengemukakan pendekatan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia”.Kertas kerja itu akan dibentangkan Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong.

Sama ada konsep 'Satu Malaysia' sama atau berlainan dengan konsep 'Malaysian Malaysia' ciptaan Lee Kuan Yew itu tidak penting. Paling merisaukan dan memualkan orang Melayu ialah cadangan yang bakal dibentangkan itu kemungkinan akan mengikis sedikit demi sedikit hak istimewa orang Melayu. Walaupun ianya adalah cadangan daripada Pemuda Barisan Nasional tetapi MCA akan mendominasikan konsep 'Satu Malaysia' tanpa mengusik dan mengurangkan walaupun sedikit kepentingan orang Cina.

Maksudnya kalau hendak bersatu, ikutlah telunjuk orang Cina kerana mereka lebih liberal, lebih terbuka dan lebih adil. Jarum halus ini akan memakan diri orang Melayu jika tidak berhati-hati. Perkara 153 dan perkara 152 dalam perlembagaan yang melibatkan hak-hak keistimewaan Melayu sekali lagi akan tercabar.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong orang yang akan membentangkan kertas kerja ini akan dilihat lebih tulus dan ikhlas jika beliau memasukkan perkara-perkara berikut di dalam kertas kerjanya:

1. Menghapuskan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dan wewujudkan satu sekolah kebangsaan yang mempunyai satu sukatan pelajaran yang sama.
2. Berusaha memberi kefahaman yang lebih terutama kepada generasi muda Cina dan India tentang sejarah Malaysia supaya mereka faham tentang hak-hak keistimewaan Melayu dan tidak lagi menuntut hak sama rata dan sama rasa sehingga hari kiamat.

Memadailah dengan dua perkara tersebut. Orang Melayu tidak menuntut kekayaan orang Cina tetapi orang Melayu menuntut kefahaman dan keikhlasan mereka. Perkara paling asas kepada perpaduan adalah sistem pendidikan yang sama. Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan sistem yang ada sampai kiamat pun kita akan gagal kerana kita tidak mencuba yang terbaik. Apabila Datuk Mukhriz mencadangkan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah Cina dan Tamil diseragamkan dengan sekolah kebangsaan maka 'terperanjat beruk' semua persatuan-persatuan Cina dan parti-parti politik Cina. Belum lagi hendak menghapuskan sekolah-sekolah yang berkenaan.

Dalam keadaan politik MCA yang merudum, saya tidak nampak kertas kerja ini akan menyentuh secara langsung kepentingan orang Cina. Konvensyen ini akan menjadi platform MCA menjuarai sekali lagi isu-isu orang Cina dan akan menguris untuk kesekian kalinya hati-hati dan perasaan orang Melayu.

Konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew , sewaktu Singapura berada dalam Malaysia, yang diteruskan oleh DAP, sekarang ini disertai pula oleh MCA dan GERAKAN.Selepas melihat kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin MCA dan GERAKAN mutakhir ini terhadap hak-hak keistimewaan Melayu seolah-olah mereka telah sehayun dan sederap dengan DAP.


Walaubagaimana pun saya menunggu juga perkara sebenar yang ingin dibentangkan iaitu bagaimana kita nak uruskan hubungan antara kaum dan mencari jalan untuk meredakan keadaan. Kalau benar kertas kerja yang akan dibentangkan ini sehingga melibatkan perubahan dalam dasar kerajaan ianya perlu jujur, ikhlas dan kekal abadi sepanjang zaman. Bukan kepentingan sesuatu parti politik dan jangan sesekali menyentuh hak-hak istimewa orang Melayu.

Amir Hamzah
Batu Pahat

No comments: